Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label tempat makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempat makan. Papar semua catatan

Rabu, 28 Mac 2018

JJCM: Bandar Maharani, Muar, JDT (Versi Nak Makan Apa)

Rabu, Mac 28, 2018 0 Comments
 


Saya tauuuu... korang sume musti tertunggu-tunggu part yang ni, kannnn... ahaks! Takpe, takpe jangan memalu. Kita sama je, hobi suka makan agaga... Okeh, harini saya nak cite pasal apa makanan yang jadik trademark kat Bandar Maharani ni. Jom kita mula..!

1) SATE MAHARANI
Kalau korang pegi Muo dan terlepaih nak makan sate, memang malang betuilah nasib korang kihkih. Sate ni sangat mudah nak didapati dimana-mana kedai makan sebagai sarapan pagi. Best, kan? Kalau kat tempat lain mana ada orang juai sate pepagi buta weh!

2) SOTO AYAM MUO
Ni pun dish sarapan pagi yang hamat mudah korang nak jumpa. Muo punya soto lain dari yang biasa. Depa ada resepi rempah yang tersendiri sebab tu kalau korang makan soto kat tempat lain rasanya tak serupa dengan hat kat Muo ni. Kalau korang maleh nak carik bahan-bahan untuk masak sendiri soto Muo ni, jangan risau sebab ada je juai pes rempah soto kat memana kedai kat area sini. So balik umah nanti bila tetiba ghase macam nak makan soto versi Muo, korang cuma tambah air & bahan-bahan basah aje. Sonang sangat lebih-lebih lagi untuk orang yang berpenyakit M hajaja...

3) MEE BANDUNG MUO
Mee bandung memang ada macam-macam version okeh tapi hat Muo nih is the best among the best, percayalah huhu... Ada banyak gak kedai makan yang juai mee bandung ni tapi yang paling pemes dan terbaek sudah semestinya jatuh kepada Restoran Mee Bandung Abu Bakar Hanipah kat Jalan Abdullah, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor. Koordinatnya: 2.0465466,102.4961549,12z. Sultan Johor pun datang sini nak makan mee bandung dia okeh!

4) ASAM PEDAS
Waktu makan tengahari atau makan malam korang wajib cuba asam pedas nih. Biasanya ada banyak pilihan asam pedas macam asam pedas ikan duri, ikan maung, ikan pari, ikan merah dan banyak lagilah. Kena plak makan dengan telur masin pastu kalau ada sambal belacan dengan ulam, perghhh! *lap hinguih* Heyyyy, walaupun saya langgor pantang bedal nasik, tapi saya masih ikut Kevin punya diet rules tau. Kuantiti nasi ikut besor segenggam tangan sendiri, bukan pinjam tangan orang lain ye anak-anak! Err.. tangan toklaki pun tak dibenarkan. Owh ye, yang pemes kat sini kalau tengahari korang boleh cuba carik Kedai Makan Pok Deh dan malam kalu, pi carik kat Medan Ikan Bakar Sabak Awor untuk rasa asam pedaih yang power.

5) MEE SIPUT GORENG
Asek makan berat je kan, cuba korang rasa mee siput goreng ni pulak. Rasa dia macam makan kopok cicah sambal cuma takde rasa ikan, hee... Ada banyak tempat yang jual mee siput ni dan bermacam versi tapi saya cuma beli dekat Don-Hu Jurassic Park tu aje. Hat ni sambal kicap dia memang terbaek wo!

Hmm... saya rasa-rasa la kan macam ada lagi je trademark dish bandar Muo ni tapi hilang ingatan pulak. Kalau ada sesapa yang nak sajes makanan lain, jangan le memalu tinggalkan komen okeh. Mana tau kot sampai sana lagi, korang nak belanja saya makan pulak agaga... *harapan*.

Untuk yang nak tau tempat menarik boleh dilawati bila berada di Bandar Muo, silelah ke sini
----> https://deebpunyecite.blogspot.my/2018/03/jjcm-bandar-maharani-muar-jdt-edisi.html

Signature

Jumaat, 23 Mac 2018

JJCM: Bandar Maharani, Muar, JDT. (Edisi Tempat Menarik)

Jumaat, Mac 23, 2018 3 Comments

 

Jom hari ni saya nak cerita pasal apa yang menarik dan apa makanan yang patut korang cuba bila sampai kat Bandar Muo. Ekcelli saya dah dua, tiga kali jugak sampai ke Muo ni cuma selalunya ikut Pak Ustad autstesen jadi idok le dapat jalan memana melainkan terperap hajer dalam hotelkan. Tempat paling best pun kalau dah dok hotel apa lagi kalau bukan kat swimming pool harhar... haaa, tapi kali ni memang kami plan nak JJCM kat sana sempena nak celebrate + kasi seronok budak yang baru dapat result SPM tu hari.

Sebenarnya Muo ni walaupun bertarap bando, tapi idok le banyak tempat pelancongan yang korang boleh pergi. Kalau tanya encik gugel pun ada le beberapa kerat je tempat yang dia sajes. Well tapi itu tak bermakna yang bandar Muo ni tak best okeh. Jalan dalam bandar ni agak sesak dan susah nak carik parking. Owh ye, jalan kat sini semuanya guna sistem parking bertiket ye so hati-hati. Okeh, meh tengok tempat pertama yang best. Opkos kat Muo ni memang terkenal dengan pelbagai produk kopi yang sedap-sedap. Antara yang sedap dan menjadi pojaan hatiku ialah Kopi 343 so kalau korang kalau dah sampai kat bandar Muo ni, silelah singgah kat Kedai Kopi 343 Cafe- Sai Kee Coffe Serbuk Sdn. Bhd. di 121, Jalan Maharani, Taman Sri Emas, 84000 Muar, Johor. Koordinat: 2.0503561,102.5702963. Kat situ bukan je ada jual perlbagai jenis serbuk kopi tau; roti panggang (roti dia gebus giler sey!), pes-pes masakan segera,  kek, biskut kering dan macam-macam lain pun ada.

Okeh dah puas bershopping sakan, marilah singgah ke Tanjung Emas pulak. Tanjung Emas ni terletak kat Taman Sri Tanjung, Muar, Johor. Koordinat: 2.047577,102.4854291,12. Ianya merupakan sebuah taman tepi sungai dengan laluan, bangku, rumput & kawasan yang teduh untuk korang lepak-lepak. Korang jugak boleh naik bot River Cruise Muar untuk pusing-pusing kat situ. Tapi haritu kami tak naik sebab singgah masa tengah tengahari rembang, paneh arr. Tak sanggup nak menyunburnkan kulit hehe...

Lepas dah pekena angin dan pemandangan cantik kat Tanjung Emas, korang pergi lak ke bulatan Jalan Bakri dimana kat situ korang boleh jumpa satu lukisan mural di sebuah dinding bangunan empat tingkat setinggi 11.8 meter dan selebar 9.45 meter yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai lukisan mural yang terbesar di Malaysia.

Lukisan bertema kasih sayang antara dua beradik tu dilukis pelukis Russia, Julia Volchkova berinspirasi dari dua orang beradik yang dia temui kat Tanjung Emas tadi tu dan merakamkan momen tu pada lukisan mural dalam masa 10 hari je guys! 10 H.A.R.I.! Huhuu... *nangeh sebab paling cepat dapat siapkan lukisan yang ataih kertas lukisan pun dekat sebulan. Tu pun penuh dengan drama nak menyiapkannya huhu... Tabiklah ngan siJulia nih!*

Okeh, last sekali... kalau korang bawak anak-anak kecik, pastikan korang singgah kat Don-Hu Jurassic Park Garden yang terletak kat Lot 2700, 224, Kampung Sabak Aur, Muar, Johor ni. Koordinat: 2.0801512,102.567715,15. Tempat ni sebenarnya ialah nurseri pokok tanaman yang diubah-suai menjadi taman Jurassic sebab minat tuannya yang sangat mendalam pada dinosur. Bukan ada dinosur dari pelbagai spesis je tau, labah-labah giant, pameran pelbagai jenis rama-rama dan bungaan pun ada. Masuk? Percuma aje!

Percubaan nak bawak balik rumah sekor.
Kalau korang nak beli cenderahati, ada gak dijual pelbagai mainan dinosur, t-shirt berlatarkan dinosur dan macam-macam lagilah. Harga pun boleh tahan murah. Makanan dan minuman pun ada. Tokei tu memang baik hati sebab dah la tiket tayah bayar, dia tak amek apa-apa keuntungan pun dari kedai cenderahati melainkan korang beli pokok yang dia tanam tu. Owh ye, kat situ jugak ada pertunjukan dinosur dan boleh naik dinosur pusing kelliling dewan dengan bayaran RM5 aje.


Okey jalan-jalan saya tamat kat sini dulu ye. Next entry saya nak cerita pasal makanan-makanan menarik yang korang perlu cuba kat bandar Muo dan jugak review saya pasal hotel yang saya inap masa kat sana ye. Daaa....!

  Signature

Khamis, 20 April 2017

JJCM: Restoran Nasi Arab Ta'if

Khamis, April 20, 2017 8 Comments

 

Mari mengeluarkan entri terperam lagi ye. Dah 4 bulan baru ghajin ada masa nak tulih review pasal restoran arab ni agaga... bizi betui kehidupanku kan? Heheh!
Restoran ni baru je bukak dalam bulan Oktober 2016 kat Saujana Utama, Sg Buloh ni. Dia punya pemilik, tukang masak, pelayan, tukang bancuh ayor... semuanya orang arab... kena pulak dengan decoration dalam restoran ni kan, memang korang akan rasa macam tengah makan kat tanah arab punyelah!
Harga dia pun tak la mahal dan tak juge murah. Kira standartlah untuk masakan arab ni. Menu dia pun banyak berhelai-helai pages sampai tak tau nak order yang mana satu hehe...

Mari mulakan dengan ayor oren dan ayor apple hijau ni. Saya tak rasa sebab masa ni baru abes pantang tapi mereka-mereka yang mengodernya kata sodap!

Ni namanya Chicken Grill Mandy. Sedap!

Yang ini MY PEBERET... Beef Hummus! Roti dia boleh pilih nak roti nipih macam dalam gambo ni ke atau roti nan. I like yang nipih pasal nak diet*LAH*SANGAT.

Yang ini Chicken Mandy Hanith. Pun sedap! E-ehhh macamana bleh tau ek? Agaga...

Hehe... ini budak memang dari kecik kalau jumpa nasik macam sepuluh tahun tak makan ngeee.. taktaulah ikut perangai sapa *lap peluh*

Jangan main-main... Wan Dolly skang pun dah pandai diet tau. Tak caya tengok dia makan ni aje- Chicken Kebab. Like mother like daughter sangat haha.

Ni iklan sampingan- Kat sini ada gak juai eskrem ni & boleh je pi pilih sendiri nak flavour apa. Demi nak rasa sedap ke tak, saya sanggup langgor pantang sesuap. *Alasan!*

Ni Lamb Mandy Thani. Kalau kata kambin toksah pikir la haih sapa punya. Konpem pak ustad la yang punya hoho. Tapi macam biasalah dia mesti suap punya bini dia yang dari mola dok perati je dia makan tu kan hehe... daging dia lembut sangat & sedap!

Hat ni nama dia Lamb Oqdeh. Hat ni pun sedap gak rasa dia ala-ala rendang tapi ada masam-masam sket. Yang ni pun boleh pilih nak makan dengan roti nipis ataupun tebai.
Yang ini nama dia Shawarma Chicken. Biasa shawarma dia depa lipat lepat siap kan? Tapi kat sini depa boh seketui ayam tu ha pastu pandai-pandai la lipat lepat sendiri. Sodap gak!

Okeh, disebabkan makan banyak sangat, maka kenalah singgah dikedai perabot berdekatan untuk eksesais mata ye. Kalau teruih balik tido nanti naik 10kg lagi, hehe...
Okeh, overall saya rasa masakan kat sini memang sedap. Environment pun selesa & layanan dia memang terbaik. Haritu sebelum balik depa tahan bagi kami free teh arab dulu. Malam tu lak hujan gerimis memang terbaeklah pekena teh arab yang berempah tu. Lagi best depa siap pasangkan kipas khas kat meja kami aje sebab dia kata memang adat depa kalau minum teh arab tu kena pasang kipaih. Gamaknya sebab teh tu memanaskan badan la kot no. Ntah la kalau depa chong pun kami pecaya je agaga... so berapa bintang saya nak bagi? Nin diaaa...

RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar

Cubalah weh!


  Signature

Jumaat, 21 Oktober 2016

JJCM: Warung Wan Zainab, Klang

Jumaat, Oktober 21, 2016 0 Comments
Picture credit to FB page

 

Yang sebenonye kan, kiteorang bukannya nak pi makan kat kedai ni. SiMaria dah lama tingin nak repeat makan kat Ya Hanana Cafe tu tapi ape da punye nasib, punyelah jauh travel, last-last tengok restoren tu gelap gulita huhuu.. tutup rupanya haritu! 91Pasal perut dah berkaraoke, jadi kiteorang usha ajelah mana-mana kedai yang berhampiran lalu terjumpalah Warung Wan Zainab ni. Lokasi dia dekat je dari Ya Hanana Cafe iaitu kat Jalan Pinang.

Decoration dalam kedai ni meriah sesangat sampai saya tak tau nak namakan tema apa. Ada miniature kapal, barang-barang pemburuan macam kepala haiwan, barang kraftangan dan macam-macam lagilah! Tapi yang paling tak bley lupa yelah miniature labah-labah beso yang ada hampir kat sekeliling kedai huhuuu....

 Konsep kedai makan ni pulak yelah macam warung. Pasal tulah nama dia Warung Wan Zainab kot kan hee... Kat sekeliling dalam kedai ni ada lot-lot warung yang berlainan jenih makanan contohnya macam ataih ni, warung minuman. Belakang saya duduk ialah warung sup so ada bermacam jenih menu sup kat situ.

Belah kanan saya ni warung kuih-kuih tempatan melayu dan menu pantai timur. Haaaa... nampak tak ada sekor labah-labah beso tergantung kat situ haha! *Lap peluh kat dahi* 134Satu yang saya respek sangat kan... inilah satu-satunya kedai makan yang saya pernah masuk yang pekerjanya totally 'muslimah'. Means, mereka bukan tutup kepala tapi tutup aurat. Baju pun mostly semuanya berjubah dan yang tak berjubah, attirenya loose dan very the muslimah. Tabik spring disitu.

Ye, ada sekor lagi labah-labah kat situ hahaha... 35 Sebenarnya motip sebab nak tunjuk korang warung 'semuanya PERCUMA' tu. Bagus tuan kedai ni, even dia bisnes, tapi dia masih tak lupa untuk bersedekah. Tu pasal hagaknya ramai betui umat datang makan kat sini malam tu. Masa kiteorang pi haritu, menu percuma ialah bubur kacang, dan beberapa jenis air yang saya tak kaji sebab tak berani nak gi kat warung tu dek kerana adanya kewujudan labah-labah beso itu hagaga 157 Okeh sekarang jom kite review makanan pulak hehe...

Set nasi kambing bakar kepunyaan Pak Ustad yang mabeles. Kenapalah kan.. kalau menu yang dia order selalu yang menu win. Bencik sangat. Tapi seb bek selalu sebelum makan, dia suap dulu binik dia yang terkebil-kebil tengok makanan dia tu jadi tak la terliur sangat haha!

Ni saya punya mee celup. Okeh first time makan bihup sup yang kuah dia ada kacang. Tapi... yang ni sedap! Bihun tu kalau tanak, boleh je nak tukar mee kuning, kueytiaw atau nak campur.

Nasi goreng pattaya ni sedap gak. Purposedly mintak yang takde sos cili sebab budak itu takut pedaih.

Kuetiaw goreng ni bolehla tapi macam ada yang kurang sikit. Kuetiaw pun macam over cooked, lembik sangat. Tapi okey sebab Maria punya. Budak-budak semuanya kata sedap! Hagaga...
Macamanapun saya nak bagitau jugak, tokei dan tukang masaknya adalah friendly. Order pun sampai tak cepat dan tak lambat memandangkan haritu ramai pengunjung. Overall, saya bagi kedai ni


RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstar

Jomlah try!


  Signature
Follow Me at flickr! .