Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Rabu, 19 April 2017

Travelling Tips: Saujana Utama, Sg Buloh to 1Utama (versi Bas & MRT)

Rabu, April 19, 2017 4 Comments

Mak ni idok le ghajin na sebenarnya nak travel-travel nih. Tapi kalau hari-hari dah kena pujuk rayu dengan anak dara nak try naik pengangkutan awam (maklumlah, sejak lahir tak pernah naik bas hatta bas sekolah. Okeylah tipu, mungkin ada la sekali kot masa kicik ikut saya gi Chokit) jadik mak yang baru abeh pantang ni pun gigih la jugak bawak dia gi 1Utama haritu. Alang-alang dah ajo anak dara naik pengangkutan awam ni kan, meh mak nak turunkan ilmu macamana nak travel dari Saujana Utama, Sg. Buloh ke 1Utama Mall tu ye. Kalau korang berhajat nak pegi sana naik kete, silelah waze aje okeh, itu lebih afdhol hehe...


  • Okeh, memula korang kena tau kat mana port dan pukul berapa bas dari Saujana Utama ni akan bergerak. Ni infonya: -

*INFO PERKHIDMATAN BAS SAUJANA UTAMA - KL*
Nama Syarikat: Bas Selangor
No Bas: 101
Laluan Perjalanan: Saujana Utama-KTM Sg Buloh- Kepong -Bangkok Bank (KL)
Jadual Perjalanan
Hentian & Masa:
*Hentian Pertama* : *Seri Pagi (SU-KL)*
Masa : 6.30 pagi, 11.00pagi, 3.00 ptg
*Hentian Bangkok Bank (KL-SU)*
Masa: 9.00pagi, 1.00ptg, 6.00ptg
*Tertakluk kepada kesesakan jln & perubahan jadual oleh syarikat bas.
  • Korang boleh tunggu kat mana-mana bus stop dalam Saujana Utama tapi kalau nak selamat, tunggulah kat hentian pertama bas yeitu kat Seri Pagi sebab kat situ kalau dia sampai, dia tak teruih jalan tapi dia akan tunggu lebih kurang 5-10 minit sebelum meneruskan perjalanan. Cuma haritu hari malang kiteorang kot sebab saya dapat info yang bas ada selang sejam, jadinya seawal pukul 8:00 pagi kiteorang dah terpacak kat situ. Tunggu punya tunggu, akhirnya pukul 10:00 pagi baru dia sampai port huhu...

Tiket bas sorang RM2.50 aje dari SU ke stesen MRT Sg Buloh-Kajang tu. Kalau dia caj lebih, silalah saman.

  • Perjalanan dari hentian Seri Pagi tu ke stesen MRT Sg. Buloh adalah dalam 20 minit (bergantung kepada hari jugaklah... hari yang saya pergi tu Public Holiday jadi jalan lengang hehe...). Bas akan berhenti betul-betul kat tepi tangga untuk naik ke stesen MRT jadi turun je dari bas, bersedialah pasang kuda-kuda untuk mendaki tangga tu ye.

Sila klik gambar untuk tumbesaran sihat.


  • Bila korang berada dalam ruang legar MRT tu, silalah bukak mata besar-besar dan mulakan misi mencari mesin token ye. Bila dah jumpa, pilih perjalanan ke hentian BANDAR UTAMA dan samada nak token pergi-balik ataupun sehala. Tambang untuk perjalanan sehala yelah RM3.80 aje, Bila dah puas ati, tekan Ok dan nanti korang akan dapat token kaler biru macam dalam gambo tu. Ingat tau, kalau korang beli token pergi balik, simpan token tu baik-baik sebab nanti time balik korang nak guna balik. Kalau tak, sangkutlah korang kat hall nak masuk tu like forever heheh. Okey dah settled beli token, bolehlah scan token korang kat hall masuk ke ruang menunggu MRT tu dan tunggulah sehingga ia tiba ye. Owh ye, jangan risau kalau tetiba blur. Tanya je kat staff sana sebab depa suma sangat peramah dan friendly sangat okeh! (Mekaseh ye abang staff yang bagi tunjuk ajar kat kami budak first timer naik MRT nih hehe!)

YEAYYYYYYY Keretapi dah sampai!!!! Errr keretapi ke hee...

Bersih dan kemaih sangat dalam ni.

Dalaman dia tema kaler biru yang cantik.

Perasan ke perasan? Hahaha.. ye, tadak orang selain kami! Kamilah RAJAAAAA!!!!! (Tumbuh tanduk)

  •  Perjalanan dari stesen MRT Sg. Buloh ke stesen Bandar Utama amek masa lebih kurang 30 minit la lebih kurang. Bila dah sampai, korang jalan je teruih nanti nampak signboard 1Powerhouse. Kalau nampak tu kira betuilah tu. Nanti korang akan nampak MRT feeder bus bersusun kat tepi jalan.


  •  Bukan semua MRT feeder bus tu akan lalu ke 1Utama tau jadi korang kena tengok betui-betui kat bas tu dia tulih apa. Carik bas yang ada tulih laluannya T812.


  • Tambang feeder bus ni RM1 aje tapi kalau korang nak jimat kedekut taik idung masin, korang boleh je lintas jalan dan teruskan berjalan kaki selama lebih kurang 5-10 minit bergantung kepada kelajuan korang dan nanti korang akan jumpa pintu masuk 1Utama tu. Kalau naik bas, nanti dia akan belok ke kanan dan tak sampai 5 minit korang pun sampailah kat 1 Utama Centre Court Entrance (Dataran Bandar Utama). Lepaih tu, bolehlah teruskan aktiviti menyoping dan mencuci mata ye.
  • Waktu nak balik nanti korang ada 2 option gak samada nak menapak je atau tunggu feeder bus. Tunggu je feeder bus kat tempat korang tunggu tadi tapi saya tak pasti berapa lama masa menunggu sebab haritu kami menapak aje. Tempat menunggu bas untuk balik ke Saujana Utama pulak, korang cuma jalan ikut jambatan yang sama korang naik ke MRT masa datang memula tadi tapi instead of turun ke tempat bas turunkan korang tadi, korang jalan teruih je ke opposite road dan tunggu bawah jambatan tu ye. Jangan lupa berdoa bas sampai cepat! Ahaks!
Sekian saja pelajaran kita untuk harini ye murid-murid! Daa....!



Signature

Selasa, 13 Disember 2016

KEGUGURAN- Apa yang perlu kamu tahu?

Selasa, Disember 13, 2016 65 Comments

WARNING!
Entri ini mengandungi kandungan grafik yang mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Harap maaf. Anda boleh memilih untuk meneruskan bacaan dengan atau tanpa melihat kandungan grafik tersebut. Terima kasih.


Terdetik untuk berkongsi pengalaman keguguran kali kedua ni sebab saya sendiri kekurangan info dan sumber rujukan ketika mengalaminya. Meskipun saya pernah keguguran sebelum ni iaitu pada tahun 2001 tapi keguguran tu tak setragis kali ni sebab masa tu janin baru berusia 2 minggu dan ianya cuma seketul darah  yang sangat kecil berbanding kali ini. Tapi masa tu pun sebenarnya saya tak sedar yang saya membawa janin. Tiba2 je suatu hari kawan kat ofis tegur sebab belakang saya lencun darah. Bila ke klinik rupanya saya keguguran. Masa d&c pun saya dipengsankan jadi saya tak dapat tengok rupa janin tu.


KRONOLOGI
Secara jujurnya... mengandung kali ni pun saya sebetuinya tak tau yang saya mengandung. Memang pada bulan Zulhijjah haritu (hari dimana doa Nabi Zakaria untuk dapatkan waris dimakbulkan Allah SWT), terdetik dihati betapa inginnya saya dikurniakan seorang bakal hafizah memandangkan saya sudah ada seorang bakal hafiz. Tak sangka pulak rupanya Allah makbulkan walaupun cuma untuk 77 hari. Bila saya lewat seminggu, saya assumed saya mungkin mengalami tanda menopos sebab mak saya dulu menopos masa umurnya 40. Jadi saya buat taktau sampai bila dah lewat sebulan dan ada perubahan fizikal, baru saya pergi beli upt kat farmasi dan test tu positif. 

Tapi, masih... memandangkan saya takde alahan lansung kecuali tetiba rasa cepat mengah dan dahi naik ruam, jadi saya tangguhkan nak buka buku dulu. Lagipun masa tu saya sibuk dengan booth, karnival, kursus etc... lansung tak pikir nak gi klinik.

Bila dah habis semua tu, hampir sebulan lebih baru saya pergi bukak buku dan masa scan babynya tak nampak lansung. Cuma ada kantung aje. Jadi saya masih tak berapa nak berharap. Ya, kalau korang jadi macam saya, dah 8 tahun last mengandung... tentu korang pun tak rasa nak berharap jugak.


TANDA2 AWAL KEGUGURAN

4 hari sebelum keguguran
-Saya terperasan keluarnya sedikit darah macam tali halus. Selera makan hilang.

3 hari sebelum keguguran
-Perut memulas dari pagi. Selera makan masih takde. Saya cuma makan kuih je dari pagi sampai malam. Sebelum nak tido malam tu, saya ingat saya salah makan jadi saya cuma sapu minyak kt perut.

2 hari sebelum keguguran
-Saya sepatutnya buat checkup yang kedua pada 17hb Dec 2016 tapi pada 2hb Dec 2016, tiba2 saya bleeding macam period hari pertama pagi tu. Saya pun teruih pi klinik dan masa scan, saya teruja nampak heartbeat baby tu walaupun babynya masih jugak tak nampak. Dokt kata bleeding ni mungkin temporary miscarriage tapi memandangkan umor saya yang dah 40 ni, dokt mintak saya balik berehat dan bertawakal banyak2 semoga semuanya selamat. Jadi itulah yang saya buat, balik, bertawakal dan lalui kehidupan seperti biasa.

Hari kejadian 4hb Dec 2016
-Paginya saya sempat lagi pergi kuliah macam hari ahad yang biasa dan balik tu saya cuma rehat dan gugel info2 pasal bleeding ni. Terus-terang, yang sebenarnya walaupun kat mulut saya ucapkan saya redha dengan apa saja yang akan berlaku, tapi hati saya tetap tanak lepaskan baby ni. Dan saya tak perasan benda tu sampai saya terbaca kat satu blog (saya dah lupa blog apa)... lebih kurang ayat yang ditulis, kalau baby tu nak pergi, lepaskanlah dengan sepenuh hati dan ingatlah, kalaupun dia pergi... itu bukan kerana salah ibunya tapi memang Allah telah rancang untuk dia tumpang rahim kita hanya untuk seketika.

Allahu... selepas baca ayat tu... dengan airmata menyesal sebab sebelum ni macam tanak terima hakikat bahawa saya mungkin akan kehilangan baby ni... tiba2 baru saya rasa redha yang seikhlas2nya dari hati untuk terima qada dan qadar bahawa jika Allah dah tulis yang saya akan kehilangan baby ini, saya akan kehilangannya... dan demi Allah... detik tu juga waktu saya berdiri bangun dari duduk... saya dapat rasa ada ketulan yang jatuh. Allahuakbar!


APAKAH TANDA KEGUGURAN DAN APA YANG PATUT DIBUAT SEMASA KEGUGURAN.

Bila saya periksa, ada seketul darah yang keluar di atas pad saya dan pada saat ni, taulah saya bahawa, ya... Allah sedang mengambil semula haknya. Tipu kalau saya kata saya tak sedih. Baru 2 hari lepaih dapat tengok jantung dia berdegup, tup tup hari ni dia ada atas tapak tangan saya. Memang menangis lama jugak la dalam tandas sambil minta maaf dengan baby sebab saya tak dapat lahirkan dia dengan sempurna. Untuk 10 minit yang pertama, cuma seketul darah tu je yang keluar dan saya sangka itu aje. Saya pakai pad baru dan salin kain baru tapi rupanya selang 15-30minit, berketul2 lagi ketulan darah yang keluar sampai 8 pad jugak saya guna (itupun kebetulan pad dewasa mak saya ada kat rumah ni. Guna pad biasa tak dapat menampung darah yang banyak keluar setiap kali ketulan tu jatuh). Dan akibat banyak sangat darah yang keluar, saya pitam sekejap tapi mujur, lepas saya sedar semula... saya minum susu kambing diblender dengan 2 biji kurma dan sedikit badam. Saya paksa juga makan sekeping roti dan lepaih tu baru saya sedar sepenuhnya semula. Tapi masa tu ketulan darah dah berhenti dan darah pun dah kurang jadi saya teruih rehat dan tidur. Esok paginya bila saya turun dari katil, keluar lagi 2 ketui darah yang terakhir dan selepas tu darah yg keluar kuantitinya serupa macam datang period aje tak sebanyak semalam.

Ni ketulan yang pertama sekali keluar

Ni ketulan yang saya kumpul sehingga malam

Korang, bila korang tengah mengalami proses ketulan dan darah yang banyak keluar, waktu ni sepatutnya korang cuma perlu baring dan rehat ye. Kesilapan saya ialah sebab saya ingat ketulan yang pertama keluar tu je yang akan keluar. Jadi selepas tu saya selamba je turun tangga tingkat bawah, siapkan dinner budak2 lagik! Lepas selesai tu saya pun pitam.


APA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS KEGUGURAN

Memandangkan saya gugur dah lewat malam dan saya pun dah tak berdaya nak ke klinik atau hospital, maka esok harinya baru saya ke klinik. Tapi sebelum tu saya pergi berurut dulu untuk pastikan semua ketul darah tu keluar. Ingat ya, kalau dah pasti 100% tak lagi rasa ada ketulan darah akan turun, baru pergi mengurut. Kalau tak, JANGAN! (Hint dia senang je. Kalau masih banyak darah turun, bermakna masih ada lagi ketulan darah yang tersangkut. Darah yang banyak tu macam air paip tu tau banyaknya. -Kredit to makcik urut yang bagi tips ni).
Ok so lepaih urut, baru saya pergi klinik untuk scan semula dan alhamdulillah dokt kata memang dah kosong, ketulan darah pun dah takde dan rahim saya pun dah kecut. Jadi saya tak perlu d&c dan cuma balik rumah mula berpantang aje.


BAGAIMANA CARA MENGURUSKAN JANIN YANG GUGUR

Mengikut pandangan mazhab Syafi’ie; bayi atau janin yang lahir sebelum berusia enam bulan (di dalam kandungan), jika terdapat tanda-tanda hidup (seperti menangis, bergerak, bernafas atau sebagainya), hukumnya sama seperti mayat orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan serta dikebumikan kerana telah diyakini bahawa kematiannya berlaku setelah ia hidup. Jika tidak terdapat tanda-tanda hidup, maka hendaklah dilihat; jika telah kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin telah berusia empat bulan atau lebih dalam kandungan), hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disolatkan.
Jika belum kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin belum berusia empat bulan), maka memadai membasuhnya sahaja (untuk membersihkan dari darah), kemudian dibungkus dengan kain atau sebagainya dan ditanam. Tidak perlu dimandikan dan disolatkan.

Kesemua ketulan dibersihkan dan sedia untuk ditanam

BERAPA LAMAKAH TEMPOH BERPANTANG?

Ikut korang tapi dokt dan makcik urut sarankan 14 hari pantang berstokin, berbengkung dan bertungku. Tapi makan kena lebihkan hari pantangnya. Mak suruh saya pantang makan 60 hari. Tiap2 hari dia tepon checking saya makan apa huhu... takleh nak ngelat!




BILA BOLEH SOLAT SEMULA?

Ada banyak pendapat yang saya baca. Ada yang kata 14 hari, ada yang kata sampai berhenti darah tapi alhamdulillah saya ada guru saya sebagai rujukan. Katanya untuk kes saya iaitu janin yang kurang usianya 120 hari, sebaik saja ketulan darah habis keluar, maka darah yang menturutinya selepas itu ialah darah haid jadi ikut kebiasaan tempoh haid kita. Misal contoh, kitaran haid saya biasa 7 hari, maka hari ke8 dah boleh mandi dan solat macam biasa. Tapi kalau darahnya tetap keluar dan melebihi tempoh kebiasaan saya iaitu lebih dari 7 hari, maka boleh teruskan mandi dan solat pada hari ke8 juga sebab darah yang kemudiannya dikira sebagai darah penyakit.
Berbeza dengan janin yang sudah melebihi usia 120 hari, maka darah tu dikira darah nifas jadi kena tunggu sampai habis nifas sebelum boleh mandi dan solat semula.


APAKAH PERASAAN SEDIH ITU NORMAL?

Menurut Dr. Zubaidi, perasaan sedih ketika menghadapi musibah itu adalah suatu yang normal. Nabi SAW juga pernah kesedihan ketika kematian anaknya, Ibrahim. Namun kesedihan baginda hanyalah mengalirkan airmata dan tidak diiringi dengan ratapan. Menangislah... itu adalah nikmat Allah menciptakan airmata sebagai pelepas kesedihan.
Tapi jangan la dok tengah dok sedih-sedih tu pi pasang lagu Intan Sarapina pulak. Banyakkan berzikir dengan ayat-ayat dari surah dalam Al-Quran yang kita hafal, insyaallah boleh membuatkan kita redha.


PENGAJARAN YANG SAYA DAPAT DARI UJIAN NI

Tolong INGAT, INGAT, INGAT!!!... Bila kita keguguran, itu bukan sebab kita yang tak jaga kandungan, bukan sebab kita yang lasak, tak reti nak dok diam2, bukan sebab kita tak jaga makan....

BUKAN SEBAB SALAH KITA tapi...

baby tu dah cuba untuk survive dalam rahim kita semampu yang boleh CUMA dia yang tak mampu bertahan. Sampai masanya bila Allah kata ok harini hari terakhir kamu dalam rahim sipolan maka pulanglah semula ke syurga.

INGAT! 
KITA MERANCANG. ALLAH JUGA MERANCANG. TAPI PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG THE BEST AMONG ALL.

Akhir kata, saya harap pengalaman saya ni dapat memberi manfaat untuk yang memerlukannya. Terima kasih tak terhingga saya kepada owner 2 blog ini yang saya sempat baca dan jadikan rujukan sebelum keguguran haritu iaitu: -


Terima kasih juga kepada semua keluarga, saudara-mara dan sahabat handai yang mendoakan saya dan tak berhenti memberi kata semangat untuk saya bangkit semula. Syukran, jazakallahu khairan katsira. Ketahuilah bahawasanya, walau cuma kata-kata tapi ianya amat bermakna untuk saya.

Dan pastinya syukur, terima kasih yang sangat tak terucap untuk keluarga saya terutamanya pak ustad dan Maria yang membantu saya menghadapi saat kesedihan tak diduga itu. Tanpa mereka, saya taktau apa jadi pada saya masa tu.

Sesungguhnya apabila Allah menghendaki maka berkatalah ia, jadilah. Maka jadilah ia.
Allahuakbar!

Sebuah catatan khas buat anak syurgaku, Saidatul Nafeesa kerana kesudianmu menumpang rahim ummi dengan penuh kasih-sayang selama 77 hari yang indah.

Rabu, 4 Jun 2014

Jom tambah saham akhirat yuk!

Rabu, Jun 04, 2014 7 Comments



Alhamdulillah haritu selesailah sudah Majlis Pelancaran Tabung Pembinaan Surau Nurul Iman & Ceramah Isra' dan Mikraj kat taman saya. Allah dah kata kalau kita buat majlis untuk kebaikan dunia & akhirat insyaallah semua urusan Dia permudahkan, Allahuakbar!

Aktiviti berposing sebelum buat keje hias pentas haha...

Kalau korang sume nak tau, kat taman saya sekarang ni takde surau tetap. Yang ada sekarang cuma rumah kosong yang disewa untuk dijadikan surau sementara so korang bayangkan jelah keluasan umah boleh muat berapa orang jemaah ajekan.


Sebab itulah, kiteorang berusaha nak bina sebuah surau tetap yang lebih besar dan selesa. Suma dah beres alhamdulillah, tinggal sekarang kami sedang mencari dana untuk cukupkan belanja pembinaan surau tu aje. Sebab tulah saya harap agar pembaca blog saya ni sudilah kiranya kalau dapat menyumbang mengikut kemampuan masing-masing. Walau RM1 yang korang sudi sumbangkan, memang Allah dah janji terus masuk dalam tabung akhirat korang, Subhanallah!

Posing itu adalah wajib walaupun jam didinding sudah menunjukkan 11:40 malam kan hahaha... These are my lovelies neighbors. Yang sedang riba baby mata bulat ya amat tu ialah isteri Imam Muda Arrazzi.

Selain daripada tu, saya juga akan salurkan setiap RM1/- kalau korang buat pembelian di SugarPlum's Kitchen bermula dari sekarang. Insyaallah.. korang dapat saham, saya dapat tolong orang dapatkan saham, insyaallah!

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

  1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
  2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
  3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
  4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
  5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
  6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
  7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.
  8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Rayyan yang berjaya mengayat awek huhuuu....


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

  1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
  2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
  3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.


Akhir kata, 
jom layan upacara perasmian dan ceramah Isra' & Mikraj dari Imam Muda Arrazzi yang berlansung pada hari Jumaat 30hb Mei 2014 yang lalu!

 


  Signature

Khamis, 13 Februari 2014

Pi IKEA??? Sekarang tak perlu lagi!

Khamis, Februari 13, 2014 12 Comments


Dulu kan zaman keroje, pantang IKEA ada sale je mulelah saya tak senang duduk. Kena-kena pulak ade sekor syaiton besor dok hasut ajak tuang keje pi soping sana akaka..
*Wei Aju ko jangan terasa tau hiu hiu...*
Tapi la ni semenjak dua menjak jadik dapur opiser bertarap donia nih, ate maleh no nak gi sana.

Takde duit saje le bagi alasan maleh. Kah, kah...



Tapi rak ni memang saya carik dah lama dah since dari baru pindah umah ni sebabnya saya dah beli sebelum ni... tapi tak cukup le pulak. Barang melebihi muatan cenggitulah jadiknya. Merata la saya carik tapi idok jumpe jugak rak yang sama macam yang kat IKEA tu. Boleh je beli yang lain design tapi tercabar la kewibawaan i sebagai bekas pelajar senireka kejuruteraan ni kannn.. (tanak kalah tu, ihiks!)

Di satu hari yang tenang... (kononnya)

Godek punye godek sekali terjumpak la dengan page Small Palace kat pesbuk. Dia ni juai barang-barang dari IKEA secara online. Amatlah sesuai untuk

kaki pemalas, 
kaki jimat, 
kaki malas nak beratur, 
malas nak carik parking 
dan
malas nak ayat toklaki ajak gi soping macam saya hehee.... 

Opkos la korang kena bayar sket untuk postage tapi same gak kan, korang gi sana bayar parking, bayar duit minyak bla, bla... kalau order ngan dia ni korang boleh beli barang dengan satu jari je sambil nguyah kopok dan ditemani secawan kopi panas lagi! Dijamin tangan dan kuku korang bersih dan tumit tak pecah berdiri lama!


So akhirnya dapatlah saya memiliki rak idaman saya tu hehe... Orang kata dah alang-alang beli tu kan, saya beli lah sekali clip plastik makanan ni. Haishh... tulah masalahnya- nak beli satu, pi beli dua. Tu blom masuk supermarket lagi. Nak beli limau sebiji je.. tapi ubat jerawat, kopiko, ceklat kat display rack sume pun saya hangkut. Udahnya janji tadi gi paso nak belanja bawah dua hengget akhirnya jadik lapan puloh dua hengget lima posen, haishhh!


Ok nak cite lagi satu benda. Hari yang sama dapat parcel SmallPalace ni, dapat jugak barang yang saya hoder dari hakak Shilla ni. Suke sangat weh! Pernah baca blog orang tu dia pernah beli seketui je benda alah ni RM80/- tapi ngan hakak Shilla, dua bijik camni tujuh poloh hengget je untung tak untung wehhhh! (tumbuh tanduk)


Ni versi dah diisi dengan cereal pek 150gm. Boh yang kotak kecik dulu wehhh demi untuk testing hehe...

|
|
|
|
V

Amacam? Cantik tak? Cantik tak?....


Signature

Selasa, 4 Februari 2014

D.I.Y: Projek Wall Sticker ;)

Selasa, Februari 04, 2014 8 Comments


 
Haritu saje je jalan-jalan blog orang tengok jeles caner dorang deko umah memasing maka tersinggahlah ke blog Rencah Kehidupanku ni. Bila tengok dia pasang wallsticker rasa cam teringin le plak tapi usaha meng'usha' big bosh tak berapa berjaya sebab dia sonyapppp jo, huhuu... maka saya dah lupekanlah aje hasrat murni buang duit itu... Tetiba selang seminggu, dua lepas tu dia bagi duit suruh gi beli mana yang saya berkenan. Wahhhh...Teruja mak!!! Well, nak kata apekannn... isteri mithali le katekan... tak push bebel pun dapat. *Riak dahhhh!* Agaga...


Sebelum tu memang saya dah lama berkenan ngan design dari Wall Sticker Paper Deco Malaysia ni. Harga RM50 satu roll oklah tu sebab saya cuma nak pasang kat tabletop aje. Saya pilih kaler dan corak ni sebab nak transform tabletop saya jadik ala-ala English style gituh *ecehhhhh...*


Okeh adik-adik, memula sekali korang kenalah bersihkan dulu tempat yang nak ditampal nanti tu ye. Ambik kain bersih dan lap sampai korang pasti kawasan tu dah bebas dari habuk dan sebarang bendasing yang mengganggu ye.

Cermin-cermin yang ade kat dinding tu kena cabut dulu ok.

Kendian, sediakan wallpaper sticker, gunting, pensil, pembaris dan kalau ada pita ukur pun okeh.


...CAMNER NAK MULA...
  1. Ukur dulu berapa panjang dan lebar tempat kite nak tampal tu kemudian tandakan ukuran tu pada belakang wallpaper sticker tadi.
  2. Lepas gunting, kopek sikit bahagian hujung sticker tu dan buka terus sampai lebih kurang 4 inci dan kemaskan bahagian belakang sticker yang tak bergam tu supaya tak mengganggu time nak menampal kang.
  3. Acu kat tempat nak tampal tu kiri kanan. Kalau dah puas ati, baru lekapkan bahagian 4 inci tadi tu kemudian tarik melurut perlahan-lahan baki sticker tadi tu ke bawah. Sepatutnya dengan cara ni sticker tu akan lekap dengan cantik (takde bubble-bubble dah) tapi kalau ade boleh je bukak balik dan cuba lagi sekali, dua kali, sepuloh kali, seratus kali... ikut sukelah. Tapi kalau dah seratus kali bukak dah tak rupa sticker jangan plak gi marah tukang jual wallpaper tu yek! Ahaks!
  4. Tips: Untuk jimatkan sticker, pastikan korang ukur betul-betul supaya tak banyak sticker yang tak guna dikendian hari. Lagi satu, jangan risau kalau nak tampal sini sikit sana sikit sebab bile dah tampal memang tak nampak dah kesan menampal tu. Nampak even aje *kalau korang pro cam saya lah haha, konon!*


Hasilnya....

Ada lebih lagi saya tampal kat tepi tangga ----->

Lampu ni memang datang sekali dengan sticker pokok dan burung tu. Saya beli dengan Almari Nora dah lama dah tapi nampak cam tergantung sebab tapaknya tak jejak tanah haha... so dengan adanya brick sticker tu barulah nampak cam dia ade tapak berdiri sketkan. Tapi sekarang ada masalah barulah pulak! Nampak macam tapak dinding dia tak habis tapi.... sticker dah yillek so buat-buat tak nampak je sudah! :P


  Signature

Khamis, 4 April 2013

Rayyan= Talasemia??? Hmmm...

Khamis, April 04, 2013 8 Comments


Tak taulah camne nak start. Dari semalam masa doktor bagitau yang anak bongsu saya adalah pembawa Talasemia, saya masih takleh percaya dan susah nak telan bulat-bulat apa yang doktor predicted tu. Kenapa? Okeh, meh saya cite sket apa itu Talasemia dan macamana seseorang tu boleh jadik pembawa atau pesakitnya: -



Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk. Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.


Jenis-jenis Talasemia


Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.



Pembawa di Malaysia


Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)


Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal



Tanda dan gejala Talasemia

  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Jaundis
  • Tumbesaran terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).



Rawatan untuk pesakit Talasemia


  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.


*********************************************************************************
Okeh skang saya bagitau nape saya masih ragu-ragu dengan prediction doktor itu okeh. Untuk pengetahuan korang, pak ustad baru je cek darah 4 bulan lepas masa dia demam teruk dan doktor takde plak mentioned yang dia punye sel darah merah rendah (pesakit/ pembawa talasemia bacaan sel darah merah kurang dari 10g/dl). Saya pun semasa mengandungkan Rayyan ni ada wat cek darah sebab saya under treatment doktor pakar masa tu (pasal saya lelah depa treat saya dalam special case). Tapi again, kalau saya punye sel darah merah pun rendah, sure mase tu doktor dah bagitau sayakan? So kesimpulannya, saya dan pak ustad bukan pembawa Talasemia so macamana ek Rayyan boleh jadik pembawa?


Apapun, saya berpegang pada qada' dan qadar dan percaya pada kebesaran Allah SWT. Doktor mungkin pakar dan menggunakan kepakarannya untuk menjelaskan sesuatu yang berlaku itu melalui kaedah sains tapi itu tak bermakna keputusan itu adalah tepat kerana yang Maha Mengetahui, yang Maha Menjadikan, yang Maha Berkuasa dan Maha Menentukan adalah Dia Yang Esa. Moga anak ummi akan terus sihat membesar agar dapat terus melakukan amalan dan ibadah kepadaNya, ye anak!


*Maklumat sumber dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Talasemia

Signature
Follow Me at flickr! .