Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 18 Mac 2015

Resepi: Nasi Daging Istimewa Noxxa



JENIS OPERASI: Stir fry & high pressure
Durasi: 1 jam

Nasi daging ni kan sesuai sangat kalau korang malas nak masak lauk sebab lauk dia masuk sekali dalam nasi. So lepas masukkan nasik dalam periuk Noxxa ni dia automatik masak so korang bolehlah gi berjimba hehe... Jom kite kaji bahan-bahannya dulu ye!

Bahan-bahan:
2 cawan beras basmathi- rendam 1/2 jam dan toskan
1 1/2 cawan air rebusan daging/ air+ 1/2 ketul kiub daging
1/2 cawan susu cair
300gm daging- potong dadu
1 labu bawang besar- hiris
2 ulas bawang putih- hiris
1/2 inci halia- mayang halus
1/2 sudu kecil jintan manis biji
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 kulit kayu manis
1 helai daun bay
1 sudu besar kismis- cincang halus
Sedikit kunyit dan garam
Minyak jagung/ sapi

Caranya: -

1) Tekan butang STIR FRY dan tekan ON. Panaskan minyak. Masukkan bawang, bunga lawang, pelaga, kayu manis, halia dan kayu manis. Bila wangi masukkan daging dan jintan manis. Kacau sekejap dan tekan butang OFF. Tutup penutup dan halakan tombol kepada PRESSURE. Setkan butang HIGH PRESSURE selama 40 minit dan tekan butang ON. Sementara tu boleh gi mandi ye agaga....

2) Bila dia dah berbunyik tit tit tu maknanya dah masak la tu. Tekan butang OFF dan bebaskan tekanan pada tombol. Masukkan air, susu cair, garam, kunyit, kismis dan beras. Tutup penutup dan halakan tombol kepada PRESSURE. Setkan butang HIGH PRESSURE selama 7 minit dan tekan ON. Selepas 7 minit dia akan berbunyik tit tit lagi menandakan nasik dah siap! Bebaskan tombol tekanan dan biarkan selama 5 minit. Lepas tu hidanglah! Senangkan!
Daging ni saya tak masuk sekali dalam nasi sebab budak-budak nak makan daging blackpepper. kalau korang nak buat macam ni, korang cuma mulakan langkah memasak dengan melembutkan daging guna HIGH PRESSURE selama 40 minit. Keluarkan dan gunakan airnya untuk memasak nasi ikut step di atas tadi. Cuma waktu untuk memasak nasi tadi (Step 1) bolehlah reduce kepada 10 minit saja, okeh!

NOTAKAKI SAIZ TUJUH: Bagi yang berminat nak dapatkan piuk serbaguna Noxxa ni dari saya, bolehlah SMS/Whatsapp/Telegram saya kat (016) 2290.444 ye! Kalau korang nak bayo secara ansuran pun saya terima apetah lagi kalau bayo cash! Heee... Owh ye, sesapa yang buat pembelian melalui saya, saya akan bagi kompilasi resepi menggunakan periuk Noxxa PERCUMA! Yeay!



Signature

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum.. Hurmmm nampak simple.. insyallah nak cuba.. thanks for sharing :D

    BalasPadam
  2. Salam. Hee sedap nasi daging istimewa noxxa yang sedap ;p

    BalasPadam
  3. pelbagai kegunaan rupanya periuk serbaguna ni ye deeb :)

    BalasPadam
  4. hai baru jumpa blog ni.. now tgh usyar resepi atkins! :)

    then i jmpa post ni.. i mmg sukaaaa sgt ns daging.. just nak share kalo awk x letak susu cair.. rasa nasi daging tu lagi piawwww!! ;)

    BalasPadam
  5. @Time TravellerWaalaikumsalam wbt! Ak ah simple jek! Try pastu hantar Gombak okeh! Ahaks!

    BalasPadam
  6. @tiga lalatDua kali nampak mentioned sedap tu hihi...

    BalasPadam
  7. @anajinggaBetul tu Ana. Dulu ingat untuk bagi daging empuk aje. Tak rugi beli! *eh terpomot ke nih? Agaga*

    BalasPadam
  8. @adawiyaa19Ooo ye ke? Okeh nampaknya kena cuba lagik la pulak ye tanpa susu! Nak carik daginggg, nak carik dagingg.. :P

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .