RATING
Service:
Food:
Food:
Kalau aku ke Taiping, biasenya bila tiba time lunch aku akan bawak budak-budak gi makan kat restoran ni yang terletak di dalam Taiping Sentral Mall tu. Memula dulu aku hengat kat sane je yang ade restoran ni, tup-tup haritu aku tengok kat Foursquare, kat KL ni pun ade upenye!!! Kalau dekat area Gombak nih, restoran ni terletak kat dalam bangunan Carrefour Wangsa Maju. Lokasi dia kat tingkat 1 (...kot! Hehe...) tapi nak senang carik, dia betul-betul berhadapan dengan First Lady punye butik. Ye... pecah rahsia. Sebelum tu aku pegi ronda dalam itu butik sebelum terdengar perutku berbunyi, hehe...
Nasi Lemak ala Jom Bali style
Memandangkan aku memang suke dengan signature dish dorang yeitu, Nasi Lemak ala Jom Bali style, maka tu hari aku pilih yang itu la juge. Bahannya same je cam nasik lemak biase kat tepi jalan tu cume yang different tu pasal dia ade pilihan rendang, samada nak rendang daging atau ayam dan disertakan sekali ngan pappadom. Air dia yang aku suke yelah sirap bandung dengan longan tapi ntah nape kat sini air dia kurang power plak berbanding kat Tepeng. Kurang mandrem kot, ahaks!
Fried 'Silang' Beef Kueytiaw
Maisarah cube Fried 'Silang' Beef Kueytiaw. Apa yang bersilang ntahla... Rasa dia lebih kurang cam kantonese style la, ada telur... kuah likat etc. Sedap gak cume tak larat nak rase banyak sebab terlalu kenyang sebab tamak kena habiskan nasi lemak aku tu. Selalunya aku kongsi ngan Mirul dan Rayyan bolehlah abes sebab kuantiti dia banyak. Ini kali makan dengan Rayyan yang kantung perut dia besar penumbuk je mana la nak abes.
Chicken Chop with Black Pepper sauce
Mem besar aku cam biaselah. Nak kate apa kalau dah orang putih tu, orang putihla jugak la kan. Dia order Chicken Chop with Black Pepper Sauce. Rasa dia cam chicken chop la camner lagi muahaha! Cumenya... ye, gravy dia pekat so best la cicah-cicah di dalamnya. Tapi takla rasa sangat pun sebab dah kekenyangan gile.
5 minit je bleh diam budak ni...
So, overall makanan kat sini nampak menyelerakan tapi aku takleh kate sume sedap sebab blom terai yang lain-lain itu. Sesape nak aku review menu yang lain tu silelah blanje aku makan kat sini tunggu aku pegi lagi ye. Yang best kat sini sebab suasana dia berkonsepkan ala Bali gitu, meja kayu jati, ade kayu jati sana, kayu jati sini... pastu dapat tengok cite 'Merong Mahawangsa' lagik! Hahaa... tapi takla mengikuti sangat sebab aku memang out sket bab sejarah ni theee... tup, tup pandang screen dah kuar list nama. Dah abes upenye heee...
Menu kat sini ada macam-macam, dari kampung style, chinese style, western... hmmm tayah gi lain-lain kedai sebab sumenya ada kat sini. Untuk info lanjut, korang gi la belek website dia kat sini.
*Notakaki: Jangan lupe bawak tisu (nak lap air liur kang! )
Menu kat sini ada macam-macam, dari kampung style, chinese style, western... hmmm tayah gi lain-lain kedai sebab sumenya ada kat sini. Untuk info lanjut, korang gi la belek website dia kat sini.
*Notakaki: Jangan lupe bawak tisu (nak lap air liur kang! )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!