Tuesday, September 20, 2016

Home » , » JJCM: Hyderbadi Charchoal DUM Briyani, Gombak

JJCM: Hyderbadi Charchoal DUM Briyani, Gombak




Tahukah engkorang bahawasanya di Gombak sekarang dah ada 'The World Famous Hyderbadi Dhum Biryani'

Apa bendakah itu? 
Hoho.. beriani ni guna resepi tok moyang zaman dulu kala. Dari nasi membawak ke lauknya, semuanya dimasak guna periuk tanah guna dapur arang okeh. Oleh sebab itu, rasa dia memang sangat SEDAP GILER la wei!

Ni ialah set nasi beriani ayam. Nasik dia kalau takde lauk, makan saje pun sodap! Kadang-kadang dapat sekali telur sebijik, kadang-kadang dapat papadom dan kadang-kadang pulak, ada ubi rebus sekali! Mungkin tengok stok hape yang hado kot hehe... dan portion dia adalah serius banyak. Saya selalunya kena kongsi dengan budak-budak sekali. Tapi ekhem... err tak taulah kot kantung perut saya comel! *perasan* 65

Nin dia ayam rose dia! Ayam dia sangat besar, juicy dan sedap giler!

Selain dari ayam, kambing pun ada juga tapi saya tak pernah lagi cuba jadik takleh la nak review. Tapi kalau dah ayam sedap, rasanya kambin ni konpemlah sedap gak! 3

Bila dah makan nasi berempah cenggitu kan, pe lagi... pekena jus mangga depalah! Pekat okeh!

Ada jugak menu lauk yang lain korang boleh pilih dan ada pakej mengikut bilangan yang nak makan. Deliberi pun boleh tau! Bestnyaaaaa... seb bek dok jauh kalau tak hari-hari kot order haha!
So sesapa yang belum cuba, tolonglah percaya- korang memang rugi ahaks! Kedai dia betul-betul berhadapan BP Petrol Station dan berada dibangunan Plaza Idaman. Owh ye, kedai ni cuma ada satu meja makan yang kecik jadi better la korang beli dan tapau je ye! Sesapa nak usha Facebook dorang, silalah sediakan tisu wat kesat ayorliur pastu baru gi link SINI.

OOpppss! Berapakah ratingnya??? Tadaaaa...

RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar

*Gambo yang tiada remarks kredit to official FB Hyderbadi Charcoal DUM Briyani

Signature Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket