Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Selasa, 10 September 2013

14 tahun sudaaa... Alhamdulillah!

Selasa, September 10, 2013 19 Comments



FASA-FASA PERKAHWINAN
 Kata orang-orang tua, setiap rumahtangga yang dibina perlu melalui 3 fasa utama perkahwinan :-

Fasa Pertama (5 tahun pertama) 
  • Sentiasa diuji dengan kesempitan dan kekurangan harta. Pada peringkat ini pasangan suami isteri perlulah banyak belajar bersabar. 

Fasa Kedua (10 tahun perkahwinan)
  • Allah SWT akan mula membuka 1001 pintu rezeki untuk mereka yang berjaya menempuh ujian di fasa pertama dan masih kekal bersama meneraju bahtera perkahwinan. Pada peringkat ini rumahtangga semakin stabil dan tenang. 

Fasa Ketiga (15 tahun perkahwinan) 
  • Kehidupan lebih simple tetapi stabil dari segala sudut. Pada peringkat ini pasangan biasanya akan lebih meluangkan banyak masa bersama keluarga. Mungkin bercuti bersama anak dan isteri ke tempat-tempat menarik. 
Alhamdulillah... diam tak diam ghupenya dah 14 tahun saya say 'yes' kepada tok kadi masa dia tanye "Kamu setuju tak?" hahaha... terkedu Tok Kadi jawab bahasa Inggeris boleh? Alhamdulillah... dah masuk fasa ke-2 dan saya setuju sangat ngan teori di atas. Fasa nak masuk fasa terakhir ni laki bini dah berjaman tak gadoh dah. Tak sependapat bak Angelina Jolie dengan Shivaji Rao Gaikwad tu perkara biaselah kan tapi takdelah sampai gempar satu Malaya, hiu hiu...


Tahun ni first time hari enibeseri encik somi tiada di sisi *cewah, ayu je bunyinyekan! Har! Har!* alaa tapi kalau dia ade pun bukannye kiteorang selebret bagai pun agaga... Walaubagaimanapun *ewah!* tahun ni adalah yang paling sangat spesel dan mengharukan sebab anak sulung saya wat adegan lemah jantung untuk saya.

Ekcelli yang wat sangat terkedu dan terharu sampai rasa nak menitik ayormate ni (tapi Maria tak kasi nanges jadi ku tahan, Jebat!) yelah sebab masa saya nak hantar dia gi sekolah haritu, dia ada cakap dia ada hal nak gi cepat ke sekolah tapi dia tak cakap nape. So since dia memang selalu gi awal sebab nak study atau siapkan assignment *budak skang pakai assignment cam budak U okeh! Kau hado?* so saya pun idok le menanye. Upenya dia kata lepas saya hantar dia ke rumah BF dia, dorang terus pergi kedai kek yang jauhnya lebih dari 1.0 km okeh... saya ulang, LEBIH 1 KM untuk beli dan jinjing kek yang berat itu dengan tangan sebelah pegang buku-buku yang dah tak muat masuk beg yang dah penuh dan berat. So sampai sekolah kek tu pun dah rosak la, kan. Pastu dia tumpang plak cikgu punye peti ais dalam bilik guru. Part lagi sedih sebab... dia guna duit raya dia untuk beli kek tu... huhuu... sampai gitu sekali dia nak bagi ummi dia suke huhuuu...


TERIMA KASIH YA ALLAH kerana mengurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, insyaallah. Semoga suatu hari nanti mereka akan terus memberikan saya 'makanan' apabila saya tiada lagi di dunia ini... AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Isnin, 9 September 2013

Terlepas sudaaa... :(

Isnin, September 09, 2013 8 Comments


Selama ni kan, saya ingat kalau dok umah lagi senang nak pose enam di bulan Syawal tapi rupanya TIDAK!!!... Ini kalilah! First time tak dapat wat pose enam. Dah la ni jugak first time bersahur, berpose dan berbuka dirumah sendiri.. Nampak gayanya tahun depan saya kena wat schedule la camni, uhuks! Nawaitu tu memang dah pasang lepas raya lagi tapi lepas raya banyak la pulak umah nak pegi. Belum yang orang datang umah lagi, pastu order pulak mencurah-curah masuk. Kena plak kekanak masih coti sekolah, doploh-pat jam asek nak order makanan soh masak je...! Ate hengat iman mak ni idok ke tergugat asek mengadap masakan kat dapo kalau dah camtu? Huhuu...

Ok dah- Order pertama saya lepas raya ni bermula dengan permintaan dari tempat lama saya keroje dulu- AZDE untuk majlis open opis. Memang tiap-tiap tahun opis buat jamuan cuma tahun ni je saya dah takde bersama-sama ngan dorang huhu...


Pastu jiran taman bawah (apala punye susah nak explain haha)Encik Izni dia order selepas order yang pertama haritu Japanese CheeseCake untuk besday wifenye kan? Kali ni dia saje je order sebab sendiri nak makan kek nipis Red Velvet tu hehe... Siap berjemput datang open house lagi tapi mintak maap banyak-banyak sebab haritu ada tetamu datang umah dari siang bawak ke malam. Lepas tetamu balik sempat gi beraya open house umah jiran selang 3 umah tu je pastu balik sebab dah pukul 12:00 tengahmalam! (kalau tak reti nak balik gak tu tak taulah kan hahaha...)


Order ni plak dari Nana (sejiran ngan Encik Izni tu hehe...) Dia mintak watkan kek nipis Red Velvet ni untuk jamuan hari raya kat Hospital Selayang.

Ni kek besday merangkap kek untuk Jamuan Raya kelas tahun 6 anak Cikgu Ros- cikgu kelas Rayyan! Thee...

Kebetulan saya ada wat kek nipis red Velvet lebih jadi saya sedekahkan untuk jamuan kelas Pra-Sekolah Rayyan haritu.

Roti jala ni permintaan dari jiran saya, Siti -100 pieces untuk jamuan raya kat umah dia.

Ni plak jiran, Eyta mintak wat sebab ada tetamu datang umah.

Kendian masuk order dari kastemer tetap saya yang memang setia, Kak Sal nak 20 packs Baked Macaroni Cheese dan 7 packs Hotpot Potatoes. Tapi saya rasa bersalah yang hamat sebab nak jadik cite masa saya baked makaroni dia tu, rombongan dari ex-colleague di AZDE datang beraya. So ko paham-paham jelah mak jemah ko ni kalau dah borak, WAJIB lupe benda masak kat dapo hahaha...! Haa hamek ngko sume OVERBAKED! Tapi alhamdulillah Kak Sal ni sudi terima kekurangan masakan saya kali ni huhu... *blush* 

 Currypuff (Ewah! Karipap je pun!) ni jiran belakang umah, Sarah mintak watkan sebab kat opis hubby dia ada wat jamuan sikit. Sile abaikan bahagian kelim tu haha...

Creampuff ni pun Sarah mintak dengan kuih Seri Muka tapi kuih tu tak sempat nak amek gambo sebab mak tak cukup masa! Hehe...

Brownies ni Eyta (jiran saya yang order Jap CheeseCake tadi tuh) mintak watkan untuk majlis kahwin anak sedare dia.

Ni pun Eyta order untuk majlis yang sama.

Yang ini pulak Cikgu Aspalela dari SK Sri Pristana mintak watkan untuk jamuan raya adik-beradik dia. Kalau korang nak tau, dia ni cikgu kelas kepada anak Cikgu Ros yang order untuk besday tu. Dek kerana rasa kek masa jamuan tulah terus dia order 2 bijik kek ni hehe... alhamdulillah :)

 Yang ni order dari kastemer baru, Nurul dari Puncak Alam tapi dia kata dia selalu baca blog ni, hehe... *nampak tak i tengah tersipu-sipu ni ngee...*

Ni pun Nurul order untuk jamuan raya kat opis dia.


Huuuarghhh! Kejang otot jap. Korang tak penat ke wei dok tenung gambo makanan ni? Agaga... Okeh, sambung balik...

 Order ni dari kastemer tetap dan setia haha, Kak Miza yeitu jiran taman bawah gak- kek nipis span pandan.

Ni pun Kak Miza yang request :)

.......selepas 2 hari........

Kak miza mintak watkan kek marble simple ni sebab ipar dia ngidam! Mujur sempat wat sebelum dia bawak terbang gi Indon!

Order untuk kek pengantin ni sebenarnya saya dapat dari bulan lapan lagi so memang dok lebih perhatian kat kek nilah. Kek pengantin ni rumit sikit sebab kena bagi betul-betul menepati tema perkahwinan dan paling penting kena bagi nampak sebijik cam kek kawen!
Ni pun kek pengantin yang diorder oleh orang yang sama, Raihana kat Desa Coalfields. Pengantin ni amatlah polite, saya datang siap dijamu air bagai. Sepanjang saya baking since 2005 sampai skang, inilah kali pertama saya hantar kek, orang treat saya sebagai tetamu instead sebagai penghantar kek! Pengantin pulak tu yang hidang sume tu walhal dia tengah sibuk lagi beberapa jam nak akad nikah!


...last sekali...

Untuk kastemer baru, Mastura yang order untuk jamuan opis dia! 

MEKASEH SUME!!!!

SO... kepada yang ada membuat percubaan untuk place order tapi saya terpaksa tolak, korang tengoklah sendirik berapa banyak order yang saya harus lunaskan masa tu dan sebab itulah saya tak berani nak amek order lain. Ada yang sanggup offer saya harga tinggi kalau saya sanggup hantar ke tengah-tengah bandaraya KL lagi tapi demi Allah saya wat ni sebab minat dan bukan sepenuh masa sebab priority saya ialah AMANAH saya kepada Allah yeitu menguruskan anak-anak. Harap tak ada yang amek hati ye. Lagipun, apalah sangat hasil masakan saya berbanding kedai-kedai kek yang sedia ada *tetiba karat har! Har!*

Okeh, kalau rasa-rasa entri kali ni tak cukup wat korang rasa nak gastrik, tunggu entri selepas ni okeh sebab ada lagi order yang masyuk! See ya! ;)

Signature

Khamis, 22 Ogos 2013

AMARAN: Entri ini ada banyak gambar makanan!

Khamis, Ogos 22, 2013 12 Comments


Masih dalam mood RAYA.

Sape yang keje tu sure tak berape nak mari mood raya tu sebab dah kena keje kan? Tu yang syok jadik D.O. ni... diwaktu orang sume sebok-sebok dah kena masuk keje, den masih relaks lagi. Ate sekolah pun kan coti lagi, maka cotilah lagik!!! Hehe...


Wehh tapi coti-coti pun, daku tetap gak watkan hoder kastemer tau *Rajinkan? Kembang idung* Itupun sebab kawan blogger, Izni Hafiz merangkap jiran taman bawah, mintak tolong watkan kek untuk besday isteri dia. Thanks eh jiran! Hehe...


Selain tu tak sempat le nak layan order sebab umah sendiri pun kena serbu hampir tiap hari. Nak hamek gambo menu pun tak sempat- maklumlah sorang je tukang masak dalam umah ni. Bakal pembantu chef, Maria belum lulus lagi. Cikgu dia baru ajar cara nak bukak api gas aje setakat ni so bawak-bawaklah bersabar menanti.

Dengan KC & Kak Zila. Dorang sampai dengan pantas sebab dorang jiran haha... Ceh, tuan umah bajet ayu.
Ieyra, Amy, Alin, Cath & Siti. Fiza ngan Wani tu tipu je ade dalam gambar haha...


Oleh sebab tak sempat nak hamek gambo segala haritu, dapat gak la daku mengayat gambo dari sahabat blogger merangkap ahli Geng Hot Mama Blogger yang sudi singgah umah haritu. Sian korangkan, dahler first time datang pastu kena tolong same wat keroje. Paling naya dapat makan yang last pulak tu hehe... Next year kalau boleh silelah ulangi amal mulia itu lagi ye hehe... Tapi cemana pun mekaseh la weh korang sudi datang umah kite ni hehe... suke, suke, suke sangat!


Besoknya kan, tak abes lagi penat mengemas *tipu, pak ustad yang kemas* dah pergi Klang pulak beraya kat umah abang ipar. Dek datang sana maka terpakselah tolak ajakan makan ayam masak merah yang mesti sedap punye kat umah kakak, Sally kat Batang kali tu. Tapi lepas-lepas ni boleh lagi kan datang walaupun ayam masak merah dah takde kan, kan, kannnnn... hiu, hiu....


Dari umah abang ipar, bergerak plak ke umah mentua sebab ade majlis sambut besday pak mentua. Sedih plak dengar ucapan FIL tahun ni. Dia kata syukurlah masih diberi umur sampai 74 tahun dapat lagi tengok anak menantu sume tapi dia doa juga supaya biarlah dia pergi sebelum masa dia menyusahkan anak-anak (contohnya macam sakit terlantar tak upaya sume tu) ... huhu... tetiba tingat kat arwah abah yang pernah terlantar... tetiba tingat kat mak yang umo dah 76 sob... Ok, sebab nak ilangkan sedih saya suka makan. Jadi marilah kite makan. Owh lupe pulak, korang tengok jelah ye haha...

Salad sayur dan buah-buahan yang yummy oleh MIL. Dia memang tau menantu comel dia ni suke makan style omputeh cenggini hehe... *perasan*
Ulam-ulaman wajib ada kalau nak diet okeh!

Sup ayam ball nyummm....

Ni ayam makan ngan nasik ayam bukan ratah aje.. sape ratah haritu cepat cakap!

Ni rojak yang femes kat Klang

Blueberry muffin adik ipar wat. Dah lama tak makan hehe...

Kek sponsor adik-beradik- beli je!

Adik ipar beli kat Bangi. Yummeh!

Owh jangan jeles- saya dapat sorang lagi anak sedare baru tau raya ni. Nama baby girl dirahsiakan oleh ibu dan bapanya hahaha...

Comelkan saya?


Hmmm... tetiba rindu plak ngan siBotak nih... Botakkkkkkkk!!!! Takkan nak kena gi beraya umah abang lagi sekali kot (kucing ni dia punye heheh...) Tapi datang beraya berapa kali pun okeh je kan? Raya kan sebulan! Heheh! Errmmm tapi ade ke orang buat? Heh!


Signature
Follow Me at flickr! .