Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label tempat makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempat makan. Papar semua catatan

Selasa, 20 September 2016

JJCM: Hyderbadi Charchoal DUM Briyani, Gombak

Selasa, September 20, 2016 0 Comments



Tahukah engkorang bahawasanya di Gombak sekarang dah ada 'The World Famous Hyderbadi Dhum Biryani'

Apa bendakah itu? 
Hoho.. beriani ni guna resepi tok moyang zaman dulu kala. Dari nasi membawak ke lauknya, semuanya dimasak guna periuk tanah guna dapur arang okeh. Oleh sebab itu, rasa dia memang sangat SEDAP GILER la wei!

Ni ialah set nasi beriani ayam. Nasik dia kalau takde lauk, makan saje pun sodap! Kadang-kadang dapat sekali telur sebijik, kadang-kadang dapat papadom dan kadang-kadang pulak, ada ubi rebus sekali! Mungkin tengok stok hape yang hado kot hehe... dan portion dia adalah serius banyak. Saya selalunya kena kongsi dengan budak-budak sekali. Tapi ekhem... err tak taulah kot kantung perut saya comel! *perasan* 65

Nin dia ayam rose dia! Ayam dia sangat besar, juicy dan sedap giler!

Selain dari ayam, kambing pun ada juga tapi saya tak pernah lagi cuba jadik takleh la nak review. Tapi kalau dah ayam sedap, rasanya kambin ni konpemlah sedap gak! 3

Bila dah makan nasi berempah cenggitu kan, pe lagi... pekena jus mangga depalah! Pekat okeh!

Ada jugak menu lauk yang lain korang boleh pilih dan ada pakej mengikut bilangan yang nak makan. Deliberi pun boleh tau! Bestnyaaaaa... seb bek dok jauh kalau tak hari-hari kot order haha!
So sesapa yang belum cuba, tolonglah percaya- korang memang rugi ahaks! Kedai dia betul-betul berhadapan BP Petrol Station dan berada dibangunan Plaza Idaman. Owh ye, kedai ni cuma ada satu meja makan yang kecik jadi better la korang beli dan tapau je ye! Sesapa nak usha Facebook dorang, silalah sediakan tisu wat kesat ayorliur pastu baru gi link SINI.

OOpppss! Berapakah ratingnya??? Tadaaaa...

RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar

*Gambo yang tiada remarks kredit to official FB Hyderbadi Charcoal DUM Briyani

Signature

Rabu, 17 Februari 2016

JJCM: Boat Noodle Chef

Rabu, Februari 17, 2016 2 Comments


RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar

Meh nak kongsi satu tempat makan baru kat dalam Saujana Utama, Sg Buloh nih. Kedai makan ni sebenarnya dibuat di rumah jadi memang berada dalam kawasan perumahan la kan. Nak jadik cite, kedai makan ni terletak di laluan saya hantar dan amek bebudak sekolah tiap hari jadik sehari ampat kali saya kena telan ayorliur bila lalu depan kedai nih. Korang bleh bayangkan tak betapa terseksanya keimananku di situ harhar...  (。◝‿◜。) Meh kite tengok apa yang ada kat Boat Noodle Chef ni!

Ni Tomyam Chef Noodle. Sedap! Sape minat tomyam mesti suke!

Ni namanya Thn'g Noodle- my peberet! Sup dia lite sangat.

Pulut mangga yang terbaek di alam semesta! 

Ni nasi dengan ayam masak Thai ke apa namanya hehe... Sedap gak. Mengingatkan pada rendang samah mak saya! Huhi...

Selain dari ni, ade menu lain jugak tapi saya belum try macam kat bawah ni: -

Harga dia adalah wayyyyyyyy to cheap berbanding kesedapan yang tidak terhingga itu okeh!Tapi saya cedih cikit sebab kali kedua saya pi sana dengan harapan nak try pumpkin custard, balik umah tengok dalam plastik custard tu takdok, depa lupa letak..sob,sob.. Tapi takpa lah redha, redha.. takdok rezeki tu namanya!

Giler tempting! O(≧▽≦)O

Okeh, so sesapa yang berhajat nak rasa tu meh la singgah ke Jalan Cemara 7  dan bukak mata luas-luas untuk banner kat atas ni ye. Waktu operasi ialah pukui 12:00 tengahari sampai 10:00 malam. Kalau korang nak tau, semua menu ni dimasak oleh Chef Radzi sundrik so rasanya memanglah kaw kaw! Heheh... Boleh gak tengok FB depa kat sini dan jugak kalau nak berkenalan dengan Chef Radzi yang pandai masak ni boleh cekidaut kat FB beliau di sini!

Alamak, tak tahan tengok pulut mangga tu. Jom start kete! o(〃^▽^〃)o

Signature

Khamis, 17 Disember 2015

JJCM: Kafe Maa Thai, Saujana Utama

Khamis, Disember 17, 2015 0 Comments


Kafe ni dah lama dah gak nampak beroperasi tapi tak pernah lagi sampai kat sini. Kebetulan haritu nak pergi kedai lain tapi masa nak u-turn tetiba ternampak kedai ni dan rasa nak cuba la plak so kami pun teruih tak jadik nak gi kedai yang memula plan nak pi haha.. boleh tak cenggitu?

Ada macam-macam thai cuisine dalam menu dia tapi yang ni ialah yang paling top.

Nasi Ayam Penyet ni complete sedap semua sekali! Saya tau walaupun ni bukan saya punya tapi saya tapau untuk anak teruna yang menjaga umah hehe... Tengok gaya dia makan je pun dah boleh baca *jangan percaya sangat*

Berebut amek gambo ngan hencek ostad haha.. sebok macam ada blog gak je kekdahnya! Agaga... Tomyam thai campur ni sedap!
 
Mesti korang ingat ni padprik kan? Haa...salah! Ni lah Nasi Goreng Banjir! Bawah segala sayur-mayur tu yelah nasik goreng yang dibungkuih dalam telor dadar. Sodapnyeeeee!!!!

Yang ni Nasi Goreng Kampung. Sedap jugak walaupun kampung aje!

Gabungan air epal susu, tembikai+susu dan milo. Sangat sedap! Macam dah terjatuh chenta pulak ngan gelas empat segi tu huhu....

Overallnya... makanan kat sini memang terbaek! Sangat rasa keaslian rasa thai itu okeh! Awat la selama ni taknah pi kan? Hoho... Owh ye, untuk student UITM ade diskaun 20% tau.... so saya akan pastikan bila Maria masuk sana nanti, each time dia balik Sejana Hill nak suruh dia singgah kedai ni tapau untuk mak apak sekali huhi.. Untuk yang nak mencuba, silalah carik kedai buku Bookworm dan korang akan jumpak kedai ni berdekatan!


RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar

Signature
Follow Me at flickr! .