Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Sabtu, 23 Ogos 2008

Selesaiii...

Sabtu, Ogos 23, 2008 0 Comments
Lama dah rasenye tak update blog ni... maklumlah xde order baru. Bila dah boring, mula la aku nengok blog ni pun rase nyampah... tu yang jadik kes tiap kali Intan datang singgah sini, dia kate asek tuko kaler jer, jap hijo, jap merah, kelabu... hahaha! Memang matamu stabil Intan coz' memang time ni tengah ala meroyan sket sebab bosan tahap gaban. Nilah jadiknye kalau aku dok diam xde keje.. misti nak kene carik keje gak!!!! Minggu ni ekcelli aku dah reserved the whole day untuk tumpukan perhatian buat persiapan pertunangan adik ipar aku tapi seperti sedia maklum, majlis tu dibatalkan dan diganti ngan kenduri arwah je. Aku x sempat nak snap gamba sebab tersangatlah bizinyer kat dapur. Hanye bile dah malam, ade la wat makan sket sempena besday pak mentuaku, baru la snap gambar, tu pun banyak smuggle dari koleksi adik ipar lagi sorangnyer kamera. Heheee.. Untuk majlis kenduri ni, aku just wat dadih jagung, kek buah coklat kukus dan apam (lama mak x wat! Letih plak rase!)

Khamis, 21 Ogos 2008

Takziah

Khamis, Ogos 21, 2008 2 Comments
DALAM NEGERI

Tiga beranak maut nahas selepas ziarah kubur keluarga

Oleh Norliza Abd. Rahman dan Thomas Chong

SEPANG 19 Ogos - Tiga sekeluarga terbunuh selepas kereta Kancil yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di kawasan perusahaan Meranti Jaya, Jalan Putra Perdana, di sini hari ini.

Pemandu kereta, Azmi Abd. Jalil, 35, adiknya, Nor Hidayu, 23, dan ibunya, Minum Aman, 55, yang duduk di belakang mati di tempat kejadian.

Pegawai Penyiasat Kanan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Inspektor Zaidi Hashim berkata, pemandu MPV itu, pemuda berusia 33 tahun yang bertugas sebagai pemandu di Universiti Putra Malaysia (UPM) menyerah diri di IPD tersebut kira-kira pukul 1.45 iaitu sejam selepas kemalangan.

''MPV itu adalah milik UPM dan ujian air kencing ke atas pemandu tersebut menunjukkan dia positif dadah dan sudah ditahan oleh polis bahagian narkotik untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kesemua mangsa yang berasal dari Pandan Jaya, Kuala Lumpur dipercayai dalam perjalanan pulang dari Tanah Perkuburan Islam Taman Meranti Jaya ke Pandan Jaya.

Zaidi memberitahu, kejadian dipercayai berpunca daripada MPV jenis Naza Ria dari arah Puchong ke Taman Putra Perdana yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh kereta mangsa.

''Semua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengkebumian," katanya.

Sementara itu, seorang lagi anak Allahyarham Minum, Azlee, 27, memberitahu, ibu, abang dan adiknya dalam perjalanan pulang dari menziarahi kubur abang sulungnya, Azman yang meninggal dunia dua tahun lalu di Tanah Perkuburan Islam Pu- lau Meranti.

''Kehilangan serentak tiga ahli keluarga kami amat menyedihkan lebih-lebih lagi di saat abang saya, Azhar akan melangsungkan majlis pertunangan Sabtu ini," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Serdang.

Menurut Azlee, jenazah ibu, adik dan abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru.

Saksi kejadian diminta menghubungi Inspektor Zaidi di talian 03-87774260 atau 013-3230811.

-Berita ehsan dari Utusan Malaysia Online 20 Ogos 2008

Pertama sekali aku sebagai wakil keluarga mangsa ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua sahabat2 yang begitu ikhlas mengirimkan bacaan Al-Fatihah dan salam takziah buat mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri di atas tu. Untuk perhatian semua, mayat mereka telah dikebumikan pada 20 hb Ogos 2008 selepas polis melakukan post-mortem ke atas jenazah pada malam sebelumnya. Bagi yang belum tahu, keluarga ini sepatutnya bakal menjadi besan kepada mertuaku pada hari Sabtu ini bersamaan 23hb Ogos 2008 kerana anak yang ke-3nya akan bertunang dengan adik iparku pada hari tersebut. Bagaimanapun majlis tersebut dibatalkan dan ditunda ke hari lain rentetan dari peristiwa yang tidak diduga ini (klik sini untuk baca blog hari merisik mereka). Sebagai salah seorang ahli keluarga mertua saya, saya juga merasa impaknya dan mengucapkan takziah buat keluarga mangsa di atas kejadian.

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi." -Surah Yasin, ayat 82.

Ahad, 10 Ogos 2008

Hari Sukan 2008 Mirul

Ahad, Ogos 10, 2008 0 Comments

Haa.. harini nak citer pasal sukan tapi bukan Sukan Olimpik nun. Ini citer pasal Sukan Tahunan Tadika Perpaduan Daerah Sentul 2008 yang diadakan kat Bukit Jalil. Amirul masuk 2 acara harini yeitu acara Kincir Angin dengan Kalung Perpaduan. Untuk pengetahuan sume, anak aku yang sorang ni dia punye semangat berlatih dah datang 2 minggu awal lagi. Pantang jumpe tempat lapang je dia lari, asal nampak jalan kosong je dia lari.. dan ummi dia yang semput ni la yang asek menyirap darah dok jage dia!! Tapi xperlah, dia kate sebab tahun lepas dia cume dapat no. 3 so dia nekad tahun ni misti dapat no. 1!

Acara bermula kira2 kol 8.30 pagi camtu. Oleh sebab mase pegi tadi aku x ikut rombongan bas sekolah cik kiah, so sampai2 jer, ape lagi... posing dulu laa.. hehee..! Udah tu bermula la acara perbarisan dulu.. diikuti dengan ucapan dari macam2 orang, pehtu doa.. dan perasmian majlis. Sambung lak dengan tarian pom pom kanak2 tadika.. cute jer.. hee. Pastu bacaan ikrar dari salah sorang peserta yang amek bahagian- memang tabik spring, hafal tu beb! Pergh! Aku ingat dulu mase jadik pengawas kat skolah Form 2, nak bace rukunegara atas pentas pun tergagap2 walhal dah hapal sebulan dah! Keh! Keh!

Dalam kol 10:00 am gituh barulah acara sukan pun bermula. Berdebar2 btol aku.. mcm aku plak yg masuk acara ek! Tp yelah kan, aku ni kan mengikuti perkembangan siMirul yang berlatih hari2 tu so bila btol2 aku plak yang jadik takut, takut hasrat dia x kesampaian! Selesai acara, akhirnya kumpulan Mirul dapat no. 2 untuk acara Kincir Angin dan saguhati untuk acara Kalung Perpaduan tu. Ekcelli dah bleh dapat no. 3 tapi terlambat beberape saat je yang wat jadik no. 4 tu. Biaselah kalau dah namanyer lawan dalam team, so redha jelah kan?

Mirul memang ralat betul la.. tengok jelah muke kelatnyer tu haa lepas acara. Berkali2 dia yakinkan aku yang dia dah lari laju tapi ade slack kat teammate dia yang wat jadik slow. X kesahla Mirul... Ummi x kesah ngat, yang penting anak Ummi dah cube dan Ummi tau yang Mirul dah wat yang terbaik.. Alhamdulillahhh... Tahun depan dah xde acara berkumpulan lagi.. haaa larilah ko, nak.. lari le laju2 sampai orang lain xleh kejor! Theee... Akhir sekali upacara amek hadiah kira2 jam 2:00 pm. Budak2 sume dah nak pengsan aku nengoknyer, mane ngan paneh lagi, penat.. siannn.. termasuk la anak aku ni haa... Dalam kete, lepas aku suapkan nasik, terus tertido sampai umah! Hehee..


Sabtu, 9 Ogos 2008

Kisah Kucing Tomey ngan Barney..

Sabtu, Ogos 09, 2008 0 Comments

Alhamdulillah result blood test Maria haritu okay dan dia disahkan xde kene denggi. So untuk ceriakan dia dan kasik excercise sket, aku bawak dia gi Karnival Sekolah Danau Kota (sekolah dialahh tuuu.. thee..).

Biaselah acara dimulakan dengan ucapan2 dari Pengetua la, Pengarah Pendidikan la.. pastu bacaan doa.. so setat karnivalnyer ade la dlm kol 9:00 pagi kot. Seperti biase tempat utama yang aku tuju yelah booth makanan! (Huahaahaa..!!) Umat kan main ramai + ngan bebudak tapi sronot gak rasenyer sebab dah lame x join aktiviti kat skolah camni kan.. Last dulu pun time skolah jelah pun! Which is kira2 berbelas tahun yang sudah! Huhuuuu...

Aku gi dengan anak sedareku sekali yang memang minat kucing (cam aku gak!) so lepas dari menghabiskan kupon kat booth makanan, tempat yang paling wajib dikunjungi yelah pameran kucing. Kucing2 yang dipamerkan tu ade yang cikgunyer dan ade yang parentnyer. Buat peminat2 kucing sume, jangan marah ok... kucing2 tu sume memang CUTE gilerrrrrr!!!!!!!!!! Gerammmmnyyerrrrrrr!!!!!!!! Heheeee.. Korang tgk jelah muke tomey dorang yg aku snap tu haa..

(aku sorang je yg gile snap gambo kucing kat sane aku rase, hehe!).. Ada gak Rumah Hantu tapi q panjang giler sampai ptg sepupu Maria kate.. perghh! X sanggup mak tgg.. baek mak g shopping! :p.. Lain2 ade la booth Pameran Keselamatan Jalanraya, booth Tentera Darat (byk senapang weh.. takutnyer aku!) Pameran Anti Dadah, Pameran Kereta Perodua, Proton... Jumble Sale, demo Mencegah kebakaran, pertandingan karaoke dan mcm2 lagilah! Aku tak stay lame kat sane sebab aku ade satu tugasan yang perlu aku selesaikan yeituuuuu.. anto muffin Puan Siti Fatimah kat Keramat! Hehe..

So bertolaklah aku ke Keramat dari sekolah Maria kira2 jam 10.30 pagi lagi. Pusing punye pusing punye pusing... akhirnyer... konpemlah sudah yang aku dah sesat lagi cam selalu! Hehe.. :p.. Terpakselah aku mintak tukar plan ngan Ct soh dia lak g amek muffin tu kat depan Giant Melawati tapi dia lak xde transport coz hubby dah pakai. So plan ke-3, aku meet up hubby dia kat Giant Batu Caves.

Udahnyer, sementara menunggu tu, tercapailah sudah niat aku untuk g shopping hari ni.. haahaa... Sori sangat ye Ct.. susah la kalau dah dapat penyakit sesat camni! Nampak gayenyer kene masuk kelas touring la mak! Huhuuu...! To husbandnyer yang susah payah datang panas2 naik motor lak tu.. aku ucapkan mekasih gak la instead to Ct yang order. Hope anak tu suke Barney tu, k!

Rabu, 6 Ogos 2008

Bile Jebab mule pusing..

Rabu, Ogos 06, 2008 0 Comments
Humanggg aiii!!! Lame no aku nak nengok si Jebab ni meniarap. Akhirnya setelah nak masuk 6 bulan; harini bleh la kire lulus ujian meniarap. Lawak gak la sebab tak sampai beberapa minit, udah semput pulak! Cian tol ummi nengoknyer haa... Good Luck la Jebabbbbbb... heheee... Kengkawan hang suma dah lame meniarap.. sampai ade yang dah merangkak pun adaa... kene diet la dik! :p (Diet penamanyer, dah nak setat makan nasik pulak haa.. naik lagi ade ler..! Wink!)

Khamis, 31 Julai 2008

Minggu Yang Menyeksakan.. (bagi seorang ummi i guess!?)

Khamis, Julai 31, 2008 1 Comments
Minggu ni aku agak tegang+blur+tenat sket... sumenyer sebab aku masih lagi sakit mata (in fact dah attack belah kiri pulak), pastu pulmicort plak dah habis dan aku dah puas pusing merata klinik tapi sumenyer kate xde stok dan worst thing aku found out, pulmicort dah kene banned???!!! Ade sesape yang tau tak pasal benda ni bleh bagi solution ape patut aku wat? Huhuuuu... dah seminggu hari2 kene attack asthma ni since pulmicort dah xde.. dah lembik dah mak ni!!! Tolong anyone??? Lagi worst Maria pun demam since last Saturday & doktor kate dia suspect denggi!!! Aduhhhh.. hebat tol dugaankuuuu... Tapi camnerpun, amanah tetap amanahkan? Since aku dah berjanji ngan Kak Sofea dari Sentul untuk watkan muffin dia, so aku lunaskan jugak. Dan malam ni aku anta muffin dia (masih ditemani hubby sbb aku still xleh pakai lense) untuk dia bawak balik ke Teluk Intan untuk majlis kenduri doa selamat. Aku harap sangat Kak Sofea suka design tu sebab aku lansung x dapat nak fikirkan design untuk adopt kat muffins tu! Selepas daritu, kami anak beranak terus ke Klinik Kita dan doktor ambil sampel darah Maria untuk diperiksa. Anyway, result cume dapat keesokan hari so berdoa jelah dia okay. Hopefully Allah kabulkan doa aku di malam Isyra' Mikraj ini.. amin!

Ahad, 27 Julai 2008

Muffin untuk kepulangan dari Kota Mekah!

Ahad, Julai 27, 2008 0 Comments
Sempat lagi bawak muffin! Thee...

Hari ni aku ke KLIA untuk menyambut pak & mak mertua serta 2 orang adik iparku yang baru pulang dari menunaikan umrah 14 hari yang lepas. Lama gak la menunggu dekat sejam sebab plane delayed. Anyway, alhamdulillah sumenyer ok walaupun ade rase cam nak demam2 sket sebab khabarnya suhu di Mekah skang capai 40 darjah celcius.. sampai nak mandi pun terpaksa tadah dulu air dlm timba sebab nak hilangkan panasnya dulu. Muka pun masing2 nampak ade kesan terkena bahang cuaca di sana. Lalu aku terfikir bagaimana la rasenyer bahang dari api neraka ya? Maha Suci Allah, moga seluruh ahli keluargaku dijauhkan darinya hendaknya, amin.

Sabtu, 12 Julai 2008

Muffinku Pegi Shoot!

Sabtu, Julai 12, 2008 6 Comments




Perghhhh! Dasat ek bunyinyer tapi tulah, aku pun tumpang bangga gak bile ade photographer profesional ambil muffin aku untuk subjek sessi fotografi dorang. Cess, jeles aku dibuatnyer. Mana taknyer, tuannyer xnah masuk mana2 photography shoot, depa la dapat! Pehh!! Anyway, mekasey yang tak terhingga aku ucapkan untuk kedua-dua orang photographer yang profesional tu iaitu Abang Azrin dan Kak Salmah yang sudi menukar rupe muffinku jadik cantik giler!!! Muahhhss!


Selasa, 8 Julai 2008

Minggu Pertama Julai Yang Bz..

Selasa, Julai 08, 2008 0 Comments
Hehe.. Cam lame rase x tulis kat sini. Mane taknyer, ade je benda lain nak kena settle... asal nak update blog je, time tulah keje pun banyak. Haa, ni hari baru la free. Thee.. So, aku round-up jelah ye ape yang telah terjadi sepanjang minggu ni (Ceh! Cam banyak ngat hal!)

02 Julai 2008 - Rabu
Cerita dimulakan dengan harini.. ape ye yang special ngat ngan hari ni.?. Haaa... pada 32 tahun yang lepas, pada tarikh inilah bondaku telah melahirkan seorang anak pompuan bongsu yang tersangatlah comelnyer (comeyy keew??.. kihkih!) kat spital besar Kuala Lumpur dan diberi nama Farah Diba. Yang mana apabila dewasanya telah berusaha untuk menjadi tokey muffin, kuang..kuang..kuanggg...

Ate takdelah sambutan mana pun sebenarnyer. Yelah, umur pun bukannyer mude lagi, aku plak sebuk menyiapkan order2 para customerku so habis2 pun hubby belikan sate ngan kek dan makan kat umah jer. Si kenit tu pun dok tido jer so better la tapau jer. Yang tak bestnyer, mase hubby kuar beli makanan tu, ada plak citer Seekers! Aduhhhhh!!! Maria lak dok jaga adik dia tido sambil tengok TV3 dalam bilik, so tinggallah aku sengsorang kat luar tu mengadap Seekers!!! Huawahaaa....! Elok abes jer citernyer, depa pun baru la sampai umah, sabau jelah! Tapi xper, ketakutanku hilang serta-merta bile melihat makanan favoriteku sampai, thee.. siap ngan kek Blueberry Cheese Cream lak tu! Perghh! Naik kolestrol mak!! Haa.. lepas makan budak2 just tiup lilin, nyanyi hepi besday, gitu2 jelah.. mekasih ye kepada 2 orang penyanyi ummi yang sungguh menggamatkan malam yang sunyi sepi tu! Hehee.. Dan inilah acara yang paling best, bukak hadiah!! Haha! Cam budak2!!.. Mekaseh la to my mom, hubby, anak2 yang mengingati besday isteri dan umminyer... muahhhs!! :) Also thanks to anak sedareku, Kit (tak sia2 aku jage & salin pampers dia mase kecik!) yang bagi kain lip lap dan sume friends n customers yang wished me haritu, toce, toce!

Mekasih anak-anak Ummi...

4 Julai 2008 - Jumaat
Huhuuu.. Ini hari amatlah sedih rasenyer. Citernyer sebab aku watkan order untuk Wawa. Dia nak bawa ke Melaka untuk majlis merisik tapi belum sempat merisik, dia sms bagitau yang deco aku dah lepuk...! Huuuhuuu.. sedihnyer hatiku mendengarnya. Ngape la dah bertahun aku wat tetiba lak jadik gitu! Tak lalu makan aku dibuatnyer sih! (Pergh!!) Bila aku fikir2kan balik, mungkin sebab malamnyer time aku bancuh icing tu tengah hujan lebat. Kalau ikut pantang-larang mak aku la kan, kalau nak wat royal icing ni, jangan wat waktu hujan atau cuaca sejuk, nanti dia cair (ada baker's yang pernah dengar pantang-larang ni x? Betul ke ek? Tapi ikut pengalaman aku memang gitulah!) Wawaa... mm... wuaaaa, maafkan dakuuuuuuu..!!!

5 Julai 2008 - Sabtu
Akhirnya tibalah hari yang ditunggu2 sekian lama.
Hari adik iparku, Sherley akan dirisik oleh jejaka dari Negoghi Sembilan! Hehee... Tapi sebelum balik Klang, sempat lagi tuh aku singgah jumpe kawan lameku, Ainurul Falah kat Yayasan Selangor. Saje la handkan dia hadiah besday yang tak seberape.. Besdaynyer pun same gak tarikh ngan aku. Dulu masa kat asrama, kiteorang ni dicap kembar. Mana tak, nama dahla dekat2 nak seiras, tarikh lahir sama, muke pun ade la sket2 nak same! Anyway; Ainurul, 'Happy Birthday 2u Girl!!..

Ok, skang back to cerita merisik ni. Ekcelli yang buat aku sibuk giler2 minggu ni pasal dok menyiapkan hiasan meja nilah. Belum memikirkan pasal ape design yang patut aku wat, ape flavanyer, apa saiznya.. maklumlah; 100% work mentua aku serahkan kat tangan aku.. haaa, serabut gak la! Baru aku tau susahnya nak jadi mak bakal pengantin! Huhu!! Alkisahnyer, ada la dalam 10 orang yang datang dari belah keluarga pihak lelaki tu. Banyak gak la lauk yang kami prepare untuk sambut depa haritu tapi aku tak sempat nak snap sebab sebuk melayan, sebuk membasuh, sebuk menghidang dan sewaktu dengannya.. hehe.. Mentua aku sediakan soto, aku bawak spagetti bolognaise dengan laksa tomyam (menyengat you!), kakak iparku bawa kuih bakar mini dengan kek lapis dan kakak ipar yang sulung bawa pencuci mulut. Muffins pulak aku wat 2 jenis yeitu satu Vanila Muffin dengan Strawberry Paste filling dan lagi satu Vanilla Muffin dengan Blueberry Paste filling. Pastu adik iparku lagi sorang belikan kuih-muih lagi. Kiranya memang sampai penuh mejalah dibuatnya. Nasib baik still ada tempat nak letak pinggan! Alhamdulillah semuanya selesai kira2 jam 5:00 petang waktu Mesia dengan selamatnya. Habis je majlis tu, sambung pulak doa selamat dan sambutan harijadi anak sedareku Jasmin, bakal pengantin; Sherley, aku ngan kakak iparku, Kak Ina.. sumenyer lahir dalam bulan Julai, huhuuuu...

Alhamdulillah & tahniah Sherley!

Khamis, 12 Jun 2008

Bila ummi menyebuk... Thee (Wink!)

Khamis, Jun 12, 2008 0 Comments
Inilah pensil yang terpanjang di dunia dengan ukuran 19.7 kilometer berada di sebelah kilang Faber Castell Malaysia. Dasat tuhh.. taraf dunia!

Ni hari kite citer pasal lawatan tadika Mirul ke kilang Faber Castell ngan Pusat Sains Negara. Korang misti heran kan kenapa lak aku nak citer dan camner lak aku bleh citer kan... sebabnyer yelahhhhhhh... aku pun ikut join sekali gak menyebuk seperti biasa!!! Har! Har!...

Citernyer bermula bile bas sampai kat tadika kira2 jam 8.30 a.m waktu Malaysia. Perjalanan ke kilang tu aku rase sepatutnya dalam sejam bleh sampai kot tapi biaselah sape soh masuk KL time peak hour! Haaa, amek! 1.5 jam baru sampai. Tu sekali la ngan drebar tu sesat 2 kali (aku hingat aku sowang je yg kaki sesat jalan.. ade gak member! Kui!)

Sampai je kat sane, kiteorang sume di bawa ke dalam dewan untuk dengar sejarah pasal kemunculan Faber Castell ni. Upenyer dia dah wujud di Eropah since 1761 lagi dan hanya dikilangkan dia Malaysia 2 tahun selepas kelahiran aku ke dunia yeitu pada tahun 1978, huhuuu...! Selepas bagi taklimat, kanak2 ni tadi diberi peluang mewarna gambar dengan menggunakan pensil warna dorang. Maka bersungguh2 la bebudak ni mengaler gaya cam nak masuk pertandingan.

Aktiviti seterusnya yelah melawat ke dalam kilang dan melihat pekerja2 derang membuat pen, pensil, pemadam dsbg.nya. Malangnya tiada kamera yang dibenarkan masuk hatta kamera phone sekalipun so xde lah gambo yang dpt ku tunjukkan kat sini. Maybe derang takut radiasi kamera kepada pekerja ataupun takut dorang hilang tumpuan dengan cahaya kamera ke, aku pun x dapat la nak diagnose! Akhirnya setelah terpinga2 sendiri sebab tak berapa dengar penjelasan jurucakap dorang akibat bunyik mesin yang lebih kuat, kiteorang pun dibawa ke kantin untuk sarapan pagi yeitu roti krim bai roti ngan milo panas. Bolehlaa... Kenyang gak!

Para deligasi bergambar di hadapan kilang Faber Castell sebelum bertolak pulang

Selepas tu, kami semua gi makan lunch kat McDonald's Subang. Mintak maapla x sempat amek gambo. Dia bile masuk bab makanan ni, kite misti tumpukan perhatian pada hidangan dan lupakan soal yang lain2, betul tak? :P Lepas je makan, kami bergerak lak ke Pusat Sains Negara. Waktu sampai tu ada budak2 Sekolah Teknik KL yang dah ada kat sane so tempat tu jadik a little crowded la sket. Aku bab crowded ni mmg le maleh nak menanganinyer... so aku pun bwk la Mirul jalan ngan aku je dalam tu. Pada pendapat aku, bahan2 kat sini memang menarik la dan sangat sesuai kalau bawak budak2 yang tengah nak mule mengenal alam tu cuma satu yang aku rasa x best sebab kebanyakan bahan yang disediakan tu dah rosak (aku assume budak2 yang mencubanyer telah berusaha keras sampai patah atau jahanam dsb.nya - ini hasil pemerhatian aku pada budak2 yang menggunakan bahan2 tu!). Satu lagi, aku rase lebih baik kalau anak2 datang dengan ibubapa sendiri berbanding datang ramai2 sebab budak2 ni suka menyoal apa yang dorang dah cuba kat sini. So, kalau kite datang berkeluarga, ibubapa boleh bagi penerangan terperinci dan sekaligus yang hat adik2 lain pun boleh dapat ilmu same, x gituh? Hehee.. tu cume pandangan aku jelahhh... oopss! Terlebih sudah!.. Theee...

Akhirnya selepas kira2 1.5 jam kami dibenarkan merayap2 dalam Pusat Sains Negara ni, tibalah mase untuk pulang. Kiteorang sampai kira2 jam 3:00 pm kat depan tadika balik dengan penatnyer. Sekian saja laporan lawatan kali ini. Thee..

Kan main ceria lagi dapat duduk ngan awek kelas sebelah dalam bas!
Follow Me at flickr! .