Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label cake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cake. Papar semua catatan

Rabu, 14 Ogos 2013

Yeay! Hari Raya!

Rabu, Ogos 14, 2013 6 Comments


Skema tak mak bergambo? Har! Har!

Raya ada lagi wehhh... tapi ni mak nak citer bulan posenye citer tak abes lagi boleh? Kanper, ku sangkakan time bulan-bulan pose takde orang nak mengoder, tapi rupenya ramai jugak yang mintak watkan kek. Ada jugak yang saya terpaksa reject- sorilah sangat-sangat tau. Korang harus tau yang mak ni tak mampu nak pakai orang gaji jadi selain nak wat kek orang, mak kena gak wat kek sendiri, rendang sendiri dan ketupat sendiri ye! Thee...


Order ni dari returned kastemer yang dah berapa kali returned dah ni yeitu Kak Miza. Ekcelli dia baru je last week (ada kat entry sebelum ni) order kek nipis RV ni... tetiba whatsapp mintak wat lagi. Masehlah ye kak hehe...


Sebelum tu saya memang dah dapat order dari kastemer baru, Puan Wani ni so dapatla gak settlekan kek dia sebelum raya sebab dia nak bawak balik Ipoh. Kek ni tema Upin & Ipin balik kampung beraya- hahaha... belasah jelah Farah haha...


Yang ni pun order yang memang saya dapat dah lama rasanya sebulan awal. (Silelah contohi sikap mereka ini ye puan-puan. Apabila hendak mengorder. jangan besok nak, harini order pastu nak marah hahaha...) So sebab sume ni jugak saya tak dapat nak amek order orang lain which is saya nak mintak maaf banyak-banyak dan macam saya pesan, tolonglah.. T-O-L-O-N-G-L-A-H order awal untuk mengelakkan kekecewaan melampau okeh! Hehe...

Owh ye.. maseh gak tau kat sume yang order biskut haritu. Alhamdulillah sume pun dah dapat dan ni pun mak nak pesan- kalau mak dah kata harini last day amek order, janganlah lusa order lagi... Tekanan kat mak tau hahaha... Untuk pengetahuan sume, saya biasa memang dah open order untuk biskut raya sebelum bulan pose lagi so agak-agaklah ye... tahun depan sindri mau hengat okeh! Hahaha... Last but not least, SELAMAT HARI RAYA sume! Jom layan gambo!

RAYA: Gombak-Shah Alam-Klang-Sg Buloh-Segambut-Teluk Intan. Seronok weh!!!



Signature

Rabu, 31 Julai 2013

Yeay saya tipu... har! Har!

Rabu, Julai 31, 2013 6 Comments



Hehehe.. haaalaaaaaaa.. konon haritu tanak wat entri makanan bulan pose ni tapi nak wat camno... banyak lak gambo makanan yang belum di expose hehe so mak batalkan jelah niat suci mak tu :p ... Saya ingatkan bulan pose ni takde orang yang nak makan kek tapi ghupenya ade gak ye.. ramai pulak tu sampai nak wat biskut raya untuk diri sendiri pun baru dapat wat dua jenis aje- itupun biskut yang jenis malas tahap cipan haha. Order pertama masa dalam bulan pose ni datang dari jiran ghumah belakang hehe... Puan Kamariah ni order untuk besday anaknye yang minat Thomas. Seb baik ubah fikiran ke Thomas sebab sebelum tu mintak watkan Legoland! Wahaha... dengor pun dah ketor lutut!


Pastu tetiba returned customer merangkap jiran belakang ghumah jugak nih tapi jauh sikit hehe... dia order kek rainbow tema Sesame Street merah ni untuk besday suaminya. Hehehe.. bukan suami dia suke Elmo ni tapi anak dia suke so suke ati dialah nak wat tema apekan, dia yang order agaga...



Kek dan muffin ni pulak diorder oleh Kak Sal yang sangat banyak beli ngan saya sepanjang bulan Ramadhan ni. Since ni first time nak bagi dia rasa kek (selalu dia order makaroni ngan hotpot jek) so rase debor le jugak hehe.. lagipun dia ade request deco nak camner specially untuk besday anaknya yang ke-17 tahun tu. Tapi canerpun yang sangat saya suke Kak Sal ni sangat flexible so kalau saya tak dapat buat exactly 100% macam yang dia request pun dia tak kesah dan dia memang selalu tak kesah which buat saya rasa sangat humble dengan kastemer camni (yelah sebab saya ni selalu tak menyabor so bile jumpe orang yang kontra rasa malulah pulak dan rasa teruknya kepada diri sendiri haha...)






Lepas tu lagi sorang returned customer (yang ni lagi banyak kali returnednya hehe... tapi takper saya suke!) nak Supermini's Rainbow Cake pulak. Ekcelli bukan untuk dia je tapi untuk kawan-kawan dia kat opis yang order. Bagus kastemer yang sungguh memahami camni, dah tau supermini nak kena ada 4 orang order baru boleh jalan so dia dah paksa 4 orang siap soh order agaga... *okeh telahan melampau aje*


Last sekali Kak Miza order kek nipis Red Velvet ni. Banyak tul kan dia order? Uiks... saya kata last eh? Owh, tak! Sebenarnya minggu akhir sebelum nak raya ni sudah ade 4 bijik kek yang sudah menunggu dalam senarai huhuuu... Ate bile nak wat projek biskut ni weh? Hahaha.. tulah mase awal pose haritu tanak wat padan muke sendirik! Kek sendirik pun tah bile la weh nak wat!!!! Lalalala...


Signature

Selasa, 2 Julai 2013

Kek, kek, kek dan kek!

Selasa, Julai 02, 2013 2 Comments


Rasa cam tak banyak wat kek seminggu, dua lepas tapi bile nak edit baru perasan manyak gak eh! Padan le mak rase cam nak pengsan je minggu nih.. haha, boleh?
Okeh... memula hari Sabtu lepas wat kek nipis buttermilk (gambar atas) tu untuk sedekah kat surau. Masa tu ada majlis sambut Ramadhan kat sana so itu ajelah yang mak mampu bagi pun. Lain menda nak masak tak reti hehe...

Pastu tetiba returned customer requested Chilled Creamy Cake ni. Sempat gak mak gagahkan dirik yang malas ni membuatnye hehe....

Haa yang ni memang express punye kek nih! Tetiba jek hari Jumaat petang si Maria balik sekolah tu dia kata kawan dia order kek nak esok jugak! Huhuuu... jenuhlah mak dah sampai parkir umah kena kuar balik gi kedai supplier nak carik bahan. Terheran skejap bapak eh nengok tadi dah parking tetibe kuar balik hahaha...

Order ni plak dari BFF masa kat sekolah menengah dulu. Lama dah wei tak jumpak dia. Last time masa dia datang collect kek besday anak dia yang 2nd pastu senyap tetiba. Alih-alih ku nengok post kat FB dah dapat baby baru! Huhuuu... diam ubi berisi rupenya makcik agaga...

Dia order 2 jenis kek nipis yeitu brownies dan Japanese Soft Cotton Cheese Cake nih. Disebabkan dia dalam pantang, maka mak ni terpaksa la memberanikan diri gi nganto kek ni kat umah dia. Seb baik tak lepas sampai ke Perlis nun haha.. tapi satu pencapaian ke atas diri sendirik la berjaya drive out of the box hehe.. *kembang hidung*


Last sekali thanks pada Kak Siti sebab mintak saya watkan kek Barbie ni untuk besday anaknya yang ke-8 tahun haritu. Letih gak membuatnya sebab nak jadik cite haritu cuaca tersangatlah panasnya dan saya pulak guna cream cheese untuk frosting kek ni. Maka terjadilah peristiwa dua kali kena alter balik baju sebab melorot nampak aurat agaga...

Owh ye... last but not least *ewah* nak mekaseh kat sume yang sudi mencuba Baked macaroni cheese saya pada hari Jumaat lepas tu! Insyaallah nanti sambung lagi dalam bulan ramadhan ye (kalau rajin hahaha...)

NOTE SELINGAN: 
Order biskut raya masih dibuka ye! Klik iklan kat bawah untuk direct ke order form ye! Thanks!



Signature

Sabtu, 18 Mei 2013

Selamat Hari Guru, cikgu!

Sabtu, Mei 18, 2013 0 Comments

 

Memang tiada kompromi. Kalaulah ada orang selepas ibubapa yang berhati mulia tanpa mengira apa mendidik anak-anak kita dah tentu tak lain dan tak bukan; itulah orangnya... GURU. Saya sangat suka dengan sebuah sajak dari Usman Awang yang kali pertama saya membacanya didinding Sekolah Rendah Danau Kota dan sehingga kini bila tiba Hari Guru, inilah sajak yang akan saya hadiahkan buat semua guru-guru yang telah berjasa tanpa mengenal jemu mengajar saya dan anak-anak saya sehingga apa yang kami capai hingga ke hari ini.




Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979



Mekaseh kak Zila sebab sudi order brownies untuk hadiahkan cikgu anaknya diSKSU.

Maseh gak pada Siti @Ibu Darwisy sebab sanggup datang collect order kek nipis Moist Chocolate Cake tu ye.


Last but not least, ekcellikan... sebenarnyakan... guru yang paling dekat dan yang paling banyak berjasa dalam hidup kita... ialah
IBU & AYAH.
Kerana merekalah yang mengajar kita menyebut perkataan pertama didunia ini, 
merekalah yang pertama mengajar kita berjalan sehingga kite boleh berlari tanpa dipimpin. 
Merekalah yang pertama mengajar kita tentang Allah SWT dan 
merekalah yang selama-lamanya mengajar dan terus mengajar kita sehingga akhir hayat mereka.

'TERIMA KASIH GURU-GURUku!'
Hanya Allah SWT yang mampu memberikan balasan yang terbaik untuk kamu!

  Signature

Ahad, 5 Mei 2013

Mr. Spidey & Macaroni attack!

Ahad, Mei 05, 2013 4 Comments


Harini alhamdulillah dapat order dari jiran belakang umah, Puan Suriani untuk besday anaknya Alif yang ke-5 tahun. Kek coklat ni memang saya suggest disalut dengan coklat ganache aje sebab saya tau budak-budak kalau pasal coklat memang giler! Puan Suriani request 1.5kg sebab dia nak hantar ke taska besday boy tu. Seronok betul si Alif masa tengok kek ni . Mekasey mama belikan Alif kek heheh! Saya suke! Ngee...



Lastly, mekaseh gak pada semua yang memborong makaroni cheese saya hari Jumaat lepas. Untuk pengetahuan sume, pada hari tertentu (dimana tahap kerajinan adalah melebihi paras biasa hehe...) maka saya akan announce Special Menu of The Day dan menu ni akan berubah-ubah dari masa ke semasa. Oleh sebab itu, kalau korang nak tau apa latest offer, better korang Like page SugarPlum's Kitchen tau kalau tak nanti jadik macam offer ni- tak sampai 2 jam saya bukak offer sumenya dah sold out! ;P Sayang korang! Muahhh!

Signature
Follow Me at flickr! .