Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 24 Oktober 2013

Resepi: Roti Lapis Daging Berkeju



Sebenarnyakan dah lama teruja nak cuba resepi yang saya dapat dari FB WanieDD Homemade ni tapi, selalunya adeeeeeee je benda yang menyebabkan kena 'adjourned'... opkos paling utama sebab virus 'M' tulah kan hehe... so lama la dah peram resepi ni dalam henpon, ntah caner semalam tak tau nak makan apa untuk buka pose so teringat la plak kat roti yang menawan ini. Tak sangka ramai plak manusia-manusia kebuluran yang tergoda tengok roti ni so ni saya bagi resepinya ye: -


Bahan2:
utk Inti:300gm daging cincang @ 4 kpg dading burger (dihancurkan) kalau nak daging lebih boleh tambah lagi..
2 ulas bwg putih
1 biji bwg besar
1/2 paket perencah daging black paper maggi
sedikit air
garam n gula
minyak

12 keping roti
3biji telur
200ml susu fresh
8kpg slice cheese
cheddar diparut
* sayur2 ikut suka

Cara2:
Untuk inti:
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan bawang besar dan daging... goreng hingga daging empuk.
  • kemudian masukkan perencah black paper dengan sedikit air... masak sehingga daging masak dan kering.
  • Ketepikan dan biar sejuk.
Untuk Roti lapis:
  • Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter or mentega
  • Bancuhkan telur dgn susu sehingga sebati
  • Celup roti kedalam bancuhan susu td dan susun dlm bekas. Buat sehingga penuh bekas untuk tingkat yang pertama.
  • Tuangkan separuh dari inti tadi keatas roti n ratakan. Kemudian susun slice cheese keatas daging.
  • Tutup dgn lapisan roti yg dicelup seperti langkah pertama tadi...
  • Ulang proses yang sama... Lastly tabur cheddar parut kat lapisan atas sekali..
  • Jika ada lebihan telur just siram diatas roti supaya tak membazir...
  • Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180c lebih kurang 35-40 minit (sehingga masak)
  • Kuarkan dari oven sedia untuk dihidang..


Kenapa nampak cam keratan rentas kepala buaya ek? Erk!!!

Senangkan? Tapi kalau rasa malas nak buat sonang jo... tunggukan ajelah kemunculannya di SugarPlum's Kitchen ok! *Wink*Wink*


Signature

6 ulasan:

  1. hari ni asik tersinggah blog yg post gmbr makanan jee.. nyum nyum time pregnant ni sume nampak sedap nyum nyum :)

    BalasPadam
  2. @Chenta UmmiTapi saya tak preggy pun asal nampak gambar makanan sume nyum nyum hahaha.. acaner tuh?

    BalasPadam
  3. @Wanie DaudHehee.. malunye owner datang sini.. masehhh sudi singgah :) ihiks!

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .