Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Ahad, 8 Mac 2009

Rehat sekejap...

Ahad, Mac 08, 2009 0 Comments

Barulah harini dapat bernapeh balik rasenyer.. huiiiyaiii! Sejak 2,3 minggu lepas memang x putus la rezeki, Alhamdulillah pada Yang Maha Esa Pemberi Rezeki. Kepada semua yang menempah tu pun terima kasih banyak2, moga Allah membalas budi baik korang sume. Sementelah saya cuma ada 1 hari ni saja untuk berehat dari aktiviti baking, saya dan famili ke rumah kakak ipar saya di Puchong untuk meraikan orang baru dalam keluarga Haji Hashim yeitu adik ipar (abang ipar? Thee.. almaklumlah, kakak iparnyer ni mude...). Alang2 dah berkumpul ramai2 tu, dorang suggest untuk sambut sekali la besday siJepun, Maklongnyer dan Denyer sekali. Takdelah sambut besar2an pun, wat potong kek, makan2, bukak hadiah je cam biase... anyway, meriah! Layannnn...

Khamis, 26 Februari 2009

3 Cerita Dalam 1

Khamis, Februari 26, 2009 0 Comments

Harini pada mulanya saya punya assignment cume untuk menyiapkan muffin untuk hantaran Cik Shikin & Adiey di Genting Klang tapi last minute ade plak order dari sahabat yang memang pakar dalam bab last minute ni (hahaha.. jangan mara haaa..) Itupun saya dah injakkan ordernya sehari tapi Aiman tak kesahhhh... so bley la proceed. Tak disangka la plak, upenyer nak dapat rezeki lain- hadiah besday untuk Rayyan dari Aunty Wawa! Hehee.. mekaseh Wa! Kalau korang nak tau, besday anak k/org 2 ni memang xkan lupenye la pasal kami sama2 ngandung tarikh yg same, cume saya bersalin awal 2 hari dari dia. Kalau same haritu, sure cam kembar! Untuk Nezzard, Ummi x sempat nak belikan hadiah so sooorriiii yeee... Tapi camnerpun Hepi 1st Birthday to you!...

Petang plak saya terus ke lokasi asal assignment ke Jalan Usahawan. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke kawasan flat/apartment (?) kat sana (maka paham2 sajalah, sesat tu sudah pasti! Hehee..), hujan plak tu renyai2, bertambah hebat bile Rayyan meragam plak... Makanya saya x dapat la kuar kete dan bercerita panjang ngan bakal pengantin, siShikin tu. Tapi camnerpun mekaseh sebab memahami dan mengorder. Siap jemput lagi ke majlis besoknya, mekasehhhh...


TELATAH SI JEPUN DAPAT HADIAH

Memula cuak nak bukak... ke x reti nak bukak, entahlah...

Siap jeling bile dah tau apa hadiahnya...

Tadaaa... mekaseh Aunty Wawa!

Isnin, 23 Februari 2009

Setahun rupanya sudah berlalu...

Isnin, Februari 23, 2009 0 Comments
Sekejap sungguh rasanya masa berlalu. Baru je rasanya doktor memangku anak saya yang masih berlumuran darah dan mendengar suara tangisannya bila dibersihkan, rupanya hari ini sudah genap dia berumur 1 tahun! Itulah dia Danish Rayyan namanya yang maksudnya sempurna, cantik & berkepimpinan; moga Allah kabulkan maksudnya dengan sifatnya, Amin. Saya sebenarnya tersangatlah sibuknya tapi saya telah berjanji yang malam ini saya akan memberi ruang untuknya menyambut harilahirnya bersama2 (walaupun dia bukannya tau pun! Kakak & abangnye yang over excited!). Maka merasalah sibesday boy merasa kek buat pertama kalinya sepanjang 12 bulan hidup di dunia ni ( tapi bukan saya buat sebab saya dah flat berapa hari tak rehat, huhuuuu...!) Lepas bacaan doa selamat dari ayahandanya, maka bermulalah acara tiup lilin dan bukak hadiah cam biase. Skema tol kan.. xperlah.. anak-beranak je punn.. Mekaseh Wan Dolly & kakak Sarahnyer yang bagi hadiah dan juge sahabat2 yang wished him! Rayyan cakap, "meacehhhhh..."


Isnin, 16 Februari 2009

Perginya seorang yang kukagumi...

Isnin, Februari 16, 2009 1 Comments
Gambar terakhir bersama arwah diambil pada 27 Dec 2008 pada Majlis Doa Selamat selepas beliau pulih dari serangan strok yang pertama.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (QS. 21:35)

Hari ini tanggal 21 Safar 1430 @ 16hb Februari 2009 bersamaan hari Isnin, aku telah kehilangan seorang insan yang aku kagumi atas sifatnya yang sangat penyabar, taat pada perintah Allah dan suami serta menjadi ikon contoh muslimah solehah yang pernah aku kenali. Dia ialah maklongku iaitu satu2nya kekanda kepada bondaku; Allahyarhamah Hajjah Halimah Kamaruddin @ Nelly Sir Wilfred Stokes.

Kronologi: -
  1. Awal December 2008- Dimasukkan ke wad atas serangan strok sebelah kanan badan.
  2. Pertengan Dec 2008 - Pulih dari serangan strok (Maha Besar Allah yang memberi peluang untuk menghapuskan dosa2 dan hutang sesame manusia disamping bertaubat kepada-Nya)
  3. 27 Dec 2008 - Majlis Doa Selamat dan Ulangtahun perkahwinan ke-50 berlansung di Gunung Rapat, Ipoh, Perak.
  4. 13 Feb 2009 - Dimasukkan ke wad selepas rebah jam 2:00 am di rumahnya sebelum sempat mengejutkan paklongku untuk ke tandas. Doktor mengesahkan beliau diserang strok sebelah kiri yang melibatkan jantung.
  5. 15 Feb 2009 - Aku & keluarga sempat menziarahi arwah yang sedang tenat dan menyedekahkan bacaan Yassin & al-Quran di Hospital Besar Ipoh. Pada waktu ini arwah hanya mampu membuka mata dan menggenggam tangan saja apabila dipanggil.
  6. 16 Feb 2009 - Arwah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 10:00 am di Hospital Besar Ipoh dan dikebumikan selepas Asar.
Al-Fatihah


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Selasa, 27 Januari 2009

Papa Roti Mania @ JB

Selasa, Januari 27, 2009 0 Comments

Takde maknenye... ni bukan resepi baru aku daaa tapi ni nak citer sket pasal roti yang diberi nama 'Papa Roti' ni. Selepas je selesai majlis kenduri tu hari, hubby kene ngajar kat JB lagi. Kebetulan budak2 lak cuti sekolah seminggu so ayahnyer pun ajak la ikut sekali (peluang jangan ditolak maaa...). Aku malas nak citer aktiviti kat sana pasal same je: makan, minum, lepak, tido. Hari2 tu jelah keje kiteorang anak-beranak cume kali ni bezanya cume aku ngan hubby kene pakse kayuh beskal sampai 45 minit oleh budak2 tu kat Danga Bay. Dorang memang hepi giler la sebab depa nak kayuh kaki x sampai. Yang berpeluh, krem kaki sume mak bapaknyerlah, sabo jelah anak2ku.

Berbalik pada kisah cite roti ni tadi, kalau nak diikutkan, rasa2 aku la kan, rase roti ni mirip kepada 'Mexico Bun' cuma bezanya Papa Roti ni ada inti butter kat tengahnya. Bagi yang x pernah makan Mexico Bun, rasanya ala2 kopi gitu sebab diatas roti tu dituangnya adunan berkrim kopi. Apa yang menarik bagi aku tentang roti ni yelah 'kefofularan'nya sehinggakan aku pergi kemana2 saja, pasti aku akan ternampak lot kedai roti ini dan paling pentingnya, kalau terlambat walau seminit, pasti terlepas nak merasa kelazatannya sebab jualannya memang laku sungguh. Hubby pun kalau pi JB misti nak carik Papa Roti dulu sebelum benda lain. Memang aku kasik tabik spring la kat 'founder' Papa Roti ni sebab dengan hanya memperdagangkan (btol ke perkataan ni?) sejenis produk saja tapi beliau mampu meraih jualan yang memberangsangkan. Hebatkan? Syabas Inspektor Saab!


P/s: Ade sesape nak komen pasal Papa Roti ni? Silakannn....

Ahad, 25 Januari 2009

Selamat Pengantin Baru - Emi & Ahza!

Ahad, Januari 25, 2009 0 Comments
TAHNIAH kepada pasangan pengantin EMI & AHZA

Akhirnya hari yang ditunggu oleh sume ahli keluarga mentua aku akhirnya tiba jua. Ekcelli persiapan termasuk la mesyuarat, gotong-royong sumenyer dah bermula 1-2 bulan lebih awal memandangkan ke2-2 mak dan pak mentua aku x sihat. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar berkat hasil kerjasama adik-beradik dan saudara-mara. Takde pe nak citer kot so layan gambar jelah... hehe!

Ni majlis cukur jambul anakku-Rayyan dan sepupu2nya Ain & Jasmin. Acara ni saja je diselitkan pagi sebelum majlis kenduri.

Ni muffin yang direka khas untuk goodies dalam majlis cukur jambul tu.

Ni pun same. Lain design sebab mentua mintak tambah last minute so gambo dah x sempat nak order. Hehee...

Ni wat tambah doorgift tetamu untuk kenduri.

Muffin ni direka khas untuk keluarga pihak pengantin lelaki & VIP yang hadir



Kek Fondant dengan Zebra Cake punyer base.

Ni cake tier untuk majlis potong kek lepas pengantin selesai makan beradap.

Rabu, 7 Januari 2009

Rumahku????

Rabu, Januari 07, 2009 0 Comments
Cam tak caye je kuar paper. Inilah umah aku beli dari Mirul dalam perut, la ni dah masuk darjah satu, jgn kate umah, tiang pun xde... ape naseb? Duit dah berbelas ribu habes rumah xde?????!!! Mat Saleh ni penipu je sebabnyer mana mungkin projek ni diteruskan kalau dah sebahagian lot yang kononnya nak dirikan rumah tu kerajaan dah pun wat highway baru. Dia memang dah lama pun tau hal ni... tp xperlah, bak kate hubby aku, kat dunia dia bleh lari, kat akhirat sok kite jumpe!

Hilang sabar

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

RAWANG: Hampir tujuh tahun menunggu, pembeli kediaman Serendah Perdana di sini tidak boleh bersabar lagi apabila rumah impian mereka gagal disiapkan, malah terbengkalai begitu saja sejak permohonan pembelian diajukan sekitar 2002.

Namun, kontraktor bertanggungjawab terhadap projek terbabit yang juga program di bawah skim pemberian tanah secara terancang tetap melahirkan keyakinan kediaman berbentuk ‘country resort living’ itu akan dibangunkan.

Meskipun sedar banyak kesulitan dihadapi termasuk kelewatan mendapatkan kelulusan dan bantuan teknikal, Kamsu Sdn Bhd (Kamsu) masih dengan pendirian pihaknya akan menyiapkan 550 unit banglo dan rumah berkembar di tanah berkeluasan 100 ekar.

Menurut Pengarahnya, Mat Saleh Manap, tanggungjawab menyempurnakan projek Serendah Perdana perlu digalasnya, tetapi dalam pada itu beliau turut mengharapkan kerajaan negeri dan agensi berkaitan membantu dari segi teknikal.“Ini bukan projek perumahan biasa sebaliknya projek di bawah program pemberian tanah secara terancang membabitkan syarikat saya, Kamsu dilantik sebagai kontraktor dan kerajaan negeri.“Atas sebab itu saya bertanggungjawab menyempurnakannya meskipun sedar kini hampir tujuh tahun ia tergendala berikutan kerenah birokrasi dalam mendapatkan kelulusan kerja tanah dan kebenaran menjalankan pembangunan.

“Kelewatan ini bukan disengajakan kerana pihak kami menghantar permohonan membangunkan kawasan sejak 2000 sebelum ia dilancarkan pada 2002 dengan hampir 340 pemohon peringkat pertama dan kedua memohon sebagai pembeli.

“Saya tidak pasti apa yang membuatkan proses melulus memakan masa terlalu lama, tetapi selepas diasak barulah 27 Mac tahun lalu menerima kelulusan bagi pelan kerja tanah, bangunan dan infrastruktur,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ditanya bila kerja pembinaan akan dimulakan, Mat Saleh berkata, sukar memberitahu tarikh tepat berikutan mendakwa terima arahan mengatakan projek tidak boleh diteruskan meskipun menerima kelulusan sepenuhnya daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Penjelasan itu bagaimanapun gagal memuaskan hati pembeli apabila ada antaranya menyifatkan Serendah Perdana bakal menjadi projek gajah putih selepas tiada tanda kontraktor mahu membangunkannya.

Ahmad Hisham Hashim, 30-an, berkata dia sudah menjelaskan pendahuluan hampir RM30,000 membabitkan 10 peratus deposit termasuk yuran pengesahan dan guaman, tetapi hampa rumah belum siap, malah tapaknya tetap kosong tanda tiada pembangunan.
Follow Me at flickr! .