Kali ni saya nak suggest satu tempat makan yang saya rasa best gak la. Tempatnya kat KL gak, tak jauh pun dan x susah nak mencariknya. Nama kedai makan ni yelah Garden Cafe. Ia terletak betul2 di tepi jalan di Taman Koperasi Polis.
Kalau korang datang dari arah KL, korang akan jumpa Giant Batu caves terlebih dahulu, masuk kiri selepas traffic light yang ke-2 dan terus je. Garden Cafe ni akan berada disebelah kanan korang so korang kene wat u-turn la kat depan tu sket. Menu yang paling menarik kat sini yelah ikan bakarnya. Biasa ikan bakar dibakar gitu2 jekan, habis2 dilumur garam kunyit, tapi kat sini dia perap ngan bahan rempah so aroma dan rasa dia memang menikam kalbulah! Saya bleh ratah ikan depa tu berekor2 tak hengat orang belakangnya kalau dapat, konpem ! Selain daritu yang bagusnya sebab kat sini ade 3 jenis pilihan variasi masakan korang bleh pilih yeitu masakan thai, mamak & western. Harini ingat nak makan ikan bakar tapi xde plak so saya amek Beef Steak, Maria makan Chicken Chop, Wannya pilih bihun goreng (seperti biase) Kakak Sarah pun order Chicken Chop, ayah & Mirul makan nasi lauk sup ekor dan ikan kembung 3 rasa. Pehhh.. brape star? saya bagi.. nah! Hamekkkk....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!