Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Ahad, 7 Disember 2008

Cuti-cuti Malaysiaaaaa.....

Ahad, Disember 07, 2008 2 Comments


Haaa.. entry ni misti jadik entry paling panjang penah aku tulisnyerlah, konpem! Ate dah 5 harinyer citer mistilah panjangkan? Oklah, aku setat ngan bagitau yang ekcelli kami sefamili memang xde pun planning nak gi bercuti. Lebih2 lagi sebab hubby asek sebok out-station. Tapi bile dah bebudak dengar ayah dia tido hotel, depa pun mule la terlompat2 nak pegi, jadiknyerr..... kami pun ikut la anak-beranak!

Pemandangan dari tingkap bilik

SENIN, 01 DEC 2008
Kami bertolak dari umah kira2 jam 11.30 pagi camtu. Sebelum teruskan perjalanan, kami singgah sat kat umah baru kakak ipar aku kat Puchong. Memang cantik giler & luas betul umahnya.. puas hatilah kirenyer dengan harga jualnyer. Lepas makan tengahari dan bersolat jamak barulah kami teruskan perjalanan tanpa henti terus ke Hotel Grand BlueWave yang terletak kat Stulang Laut di Johor Bahru. Kami sampai sane kire2 jam 6.30pm camtulah. Bilik yang kami sewa ni yelah Studio Suite atau senang citer berkonsepkan apartmentlah. Sehari semalam rate untuk peak days (cuti skolahkan!) iyelah RM180. Aku rase oklah kot tu memandangkan sumenyer lengkap dan teratur... boleh bagi 4 starlah. Tapi jangan mara haaa... sewa studio ni ditaja khas oleh Perodua so tayah la kuar sesen pun... heheee...



Hari pertama sampai, xde sebarang aktiviti la yang dilakukan sebab masing2 penat, anak2 pun x abes jakun lagi wat huru-hara dalam studio tu & nak mengemas barang2. So kiteorang just ended up the day tido je (kecuali aku yg mmg xkan bleh tido kalau pi tpt lain... last2 aku bukak laptop, surfing sampai subuh!)

SELASE, 02 DEC 2008
Ini hari ke-2 kiteorang ade kat sini. Pepagi lepas hubby kuar gi conduct exam kat Pasir Gudang, akupun ngan bebudak siap2 dan turun gi breakfast.

Sukenyer diaaa... (Masih dalam mood 'peghak' kate org Utara)

Nasik lemak mak aku pun aku snap... kenangan maaa...!
I makan English style, jgn maraa.. i ni kan anak mat saleh you! Theee...
Budak yang paling x reti tutup mulut dalam dining room tu... (ikut sape la gamaknye) Bergema plak tu!

Balik dari bekpes, sume dah jadik cam ulor. Mule le x reti nak wat ape. Habes2 si Maria pun main le PC games dia. Dah boring kang dia sambung chatting. Si Mirul lak layan main PSII dia & si Jopun lagi best... layan tido! Mak aku pun dah x tau nak watper, mula la layan termenung! Heheee..

Petangnye akibat aku dah x larat nak layan pujukan Amirul, aku pun bawak budak2 gi mandi kat swimming pool. Poolnyer kat 7th Floor. Rayyan tido so mak aku tinggal ngan dia kat bilik. Dapat la gak aku test skill shoot guna RAW dan M mode yang aku lemah tu. Hehee... Dapat gak amek panorama pemandangan laut yang menghubungkan JB ngan Singapura. Fuhhh... Bestnyer shooting sampai aku x sedar yang Xd Card aku dah penuh! Ape lagi, mase untuk balik bilik upload masuk laptop ahhhhh!..


Malam lepas Isya', kiteorang anak-beranak baru le dapat nengok camner suasana bandaraya Johor Bharu ni. Tu pun sebab hubby dah balik, kalau x memang x meraselah! Hehee... Dah round2 skjap dalam van (van tajaan Perodua gak ni! Hehee.. ngelat tol!) hubby bawak kiteorang gi satu supermarket yang sangat best, namanye KIP MART. Segala benda alah la ade kat situ dari benda basah sampai ke kering, alatan umah, barangan auto, baju2, beg, kasut... dvd cetak rompak pun ada maaa... fuhhh!!! Harganyer pulak memaaaang murah! Sampai tutup kedai jugelah kiteorang round! Dah jalan2 tu paham2 jelahkan, perut pun dah rapping so hubby bawak kat satu restoran yang dia suggest iaitu RESTORAN LC KATERING SDN. BHD. Bagi yang baru nak pergi, tempatnye dekat ngan stesen minyak Caltex dan kalau x silap nama jalannye ialah Jalan Sentosa (kotlah! Malam2 ni mate pun dah rabun!) Apa yang menarik kat sini iyelah nasi ayam benyek. Ayam dia memang garing dan rangup tapi x keras, sambal belacannyer power giler & sup dia memang ngancam! Rugi ooo sape yang x terai... bak kate Maria, "Ummi ni macam Maria Tengku Sabri je yang kat dalam TV tu!"

RABU, 03 DEC 2008
Harini hari yang ke-3 kami kat JB. Pagi ni terlewat la plak bangun sebab dah pegi tido balik lepas Subuh tadi. Campur plak ngan letih malam tadi berjalan (+aku overdose ubat sbb semput melanda pi bantai minum ais!) so sume gi bekpes kol 9:00 am. Masing2 muke cam makan sahur je... sian plak nengok... theee...

Memandangkan aku ni memang la jenih keturunan x reti nak dok diam2...(ngeee..) jadik harini lepas balik bekpes aku pun masuk dapor, masak! Harini aku nak terai masak pakej Nasi Kurzi yang aku beli sebelum gi sini haritu.

SEBELUM MASAK...

...SELEPAS DIMASAK

Hasil Ujikaji:
Pada pendapat aku laa, nasik dia ok, acar pun bleh,cume yang aku rase x berapa kene ngan anak tekak iyelah dia punye lauk kurzi tu sebab masam sangat. Maybe kalau cube next time kene reduce sos dia kot.

Malam ni ekcelli ingat nak gi ronda kat Danga Bay tapi hubby lak sakit gigi + baru dapat brite pak mentuaku masuk wad & mak mentua plak kene attack semput dia. So keadaan cam gloomy sket la... habes kiteorang just stay je kat studio malam ni. Nak gi jalan pun rase cam xde mood plak!

KHAMIS, 04 DEC 2008
Ni pagi masing2 bangun je nak pi carik makan. Hubby aku pepagi dah gi keje dah so tinggallah kami anak-beranak je yang gi bekpes. Keje kami ni x lain makan, tido, makan, tidooooo jelah! Aku rase nak kene timbang balik KL ni kang!

Naik je studio baru le aku mandi dan siapkan Rayyan. Heheh.. pecah rahsia ade orang x mandi pagi dah gi jalan! Hehee... Budak2 mula la melayan chatting, game, PSII depa... bile dah boring depa main la plak ngan tepon aku, kamera akuuu... hmmm.... Aku? Hee... aku masuk dapur lagi harini. Kali ni nak terai Nasi Beriani Darat plak. Aku beli pek ni dari tempat yang same gak haritu so saje la nak cube:

Sebelum Masak...

...selepas masak

Hasil Ujikaji: Kali ni aku x guna lansung sos pada nasik, so aku rase nasik tu taste much better la sbb dia x masam. Dalca tu masin sket & masam gak (dowh!) pasal aku gi masukkan sume sosnyer. Next time tayah masuk kot sosnyer tu. Lauknyer aku xleh nak komen sebab aku x makan. Bukan diet maa... tapi petang tu hubby bawak balik rojak ngan roti canai mamak baekkkk punya... aku bedal itulah. Tapi mak aku kate ok sket ah lauknyer tu berbanding yang lauk kurzi. Kesimpulannya, kalau just untuk makan jalan2 jauh cam gini aku bleh la suggest kat korang beli set ni unt memudahkan keje tayah bawak segala bahan memasak, cume untuk taste dia korang kene redha la coz nama pun 'segera' so jangan expect same power cam kalau kite masak guna bahan sendiri la, k.

Petang ni aku dipaksa lagi bawak budak2 gi mandi swimming pool tapi aku malas nak angkut kamera besar sebab rayyan ade same. Kang x pasal2 jahanam lak gear kesayangan aku tuuu... uuu mak x sanggup! Malam lak, memandangkan malam ni ialah malam terakhir kiteorang akan berada kat JB ni, so hubby cadangkan kiteorang ronda gak la kat Danga Bay walaupun dia masih menahan sakit giginyer tu. Danga Bay tu pada aku memang bagus la sebagai satu tarikan pelancongan sebab dia ade theme park, shopping complex, gerai2 tepi jalan & kedai makan. Tapi yang slacknyer aku rase: -

  • Sepanjang2 tebing jalan tu penuh ngan kambing mengawan! Aku rase macam tengah bace Mastika je. Rasenyer pihak agama tempatan mesti dah pernah amek tindakan, xkan x pernahkan... cam x logik gak. Tapi tulah, scenery tu masih ade dan kalau arahan pihak agama x dapat nak banteras gak aku rase ade satu je cara nak bagi clearkan benteng tu dari maksiat - kasik tsunami sket kat situ, konpem lupus!!!
  • Sume kedai jual tudungnya mahal nak mampos! Baju tu ade gak yang murah tapi x berapa sangat la. Berbanding ngan kat KIP MART, baju2 sane lagi murah. Tudung pun kat Nilai harga RM10 kat sane RM29.90! Logik ka??? Skang ni tengah letup tudung Ikin kat sane... aku hingatkan nak gak la sambar satu tayang kat KL nanti, heee.. sekali tengok rege sampai RM49.90 untuk tudung yang pendek kemetot je! Apa kes?
  • Ada satu gerai makan berhadapan ngan Danga Bay Festive Mall tu, mase aku tunggu anak2 aku balik dari pusing Danga Bay naik ketapi, aku gi la bawak mak aku minum sat kat situ. Mujur la aku x order makanan walaupun perut dah lapor giler. Nak tau sebabnya? Haaa.. sirap RM2/- , carrot susu RM3.90... pastu aku terlebih bagi RM7/ kat dia so dia supposed bagi balik RM1.10 la kan, tapi dia just pulangkan seposen je! Aku kalau tgh lapo mmg temperature cepat menggelegak gak so kena la gak sedas dua pancaran laser aku kat minah waiter tu, tapi yang aku herannya dia cam x rase bersalah lansung dan pergi camtu je tanpa pulangkan balik singgit tu, bley???!!
JUMAAT, 05 DEC 2008
Akhirnya harini tamatlah percutian kiteorang kat JB ni. Ekcelli aku kene tunggu hubby habeskan conduct exam lagi pagi ni tapi semalam sume dah settle so harini just packing balik jelah. Lepas bekpes aku bawak la Mirul jap gi mandi pool sebab takut dia teringat2 (sebab dia yang paling excited nak mandi pool since kat umah lagi). Lepas tu terus naik & pack barang2 dan gi window shopping kat Plaza Angsana. Sane harganyer lebih kurang KL gak la, x murah. Maybe sebab dalam pasarayakan. So kiteorang gi singgah KIP MART dan sempat la aku beli kepek2 dan souvenir untuk sedare-mare & kengkawan. Kendian berenti jap kat R&R Ayer Keroh sebelum teruskan perjalanan balik. Tapi sebelum tu singgah jap kat Nilai3 (perghhh.. sempat lagi tu ...) Ate orang dah ajak, ikut jelah kan.. walaupun dalam hati memang suke yang amat! Theee... Kat sini la aku dapat tau tudung yang aku nengok kat JB harga RM29.90 tu cume RM10 je kat sini! Hampess tol, sipi lagi aku nak terbeli tapi memang berat hati. Alhamdulillah selamat duit aku! Hehee... Haaa.. ronda punyer ronda... akhirnya kiteorang selamat sampai umah pukul 9 lebih camtu. Alhamdulillah...

Khamis, 20 November 2008

Apa jenis darah anda?

Khamis, November 20, 2008 0 Comments
Hehe.. musti korang herankan nengok entry ni. Lain macam plak. Alahhh sementelah aku tengah rest ni kan, aku post la something lain plak yang x berkaitan ngan muffin bleh? Bleh arrr.... Ekcelli email ni dapat dari sahabat lama, Rose Puteh. Aku tergolong dalam golongan darah A. Korang jenis apa? Heheee...



DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.

Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.

Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.

Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.

Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Jumaat, 14 November 2008

Sebok bangat + tak sihat!

Jumaat, November 14, 2008 0 Comments

Ye memang betul tu. Sepanjang minggu ni sampailaaa... ke minggu depan, konpem aku tak accept order. Cam somboooong je kan... tapi bukan! Minggu ni aku sebok uruskan kegiatan lain aku sebagai freelance photographer tak bertauliah untuk Tadika Perpaduan- satu untuk Majlis Konvokesyen & Tabikarama Daerah Sentul 2008 di Auditorium Bangunan RISDA Jalan Ampang dan satu lagi sambutan Majlis Perpisahan Tadika Perpaduan Taman Ibukota A,B dan C di Dewan Mesyuarat Taman Ibukota baru2 ni. Seronok sebenarnyer bile kite bercampur-gaul dan mengikuti aktiviti macam ni lebih2 lagi sebab anak akupun, Amirul terlibat sama dalam semua aktiviti. So bile cekgu meng'offer' perkhidmatan aku, apalagi! Inilah mase untuk aku carik pengalaman! Tak ada apelah yang boleh aku katekan, melainkan seronok sangat. Memang penat, lebih2 lagi aku terlibat sekali menguruskan kanak2 dan acara, kemudian balik sambung pulak tugas nak mengedit dan menyiapkan cd seperti yang aku dah janjikan ngan tadika. Sampai harini x sudah2 lagi keje memproses aku, appadaaaa...!



Sementelah gak minggu ni dari yang kecik sampai le ke umminyer sumenyer dilanda wabak demam+selsema+batuk... Mirul + sakit mata... so bertambah tak senanglah aku nak dok ngadap muffin kat dapur. Insyaallah lepas next week aku akan bukak balik order bile sumenyer dah beransur stabil, ok! Aku janji!

Ahad, 19 Oktober 2008

3 in 1: Princessess Birthdayyyy!!!!

Ahad, Oktober 19, 2008 0 Comments
Lepas maghrib udah selesai majlis pertunangan adik iparku, aku rancang senyap2 nak adakan sambutan majlis harijadi 3 besday girl ni yeitu anak aku, Maria (DOB: 22 Oct); bondaku (DOB: 07 Oct) dan mak mentuaku (DOB: 20 Oct). Yang tau pun Maria sorang la sebab dia dok intai aku wat kek kat dapur pagi tadi. Seronoknyer la dia bukan main kepalang nengok hajat dia kesampaian. Ate kesahnyer dia dah mintak aku wat tema barbie ni 2 tahun yang lepas lagi tapi since tiap kali raye misti kena dekat2 hari raya, asal hari raya misti jatuh kat harilahir dia so mana la aku ingat. Yang ade dalam kepala rendang, rendang, rendang! Ngehee... tapi tawon ni aku cuba gak la mengingatkan diri aku yang kaki pelupa ni supaya buat gak. Sian gak laa nengok dia asek tanye Ummi kate dah janji nak wat kek Barbie? Kalau korang bleh tahan ke? Huishhhh... bersalah tahap gaban tuuu... So, selesai la sumenyer. Barbie yang baju kuning tu yelah Princess Maria, yang baju merah yelah wannyer, Princess Dolly dan baju biru wannyer lagi satu, Princess Rahimah. Dalam pada tu, cu dorang ni beli lagi plak sebijik lagi kek suprise import dari secret recipe. Tambah lagi kek bertunang tadi.. hmmm, kenyang kek la kami malam ni!

Selamat Bertunang Shelly!

Ahad, Oktober 19, 2008 0 Comments

Akhirnyaaaaa... hari yang kami semua dok menunggu telahpun tiba. Harini akhirnya hajat mentuaku nak menyempurnakan majlis pertunangan adik iparku akhirnya terlaksana juge. Kalau tak kerana suatu ketentuan Allah yang lalu, majlis ni dah lama berlansung tapi alhamdulillah, akhirnya selesai juga. Tahniah, Shelly!

Akunyer bahagian untuk tugasan majlis pertunangan ni ialah 2 dulang hantaran buat belah lelaki. Ekcelli xla susah nak memikio sebab salah satunya mak mentua aku mintak watkan kek dan satu lagi terpulang. Aku pun dah memang simpan idea ni since plan awal yang x jadik tu so ni kire continue jelah. So, untuk majlis ni, aku watkan kek fondant dan muffin dalam jar (cilok idea Syahda, bleh? Jgn mara haa... Syahda!)

Ahad, 12 Oktober 2008

Hepi Besday Bonda Aminah@Dorothy!!!

Ahad, Oktober 12, 2008 0 Comments
Ngeh2... aku tersangatlah suke harini- yeitu hari dimana ade makan, makan, makan, dan makannnnn! Ekceli besday makku yelah pada 07hb lepas tapi since tu hari keje so mak decided wat jamuan raye sket ngan sedare-mare & majlis harijadi yang ke-71 tahun. Dek kerana mak aku bukannye semakin muda, dan aku tau kederat orang yang seumur dengannya (walaupun kalau tengok tenaganyer cam orang umur 40-an) aku volunteer untuk masak sume menu untuk harini iaitu: Rendang, nasi himpit, bihun, puding koktel, muffin & kek. On mak site dia beli sate & masak kuah lemak sayur lodeh... perghhhh!!! Best giler!

Sabtu, 11 Oktober 2008

2 in 1: Reunion & Open House

Sabtu, Oktober 11, 2008 0 Comments
Berdiri dari kiri: Ned Azraai, Cartina, Redzuan, Wawa, Atan & Haryati.
Duduk dari kiri: Razali, Ikram, Ezreena, Aku! & Siti Norahlizah

Haritu Admin Group ex-SRKGS ni dah ade dah wat reunion gathering tapi mase tu bulan pose. Alkisah malam plak tu dibuatnyer gathering tu so aku memang la KONPEM xkan dapat menghadirkan diriku ini. So bile tetiba announce tuan admin nak wat open house sekali ngan reunion (kali ke-2)... aku teruja gak la. Ekceli pagi tu aku memang bz giler ngan ke pasarnyer, nak masaknyer... petang lak attend open house abang aku... tapi aku lari la gak since rase rugi plak kalau x jumpe kawan2 lame ni. Seronok sangat jumpe kengkawan, walaupun ramai yang x dapat hadir tapi next time ade lagi reunion, insyaallah, aku datang!


To tuan umah selaku admin group SRKGS, Razali tq so much for d invitation!

Selasa, 7 Oktober 2008

Aidilfitri Yang Tak Dapat Dilupakan.. Sob, sob!

Selasa, Oktober 07, 2008 2 Comments

Minggu ni minggu pertama setat mule keje balik... huhuuu... liatnyer rase! Maklumlah dah dimanjakan kat umah sampai seminggu lebih, ginilah jadiknya! Mulelah sindrom M tu menular... tapi camnerpun order tetap akan ku laksanakan sebaik mungkin, insyaallah!

Camnerpun aku ade la sket citer duka nak aku share ngan sume pembaca setia blog ni. Kisah ni berlaku lagi 5 hari nak ghayer. Hari Jumaat iaitu hari last keje tu, kire2 kol 4:00 pm selepas ujan ribut, aku terima panggilan dari jiran aku soh balik umah cepat. Konpius gak la sebab dia xnah tepon aku. Dia bagitau kate dia baru je kejar orang tengah umpil pintu rumah jiran aku lagi sorang dan dia suspect umah aku pun dah kene sebab pintu umah aku dah terbukak. Dek kerana lutut aku pun dah bergegar pada brape punyer skala richter aku pun xtau, so aku tepon hubby soh dia balik tengok dulu keadaan. Lepas dia dah balik dan betulkan huru-hara yang si penyangak tu dah cetuskan kat dalam umah aku tu, barulah dia tepon soh aku balik rumah. Bila aku balik tu kirenyer aku xla menengok kesan sebenar ape yang dah berlaku, just a hint jelah berdasarkan barang2 yang beralih tu. Mase tu x berape clear lagi ape yang hilang tapi bila dah nak malam sikit barulah aku perasan yang duit raya untuk budak2 yang dah siap berisi dalam sampul raya takde, duit raya budak2 tawon lepas yang aku lupe nak g bank-in dari hari ke hari pun takde, henpon 3 bijik takde dan paling tragis.... kamera kesayangan aku pun dia sebat gak!!!!!! Yang tu very the unacceptable!!! Huhuuuuu.... Total lost estimate adela dalam RM3,000.00 yang mana membuatkan rayaku tahun ni lansung tak ceria. Sob! Sob!

Polis suspek mamat tu mat pet berdasarkan keberaniannyer masuk umah orang waktu siang hari. Tapi camnerpun aku bersyukur sebab berdasarkan petunjuk, ade tanda2 yang mamat ni ade intention untuk tikam sesape yang ade dalam umah aku tu. So syukurlah sebab mase tu sume orang xde dalam umah dan yang paling pentingnya, anak2 aku selamat. Bak kate hubby, biar jelah... kite ni walaupun dah kena rompak tapi kite still bleh beraye ngan baju raye, kuih raye... tapi orang tu kalau x rompak, belum tentu dia dapat beraya. Hmmm.....

Cume satu jelah yang aku rase aku xleh nak maapkan mamat ni. Sebab sampai harini anak aku still trauma dan takut nak gi ke dapur sebab dia dok terbayang ade penyangak dok menyorok kat tembok belakang umah. Harta benda tu dia dah amek tu aku bleh maapkanlah tapi bab physicology anak2 aku dah terganggu ni, harap maap bleh... so watch out mat pet! Kalau aku jumpemu kat luar, aku akan langgarmu, aku janji! (Janji ni same gak ngan peragut yg pernah ragut aku tahun 2003 dulu okay! Aku still pegang janji tu, kalau jodoh kite panjang, jumpe lagi, aku langgor!!!! Hehee...)





Selasa, 2 September 2008

Fraud Lagi!

Selasa, September 02, 2008 2 Comments
Hmm... aku pun heran gak la. Nape laaa... kan manusia ni suke sangat meniru tandatangan aku? Tak dinafikan la tandangan aku tu memang glam (heheh! :P) Masuk ni dah kali yang ke-2 dah! Mak x larat arr nak naik turun SSM tu nak buat aduan. Kepada korang yang suke menganiaya orang cam aku ni haa.. bawak2 la bertaubat. Ni dah bulan pose ni haaa.. elok la bermaap-maapan ngan aku! Hehee.. Jangan jadik cam kes yang sudah tu sampai ke balai polis udah ler! Tak kuase mak nak ingat!
Follow Me at flickr! .