Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Sabtu, 14 April 2007

Hepi Besday Daniel!

Sabtu, April 14, 2007 0 Comments
Allah selamatkan kamu..
Harini sebenarnya dari pagi aku keluar p carik barang untuk coming wedding projek ni. Tapi bila teringat kata2 anak sedare aku mintak buatkan muffin chocolate untuk besday dia so aku pun wat gak la. Nak wat camno, dah cam anak sendiri je pun. Tapi sepanjang experience aku baking muffin la kan, kali ni plak la yang tetiba aku bernasib malang. Entah nape la gamaknya. Bermula dari malam harinya mase aku mem'bakar', sampai le ke harini yeitu proses membuat topping.. sumenye asek tak kena.. haaa... nape laa..
Citenyer, dari siang harinya aku kena sakit perut. Walhal org lain yang makan benda yang sama aku makan tak pulak sakit. Nasibbb.. pas2 time bakar lak, tetiba muffin aku melimpah kena besi masak tu, dah ler bau hangit satu umah. Hee.. malu gak. Pas2 muffin tu taknak masak2 pulak, berapa kali la aku sambung bakar tak jugak masak. Akhirnya bile masak, aku terpaksa la pulak potong bawahnya sebab dah melekat dengan papercup tu, minyak lak serap papercup tu so aku terpaksa salin papercup baru. Dah tu kena buang lak bahagian yang melimpah tadi. Sian tengok muffin aku upe gituh.. Huwaaa... anyway, ingat dah abes la. Skali pagi td mase nak guna choc tu unt tulis, dia keras pulak dalam piping, tp bila aku keluarkan cair pulak. Dugaan, dugaan.. Tapi akhirnya aku berjaya la jugak menyiapkannya on time.. legaaa...
Bila aku pikir2kan balik.. rasenye jadik gitu sebab aku lupe la.. heee, lupa baca Bismillah dari mule tadi. Theehee...
Moral of d story: Camno sebok pun eko jangan lupo nyobut nama Allah.

Selasa, 10 April 2007

Syukran..

Selasa, April 10, 2007 0 Comments
Alhamdulillah.. syukur aku panjatkan pada Ilahi kerana pada saat aku menulis blog ni, kesihatan aku dah semakin pulih; walaupun belum pulih sepenuhnya (dan aku rasa akan mengambil masa yang agak lama untuk fully recovered. Itupun xtau sampai bila Allah nak bagi nikmat ni...) At least, aku dah nampak perubahan dan aku amik kesempatan ni untuk mengucapkan terima kasih kepada ustaz dan ustazah di Darus-Syifa Bangi & Rawang yang telah membantu aku, bondaku yang siang malam tak jemu berdoa untuk aku, suamiku yang sentiasa berusaha mengubati aku (w/pun dia sendiripun sakit), bonda, ayahanda & keluarga mentuaku yang sentiasa mengambil berat sehingga sanggup datang dari jauh bila saja terima khabar yang tak berapa menggembirakan mengenai kesihatan aku & suami, kawan-kawan yang supportive dan sama-sama berkongsi penderitaan aku.. sesungguhnya budi baik semua yang terbabit ni hanya Allah saja yang berhak membalasnya, amin..

Kerana itu, last weekend aku pun masuk la dapoq walaupun minggu ni takder order nak aku buat. Tapi tulah kan, kalau dah biasa lecah dapoq, bile tgk dapoq tu bersih, tangan tu dok gataiii je nak wat something. So, aku pun buat la muffin orange untuk disedekahkan untuk adik2 yang tak bernasib baik di Asrama Penyayang di Taman Setapak. Memandangkan mereka2 yang aku nak jamu ni terdiri daripada budak2... soooo.. aku pun wat topping untuk muffin ni guna Chocolate Ganache. Mak aiii.. anak aku sendiri sebat sampai 4 ketul! Bayangkan ajelah bile muffin orange (dan ade bytes dry orange dan poppy seeds dalamnyer) kena ngan chocolate layer kat luarnyer.. mak datuk.. SEDAP GILER BABAS!.. Theehee..

Actually nilah kali pertama aku wat topping pakai Chocolate Ganache ni atas muffin. Alhamdulillah la dapat diterima dan disukai ramai. Kesian aku tengok anak2 yatim di asrama tu berebut nak amik kotak yang aku hulur. So, kalau korang ada berhajat nak bersedekah atau ada masa lapang, marilah melawat anak2 yatim ni. Sekali seumur hidup pun jadiklah orang kate. Tapi kalau dapat selalu, alhamdulillah. Akhir kata, aku cuma berpesan kepada diri aku sendiri dan kite semua, walaumacamana pun dugaan yang kite terima dalam hidup ini, jgn mudah putus asa kerana semuanya adalah ujian dan tersemat hikmah yang sangat ternilai disebaliknya. Untuk mereka yang telah melakukan kesilapan, mintalah taubat dari Allah SWT. Sesungguhnya dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah:

"Barangsiapa yang menjadikan syaitan pelindung selain Allah, maka sesungguhnya dia menderita kerugian yang nyata" An-Nisa' :199


Isnin, 19 Mac 2007

Heppi Besdayy!!

Isnin, Mac 19, 2007 0 Comments
Tghr ni kiteorang kat opis celebrate belated birthday senior partner aku yang ke.. heee.. dia kate yg ke-30! Kiteorang bukannye lupe cume sbb tarikh sebona harilahirnya jatuh pd hari minggu, jadi kami lupe la.. hehe.. nasib baik ade tukang ingat. Walhal satu opis sumenye kaki pelupe je slalunyer. Harini sume org amik satu menu la kena bwk. Antara menu yang ada harini ialah nasi yang dibawa oleh Kit, nasik lagi ngan ulam & sambal belacan oleh Ezie, asam pedas terubuk & puding oleh Med, ayam paprik oleh Ajue, puding oleh Za dan tembikai kedai oleh Zaharah (hehe). Meriah wehhh.. walaupun ni cume sambutan ala kadar je sempena mengingati jasa beliau. Aku bwk specialty aku je cam biasa (bile lagi nak promote daa) iaitu Mango Choc Cake dengan muffin (of course la..) Thanks ya guys sebab bukan senang nak sediakan mknn awal2 pagi lebih2 lagi yang umahnyer jauh tu. Anyway sume makanan habis dan xde yang membazir.. alhamdulillah.

Sabtu, 3 Mac 2007

Hepi Besday, Sis..

Sabtu, Mac 03, 2007 0 Comments
Harini ade wat makan2 kat Klang untuk celebrate besday anak sedare hubby den ngan adik ipar. Actually cadangnya aku nak surprisekan depa ngan muffin spongebob. Pagi buta aku pun g la kedai baker's beli bahan sume siap. Berkobar2 la ni konon. Bila dah sampai umah, baru le teringat yang case 4 segi aku tak beli, ate camno nak wat muke spongebob yang ala kekotak tu? Aduhaiii.. lemon paste sume dah beli la pulak tu. Tiba2 dpt la idea yang tak berapa nak bernas untuk buat Chocolate Spiral Muffin.. hehe.. ok la gak kan. Lagipun dorang x tau sebenarnya aku punye plan nak wat muke spongebob tu.. haha! Anyway, aku heran betol la.. nape la jalan bawah susur ke Klang melalui Jalan Ipoh tu ditutup side kanannya.. pelik tol aku. Aku amik mase dekat 1 jam dok melangut kat situ je pasal kete tak bergerak. Hangin, hangin! Government should do something 'bout that, pleaseeeee...!!
Follow Me at flickr! .