Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 12 Mac 2009

Beberapa jam untuk anak2ku...


Sejak 2,3 menjak ni memang rasa macam saya dah banyak mengabaikan masa 'emas' saya bersama anak2 kat umah. Maklumlah, balik umah je, lepas selesaikan tanggungjawab asasi kat depa, saya terus mengadap assignment (order daaa.. hee...) Sampailah pukul 1,2 pagi, bila saya masuk tido, tgk anak2 sume dah tido tanpa saya disisi... siannyerrrr.... So, minggu ni memang saya dah tetapkan untuk luangkan masa bersama dorang & 'cut' order yang masuk sket (sori ye...)




Hari ni saya attend Hari Sukan Sekolah Danau Kota yang ke-12. Walaupun depa cume masuk acara sukaneka tapi saya tak kesah, yang penting saya bangga mereka adalah anak2 saya. Satu perkara yang saya agak kesalkan mengenai acara sukan kali ini ialah mengenai 'management acara' yang saya rasa agak x patut. Sepatutnya acara sukaneka diadakan awal pagi seperti tahun2 yg lepas sebab yang masuk acara ini ialah murid2 yang masih kecil. Kesian saya tengok anak2 tahun 1 yang menunggu dari pukul 7.30 pagi sedangkan acara mereka hanya bermula jam 10.30 pagi!

Ini termasuklah anak saya Amirul yang sudah hampir nak balik sebab tak tahan lapar, bosan, panas & penat. Mujur saya berjaya pujuk sebab kalau tidak, ketinggalan la dia sebab kelasnya berjaya mendapat tempat ke-3, alhamdulillah. Kakaknya pulak cume berjaya dapat tempat ke-4 tapi saya tetap bersyukur kerana dia telah berusaha bersungguh2 cume rezeki aje yang tak ada. Tahniah anak2 Ummi!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .