Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label RD990. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RD990. Papar semua catatan

Rabu, 13 Mei 2015

Jom camping!

Rabu, Mei 13, 2015 4 Comments


Siyesli spiking...
I is tak ske masuk hutan.
Tak ske serangga yang tah hapa-hapa spesis lebih-lebih lagi yang bangsa keje asek nak menggigit semedang.
Tak ske baju basah.
Tak ske baju basah.. eh tertulis dua kali!

Tapikan, i kan gigih nak rebut takhta isteri mithali jadik i kenalah support apa yang encek syuben suka buat, walaupun kena terima hakikat kulit gebu i akan kena gigit, baju melekit dan yang sewaktu dengannya. So haritu pak ostad bawak kiteorang gi camping kat Sg. Tua kat batukep (heh, dekat je pun!) Ekcelli hari sebelum tu, kiteorang gamble gi Hulu Langat konon nak camping. Tapi apela punye naseb ramei sungguh orang dari Sg Congkak sampai le ke Sg Gabai. Dah ler jem dalam 20 minit sebab ada eksiden. Akhirnya dari pukul 11:00 pagi sampai pukul 6:00 petang haritu, kiteorang cuma bawak makanan, khemah dan segala eksesori tu berjalan-jalan je dengan kete kompeni haha... sadis!

Sebenarnya Sg. Tua ni pun kiteorang main gamble aje sebab balik umah hari sebelum tu Rayyan dah merajuk sendu sebab tak jadik camping. So hari tu memang tekad ajelah. Lagipun makanan pun dah berapa lama nak simpan perap dok kluar masuk esbok tu daaa...

Mari sediakan tempat lepak dulu ye. Ummi takleh wat keje nanti sakit pinggang jadi ummi amek gambo hajer hehe...
Nama tempat yang kiteorang pegi ni Hutan Lipur I. Lokasi dia kat tepi jalan je melalui Jalan Ulu Yam lama. Kalau korang ke depan sikit nanti jumpa satu lagi spot namanya Hutan Lipur II tapi haritu kiteorang tak gamak nak masuk situ sebab penuh!

Yang macam pondok kaler merah tu tempat nak memasak tapi rasanya itu untuk orang yang sewa resort kat dalam tu kot. Tapi nama resort tu tak tau sebab tak nampak pulak signboard. Kat belah sana jugak banyak pondok untuk orang yang duduk kat resort tu. Outsiders yang datang macam kiteorang ni kena pilih tapak batu jelah bentang khemah huhu...

Dia punye environment boleh kata lebih kurang macam Sg Chiling kat Batang Kali. Air dia DEFINITELY lah sejuk! Cuma i is tetap tak ske serangga yang berlompatan di atas permukaan air yang asek sebok nak datang dekat, huhu! Kenapalah mereka itu sangat besar!!!! Huaaaa...! Mencik!!!

Percubaan guna setting blur tapi macam kena tambah lagi jek, kan? Okeh failed!

Bab masak & makan memang ditunggu-tunggu! Yeszzz!!! Ngee...

Pestaim masak dalam bekas ni tauuu... bangga uols mak dapat masak nasi tak mentah! Harhar!

Cik minah ni hobi dia tiap lima minit gi basuh kaki sebab kaki kena pasir, huhu...! Mari kite abadikan gambonye sebagai bukti. Besok-besok nanti cucu tanya bolehlah tunjuk, haa ni lah gaya mak hang masuk hutan huhu...

Heaven btol bila daging & ayam dipanggang atas arang. Nampak jek macam hangit tapi ekcelli okeh. Mungkin sebab effect madu ke atas pembakaran kot hehe! Nak masak kat umah pakai arang memang tak lah. Adekah daku harus mengikut pak ostad lagi bercamping? Owh tidakkk!!!

Semua itu untuk dia sorang. Apekahhh???
Tak taulah ape ke nama spesis encek ni. Dia ada banyak kat pokok tempat parking.

Beware of budak-budak merah ni. Sekali kena geget, seminggu pun blom tentu ilang gatal dia tau huhu...
NOTAKAKI SAIZ TUJUH: 
Silalah abaikan tarikh kat gambar tu ye. Nampak nau dah lama tak guna kamerakan? Sampai date dia pun dah larik setting harhar..


Signature

Isnin, 8 Disember 2014

Cuti2 Malaysia: Wakaf Che Yeh- Siri II: The Homestay

Isnin, Disember 08, 2014 6 Comments


Bertolak dari Sungai Buloh jam 12:30 tengahari ikut jalan Simpang Pulai- Cameron- Gua Musang... berhenti rehat sekali kat R&R Ipoh, sekali lagi kat Cameron dan sekali lagi kat R&R Gua Musang. Akhirnya sampai kat Wakaf Che Yeh jam 9:30 malam...

Total travel journey yelah 9 jam! Uffff!!!

Apelah. Tu pun tak bersyukur dapat sampai dengan selamat kan? Hishhh...



Nama homestay yang kiteorang dok ni yelah Homestay Anjung Desa di Jalan Pintu Geng. Yang sebeno-benonya citer, bukan homestay ni yang pak ustad dapat dari HR tapi Riverview Hotel. Masalahnya jarak dari sana ke opis tu jauh dan itu tidak menyumbang kepada kesenangan drebar yang kena anta dia gi keje pepagi iaitu, saya hehe... Oleh sebab itu, homestay ni lah jadi pilihan pak ustad sebab jaraknya ke sana cuma 5 minit perjalanan aje. Panjang tul eksplen, korang bace ke ni hoi! Ahaks..

Meh tengok caner suasana luar dan dalam homestay ni: -

Pandangan dari tepi kiri rumah dimana letaknya pintu sliding untuk masuk ke dalam. Dibalik tembok tu ada jalan kecik muat sebijik kereta kuar masuk jadi bila ade kereta lalu, dorang kena bagi hon panjang untuk bagitau pemandu yang kat the other side tu ada kereta sedang lalu. Rumah jiran tu ada banyak sangat ayam dan ayam dia akan bagi alarm walaupun baru pukul 4 pagi huhu... Ok dia soh bangun solat tahajud! Tu pun tak paham!
Ni ruang tamu yang sangat luas. Kalau nak bentang tilam tido kat luar ni boleh muat 15 orang saya estimated hehe...

Ni bilik tidur nombor 1. Ekceli ada satu katil queen tapi tilam queen bawah tu saya yang bentang sebab semua pakat tido dalam bilik ni har har! Nama je anak ustad tapi penakut. puiii...! Owh ye jangan risau pasal tilam. bantal, selimut sebab ada baaaaanyak sangat kat sini.

Ini bilik tidur nombor 2. Digunakan sebagai bilik solat sebab kat bilik nombor satu tadi dah penuh dengan manusia dan beg hehe...

Bilik nombor 3 ni kecik sikit dan terletak kat hujung belakang umah berhampiran dapur. Bilik ni attached sekali dengan satu tandas kecik.

Ni tandas yang attached dengan bilik di atas tadi tu... Sume complete kecuali water heater.

Ni plak tandas dalam bilik nombor 1 tadi. Bilik tandas ni lebih luas dan ada water heater.

Ruang makan dan tempat seterika. Pintu sebelah kiri tu untuk ke bilik nombor 3 tadi. Sebelah pintu tu ada washing machine.

Ruang dapur boleh guna untuk memasak sebab kuali, gas, periuk sume ada. Tapi dah nama pun cuti kan- Malas ah nak masak! Heheh...!

*********************************************************************************
The Verdict: -

YANG BEST!

  1. Sangat luas dan selesa. Overall saya rasa boleh muat 3-4 famili dengan saiz satu keluarga 6 orang. Err tapi cuma 15 orang je maximum limit dibenarkan stay kat sini dalam satu masa ye hehe... itu syarat tuan ghomah!
  2. Rumah ni terletak dalam kawasan kampung jadi kita betul-betul dapat merasai suasana berada didesa. Sepanjang 5 hari saya kat sana, selama tu jugak saya kena pakai stokin dan cardigan sebab sejuk. Mungkin sebab lokasi bersebelahan hutan dan hujan turun 3/5 hari masa saya kat sana.
  3. Senang giler nak carik makan. Tak kire la untuk bekpes ke, lunch, teatime, dinner ke hatta supper pun senang sebab orang jual makanan depan rumah dan tepi jalan, kedai makan dan restoran semuanya banyak! Siap pitih jah!
  4. Ade semua kemudahan macam Astro, aircond, water heater, mesin basuh, dapur dan paling penting- Wifi on 24 jam okeh! Ahaks! *penting tau untuk show off status kat FB hahaha...*
  5. Parking luas giler!

YANG TAK BERAPA BEST :(

  1. Mungkin sebab bersebelahan dengan hutan, maka ada banyak semut dan serangga masuk dalam rumah ni so silelah bawak spray okeh! Owh ye... semut, labah-labah, lipas, ulat gonggok dan cicak dia adalah size hutan ye iaitu size XL huhu...
  2. Air dia agak karat so untuk bancuh minum eloklah beli air mineral kat kedai dan masak. Ada pot untuk masak air kat dapo.
  3. Errr... tu je kot!


Cik Scotty...(jangan tanya kenapa bagi nama ni- Maria yang bagi!) Hari-hari dia mai teman kami hehe...

So kalau korang gi Kota Bharu dan mencarik homestay yang berdekatan dengan Wakaf Che Yeh, di sinilah tempatnya! Rege sehari semalam cuma RM180 tapi kami dok sana pree aje. Opis pak ustad yang bayo hehe.. *jangan jeles eh...* Kalau korang nak dapatkan info lebih lanjut bolehlah layari blog dia kat http://homestayselesa.blogspot.com atau kalau nak terus tempah, boleh kol Cikgu Ashida (013-9867364 atau 018-9009104) atau Cikgu Aminuddin (013-9207364)!

By the way, kak Ashida ni sangat friendly dan baik hati oghenya tau! Dok cayo cubo tera! *Wink*


Klik sini untuk baca kisah masa dalam perjalanan ke sini!

Signature

Jumaat, 5 Disember 2014

Cuti2 Malaysia: Wakaf Che Yeh- SIRI I: The Journey

Jumaat, Disember 05, 2014 4 Comments


Ok terus-terang cakap. Kiteorang satu famili ni memang keturunan suke memerap dalam ghumah dari merayap taim cuti. Tapi kan haritu pak ustad tetiba plak oper ugut ikut teman dia keje kat Wakaf Che Yeh. Memandangkan sejak dok umah ni dah 2 tahun taknah travel camni dan kebetulan cuti sekolah... maka ajak-ajakan ayam cenggini memang mendapat respons yang pantas. So.... KAMI IKUT!!!

Kiteorang hangguk je bila pak ustad kata dia nak ikut jalan Simpang Pulai- Cameron- Gua Musang kononnya cepat sikit sampai. Kalau ikut estimate encik gugel sepatutnya boleh sampai dalam masa 6 jam... kalau tak brenti untuk shi shi, solat, rehat dan sewaktu dengannya lah. Jadi consider jek yang 6 jam tu angan-angan je ye!

Tapi nak bagitaulah ye, jalan dari Simpang Pulai-Cameron tu macam ular sikit tau. Ok tipu... banyak! Sakit otak di situ... tapi tabahkan ati ye sebab nak cepat sampai katenya. Oleh sebab itu, sampai je puncak Cameron, pak ustad stop kejap sebab takut makin pening. Kat situ ada kedai stoberi, sayur dan ceklat. Saya tak pergi buang duit kat stoberi atau sayur sebab saya akan duduk kat Kelantan dalam 5 hari. So beli semua tu macam wasted je kang balik sini dah tak elokkan? Bijaknya...

Maka tempat yang paling sesuai labur duit yelah kat sini- Avant Chocolate! Kedai ni cantik sangat! Ala-ala deko English gitu. Ada banyak benda yang dia jual sebenarnya instead of cekelat macam jem, serbuk teh, serbuk kopi, kek. Yang best tu sebab cekelat, teh, kopi tu sume ada 4-5 jenis perasa macam stoberi, durian, peach, lavender... dan paling penting rege dia murah hokeh!

Sebotol jem blueberry, 3 kotak coklat stoberi yang yummy dan 3 kotak coklat durian percaya tak harga dia cuma RM28.90!

Okeh, lepas ni saya nak citer pasal homestay yang saya tinggal selama 5 hari tu!
Tunggu.......

P/S: Berenti sebab taknak peninglah sangat kannn??? Jalan balik baru sepuluh minit Rayyan pun muntah! Kahkah...

Signature

Selasa, 4 November 2014

Mari layan Hari Sukaneka SKSP 2014

Selasa, November 04, 2014 0 Comments


SADIS tauuuu....!

Datang-datang sekolah tengok anak dah abes acara. Tinggal nak gi amek hadiah aje hahaha.. Manalah nak tau kan sebab last year pukul 8:00 pun tak start lagi, masih ucapan pastu ade senam tari... jadi mak pun konpiden gi sekolah pukul 8:00 dengan harapan berbunga-bunga nak tengok anak tu punye acara yang hari-hari dia dok cite. Bukan cite je kengkadang siap gaya nak tunjuk apa acara yang dia masuk walaupun saya sebenarnya tak paham apa dia cite. Eh korang paham ke apa yang saya cite ni? Agaga...

Seronoknya depa berebut bola kan?

Aiyokkk cikgu dah marah egege...

Okehhh.. parents memang pantang tengok ada orang amek gambo. Terus lupa nak pandang anak depa tengah amek bahagian hehe...

Ni contoh parent yang bagus- terus tengok anak walaupun tau ade orang tengah amek gambo haha... (tapi taktau la kot dia jeling dalam spek itam tu kannnn...)

Kegigihan yang comel, ahaks!

Okeyyy dah penatttt.. mari update status FB!
Lagi sorang cikgu rasa nak marah... Tulah korang main tanak buat betul-betul! Hehe...

Seb baik sampai ngam-ngam depa ni tengah bergerak ke pentas untuk amek hadiah!
Mari kita carik mana Mirul!

Yesss dah jumpa! Kat padang dah rupenya hehe...
Ni anak jiran sebelah ghomah heh!

Okeh dia dah start buat muka tak suka jadik bahan papparazzi dahhhh!!!!

Adehh lambat nau nak sampai giliran. Penat tau pegang kamera ni! Hehe... Nampak no dah tua kan? Pegang baru 6 saat dah lenguh!

Wahhh.. anak jiran dah jalan dulu. Takleh jadik nih! Har!Har!

Go Mirul go! Okeh kalah.. fine. Haha...

Seb baik la kan... tetiba rezeki ada plak sorang cikgu ni bagi 5 bungkus nasik lemak kat saya! Tayah susah-susah pikir balik kang nak masak apa dah hehe.... Hilang lansung kehampaan dan kekecewaan gue tauuu...! Eh salah ayat ni. Ayat yang sebenar: Seb baik time acara Mirul sempat lagi nengok. Kalau tak lagi mak hampa huhu... So next year sindri mau ingat haa... Kalau acara start pukul 8:00am, sebelum subuh kena datang haaa... hagaga!


Signature
Follow Me at flickr! .