Saturday, September 22, 2007

AL-FATIHAH

Alhamdulillah akhirnya pencarian selama sebulan berakhir jua walaupun tiada berita gembira yang diterima. Ekcelli sepanjang kehilangan arwah, memang aku sendiri tanam niat dalam hati nak sama2 berusaha mencariknya. Entah kenapa selalunya kalau ada sesiapa hilang, aku just baca gitu aje tapi berbeza ngan kehilangan arwah ni. Maybe sebab tempat kejadiannya dekat ngan kawasan perumahan aku dan aku sendiri ade juge pergi ke pasar malam Wangsa Maju tu. Tambahan pulak, setiap hari aku akan passby leaflet gambarnya yang tertampal kat tiang2 letrik disepanjang jalan area Taman Ibukota ni. Tapi entahlah, ada something mengenai arwah yang membuatkan aku berusaha sama mencariknya walaupun cuma sekadar memerhati setiap kanak2 yang aku jumpa setiap hari. So, bila aku dapat tau yang parentsnya dah mengesahkan yang mayat yang ditemui dalam beg kat PJ tu sebagai arwah Nurin, aku sendiri tak dapat menahan sebak. Bukan saja sebab aku tak dapat menolong mengesannya sebelum dia meninggal dunia, malah juga sebab kematiannya sebegitu kejam dan tidak layak diterima oleh seorang budak yang tidak berdosa sepertinya. Tapi walaumacamana pun, Allah SWT itu Maha Berkuasa. Aku yakin suatu hari nanti penjenayah yang menculiknya akan tertangkap juga dan yang pastinya dia takkan terlepas dari menerima hukuman dari Allah SWT. Kepada arwah Nurin Jazlin Jazimin, sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah buatnya dan berdoa semoga penculik dan pembunuhnya akan dapat menerima hukuman Allah dengan seadil2nya di dunia dan di akhirat. Amin.


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ



Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.



الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ



Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ



Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).



إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ



Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.



اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ



Tunjukilah kami jalan yang lurus.



صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ



Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.



Selamat tinggal sayang





JAZIMIN Abdul Jalil memangku jenazah anaknya, Nurin buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 21 Sept. – Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak di sini hari ini apabila jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan deraan seksual, Nurin Jazlin Jazimin, 8, disemadikan kira-kira pukul 2.45 petang ini selepas solat Jumaat.

Bapa mangsa, Jazimin Abdul Jalil, 33, dan ibunya, Norazian Bistaman, 35, serta tiga adik-beradik Nurin Jazlin tidak dapat menahan tangisan mereka ketika jenazah itu diturunkan ke liang lahad.

Suasana bertambah pilu sewaktu 500 hadirin di tanah perkuburan itu memberi perhatian kepada bacaan talkin oleh Imam Madrasah Assa’Adah, Abdul Aziz Elias Zahari Abdullah.

Selesai upacara pengebumian yang diadakan ketika cuaca panas terik, Jazimin yang sebelum ini tidak dapat menerima hakikat bahawa kanak-kanak yang dibunuh itu adalah anaknya gagal mengawal emosi.

Pemandu teksi itu menangis teresak-esak di hadapan pusara Nurin Jazlin hingga terpaksa ditenangkan oleh keluarga terdekat. Isterinya, Norazian berdiri di sisi bersama tiga orang anak mereka iaitu Nurin Jazshira, 10; Nurin Jazrina, 6, dan Nurin Jazliza yang berusia setahun.

Jazimin yang berbaju Melayu merah jambu dan berseluar hitam kemudian dilihat memeluk isterinya yang berjubah dan bertudung hitam.

Norazian juga tidak dapat menerima hakikat pemergian anak kesayangan mereka.

‘‘Kita dah berikhtiar, nak buat macam mana.

‘‘Allah sayangkan Kak Ngah (Nurin Jazlin), nak buat macam mana. Allah sayangkan Kak Ngah,’’ bisik Jazimin sambil memeluk isterinya buat seketika.

Turut berada di tanah perkuburan itu menyaksikan pengebumian Nurin Jazlin yang hilang selama sebulan sebelum ditemui mati dalam keadaan tragis ialah Isteri Yang Dipertua Negeri Melaka, Toh Puan Zurina Kassim; Ketua Puteri UMNO Wangsa Maju, Datin Ismalina Ismail dan kenalan rapat keluarga mangsa iaitu penyanyi dan pelakon, Hail Amir.

Selepas perasaannya kembali tenang, Jazimin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan tidak putus-putus mengirim ucapan takziah kepadanya sekeluarga.

Jenazah Nurin Jazlin dituntut dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini pagi ini sebelum disembahyangkan di Madrasah Assa’Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tanah perkuburan itu.

Semalam, Jabatan Kimia mengesahkan mayat kanak-kanak yang ditemui dalam sebuah beg pakaian di Petaling Jaya pada 17 September lalu ialah Nurin Jazlin.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat itu menggunakan sampel kuku, rambut dan darah ibu bapa Nurin Jazlin mendapati ia sepadan.

Jazimin petang semalam masih tidak mahu menerima keputusan DNA itu, tetapi mengubah fikirannya selepas bertemu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad malam tadi.

Imam sembahyang jenazah, Abdul Aziz Elias Zahari juga dilihat menangis teresak-esak ketika membaca doa selepas mengimamkan solat berkenaan yang disertai 200 jemaah.

Keluarga terdekat dan ribuan orang ramai tanpa mengira peringkat umur dan kaum turut menziarah. Turut datang ialah rakan-rakan sekolah dan guru-guru Nurin Jazlin yang berkumpul di madrasah itu bagi menatap buat kali terakhir jenazah mangsa yang tiba kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ibunya, Norazian, tidak mampu untuk berkata-kata. Setiap pertanyaan pemberita dan kenalannya hanya disambut dengan esakan wanita itu.

Antara yang turut menziarahi jenazah Nurin Jazlin di madrasah itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Zulhasnan Najib Baharudin.

Sementara menunggu jenazah anaknya disembahyangkan, Jazimin sempat menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah bagi dirinya dan isteri berserta anak-anaknya.

Beliau juga membayar zakat fitrah untuk Allahyarham Nurin Jazlin.

Zakat fitrah untuk enam orang yang nilai keseluruhannya RM28.20 diterima oleh Amil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Abdul Manan Abdullah.

Jazimin datang ke rumah mayat (HKL) pagi ini bagi menuntut jenazah anak keduanya daripada empat beradik itu.

Beliau tiba kira-kira pukul 10 pagi.

Sepanjang proses menuntut mayat dan menunggu jenazah anaknya dikafankan, beliau kelihatan sugul dan tidak dapat menahan perasaan mengenangkan anak perempuannya menjadi mangsa bunuh dan penderaan seksual.

Jazimin, yang ditemani keluarga dan sanak saudara, dibenarkan membawa keluar mayat anaknya pada pukul 11.15 pagi.

Selepas bacaan doa, jenazah dibawa keluar dari pekarangan hospital dengan sebuah van sambil disaksikan dengan wajah sayu oleh orang ramai dan kakitangan HKL.

Pada 20 Ogos lalu, Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak di sini, dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Usaha mencarinya di Kuala Lumpur dan beberapa negeri selama sebulan tidak membuahkan hasil. Pada 17 September lalu, mayat seorang kanak-kanak yang disumbat di dalam sebuah beg ditemui di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini pada pukul 8.30 pagi.

Jazimin dan Norazian pada mulanya menafikan mayat kanak-kanak itu Nurin Jazlin yang rambutnya telah dipotong pendek, tubuhnya kurus kering dan mengalami kecederaan akibat deraan seksual. Empat hari selepas itu ujian DNA yang dijalankan mengesahkan mayat itu ialah Nurin Jazlin.

- Utusan Malaysia


Petikan dari http://nurinjazlin.blogspot.com/
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Thursday, September 20, 2007

Penawar Hatiku

Ni nak citer pasal 3 ekor anak angkat baru aku..ekor???!! Hee.. memang betul tu.. ekor! Mereka2 itu aku jumpe kat bawah tangga nak naik opis aku ni last week mase aku baru je datang opis. Ntah sape la yang buang depa ni. Disebabkan aku kesian sungguh kat mereka2 itu, maka aku pun amik mereka2 itu bawak balik. Meh aku citer sket psl depa: -

#1: TIGER
Ni aku yang bagi nama. Sebab nama tu pasal mase aku memula jumpe tu, dia ni punye ler garang yang amat. Asal aku nak pegang jer dia cakau, aku acah miaw pun dia cakau.. ganas! Tapi udahnyer bile aku dah bawak balik, dia nilah yang paling manja skali. Pantang nampak aku dok bersila misti dia naik atas riba nak manja2. Hee... geram tol! Dia jugak yang paling galak main.. pegang sket pun dia ingat kite nak ajak main ngan dia.. habis dikunyah2nyer jari aku.. sabo jelah.. Aku rase dia ni anak yg sulung sebab badan dia besor skali dari yang lain. Gamaknyer lah..

#2: MANJALARA
Dia ni 2nd beso selepas siTiger tu. Jangan tanye aku nape letak nama ni. Ni bukan aku yang kasik nama tau.. ini peminat citer 'Manjalara'
yang letak.. mak aku! Haha! Ade ke sampai kucing pun jadik nama gituh. Hmmpphhh.. lantak piiiilahhhh! Dia ni kuat makan. Baru beberapa hari bawak balik badan dia dah naik dah. Gamaknyer sebab betina kot.. yela kan.. pompuan kan senang naik berat badan! Sabo jelah!.. Theee... Dia ni sekor je yang warna putih (mungkin mewarisi warna bapaknyer yang aku rase keturunan siam sebab maknyer kawan aku penah nampak tapi warna cam tiger tu, bukannya putih.. biaselah kan. Dah namenyer pun kucing...)

#3: CUMIE
Yang ni paling kenit skali. Nama tu anak sedare aku yang bagi. Muka dia ni skali imbas macam muke singa. Tapi badan, alahaiiiii.. cutenye. Dia ni manje gak ni tapi takla semanje siTiger. Badan pun hampir same. Yang bleh bezakan dorang berdua tu cume sebab muke singa dia ni lah. Hehe. Disebabkan badannyer yang kecik cute mute tu, so aku assume dia ni misti anak yang bongsu.. macam aku la kan. Thee...

Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Friday, September 14, 2007

Mutiara Kata

Tahun lepas kiteorang kat opis ni ade jemput sorang ustazah untuk bagi ceramah/tazkirah & sama-sama baca Al-Quran tiap-tiap Jumaat. Tapi mase bulan pose dia terpakse tinggalkan kami sebab dia dah keje tetap kat School of International ape tuh kat Ampang. Sebelum dia pergi, dia ade tinggalkan kami sume satu Mutiara Kata yang sangat menyentuh hati bile membacenyer. So aku ingat nak share la ngan korang: -

ANDAINYA INI ADALAH RAMADHAN TERAKHIR BAGI KITA

Bulan suci Ramadhan.....
Adalah bulan suci penuh rahmat....
Jangan kita lewatkan begitu saja.....

Bulan ini adalah bulan yang selalu kita nantikan, berharaplah semoga tahun depan kita dapat bertemu kembali dengan Ramadhan.

Tapi, seandainya Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir bagi kita....

Nikmatilah jamuan Allah pada Ramadhan kali ini... sebab kita belum tentu tahu apakah tahun depan kita akan kembali dengan Ramadhan yang begiu tenteram ini.

Ummahku...
Jangan biarkan Ramadhan kali ini berlalu begitu saja, mari kite reguk bersama indahnya pahala ibadah di bulan suci Ramadhan.

Ummahku...
tak ada jaminan bagi kita akan bertemu Ramadhan di tahun depan. Hiasilah Ramadhan kali ini dengan senandung ayat suci Al-Quran. Mari bersama kita hidupkan Ramadhan, istilah Ramadhan kali ini dengan sejuta kegiatan yang manfaat, mari kita makmurkan kembali masjid-masjid dan surau-surau yang telah lama kita tinggalkan.

Ummahku...
ada teman kita yang tahun lalu masih bersama-sama solat tarawih berjemaah, sekarang sudah tiada, ada juga yang tahun kelmarin masih bertadarus bersama sekarang sudah tiada.

Ummahku....
Andainya Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir...
Ummahku....
di bulan Ramadhan ini mari kita bersihkan kemabli hati yang kotor, hati yang oenuh noda, jangan biarkan kebencian menguasai hati kita, mari kita saling memaafkan selagi ada kesempatan.. jangan sia-siakannya.....

Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Sunday, September 2, 2007

Happy 8th Anniversary to Us! Thee..



Diam tak diam dah 8 tahun upenyer aku bergelar isteri.. hehe.. hmmm.. Syukur alhamdulillah kepada-Mu Ya Allah yang telah memberi segala nikmat dan kebahagiaan. Sesekali salah faham tu biasalah kan.. namanyer pun lelaki dan perempuan, dah tentulah lain peelnyer. Tapi camnerpun aku sangat bersyukur dijodohkan dengan hubbyku sebab dia banyak mengubah sifat negatif dalam diri aku menjadi positif, kalau tidak pasti sampai saat ni aku masih anak bongsu yang manja dan asek nak berkepit ngan mak agaknyer! Thee.. Syukur juga kerana Allah telah mengurniakan sepasang cahayamata (tahun depan insyaallah jadik 3! Heee..) yang mengeratkan lagi perhubungan kami suami isteri. Doaku agar semuanya berpanjangan hingga ke syurga kelak. So hari ni aku masak la spesel sket dari biase.. asam pedas daging melaka style, kerabu mangga makan ngan sambal belacan dan ikan masin (ni yang penyeri ni).. ptg lak aku wat mee udang & malam buat sup daging special.. tapi camnerpun aku x dapat nak amek gambo sebab si Ajue pinjam kamera aku yang x brape nak canggih tu sebab dia gi kenduri Haiza kat Melaka. To Haiza & Hanafpe, i wish you both happily ever after!

Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

KITE KAWAN2!

 
Photobucket