Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Selasa, 10 September 2013

14 tahun sudaaa... Alhamdulillah!




FASA-FASA PERKAHWINAN
 Kata orang-orang tua, setiap rumahtangga yang dibina perlu melalui 3 fasa utama perkahwinan :-

Fasa Pertama (5 tahun pertama) 
  • Sentiasa diuji dengan kesempitan dan kekurangan harta. Pada peringkat ini pasangan suami isteri perlulah banyak belajar bersabar. 

Fasa Kedua (10 tahun perkahwinan)
  • Allah SWT akan mula membuka 1001 pintu rezeki untuk mereka yang berjaya menempuh ujian di fasa pertama dan masih kekal bersama meneraju bahtera perkahwinan. Pada peringkat ini rumahtangga semakin stabil dan tenang. 

Fasa Ketiga (15 tahun perkahwinan) 
  • Kehidupan lebih simple tetapi stabil dari segala sudut. Pada peringkat ini pasangan biasanya akan lebih meluangkan banyak masa bersama keluarga. Mungkin bercuti bersama anak dan isteri ke tempat-tempat menarik. 
Alhamdulillah... diam tak diam ghupenya dah 14 tahun saya say 'yes' kepada tok kadi masa dia tanye "Kamu setuju tak?" hahaha... terkedu Tok Kadi jawab bahasa Inggeris boleh? Alhamdulillah... dah masuk fasa ke-2 dan saya setuju sangat ngan teori di atas. Fasa nak masuk fasa terakhir ni laki bini dah berjaman tak gadoh dah. Tak sependapat bak Angelina Jolie dengan Shivaji Rao Gaikwad tu perkara biaselah kan tapi takdelah sampai gempar satu Malaya, hiu hiu...


Tahun ni first time hari enibeseri encik somi tiada di sisi *cewah, ayu je bunyinyekan! Har! Har!* alaa tapi kalau dia ade pun bukannye kiteorang selebret bagai pun agaga... Walaubagaimanapun *ewah!* tahun ni adalah yang paling sangat spesel dan mengharukan sebab anak sulung saya wat adegan lemah jantung untuk saya.

Ekcelli yang wat sangat terkedu dan terharu sampai rasa nak menitik ayormate ni (tapi Maria tak kasi nanges jadi ku tahan, Jebat!) yelah sebab masa saya nak hantar dia gi sekolah haritu, dia ada cakap dia ada hal nak gi cepat ke sekolah tapi dia tak cakap nape. So since dia memang selalu gi awal sebab nak study atau siapkan assignment *budak skang pakai assignment cam budak U okeh! Kau hado?* so saya pun idok le menanye. Upenya dia kata lepas saya hantar dia ke rumah BF dia, dorang terus pergi kedai kek yang jauhnya lebih dari 1.0 km okeh... saya ulang, LEBIH 1 KM untuk beli dan jinjing kek yang berat itu dengan tangan sebelah pegang buku-buku yang dah tak muat masuk beg yang dah penuh dan berat. So sampai sekolah kek tu pun dah rosak la, kan. Pastu dia tumpang plak cikgu punye peti ais dalam bilik guru. Part lagi sedih sebab... dia guna duit raya dia untuk beli kek tu... huhuu... sampai gitu sekali dia nak bagi ummi dia suke huhuuu...


TERIMA KASIH YA ALLAH kerana mengurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, insyaallah. Semoga suatu hari nanti mereka akan terus memberikan saya 'makanan' apabila saya tiada lagi di dunia ini... AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.

19 ulasan:

  1. Hepi anniversary.. Tahniah, Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin

    BalasPadam
  2. happy 14th anniversary smoga berbahagia hingga hujung nyawa di samping keluarga tercinta..sure terharu bila ank blikn kek even kek dh comot2

    BalasPadam
  3. @mama tisyaMaseh Amy. Itulah pasal. Comot tak comot tapi dek kerana kesungguhan anak tu rasa terharu sungguh dibuatnya!

    BalasPadam
  4. Hepi anibeseri yg ke 14 tahun. Semoga bkekalan dan bahagia sehinhha ke nafas terakhir. Ameen

    BalasPadam
  5. happy anniversary, semoga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat. ckp kat maria...mak lang terharu sangat dan semoga dirinye sentiasa dilindungi oleh ALLAH SWT...amin.

    BalasPadam
  6. Happy Anniversary Kak Deeb..alahai...terharu nya anak bertuah tu kan..semoga smpi Jannah :)

    BalasPadam
  7. @Raja PelautMaseh, amin! Tapi kalau boleh bukanlah kekal sampai akhir nafas tapi sampai ke sorga lah haha...

    BalasPadam
  8. @SallyTenkiu. Dia senyum je sambil kunyah roti kapit peanut butter :)

    BalasPadam
  9. salam singgah ..susah nak g berblog huhu.. happy anniversary ,,, moga berkekalan bahagia dunia akhirat :))

    BalasPadam
  10. happy anniversary. semoga Allah terus limpahkan rahmat dan kasih sygNYA buat awk sekeluarga.

    #kalo saya pon tacing bab anak belikan kek tu.

    BalasPadam
  11. tahniah dear

    blogwalking...jemput singgah ke blog saya yang tak seberapa ni..:)

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. happy belated 14th anniversary Deeb n pasangan, syukur alhamdulillah...sy dah pon lepas fasa ke 3 alhamdulillah.. bln 11 ni 17thn.

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .