Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 1 Mac 2010

Jom gi Ganu weh!

Satu pemandangan yang menarik bagi saya sebab tak pernah lagi nampak bulan seawal jam 6:00 petang tapi di tepi lebuhraya menuju ke Kuala Terengganu ini pemandangan ini wujud!

Uminya dah bosan dok dalam kete lama. Budak2 jadik mangsa kena posing, hahaa...

Pemandangan dari jauh Masjid Hiliran. Rupanya ada sejarah disebaliknya, baca kat sini.

Hmmm.. yang sebenar2nya takde pun perancangan nak pergi negeri yang terkenal dengan kepok lekor ni tapi disebabkan takut derhaka (alasan... walhal memang nak ikut) maka saya pun kosongkan sume jadual saya untuk ke sana. Ekcelli yang berurusan kat sana tu yelah hubby saya sebab dia attend kursus tapi kami ni anak-beranak pakat menyebok ikut, hehee...


Pintu masuk hadapan Muzium Negeri Kuala Terengganu

Antara rumah2 lama yang ada di Taman Warisan

Kali ni saya bercuti tanpa anak sulung saya, Maria. Sedeynya la hai tapi dia memang tak suke jalan jauh. So sudahnya dia berkampung di rumah Wan dia aje. Kebetulan ade wedding sepupu saya besoknya so bolehla dia jadik wakil kiteorang, hehe...


Pemandangan dari dalam Taman Tamadun Islam

Mirul teringin nak naik bot tapi Ummi dah tak larat nak bawak, hehee...

Perjalanan agak cepat gak la saya rasa sebab most of the time saya tido je, hehe. Budak2 pun kalau dah masuk kete konpem tido! Seb baik bapaknya merangkap pemandu kereta tak ikut sama! Hahahaa... Cumenya saya tak berapa suke dengan route yang hubby saya jalan tu sebab agak bahaya. Saya yang dok kat belakang ni berapa kali kaki dok 'ter'belagak menekan pedal brek. Bila pikir balik nak tergelak pun ada.


Banyak lanskap menarik kat sini. Ni kat jeti tempat menunggu bot datang.

Pemandangan dari pintu masuk ke Taman Tamadun Islam


Hari Sabtu tu saya memang tabik pada diri sendiri la sebab first time masuk Kuala Terengganu, saya pegi hantar dan amek hubby saya kat town. Pehhh.. cam tak caye je tapi tengok cermin memang masih muka saya lagi, tak tukar pun badan ngan orang lain, hehe... Mase nak tunggu hubby balik tu, budak2 pun dah boring melangut je dalam homestay tu, so saya gamble je lah bawak dorang gi jalan2 ke Muzium Negeri Kuala Terengganu & Taman Tamadun Islam.


Budak yang tak reti dok diam nilah punca Umminya semput! Ngeee...

Yang sorang ni senang je nak handle, janji perut dia kenyang!


Matahari yang sangat terik dan cuaca yang panas ekcelli membataskan gak la perjalanan kitaorang. Tak banyak la tempat yang saya pergi explore dek kerana tak tahan panas, tambah2 semput dok mengejar Rayyan yang sungguh gumbira dapat melepaskan diri dari homestay tu. Letih dowh!


Masjid Kristal

Akhirnya saya tak larat nak gi cuba naik boat ride kat jeti dan masuk ke Taman Monumen dalam Taman Tamadun Islam tu. Rugi2... satu lagi saya tak dapat nak carik shot baek punye untuk amek gambar Masjid Kristal yang terkenal tu. 2 kali saya masuk area sana tapi maybe sebab dah tak larat, idea pun tak berapa nak kuar, hehe. So ini jelah gambar2 yang sempat saya snap. Enjoy!

Kedai ni di 'suggest' oleh pemilik homestay yang kiteorang menginap tu. Memang malatop! Kalau korang nak pergi, dia terletak di sebelah kiri sebelum sampai ke pasaraya Giant KT.

Inilah budak baik yang suke main tepon Ummi

Abang pulak rajin menyakat

Jangan terbalikkan kepala anda! Ni antara aktiviti menghilangkan bosan - duduk terbalik!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .