Resepi: Bubur Asyura Penang Mari!
Farah Deeb
Selasa, Disember 22, 2015
5 Comments
Korang tau kan biasanya bubur asyura ni orang buat time bila? Yaaaaaaa.. bila hari Asyura- iaitu kira-kira bulan Oktober untuk tahun ni yeitu tahun 2015. Jadi silelah perasan bahawa entri ni sebenarnya dah lama giler ku peram, kan? Haha...
Taktaulah cemana idea nak buat bubur asyura ni boleh muncul. Tetiba je kan, kiteorang mak-mak grup outing ni boleh terplan, tersediakan bahan, terdatang tolong dan termasak haha...。゚(TヮT)゚。Okeh, jom kite tengok resepi dia dulu!
Bahan-bahannya:
300 gm. kacang tanah
300 gm. kacang merah
300 gm. biji sagu (kiteorang tak bubuh)
300 gm. kacang hijau
3 ketul ubi keledek merah atau kuning
6 batang jagung mentah / 1 tin jagung
1 ikat pisang raja yang masak
4 helai daun pandan
300 gm.biji gandum (gandum untuk dibuat bubur) (Kiteorang guna kacang dhal)
100 gm gula melaka / gula kabung
200 gm. gula putih
500 gm pati santan (2 biji kelapa diambil santan nya)
Garam secukup rasa
*resepi kredit Blog Tok Wan
Sekarang meh tengok cara-cara membuatnya!
Bila dah nampak pekat, campak masuk semua kacang yang direbus tadi- kacang merah... |
..kacang hijau... fuhh laju betui depa kacau hehe... |
... kacang tanah dan semua kekacang ye. |
Kacau lagik sampai pekat lagi sikit, baru masukkan bahan-bahan yang lembut macam jagung, pisang dan keledek. |
Bila korang tengok adunan dah agak-agak kental, bolehlah brenti masak. Tunggu sejuk jap lepas tu cedok bubuh dalam bekas. |
Yummeh nyaaaaaa.....!!!! Kalau buat kat rumah dah cedok masuk mulut je nih! Agaga...! |
Okeh, bubur asyura versi penang dah masak... skang cedok bubur asyura versi perak pulak hehe... Ni tuan umah saje je buat sebab kami baik mihihiii... (*´▽`*) |
Hat ni pun sodap! Yang ni guna kekacang tadi gak tapi beza hat ni guna nasi! |
Sementara tunggu sejuk berebut menyicah pelam haha... |
Seronoknya masak reramai cenggini kan? Weh korang bila nak on dapo lagik nih! Hehe...! |