Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 19 Mac 2010

Saya sakit, sangat-sangat SAKIT! Uwaaa...

Jumaat, Mac 19, 2010 1 Comments
Kulit jari2 saya yang pecah semasa proses penyembuhan


Sayapun sebenarnya tak berapa pasti la bile saya mula sakit ni. Tapi sejak minggu pertama bulan Mac ni memang saya dah demam setiap kali petang bila saya balik dari keje. Tapi canerpun saya relaks je la sebab cuma demam 'mild' dan saya amek ubat demam yang ade dalam stok simpanan je untuk bagi baik. Tapi keadaan makin teruk la plak sampai la saya terpaksa amek darah 2 kali dan alami macam2lah. Ni kronologi kes (cewah!) : -


Hari #1: Demam saya yang cuma kategori 'mild' dah bertukar ke 'high' fever. Tekak saya kene tonsil dan tak dapat makan kecuali minum aje. Saya dah diberi MC untuk balik rehat tapi biasalahkan, bile itu batu sudah duduk dalam itu kepala, jadik saya stay keje sampai la balik cam biasa. Malam saya just makan ubat dan tido.

Hari #2: Saya dah tak larat gi keje so saya berehat kat umah mak saya. Tapi awalnya saya rasa sihat dan sempat lagi gi jumpe brother ni yang berminat nak tengok Oly E500 saya. Dari jumpa sampailah settle sessi jual beli saya masih ok dan balik rumah. Sampai rumah mak , baru saya terasa sangat2 letih jadik saya pun tertido. Rupa2nya saya tertido hampir 5 jam sampaikan mak saya ingat saya dah pengsan, hehe... Bangun saja dari tidur, tapak kaki dan tangan saya merah dan panas seolah2 dibakar tapi saya abaikan je dan terus balik ke rumah. Malam- Tapak tangan dan kaki saya semakin membara jadi hubby saya rendamkan dalam besen berisi garam kasar. Tapi tak seminit, garam tu sume hancur dan air tu dah tak sejuk lagi. Mase ni tangan dan 10% badan saya dah pecah darah. Still takleh makan time ni, yang masuk dalam perut cuma air je.

Hari #3: 100% badan saya dah pecah darah dan saya boleh nampak dengan jelas kelompok2 darah membentuk macam bunga blossom di bawah kulit saya. Tapak tangan dan kaki saya dah tak panas lagi tapi demam saya semakin tinggi hingga mencecah 39 d.c tapi saya cuba bertahan dengan makan ubatan yang saya dah dapat 2 hari lepas tu. Tidur malam saya dah tak lena sebab kerap kali terjaga kesakitan dan menggigil. Pun masih belum dapat makan apa-apa.

Hari #4: Bangun pagi saya ke ruang tamu dan terus tak dapat buat apa2 sebab demam saya dah cecah 40 d.c. Nak bangun semula saya dah tak mampu jadi saya cuma terbaring di ruang tamu hampir sejam sebelum Maria bangun dan jumpa saya terbaring. Dia panggilkan ayahnya dan saya minta bawak ke klinik. Tahap ni saya dah memang tak tahan sakit dah. Di klinik, doktor suspek saya kene denggi dan mintak saya ke HKL. Di sana saya wat pemeriksaan darah dan disahkan darah saya dah dijangkiti kuman. Tapi yang peliknya doktor kate biasanye kes ni jadik kalau ade organ dalaman yang rosak, tapi kes saya ni agak pelik sebab tak dapat detect apa2 yang rosak (wallahualam, tak taulah kalau Allah belum nak tunjukkan lagi di mana rosaknya). Saya diminta makan ubat dan datang semula esok untuk pemeriksaan darah lagi.

Hari #5: Pengalaman yang sungguh membosankan! Terpaksa beratur 45 minit untuk daftar, menunggu giliran nombor dipanggil 1.5 jam dan keluar semula untuk amek darah, masuk semula, tunggu lagi giliran... harghhhh.... HKL oh HKL! Bile jumpe doktor 5 minit pun tak sampai dan dia cume soh saya habiskan ubat sebab nampak ade penurunan pada bacaan darah tu. Anyway, saya masih ada tompokan darah dibadan tu dan fever saya even dah makan ubat ikut schedule, still 38 d.c the lowest dia bleh pegi. Setat harini sendi2 saya dah mula sakit2.

Hari #6: Sendi saya semakin sakit sampai saya tak even mampu untuk ikat rambut. Hubby & Maria yang uruskan saya since saya dah umpama lumpuh dan boleh terbaring saja. Bacaan temperature still 38 d.c. tapi tompok darah dah makin hilang. Alhamdulillah.

Hari #7: Sendi saya kurang sakit jadi saya gagahkan siri ke klinik behampiran. Doktor kata itu kesan dari kuman yang ada dalam badan saya sekarang dan dia tak dapat buat apa2 melainkan saya cuma kena minum air banyak2. Fever saya dah tak ada. Tapi still saya bergerak dengan berpaut pada apa yang ada untuk berjalan. Tidur malam saya still tak lena sebab kerap terjaga bila sendi2 saya berdenyut2.

Hari #8: Saya demam panas semula dengan suhu 38 d.c. Badan masih sakit tapi saya gagahkan jugak melawan dia. Hujung2 kuku saya dah mula pecah2. Tapi doktor kata itu bukan kesan dari ubat ataupun kuman tapi dari luaran. Yang pastinya dia pun tak boleh nak predict kenapa. Wallahualam.

Hari #9 & seterusnya: Saya cuba jugak bertatih ke office since saya dah tak demam. Alhamdulillah sume dah ok cuma tangan pecah2 je masih belum baik.

Gambar Hiasan:
Lebih kurang canilah upe tompok darah pecah saya tu tapi saya punya cantik sket, hahahaaa...

RUMUSAN:
  1. Saya akui tak pernah lagi sakit yang sebegini sepanjang usia saya dimuka bumi ni tapi percayalah, memang amat sakit! Moga2 Allah ampunkanlah suma dosa2 kecil yang pernah saya wat samada ngan sengaja ataupun tidak, amin!
  2. Saya sangat bersyukur sebab saya tak ditahan masuk wad sebab nanti sure anak2 rindu kat saya (perasan!:laugh:)
  3. Overall sebenarnya, selepas memacam ubat saya kene telan dan makan sup ketam yang memang tak best lansung tu, yang paling ketara cepat menyumbang dalam proses penyembuhan yelah bile saya minum bergelen2 air. (Subhanallah kerana itu adalah ciptaan Allah yang tiada tandingannya dan ia juga penyembuh!)
  4. Syukur jugak sebab sumenye berlaku masa cuti sekolah so saya takyah risau sapa nak siapkan bekal dorang, sapa nak anta, sapa nak amek dari sekolah bla,bla... Tapi sian gak sebab tak dapat bawak budak2 tu gi memana melainkan ke HKL! Huhuuu... :bofu_02:
  5. :puteh_24: Sedey tengok hubby yang bersusah-payah belikan makanan, uruskan budak2, bawak saya ke HKL, ke klinik. Dia jugak ubatkan saya dengan rawatan alternatif. Sangat terharu.
  6. Allah tu Maha Mengetahui. Sebelum sakit ni saya heran nape ada gap seminggu lebih dalam kalendar saya yang orang taknak booking order. Selalu tu ada je orang booking. Akhirnya jawapan saya terjawap- saya sakit sepanjang2 minggu yang orang takde order tu!
  7. Saya taknak sakit lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!! :mHihi:

Isnin, 1 Mac 2010

Jom gi Ganu weh!

Isnin, Mac 01, 2010 0 Comments
Satu pemandangan yang menarik bagi saya sebab tak pernah lagi nampak bulan seawal jam 6:00 petang tapi di tepi lebuhraya menuju ke Kuala Terengganu ini pemandangan ini wujud!

Uminya dah bosan dok dalam kete lama. Budak2 jadik mangsa kena posing, hahaa...

Pemandangan dari jauh Masjid Hiliran. Rupanya ada sejarah disebaliknya, baca kat sini.

Hmmm.. yang sebenar2nya takde pun perancangan nak pergi negeri yang terkenal dengan kepok lekor ni tapi disebabkan takut derhaka (alasan... walhal memang nak ikut) maka saya pun kosongkan sume jadual saya untuk ke sana. Ekcelli yang berurusan kat sana tu yelah hubby saya sebab dia attend kursus tapi kami ni anak-beranak pakat menyebok ikut, hehee...


Pintu masuk hadapan Muzium Negeri Kuala Terengganu

Antara rumah2 lama yang ada di Taman Warisan

Kali ni saya bercuti tanpa anak sulung saya, Maria. Sedeynya la hai tapi dia memang tak suke jalan jauh. So sudahnya dia berkampung di rumah Wan dia aje. Kebetulan ade wedding sepupu saya besoknya so bolehla dia jadik wakil kiteorang, hehe...


Pemandangan dari dalam Taman Tamadun Islam

Mirul teringin nak naik bot tapi Ummi dah tak larat nak bawak, hehee...

Perjalanan agak cepat gak la saya rasa sebab most of the time saya tido je, hehe. Budak2 pun kalau dah masuk kete konpem tido! Seb baik bapaknya merangkap pemandu kereta tak ikut sama! Hahahaa... Cumenya saya tak berapa suke dengan route yang hubby saya jalan tu sebab agak bahaya. Saya yang dok kat belakang ni berapa kali kaki dok 'ter'belagak menekan pedal brek. Bila pikir balik nak tergelak pun ada.


Banyak lanskap menarik kat sini. Ni kat jeti tempat menunggu bot datang.

Pemandangan dari pintu masuk ke Taman Tamadun Islam


Hari Sabtu tu saya memang tabik pada diri sendiri la sebab first time masuk Kuala Terengganu, saya pegi hantar dan amek hubby saya kat town. Pehhh.. cam tak caye je tapi tengok cermin memang masih muka saya lagi, tak tukar pun badan ngan orang lain, hehe... Mase nak tunggu hubby balik tu, budak2 pun dah boring melangut je dalam homestay tu, so saya gamble je lah bawak dorang gi jalan2 ke Muzium Negeri Kuala Terengganu & Taman Tamadun Islam.


Budak yang tak reti dok diam nilah punca Umminya semput! Ngeee...

Yang sorang ni senang je nak handle, janji perut dia kenyang!


Matahari yang sangat terik dan cuaca yang panas ekcelli membataskan gak la perjalanan kitaorang. Tak banyak la tempat yang saya pergi explore dek kerana tak tahan panas, tambah2 semput dok mengejar Rayyan yang sungguh gumbira dapat melepaskan diri dari homestay tu. Letih dowh!


Masjid Kristal

Akhirnya saya tak larat nak gi cuba naik boat ride kat jeti dan masuk ke Taman Monumen dalam Taman Tamadun Islam tu. Rugi2... satu lagi saya tak dapat nak carik shot baek punye untuk amek gambar Masjid Kristal yang terkenal tu. 2 kali saya masuk area sana tapi maybe sebab dah tak larat, idea pun tak berapa nak kuar, hehe. So ini jelah gambar2 yang sempat saya snap. Enjoy!

Kedai ni di 'suggest' oleh pemilik homestay yang kiteorang menginap tu. Memang malatop! Kalau korang nak pergi, dia terletak di sebelah kiri sebelum sampai ke pasaraya Giant KT.

Inilah budak baik yang suke main tepon Ummi

Abang pulak rajin menyakat

Jangan terbalikkan kepala anda! Ni antara aktiviti menghilangkan bosan - duduk terbalik!


Ahad, 22 November 2009

Ketorrrrr.....

Ahad, November 22, 2009 0 Comments


Ngaaaaa... takotnyeeeee! Itulah yang saya rasa; diulangi ye; SAYA rasa, bukan anak saya Said Amirul yang berkhatan hari ni. Dia steady je, siap bleh main PS2 dia lagi dan berseronok mandi dalam tub ais yang disediakan oleh ayahnya lagi sebelum tu. Umminya? Saya dari pagi dah naik saket kepala (sah2 darah dah naik balik nih!) sambil dok masakkan sup ikan haruan untuk dia. Sampai kat klinik lagi la ketor (juge Umminya bukan anaknya yang nak berkhatan tu ye). Tapi luckily hari tu ade 3 orang gak budak bersunat sebelum dia tapi sumenye kuar dari bilik surgery dengan sengih senyum lebor. Ade budak umo 5 tahun kuar angkat ibu jari wat isyarat best lagik. So sedikit sebanyak membantu gak la dalam menenangkan Amirul (bukan Umminya yang masih blood pressure kat waiting room tu!) Akhirnya selepas menunggu lebih kurang 20 minit, Amirul pun kuar la dari bilik surgery ngan lajunya. Saya hingatkan doktor bagi dia skateboard! Seriauuuuu!

Ekcelli harini bukan Amirul aje yang berkhatan tapi sepupunya juga yeitu anak abang saya si Daniel yang tembam cembam tu. So dorang 2 ekcelli seronok la sebab ade kawan. Alhamdullillah sumenya dah selamat dan saya amek kesempatan ni untuk ucapkan mekaseh bebanyak pada yang sudi hadir ke kenduri doa selamat di Klang dan di Taman ibukota haritu. Kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka berdua ni haritu, moga Allah limpahkan juga kesejahteraan dan keselamatan buat korang sume, amin!

Isnin, 28 September 2009

Raya, raya, raya...

Isnin, September 28, 2009 0 Comments


Salam,


Hehee.. lame gak saya x updatekan. Sowilah.. banyak lak keje nak disettlekan. Baru skang ni haa ade le mase sket nak bernapeh, fuhhh! Lagipun semenjak posting saya ni dah kehilangan emo (xtau salah sape, Firefox? Blogger? Greasemonkey?) maka nak nulih pun rase xde mood. Hohoo...


Ekceli xde le banyak mana aktiviti saya mase bulan pose haritu coz saya memang menumpukan sepenuhnya pada ibadah yang setahun sekali je ni. Lagipun bile bulan pose saya dah tau memang kene extra jaga kesihatan sebab biasenyer semput saya pun datang tiap2 hari (dugaannnnn... alhamdulillah). Cuma pada 02 September 2009 tu je saya sambut dengan anak-beranak je 'Wedding Anniversary' saya yang ke-10. Sekejap je rase ye... alih2 dah 10 tahun rupenye saya bergelar isteri. Macam biasalah, yang excitednye yelah kanak2 ribena tu lebih dari mak ayahnya sendiri! Kui2! Pastu malam raya gi sambut orang datang takbir kat umah mak. Budak2 pun amek peluang la main bunga api.


Raye haritu plak, selepas kepenatan berhempas pulas jadik chef x diiktiraf selama 2 hari, maka raye ke-3 hubby ajak saya lari gi holiday kat Taiping. Owhhh.. rindunya saya kat Taiping. Kat situlah banyak kenangan mase zaman sekolah tersimpan... Rose, Ojie, Intan... hmmm... (bosan la xde emo nak bubuh!). Lagipun saya ada misi penting yang perlu dilaksanakan- tunaikan hasrat bonda saya untuk amek gamba umah lamanya kat tepi tasik Taiping tu!


Hari kami pegi ni alhamdulillah la jalan x jem pun. Tepat 5 jam perjalanan, kami pun sampai. Kali ni kami stay kat Kamalodge. Lokasinya senang gile nak carik sebab 1st- saya memang dah familiar ngan Tepeng (hehe!) dan 2ndly sebab signboard memang clear & detail. Bagi yang 1st time nak carik (cam saya) korang just jalan je menyusuri Jalan Tasik tu sampai le ke Jalan Bukit Larut. Lodgenyer tu x jauh dah ngan kaki Bukit Larut (owh, rindu giler nak panjat Bukit Larut! Sob! Sob!)

Ekcelli saya berat hati nak gi holiday ni sebab Rayyan dah demam virus + diarrhea since seminggu nak raya. Mirul plak raya ke-2 tu dah stat demam panas + diarrhea gak. Tapi tulah... 'jalan' punye spirit agaknyakan, sampai sane 2-2 elok sihat walafiat. Hmmmph, saje je korang ni kan! Mirul memang terus kebah la, mana taknyer, sampai je sana dia terus terjun masuk pool ngan Maria. Berapa punye lama dorang mandi pool tu agaknya sampai baik terus demam Mirul! Bagus tol! Tempat ni memang cantik & bersih. Udara pun nyaman (maklumlah dikaki bukit)..... arghhhhh! Kan best kalau saya dok sini je. Hehee... Staff pun very friendly, siap bleh layan saya borak lagi. Hehe. Cuma satu je saya harap ade perubahan next time coz dalam bilik ade banyak semut. (Maybe dari bukit kot.)



Aktiviti hari pertama saya di sana bermula seawal kol 7.30 pagi. Saya & Maria kuar gi jalan2 kat sekitar Taman Tasik tu. Bukanlah saje2 nak tinggalkan 'kaum lelaki' kat bilik tu, hee... tapi cam saya kate td, saya ade misi yang harus ditunaikan. Jenuh gak la memula saya mencarik rumah zaman kanak2 bonda saya tu sebab last saya tengok dulu, umah tu dah convert jadik restoren cine. Tapi dah sampai 3 kali pusing x gak jumpe2. Tapi nak jadik citer, saya pun gamble la lalu lagi sekali satu jalan tu & tadaaa.. finally saya jumpe! Padan la saya x perasan (walhal malam td pun saya dah lalu kat sini masa nak carik makan), upenyer dia bukan lagi restoren cine tapi dah transformer jadik restoren melayu plak. 

Kalau korang ade lalu sana, tengok2 lah Restoren Pak Kahar; itulah bekas umah bonda saya dulu, heee... (tapi kalau korang ckp ni kat pakcik Kahar tu tetap korang x dpt harga sedare makan kat situ sebab pakcik Kahar tu xde kene-mengena ngan saya pun! Haha!) Dek kerana saya dah senang hati berjaya menyelesaikan misi ni, maka saya pun kasik dia main kat playground sambil makan aiskrim ngan saya (pepagi bute makan aiskrim! Jangan jeles...) On da way nak balik ke resort tu, saya sempat singgah tanah perkuburan askar2 british yang mati semasa perang dulu. Sedey dowh, eventhough datuk saya dulu bukan kategori askar tapi saya dapat membayangkan perasaan dia semasa zaman tu, mendengar berita orang2 senegara mati akibat perang. Lagipun maybe sebab bonda saya dibesarkan disini, maka saya seolah2 dapat dejavu kat tiap2 tempat yang saya jejaki kat sana (cewah!) Kalau korang gi sana, jangan lepas peluang tak makan roti bakar kat kedai makan di kaki Bukit Larut tau. Saya sempat tapau siap ngan telur separuh masak  & teh tarik lagi bawak balik bilik... perghhh, sedapnye.... heee...

Petang lak kami gi jenjalan kat Zoo Taiping. Punyelah panas cuaca, walhal seingat saya mase zaman saya selalu datang sini dulu, cuaca x pernah sepanas ni (betapa dah berlakunya perubahan cuaca kat sini) Cadang nak naik kete zoo tu je tapi kaum punye la ramai x hengat, so kami jalan kaki jelah. Balik tu lak ingat nak naik basikal air tapi dah lewat petang la plak so saya kasik greenlight kat bebudak untuk mandi pool sampai pengsan! Wahahaa...

Kami balik ke KL pada raya ke-5. Malam tu dengar berita, dijangka 6 ribu kete akan melalui highway haritu. Maka kiteorang pun masuk la jalan dalam tapi baru sekerat jalan, kami masuk highway sebab saya cek info trafik, highway x sesak & memang sah, trafik clear 2-2 hala! Hahaa.. saya rasa2la kan, dek takut jem, sume orang dah gi jalan dalam haritu sebab mase saya jalan ikut jalan dalam tu memang jem pun! Sabo jelah! Selamat tinggal Taipinggggg... saya akan rindukan kamu lagiiiiiii.....!!!!!!!!!




Jumaat, 19 Jun 2009

Welcome to the world, Adib! (Ntahla btol ke tidak nama ngko ni! Hahahaaa...)

Jumaat, Jun 19, 2009 0 Comments
Lama gak la saya dah x masuk spital since 2,3 menjak ni. Still trauma ngan pemergian Mak Long & of course... blogger-emoticon.blogspot.com beloved almarhum Mohd Yusof, bapaku. Tapi harini hilang skjap perasaan tu, maybe sebab excited nak nengok anak buah baru AZDE yang baru nengok donia kol 22:22 malam semalam tu, heheee... Saya ngan anak sedare, Maisarah tumpang kete Ajue (ketua samseng Kg. Dusun blogger-emoticon.blogspot.com) gi Spital Sungai Buloh tu. Kami sampai awal 1/2 jam dari waktu melawatnya yeitu kol 12.30tghr so kiteorang decide nak gi melantak dulu la kat Hospital Cafeterianya. Lauk kat sana humang aiii.... kan main banyak! Memang silap la untuk orang yang sedang kelaparan (a.k.a kebuluran) cam saya mase tu. Kalau bleh sume nak isi dalam pinggan tapi seb baik iman tu masih kuat (blogger-emoticon.blogspot.comekekee...). Overall spital tu memang aku kasik starstarstarstarstar la. Siap dibagi cuci tangan lagi time masuk ngan kuar wad tu (ni gara2 kes H1N1 la ni). Yang kelaka tu sebab 3-3 kemaruk nak main cuci tangan free... bengong tol! :mHaha: To Hamidah& Farid- tahniah atas cahayamata baru!

Lauk Maisarah= Nasi putih+ayam merah+telur sambal+daging kicap+teh ais = RM4.80

Lauk den= Kuey tiau+mee goreng+daging bakar+sirap bandung =RM4.30

Lauk Ajue= Nasi putih+daging bakar =RM2.30

.... Sungggggggguh berbaloi!
blogger-emoticon.blogspot.com

blogger-emoticon.blogspot.com
Follow Me at flickr! .