Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 10 Disember 2010

Hati mulia? Promo iklan? ... atau apaka....???

Jumaat, Disember 10, 2010 0 Comments
Ada tak antara korang yang dah dapat SMS ni? Ayatnya cenggini: -

Maaf, Saya (Hj Rahazi) dr kajang, sya baru dpt kelulusan kerajaan utk buat kempen byr hutang (rumah, kereta, ptpt, peribadi, dll) Jd, sekarang sya buat hebahan ttg satu taklimat b'mana nak selesaikan hutng2 tanpa perlu berhutang kpd yg berminat secara rawak. Sya berharap tuan/puan sila beri nama n hadir (PERCUMA) / panjangkan sms ni kpd yg memerlukan. Bantu sya utk bantu org yg memerlukan. "MARILAH KITA SAMA2 PERANGI RIBA". Klau berminat, sila hubungi sya. tq

Haaaa... amacam? Mulia betul hatinya ye nak tolong orang lain settlekan hutang?:puteh_2: Tapi musykil pulak nape ade ayat hadir (PERCUMA) tu? Kalau orang datang nak settlekan utang, for sure la percumakan? :pandaGeli_11: Ahaks? Keee... ade motip laennnnn neyyyy??? :puteh_16: Kui2... So kalau sesapa yang rasa nak bantu tuan Haji Rahazi ni (ntah betol ntah tidak namanya tu) silalah berbalas panggilan dengan beliau ye. :phonehappy: Maklumah dia betul-betul nak kite 'bantu dia untuk bantu orang yang memerlukan' tu! Ahaks! :mBerangan:


:puteh_12:

Isnin, 6 Disember 2010

Tribute: 17 tahun pemergian Allahyarham Mohd Yusof Ma'amor

Isnin, Disember 06, 2010 0 Comments


Kalau arwah masih hidup, umurnya pada hari ini ialah 85 tahun. Beliau meninggal dunia pada usia 68 tahun, kira-kira sebulan lagi sebelum hari lahirnya yang ke-69. Aku sebenarnya tak diberitahu yang beliau telah menderita kesakitan akibat TB dan terlantar selama lebih sebulan. Masa itu aku bersekolah di Ipoh dan hanya telefonlah penyambung komunikasi diantara aku dan keluarga di Kuala Lumpur. Zaman itu tiada Wifi, tiada internet dan tiada komputer di asrama. Ibuku seorang yang bijak menyimpan rahsia. Meskipun sehari sebelum aku menduduki peperiksaan SPM, malam yang hujan lebat itu arwah telahpun nazak. Doktor juga sudah dipanggil dan mengesahkan tiada apa yang boleh dilakukannya melainkan disuruhnya adik-beradik membacakan Yassin buat arwah.

Arwah suka bermain bolasepak


Tetapi kuasa Allah Maha Hebat. Dia tidak meninggal malam itu. Ibu kata MUNGKIN dia menunggu aku pulang dari Ipoh dulu. Dia kembali terlantar menderita di depan ruang tamu seperti hari-hari lalunya. Tapi bagi aku, aku tau ada sesuatu yang ibu sorokkan bila aku menelefonnya pagi itu kerana malam sebelumnya itu aku telah bermimpi melihat gambaran adik-beradikku bersolat berjemaah tetapi yang menjadi imamnya adalah ibuku.

Arwah pernah berkhidmat secara sukarela untuk pasukan Malaya Police Force selama 3 tahun
2 minggu setelah aku menamatkan peperiksaan SPM, aku sempat bekerja di sebuah kilang batik berdekatan rumah. Suatu petang ketika aku pulang dari kerja, aku lihat sebuah van ambulan sudah mengangkut arwah dan membawanya pergi ke HKL. Arwah berada di hospital lebih kurang seminggu tetapi pada waktu itu beliau sudah kurang mengenali orang lagi. Beliau sudah mula kerap memberitahu sipolan itu dan sipolan ini (semuanya adalah saudara-maranya yang telah dulu pergi meninggalkan dunia) saban hari mengunjunginya di hospital apabila kami sudah pulang.
Beliau merupakan pelajar terbaik di College of Agriculture


Pada suatu malam, arwah memberitahu kami adik-beradik bahawa ada seorang lelaki berjubah putih memanggilnya sambil jarinya menuding dan matanya tidak berkedip-kedip memandang ke atas (meskipun yang kami lihat di atas itu cuma bumbung hospital). Sepupunya membacakan Syahadah ditelinganya dan alhamdulillah, dia bukan sahaja mengikutnya malah wajahnya kelihatan sungguh gembira.

Arwah adalah seorang yang ayah yang pendiam tetapi di dalam dirinya penuh dengan kelebihan yang tidak diketahui hatta anak-anaknya sehinggalah setahun pemergiannya. Itupun secara kebetulan semasa sedang mengemas barang-barang dalam almarinya untuk dibuang.



Pagi itu aku sedang bekerja di kilang batik apabila aku dipanggil oleh supervisor untuk menjawab telefon. Ya, itulah panggilan telefon dari abangku di hospital memaklumkan bahawa arwah telah pergi. Jenazah beliau telah dimandikan dan dikafankan bersama oleh abangku sebelum dibawa pulang dan dikebumikan selepas Asar 6 Disember 1993. Aku tau pengalamannya menemani arwah pada malam terakhir itu- melihat bagaimana arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan memandikan arwah itu jauh lebih meninggalkan kesan buat abang dari aku yang hanya melihat jenazahnya yang sudah terbaring kaku di rumah. Pun begitu, aku mengambil masa setahun juga untuk menerima hakikat bahawa dia telah tiada kerana semuanya pada aku bagaikan mimpi.

Begitulah tamatnya riwayat Allahyarham Mohd Yusof Bin Ma'amor. Beliau adalah seorang lelaki yang aku panggil ABAH tetapi dia pergi sebelum sempat aku membalas jasa-jasanya. Hari ini genap 17 tahun dia pergi meninggalkan kami tetapi janji aku kepadanya untuk menjaga ibu masih lagi kuat dan utuh dalam hatiku. Insyaallah, selagi Allah beri keizinan dan umurku masih panjang, aku akan terus berbakti kepada ibuku. Aku tak mahu lagi terlewat membalas jasa ibu sebagaimana aku telah terlepas melaksanakannya kepada arwah abah. Al-Fatihah.




Isnin, 29 November 2010

Yeaaa, hujan dah turuuunnn!!!

Isnin, November 29, 2010 0 Comments
"Alamakkk!!! Camner nih? Dah hujan pulak??!!!"
Hahahaaa.. :6: aku bet sume orang pun camnikan bile tetiba hujan turun. Tapi jarang betul nak dengar orang kata:
"Alhamdulillah... syukur hujan turun"


Biasanya orang menganggap hujan ni sesuatu yang meng'spoil'kan sesuatu benda yang kite buat atau dah plan nak buat. Tapi aku pulak sangat suke hati bile hujan turun. Dengar bunyi deruan hujan tu pun dah cukup menenangkan jiwa! Ahaks! :39:


Mase kecik-kecik dulu, bile dengar je bunyi hujan dah nak turun, aku cepat-cepat amek bantal busuk pastu meniarap depan pintu sebab nak perati hujan tu turun. Memanglah hajat sebenar dihati yelah masuk ke dalam air hujan itu :mHihi: tapi sah-sahlah kang radio dalam rumah bergema pulak! Tapi tak salah sebenarnya mak nak marah sebab kang kalau sakit kang dia gak yang susah! Ngko tu kang tau nak merengek je! :minimo_02:



Banyak kenangan tentang hujan ni sebenarnya (Owh! Tidak! :bofu_17: Dah nak setat dah!!!) Mase aku sekolah rendah dulu, bila time hujan aje, aku dalam kelas dah naik ketor dah. Bukan pasal apa, sebab bile hujan turun je, jambatan Sg Gombak yang mase tu belum dinaik-taraf wajib banjir punye. Al-maklumlahkan, mase darjah dulu i ni kecik cute gitu jadi banjir yg separa lutut tu pun dah menyamai bah besar bagi i, hahaa... Hero aku mase tu sah-sah la arwah abah, heheee...



Tapi ada gak yang bestnya bile banjir ni. Selalunya mak akan buatkan kapal dari kertas untuk aku dan abang. Pastu kiteorang lawan la tengok sape punye kapal yang pergi jauh bile banjir dah surut nanti dialah yang menang! Cehhh konon! Padahal bukan dapat ape pun! @ehsan01



Bile sekolah menengah, time ujan ni pun aku ketor gak sket. Sebabnya asal hujan je drebar bas sekolah tu mesti lupa nak amek aku! Udahnya aku terpaksa la menapak balik ke ghumah! Hampesss...



Hujan juga merupakan ujian bagi aku masa mula-mula bawak kereta dulu. Hari pertama aku bawak kereta ke opis, tetiba hujan turun dengan lebatnya kat highway! Ketor lutut tayah cakap la. :mPeluh: Udah le aku tak pasang ekon, udahnya habis cermin depan, belakang, kiri, kanan sume kabus! Menggeletar jap aku sebab dapat cuci yang cermin depan aku je nak sampai ke umah tu! Kiri kanan sume tak nampak, gamble ajelah! Pehhh...



Bile dah jadik mak budak, sume habit aku bile nampak hujan terpaksa la aku 'damaikan' sket. Hehe. Kang anak-anak aku tengok maknya terkinja-kinja dalam hujan tu, :45: malu weh! Lagipun alignment sume pun dah lari, buruk upenyer pun kalau nak main ujan! Hahahaaa...



Canerpun, aku tetap sukakan hujan. Bila hujan paling tidak aku mesti duduk depan pintu (rutin dari zaman budak kecik lagi!). Bukak pintu tu luas, luas... :tareflower: pastu pejam mata sambil menikmati bunyi deruan hujan ..... tapiiiii kejap je. Tetiba kang mesti ade suara:




"Apa bukak pintu besar-besar nih? Dah! Dah! Tutup sket! Hujan tu!"

Aiseh, sekali bapak budak sound daaaa.. pe lagiii? Tarik bantal tido laaa lagi best ujan-ujan nih! Kihkih!

:3:

Isnin, 22 November 2010

Qurban Zulhijjah 1431

Isnin, November 22, 2010 0 Comments

Salam, rasanya boleh lagi nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aildiadha' kat korang sume walaupun dah terlepas beberapa hari. :puteh_6: Tahun ni raya korban kitaorang bermakna jugalah sebab encek ustad ada masukkan nama dia di Klang. Katanya erti 'berkemampuan' untuk melakukan ibadah korban tu bukannya diambil-kira dari keseluruhan kemampuan kita tapi sebenarnya bila akan tiba hari raya qurban itu, kita ada kelebihan wang selepas ditolak perbelanjaan untuk anak isteri, maka itulah yang ditafsirkan sebagai 'mampu' untuk ber'qurban'. Hehee... kalau ada lebih lagi, hulur-hulur la kat isterimu yang semedang tak mencukupi ni ye, :26: ngeh3...

Makanya pada hari lembu akan dilapah tu, kononnya kami anak-beranak sume nak turun la Klang pi tengok lembu tu nak disembelih. Kalau tak silap ada 7 ekor sumenya tahun ni tapi encek ustad punya bahagian yang no. 5. Budak-budak kan main bersemangat lagi nak pergi. Kalau selalunya bangun kan main liat tapi ni laju je bangun terus pergi mandi dan siap-siap pulak tu! @ehsan01 Tayah tunggu subwoofer speaker aku ni nak berbunyik dulu cam biasa, haha! Sungguh magik! @upin02 Tapi tulah, dah namanya takde rezekikan, nak wat caner. Sampai-sampai jek lembu dah dilapah so tak dapat la nak tengok upenye dan mase disembelih. Huhuuu, sian budak-budak (ke bapak budak, :mBerangan: ngeh3...) Udahnya habeskan masa kat umah atok jelah, main sampai tak hengat donia! Haha! Takper ni coti sekolah ummi kasik pelepasan okeh! Layan!


Dah tersepittttt!!!

Sorang lagi nak menyepitkan diri!

Hualaaa... gaya ala-ala nak soh orang masuk minang gitu!

Nilah dia hero-hero kampung Telok Gadong!

Nak gak interprem!

Kalau soh bergambar terkepit-kepit pun sanggup! Janji pose ngancam!

3 Dara Pingitan

Best tol jadi budak-budak kan? Haha... mak tingat mase zaman kanak-kanak pulak dah!

Syarifah Aulia. Siapa cepat dia dapat.

Konon nak halang amek gamba tapi terimalah hakikah badan tu tak besar mana, kui2...

Pose terbaekkkk...

Si kenit ni hengat orang nak hamek gamba dia... yo-o-o sengih!

Hahahahaaaa... dia dah tau aku tak fokus kat dia! Pelik tul, caner laaa dia bleh tau ek?

Habeh nangka atok pun dikerjakannya...

Abaikan... Rayyan memang ske interprem!

Anak dara main baling-baling selipa. Bagus la tu.

Tengah main boleh lagi berenti bila nampak kamera tu. Hampe...

Pose maut Ain

Seronok sungguh bile kamera betul-betul aim kat dia!

Sorang lagi berbakat interprem

Budak-budak ni kalau dah berjumpa bukannya hingat nak makan minum. Dah lapo sangat barulah menggigil-gigil carik makanan!

:1:
Follow Me at flickr! .