Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Sabtu, 17 Julai 2010

Budak 2 tahun yang celik IT

Sabtu, Julai 17, 2010 0 Comments


Kepada 'friend'2 aku kat 'mukabuku', korang mesti dah pernah tengok gambar kat atas ni kan? Budak di atas tu baru berumur 2 tahun 5 bulan ketika artikel ni ditulih. Dia belum fasih bercakap. Yang dia fasih sebut cuma perkataan-perkataan cam "ayah", "abang", "kakak", "digi", "bola", "nak", "amin", "aircond" dan "air". Yang menarik mengenai budak ini yelah, pada usia sebegini, dia sungguh cekap guna komputer. Menarikkan? :mThinking:

Perkara pertama bila dia bangun pagi ialah bukak suis dan 'on'kan komputer (sendiri ok!) Kegemaran paling utamanya ialah browse internet, haaa... jangan tak percaya! Dia tau bila masa nak gunakan butang minimize, butang close dan sebagainya tuh. Dan butang paling dia suka ialah butang 'play'. Cara dia guna 'mouse' pun kan main konpiden lagi. Tak macam mase aku memula belajar pegang benda alah tu! Heheh! :mHihi:

Selain daripada tu, dia jugak pandai personalized desktop dan folder-folder file yang ade dalam komputer ayahnya. Dia tau caner nak tukar gambar desktop, tukar setting segala mende sampaila orang lain yang menggunakan komputer lepas tu pening kepala sebab sume benda dah larik setting.


Masa zaman aku dulu, kat sekolah cuma ade belajar guna komputer mase aku darjah 6. Tapi punyelah hazab time tu. Ate mana tidaknye. Sume benda pakai Dos! Jenuh nak hapal koding-koding bagai. :mPening: Adehhhh... memang malas betul nak gi kelas komputer. Dahla lepas time sekolah kelasnya. Yang wat aku stay pun cume sebab cikgunya lengcai yang sangatla hencem :mGuilty:. Haha! Nama dia aku dah tak hengat tapi dia memang pandai melukis dan suka bergambar. Dia selalu tunjuk kat kiteorang hasil-hasil sketching potrait dia yang memang cantek gile zas punye. Disebabkan dia ade banyak sangat gambar self-potrait yang dia selalu tunjuk kat kiteorang, aku pun berjaya usha satu gambar dia untuk berangan, haha! :mRambut: Tapi tu dulu la.. mana ntah aku letak gambo tu pun aku dah tak hengat!



Ok back to the point. Aaa.. lupa pulak aku nak kenalkan budak di atas tu. Kalau korang nak tau, budak tu namanya Danish Rayyan. Dan kalau korang nak tau gak, itulah anak teruna bongsu akuuuuuu... huhuuuu....! :mSurrender:


Jumaat, 16 Julai 2010

Ketahui kadar kandungan gula dalam diet harian korang

Jumaat, Julai 16, 2010 0 Comments
Korang pernah tak terpikir berapa banyak kandungan gula dalam makanan atau minuman yang korang makan hari-hari tu? Aaaaa... mesti takkan? Hehe.. (samelah kita! :puteh_7:) Nah... cuba scroll ke bawah dan tengok berape punya banyak daa kandungan gula yang korang dah telan. Ahaks!:mBerangan:







































Haaa.... amacam? Nak tobat ke idak? Ngeh, ngeh, ngeh.... :mKenyang:


Selasa, 13 Julai 2010

Used 3 months Canon Lense 70-200mm FOR SALE!

Selasa, Julai 13, 2010 0 Comments


Member nak jual. Sesape berminat silalah contact no tertera ye!



Selling (lense) 70-200mm f/2.8L USM. Baru saja beli pada 1 April 2010, masih didalam warannty 1+2 year.Berkeadaan baik, jarang digunakan.Sentiasa disimpan didalam dry box.Kepada yang berminat sila hubungi saya.. Ijan (019) 378.7062. Harga jualan RM4350.00 (nego)


Isnin, 12 Julai 2010

Al-Fatihah: Almarhum Haji Tohid

Isnin, Julai 12, 2010 0 Comments
Artikel ini adalah rentetan dari artikel bertajuk 'Bantulah- Cuma 1,2 minit dari waktu anda' di blog funmuffin aku dulu. Just to inform yang arwah telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu 10hb Julai 2010 bersamaan hari Sabtu 27 Rajab 1431 (Hari Isra' Mikraj) dan dikebumikan selepas Asar pada hari yang sama. Untuk pegetahuan sume, almarhum telah koma selama lebih kurang 2 bulan sebelum kembali mengadap-Nya. Marilah kite sama-sama sedekahkan bacaan Al-Fatihah buatnya dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solehin, amin.


  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
  3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
  5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
  6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
  7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.


Follow Me at flickr! .