Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 15 Oktober 2015

Sikit je lagi! Bantu kami bina surau yek (^_^)



Hoho! Usang giler blog nih. Dah kata dah jadik PA Kak Rosmah ni memang tak cukup masa dibuatnya ngeh, ngeh...
Ekcelli peristiwa ni dah berbulan yang lepas tapi baru hari ni ada masa nak post =^_^=. Genap sebulan ghaye haritu, Persatuan & Komuniti Bukit Saujana 1 bergabung dengan Surau Nurul Iman Bukit Saujana untuk buat mejelis pecah tanah ni. Kalau korang masih ingat, kiteorang pernah buat majlis perasmian kutipan tabung pembinaan untuk buat surau tetap sebab sekarang ni, kiteorang cuma menyewa sebijik rumah untuk dijadikan surau sementara. So tau jelah macamana tak selesanya bila jemaah ramai. Sapa yang hilang ingatan silelah baca kat SINI.


Alhamdulillah haritu kutipan dah dapat hampir 70% dari kos pembinaan maka kiteorang pun buatlah Majlis Pecah Tanah sekali dengan sambutan hari raya aidilfitri yang dah terlepas itu huhu... Terima kasih bebanyak pada semua yang ada buat sumbangan dan yang belum harap sudikanlah menyumbang kerana kami masih ada 30% lagi dana yang perlu dikumpul sebelum kerja pembinaan bermula. Syukran! Jazakallahu khairan katsira!


Alhamdulillah jugak ramai yang sudi hadir khususnya Tuan Haji Muhd Rashid Kassim, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat DUN Jeram yang sekaligus merasmikan majlis pecah tanah ni. Abang Jibby takde. Dia datang sekali je masa belum pilihanraya dulu dan janji nak buat sebijik lagi sekolah kat sini tapi sampai la ni pun takde, ahaks! Oopsssss.... Jom layan gambo!




Hadiah-hadiah cabutan bertuah. Ramai betui penaja! Mekaseh!

Buah-buahan & hadiah disponsor oleh FAMA. Mekaseh FAMA!

Bukan Dato' K .. ahaks!

Bacaan doa dari orang kuat surau hehe...

Official photog of the day!

Ucapan dari Pengerusi Surau Nurul Iman

Gadis-gadis surau.. ecehhhh

Ucapan Pengerusi Persatuan & Komuniti Bukit Saujana 1


Canerlah leh terlupa lak nama ustad nih hehe...

Ucapan perasmian jeng, jeng, jeng... Tuan Haji Muhd Rashid Kassim di situ!
Kat sinilah bakal tersergamnya sebuah surau tetap untuk kiteorang kat sini. Doakan ye!

Okeh, lastly... harap korang sudilah ye sumbangkan seberapa yang mampu untuk tujuan murni nih. Kasihanilah kami khususnya mak-mak gumuk cam kami nih yang terpaksa solat dalam keadaan tak selesa bersosak dalam surau sementara sekarang nih, heheh!


Budi baik korang saya dahului dengan ucapan terima kasih dan jangan lupe ye redeem mata ganjaran korang kat akhirat sok! Maseh!




Signature

2 ulasan:

  1. Kat area mana nak buat surau nie? Rasanya Bukit Saujana sudah ada surau kan... kat depan sekolah agama tu...

    BalasPadam
  2. @Izni Hafiz Abdul RashidTak tau pulak pasal tu. Mungkin itu SBCR punya ataupun Bukit Saujana 2. Kami kat Bukit Sauajan 1 ni memang takde surau tetap lagi huhu..

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .