Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Sabtu, 5 September 2020

Rumah Bakti Cahaya Hati, Rawang, Selangor.

Sabtu, September 05, 2020 0 Comments




 Pernah tak korang terfikir kan... kat luar sana ada orang yang hidupnya tak sesenang kita yang boleh jaga anak-anak, besarkan mereka dengan keselesaan dan sebagainya? Kadang persekitaran tempat tinggal kita yang selesa dan rezeki yang mencukupi malah mungkin ada yang berlebihan Allah bagi buat kita lupa yang sebenarnya kan ada juga insan-insan yang tak diberi rezeki dan nikmat hidup selesa dan serba mencukupi macam kita. Baru-baru ni saya dapat peluang join sahabat saya berkunjung ke Rumah Bakti Cahaya Hati yang terletak di Taman Tasik Puteri, Rawang, Selangor untuk program ziarah sambil membawa sumbangan dari sahabat-handai. Meh kita kenali dulu sejarah tempat ni: -
LATAR-BELAKANG 

Rumah Bakti Cahaya Hati ni pada asalnya merupakan sebuah asrama yang menempatkan seramai lebih kurang 35 orang pelajar lelaki dan perempuan bermula dari Januari 2013. Kesemua pelajar tu datang dari pelbagai latar-belakang- ada yang datang dari keluarga yang miskin, ada anak yatim, ada yang anak kurang upaya dan jugak golongan asnaf zakat. Sekarang ni pelajar lelaki ditempatkan di rumah lain jadi tinggal 15 orang puteri saja yang kat Rawang ni dan dijaga oleh tiga orang petugas yang berkhidmat sepenuh masa di sana. Ingat senang ke nak uruskan 15 orang yang rata-rata berumur diantara empat ke enam tahun tu huhu... kita anak sorang pun rumah macam kapal karam hajaja... tabek spring di situ.
Dorang ni asalnya dihantar belajar kat tadika yang berdekatan tapi semenjak PKP haritu, dana sumbangan dah banyak sangat terjejas hingga dorang tak mampu nak hantar kanak-kanak ni ke tadika lagi. Jadi pada masa ini, dorang terpaksa memberi pendidikan berkonsepkan 'home-schooling'. Selain dari tu opkos mereka ni diberi pengajian asas fardhu ain dan adab yang sangat baik termasuk kemahiran ikut bakat dan minat dorang. Well, I am very the impressed okay tengok adab dorang bila ada tetamu haritu (kiteorang lah itu! Ihiks!...) Sebelum makan bukan setakat baca doa tapi siap jemput petugas dan kami yang tetamu ni makan sekali huhu... Budak umur 4,5,6 tahun gaisssss.... huhu lagiiiii....!
Pada masa ni saya diberitahu bahawa sepanjang PKP sehingga sekarang bantuan yang diterima sangatlah kurang berbanding sebelumnya. Malah semasa tempoh PKP kata salah seorang petugas kat sana, mereka tak dapat sumbangan wang ringgit lansung kecuali kadang-kala ada insan yang memberi mereka makanan yang sudah dimasak. Yang paling mengharukan lagi kan, katanya bantuan yang kiteorang sampaikan haritu ialah sumbangan yang pertama paling meriah dari semenjak tempoh PKP sehingga PKPP ni. Kanak-kanak tu pun bukan main seronok bila kiteorang sampai tau. Ada sorang tu asek pegang tangan saya takut saya balik kot heheh!...
Okay untuk pengetahuan semua, perbelanjaan untuk menguruskan kanak-kanak ni termasuk kanak-kanak lelaki tu sebulan anggarannya ialah sebanyak RM12,000.00. Banyak tu gais... ni termasuklah sewa untuk dua buah rumah tu, makan-minum, bil-bil elektrik dan air, rawatan kesihatan mereka, toiletries dan lain-lain perbelanjaan sampingan.
Kalau tak dapat memberi sumbangan melalui wang ringgit well it sokay... korang masih boleh beri sumbangan bahan mentah atau barang masak basah sebab yang ni cepat surut. Sekurang-kurangnya setiap dua minggu kena topap bahan masak basah tu. Bahan kering pulak boleh bertahan sampai sebulan saja jadi kenalah cari sumbangan untuk itu juga.
Kalau korang nak tau update mengenai kanak-kanak ni atau nak dapatkan info lebih lanjut mengenai Rumah Bakti Cahaya Hati ni, korang boleh jugak layari:


Tapi kan kalau korang perasan, last update ialah setakat hingga bulan Julai saja. Ini disebabkan komputer yang sedia ada dah rosak jadi kalau ada yang sudi memberi sumbangan komputer pun amatlah dialu-alukan!
So korangggg, jomlah kita sama-sama bantu insan-insan yang tak dapat nikmat macam kita ni! Nabi kata.... 

"Saya dan orang yang memelihara anak yatim itu dalam syurga seperti ini" Lalu Baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya serta merenggangkan keduanya.
(Hadis riwayat Imam  Bukhari dari Sahi Bin Sa'ad r.a)

Ehhh... sapa taknak dok dekat dengan baginda Rasulullah kat syorga esok ni oiiiiii...!
Owh ye lupa pulak nak bagitau, tiap sumbangan yang berjumlah RM500 dan ke atas, korang boleh dapat resit pelepasan cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (No. rujukan: LHDN.01/35/42.15/179-6.3642) ye!
Kalau korang ada soalan atau perlukan penjelasan yang lebih terperinci, korang juga boleh terus berhubung dengan mana-mana nombor ni: -

Pejabat: (03) 6034 4313
En. Fakhrurazi: (011) 2133 7399
Cik Raihana: (011) 1511 5375
Anyway, kalau korang berhajat nak ziarah atau beri sumbangan terus ke rumah ni, korang waze je alamat ni:

RUMAH BAKTI CAHAYA HATI
No. 31, Jalan 7A/7, Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang, Selangor Darul Ehsan.
Last but not least, eceh... selalu ingat ye...

'Dalam setiap rezeki kita,
pasti ada rezeki untuk orang lain.
.. dan rezeki yang dikongsi bersama itu yang lebih diberkati.'
EHHHH....! Ntah quote sapa saya main tulih ni harhar...


~UPDATE AS AT APRIL 2021~
Dukacita dimaklumkan bahawa rumah bakti ni dah ditutup disebabkan kekurangan dana untuk pengurusan. Kanak-kanak ni semuanya telah berpindah berasingan ke merata pusat kebajikan lain dan barisan pengurusan juga sudah berpindah kerja ditempat lain. Harap maklum.


Signature
Follow Me at flickr! .