Tuesday, March 31, 2009

Kes I... Kes II...

Sejak kebelakangan ni, sana-sini orang asik memperkatakan isu pelajar sekolah samseng. Makanya ramai la kite dok dengar kes2 cikgu-cikgi kene buli ngan pelajar. Tapi yang saya nak citer pulak sebaliknya yeitu cikgu yang buli pelajar! KES 1: Sebenarnya kes ni kira dah lame la, makan bulan la gak tapi saya pendamkan je sampailah kehari ni. Asal citenyer sebelom cuti skolah haritu, siMirul wat perangai asek xnak gi skolah. Bila dah selalu sangat saya pun korek la.. korek punyer korek, rupenyer dia takut nak mengadap cikgu subjek Englishnya.




Upenyer cikgu dia ni dah pi tampar muke dia hanya sebab dia lambat siapkan keje yang cikgu bagi. Saya ade tanye kawan2 kelasnya dan memang dorang pun mengaku siMirul kene tampar. Walaupun camtu saya tetap diamkan sebab saya fikir mungkin memang ada kesalahan yang Mirul dah lakukan pada cikgu tu sampai cikgu tu hangin camtu. Tapi bila dah saban hari kalau saya tanye, ade saje kawan dia yang lain kene tampar gak hari2... hati saya mule tertanya betul ke budak2 tu sume bersalah? So hari ni dengan beraninya saya pergi ke sekolah ditemani bonzer saya (hubby daa... heee...) report kat Guru Penyelia Petang. Upenyer dah ade orang report pasal cikgu ni gak sebelum saya dan dia cume cikgu yang diimport dari sekolah lain sebab sekolah kekurangan cikgu subjek English. Tapi lepas ni saya tak tau nasib Mirul camner sebab report saya tu akan diusulkan pada Gurubesar dan dialah yang akan mengambil tindakan. Harap2nya ada la tindakan!


KES II: Masa saya nak balik, saya terpandang sorang budak sedang terbaring kat tepi corridor sekolah tu. Dek kerana kasihan, saya pun menegur la budak tu. Upenyer dia sakit perut dan nak balik tapi x dapat balik sebab mak & ayah dia bekerja. Dia kata dia sudah maklumkan pada cikgu kelas tapi cikgunye cume minta dia baring disitu sampai baik (???) Kat sini saya rasa sgt2 pelik sebab: (1) Bukankan sepatutnya bile pelajar hadapi masalah begini, guru patut menelefon ibubapa memaklumkan perihal anaknya tu? (2) Kenapa semua cikgu yang lalu-lalang ditepi pelajar tu lansung xde intention untuk menegur dan berbuat sesuatu kepada budak yang sakit tu? (sebab saya lama perhatikan budak ni sebelum saya pergi usha dia. Memang xde sorang pun cikgu yang pedulikan dia!) (3) Bukankah anak2 kite sepatutnya berada bawah perhatian guru semasa mereka berada disekolah? Akhirnya atas dasar kemanusiaan dan saudara seagama, saya hantar dia balik kerumahnya kerana simpati melihat keadaan dia yang menahan sakit. Kepada anda semua, renung2kan dan selamat beramal!

Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Monday, March 16, 2009

Kelas memasak lagi!


Heheee.. tak taulah anak saya yang sorang ni ikut perangai siapa sebab kalau ikut perangai maknya, memang MALAS nak gi attend kelas masak! Ngehhh... Kali ni kelas masak anjuran The Little Khalifah Shop ialah Ayam Panggang bersama Salad Coselaw & Jejari Kentang (sowi, tiada dalam gambar sebab dah habis dimakan mase on the way balik rumah!) Sesape yang interested untuk next class, bleh la surf ke link depa, k! Thank Cikgu Mas & Farizah for the very hospitality education! Lepaih ni bleh soh Maria masak untuk Ummi! Heheh!
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Thursday, March 12, 2009

Beberapa jam untuk anak2ku...


Sejak 2,3 menjak ni memang rasa macam saya dah banyak mengabaikan masa 'emas' saya bersama anak2 kat umah. Maklumlah, balik umah je, lepas selesaikan tanggungjawab asasi kat depa, saya terus mengadap assignment (order daaa.. hee...) Sampailah pukul 1,2 pagi, bila saya masuk tido, tgk anak2 sume dah tido tanpa saya disisi... siannyerrrr.... So, minggu ni memang saya dah tetapkan untuk luangkan masa bersama dorang & 'cut' order yang masuk sket (sori ye...)




Hari ni saya attend Hari Sukan Sekolah Danau Kota yang ke-12. Walaupun depa cume masuk acara sukaneka tapi saya tak kesah, yang penting saya bangga mereka adalah anak2 saya. Satu perkara yang saya agak kesalkan mengenai acara sukan kali ini ialah mengenai 'management acara' yang saya rasa agak x patut. Sepatutnya acara sukaneka diadakan awal pagi seperti tahun2 yg lepas sebab yang masuk acara ini ialah murid2 yang masih kecil. Kesian saya tengok anak2 tahun 1 yang menunggu dari pukul 7.30 pagi sedangkan acara mereka hanya bermula jam 10.30 pagi!

Ini termasuklah anak saya Amirul yang sudah hampir nak balik sebab tak tahan lapar, bosan, panas & penat. Mujur saya berjaya pujuk sebab kalau tidak, ketinggalan la dia sebab kelasnya berjaya mendapat tempat ke-3, alhamdulillah. Kakaknya pulak cume berjaya dapat tempat ke-4 tapi saya tetap bersyukur kerana dia telah berusaha bersungguh2 cume rezeki aje yang tak ada. Tahniah anak2 Ummi!




Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Sunday, March 8, 2009

Rehat sekejap...


Barulah harini dapat bernapeh balik rasenyer.. huiiiyaiii! Sejak 2,3 minggu lepas memang x putus la rezeki, Alhamdulillah pada Yang Maha Esa Pemberi Rezeki. Kepada semua yang menempah tu pun terima kasih banyak2, moga Allah membalas budi baik korang sume. Sementelah saya cuma ada 1 hari ni saja untuk berehat dari aktiviti baking, saya dan famili ke rumah kakak ipar saya di Puchong untuk meraikan orang baru dalam keluarga Haji Hashim yeitu adik ipar (abang ipar? Thee.. almaklumlah, kakak iparnyer ni mude...). Alang2 dah berkumpul ramai2 tu, dorang suggest untuk sambut sekali la besday siJepun, Maklongnyer dan Denyer sekali. Takdelah sambut besar2an pun, wat potong kek, makan2, bukak hadiah je cam biase... anyway, meriah! Layannnn...
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

KITE KAWAN2!

 
Photobucket