Monday, May 19, 2014

Home » , , » Tips: Creampuff aka Choux Pastry

Tips: Creampuff aka Choux Pastry

 

 

Bulan ni nampaknya budak gebus ni punye rating kemahin menjadik-jadik tapi hakikatnya kalau kowang nak tau, pastri creampuff atau jugak dipanggil Choux Pastry ni yelah sejenis pastri yang paling susah sekali nak membuatnya sebab dia tersenarai dalam kategori pastri yang manyak songeh heh... So ni saya nak share tips dari sifu Chef Azli Razali yang saya kopipes dari blognya: -


Note: Sila pastikan korang benar-benar 'take note' pada ayat yang saya 'highlight'kan untuk memastikan   korang dapat hasil yang memuaskan ye!

"Cream puff sebenarnya diperbuat daripada adunan choux pastry. Selain daripada cream puff anda boleh membuat éclair, profiterole dan swan dengan choux pastry.

Choux pastry yang dibuat dengan resipi dan teknik yang betul akan menghasilkan rongga udara di dalamnya. Ruang udara yang terhasil akan membuatkan choux pastry lembut dan ringan.
Teknik ketika anda membancuh tepung dengan cecair (mentega yang dicampur air) perlu diberi perhatian. Anda perlu memasukkan tepung apabila cecair itu mendidih.

Pastikan merjerin atau mentega telah sepenuhnya cair dalam air. Ketika masukkan tepung, kacau dengan cepat.

Jangan biarkan air terlalu lama mendidih kerana ini akan mengurangkan air dan membuatkan adunan anda menjadi terlalu keras. Tepung yang bercampur perlu kelihatan kental dan tidak terlalu cair.

Kacau tepung sehingga ia kurang melekat di sekeliling periuk atau kuali. Sekiranya terlalu cair anda perlu mencampurkan sedikit lagi tepung dan masak lagi supaya airnya dapat disejat.
Selain itu, anda perlu sejukkan adunan tepung itu sebelum anda campurkan dengan telur. Pastikan ia betul-betul sejuk. Fungsi telur dalam choux pastry membantu cream puff anda naik dan membentuk rongga di dalamnya.

Masukkan telur satu persatu dan dikacau sebati. Adunan yang dikacau perlu kelihatan licin dan berkilat.

Paipkan choux pastry mengikut bentuk yang anda suka atas dulang yang telah siap disapu mentega. Dulang perlu disapu mentega supaya choux pastry yang dibakar mudah ditanggal.

Adunan yang betul boleh dilihat apabila choux pastry yang dipaip dapat mengekalkan bentuknya sebelum dibakar. Anda perlu merenjiskan sedikit air pada choux pastry.

Fungsi air untuk menghasilkan wap air yang dapat membentuk rongga dalam choux pastry. Akhir sekali, bakar choux pastry dengan suhu 220 C pada 15 minit awal pembakaran.

Suhu yang tinggi ini akan menukarkan air kepada wap yang akan membentuk rogga dalam choux pastry anda nanti. Kemudian turunkan suhu ke 190 C dan teruskan membakar selama 15 minit lagi. Jangan sekali-kali membawa keluar choux pastry sebelum ia cukup keras dan masak. Ini akan menjatuhkan choux pastry."


Korang kena rajin banyak kali cuba tau kalau nak dapatkan hasil yang betul-betul memuaskan hati. Saya sendiri dah 'try and error' bergoni-goni tepung baru dapat hasil yang cantik *wah angkat bakul kahkah*

Ni contoh creampuff tak cantik huhu... Bentuk benyet macam ni adalah disebabkan saya lansung tak ikut step by step yang Chef ajarkan cam kat atas tadi tu. Padan muke kahkah...
Terjelir, terjuloq hahaha... Satu lagi puff hodoh! Yang ni step sume dah follow tapi adunan terlembik sebab tak betul-betul follow step #3 dalam resepi di bawah. Lagi sekali padan muke!

Dah berjaya! Mari riak berjemaah!

Okeh bagi yang rasa-rasa nak cuba buat, resepi ada kat bawah ni- kopipes dari blog Chef Azli Razali!

Bahan-bahan
½ cawan (100gm) marjerin
1 cawan (250ml) air
1 sudu besar gula
½ cawan (75 gm) tepung halus (superfine)
½ cawan (75gm) tepung gandum biasa (serbaguna)
3 biji telur

Cara membuat:-
  1. Panaskan oven pada suhu 220 darjah C. 
  2. Satukan marjerin,air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga marjerin cair. 
  3. Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk. (Saya biar lagi atas dapur sampai tepung mula melekat semula pada dinding periuk)
  4. Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. 
  5. Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin. (Saya guna tepung) 
  6. Renjiskan di atas choux pastry yang telah dipaip dengan sedikit air. 
  7. Masukkan dalam oven selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu pada 190 darjah C dan teruskan membakar selama 15 minit lag atau sehingga keperangan. 
  8. Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing.. 

Krim pastri
Bahan-bahan

2 cawan (500ml) susu UHT
½ cawan (100gm) gula
1 biji kuning telur
1 biji telur
4 ½ sudu (30gm) tepung jagung
3 sudu (20gm) tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat: -
1. Campurkan semua bahan dan masak di atas api sehingga likat.


Read more: http://azlirazali.blogspot.com/2011/03/cream-puff.html#ixzz31vihGvLt
Under Creative Commons License: Attribution



SELAMAT MENCUBA! dan CUBA dan CUBA! Hehe...


  Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

4 comments

May 19, 2014 at 4:52 PM

aihhh kite suka makan ini....
sedapppnye...tapi tengok cara nak buat tu, alahaiii... :D

May 20, 2014 at 4:24 PM

@Niyaz AyaniMarilah hoder ngan i. Ehhhh? Terpromote ke ni? Astaga....

May 20, 2014 at 5:29 PM

oloh.. payohnya. Nangis ni kalo aku buat.

May 21, 2014 at 3:08 PM

@LydSunshineKo baru nanges. Aku dah berape kali gulin dah uhuks!

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket