Wednesday, April 16, 2014

Home » , » Resepi: Nasi Goreng Baked Cheese

Resepi: Nasi Goreng Baked Cheese



Ni lah jadiknya kalau budak-budak dah bosan dengan nasi goreng style sedia ada. Lebih-lebih kalau korang mempunyai anak yang bertaik lalat ditepi bibir seperti saya, maka adalah KEWAJIBAN untuk rajin mencipta resepi sebelum beliau me'laser' dengan ayat-ayat seperti;

"Ni je ummi masak?"  ... atau..
"Laaa ummi ni dah tak tau masak ke?" ... ye sedikit sadis di situ tapi lebih baik dari yang ini --->
"Eeeiiiiii ummi masak apa tuuuu??? Tanaklah makan!" .. sob, sob (kisah benar)


So harini saya nak perturunkan resepi yang sonang yang hamat tapi boleh tipu minda kekanak sebab pabila masak nasi ini berasa seperti pizza. Jadi bolehlah klentong budak-budak yang ni pizza versi nasi ye! Ekcelli nasi gorengnya boleh belasah je ikut ske korang tapi untuk yang gambar ni saya wat cenggini: -

Bahan-bahan:

  • sedikit bawang besar potong dadu/ cincang
  • sebijik bawang putih
  • sedikit butter untuk menumis
  • nasi putih 2-3 pot
  • apa-apa daging/ ayam/ seafood. Di sini saya guna sotong dan daging kisar.
  • apa-apa sayur yang ada dalam esbok. Saya guna kacang panjang dan daun sup.
  • cili masak yang dipotong halus atau guna cili kisar pun boleh
  • sedikit garam
  • sedikit lada sulah
  • serbuk perasa/ cukup rasa/ kiub ayam
  • sedikit daun basil/ oregano/ thymes dan sewaktu dengannya
  • sedikit cheese parut

Cara-caranya: -
  1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang besar sama bawang putih. Bila dah naik bau, masukkan daging kisar. Gaul sekejap sampai daging masak.
  2. Masukkan sayur dan cili diikuti nasi. Kemudian campak pi lada sulah, garam, serbuk perasa dan kacau rata. Last sekali masukkan sotong dan tutup api bila nampak sotong dah masak.
  3. Masukkan nasi goreng ke dalam bekas tahan mikrowave dan tabur parutan cheese. Akhirkan dengan menabur daun thymes, basil, oregano sume tu. Takde pun takpe.
  4. Masukkan dalam ketuhar dan set api atas aje pada suhu 200 darjah Celsius. Masak dalam 10-20 minit atau sampai nampak cheese dah kekuningan dan mula mencair.
  5. Wallah! Dah siap!


Signature Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

6 comments

April 16, 2014 at 1:08 PM

simple dan menyelerakan...nnt bolehlah cuba...

April 16, 2014 at 5:06 PM

ni mmg bikin kita lapar dan laparrrr....

April 17, 2014 at 1:02 PM

kak deeb kejap lg tina dtg bawak pinggan haha sedapnya lahai

April 19, 2014 at 7:15 PM

@SallyCube jangan tak cube :)

April 19, 2014 at 7:15 PM

@adda syuhadaHehe... no komen (jawapan retis)

April 19, 2014 at 7:16 PM

@Tina OthmanKo bior beno Tina. Ini lauk semalam!!! Hiu hiu...

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket