Monday, December 13, 2010

Film Review: Hantu Kak Limah Balik Rumah


SUMBER DARI: Gua.com.my

Dibintangi oleh

Johan Raja Lawak (Abi Hurairah), Ummi Nazeera (Che Nin), Shy8 (Usop), Avaa Vanja (Ayu), Delimawati (Kak Limah), Zami Ismail (Pak Abu), Man Kadir (Pak Jabit), Pekin (Musalman), Dewa (Cik Purnama), Sofi Jikan (Wak Joko), kamarul Yusoff (Chomprak Chawatbesiwat), Azwan (Wak Kaswi) dan ramai lagi.

Genre

Fiksyen, Komedi, Ngeri, Mistik

Ulasan

Jika anda inginkan satu bentuk hiburan yang ringan dan relaks, apa kata anda menonton filem terbaru terbitan Tayangan Unggul berjudul Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR).

Kesinambungan filem Zombie Kampung Pisang yang dihasilkan dalam komedi seram ini memperlihatkan pemikiran menarik dari pengarah kreatif, Mamat Khalid dalam sebuah satira yang mudah.


Husin pulang ke kampung


Garapan idea Mamat dalam menghasilkan skrip komedi yang disadur elemen sinis cukup mengesankan. Penonton diberikan peluang untuk menonton filem ini pada lapisan yang mahu mereka tonton. Bagi penonton biasa tentunya mereka hanya mahukan hiburan ringan, itulah yang dihidangkan oleh Mamat untuk mereka. Namun, bagi penonton yang mahu berfikir, mereka boleh menyaksikan filem ini dan menilai lapisan kedua, mahu pun ketiga yang terdapat dalam filem tersebut.

Bagi yang tidak pernah menonton sekuel sebelum ini, jangan risau, kerana anda masih lagi boleh memahami jalan ceritanya. Skripnya yang ringan dan lucu mampu membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak malah ada satu ketika akan membuat penonton berdebar dan menjerit ketakutan.

Di sebalik aksi lucu dan seram yang dipaparkan, terselit juga unsur kritikan dan sindiran dalam filem ini. Selain itu, watak-watak yang ada dalam filem ini sudah cukup untuk menambat dan mencuit hati penonton.


Hantu Kak Limah Balik Rumah


HKLBR mengisahkan tentang Husin yang telah lama bekerja di Singapura dan mengambil keputusan balik ke kampung halamannya iaitu Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam.

Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin, menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang.


Penduduk kampung berbincang


Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau. Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’ di pawagam berhampiran anda bermula 9 Disember ini.


Bomoh menghalau hantu...

Info

Info : Filem yang menelan kos sebanyak RM 1.5 juta ini mengambil masa selama 27 hari pengambarannya di sekitar Kuala Kangsar, Perak.

Okeh... macam biasalah itu review dari Gua.com kan. Haaaa, sekarang review dari aku pulak! Heheh! Aku pegi tengok filem ni mase hari tayangan ke-3 kat TGV Wangsa Walk. Seb baik aku dah booking malam sebelumnya sebab bile besoknya aku nak booking extra untuk Maria sudah FULL okeh! Hohooo.... So nampaknya kene la gi tengok lagi sekali dengan Maria pulak, hehe... (alasssssssaaaaannnnn...)

Citer ni ekcelli hasil sambungan cite Zombie Kampung Pisang so kalau korang taknah tengok citer tu, gi tengok dulu kat Astro pastu baru tengok filem ni. Bila dah paham, tayah la orang lain kene explain kat korang dia ni sape, yg itu hape sume ta-u! Haha. Kalau orang bagi 3star atau 4 star untuk filem ni, aku rasa tak berapa layak la sebab kalau aku, aku bagi starstarstarstarstar terus! Ahaks! Nape aku bagi highest rating? Ni sebabnya: -

  1. Citernya memang lawak giler. Aku memang susah nak gelak tapi dalam panggung haritu aku rase aku yang paling banyak dan paling kuat ketawa jelir heee....
  2. Lawaknya bersahaja tapi sinis dan jujur. gatai No lawak bodo & lawak buat-buat okeh!
  3. Lakonan pelakon-pelakonnya memang bersahaja dan kelaka. Kalau biase dalam satu-satu filem tu cume ade sorang, dua yang menghidupkan cite tapi filem ni rasanya sume pun berjaya hidupkan watak dorang dengan hebat. tepuktangan Syabbas Inspektor Saab!
  4. Ade 3 kombinasi sentuhan perasaan dalam 1 filem: seram, kelaka, sedih! Memula seram pastu klaka, pastu seram, pastu klaka, pastu sedey, pastu klaka, pastu seram balik, dan klaka lagi! Ahaks! :pandaGeli_31: Hahahaaa... (oops! Masih takleh brenti ketawa sampai harini! Hoho.)
  5. Aku difahamkan sume stunt hantu tu dibuat oleh pelakonnya Kak Limah @ Delimawati sendiri! blur Perghhhh dasat tuuuu...
So, kepada sesape yang belom lagi menonton tu, ape lagi? Tak rugilah RM13 korang tu de! Psssttt... sesape nak pegi takde kawan jom ajak aku. Rase nak pegi tengok lagi la! Hahahahaaa... :minimo_20: (Oooops! Tergelak lagi!)

:bofu_26::mHaha:
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Friday, December 10, 2010

Hati mulia? Promo iklan? ... atau apaka....???

Ada tak antara korang yang dah dapat SMS ni? Ayatnya cenggini: -

Maaf, Saya (Hj Rahazi) dr kajang, sya baru dpt kelulusan kerajaan utk buat kempen byr hutang (rumah, kereta, ptpt, peribadi, dll) Jd, sekarang sya buat hebahan ttg satu taklimat b'mana nak selesaikan hutng2 tanpa perlu berhutang kpd yg berminat secara rawak. Sya berharap tuan/puan sila beri nama n hadir (PERCUMA) / panjangkan sms ni kpd yg memerlukan. Bantu sya utk bantu org yg memerlukan. "MARILAH KITA SAMA2 PERANGI RIBA". Klau berminat, sila hubungi sya. tq

Haaaa... amacam? Mulia betul hatinya ye nak tolong orang lain settlekan hutang?:puteh_2: Tapi musykil pulak nape ade ayat hadir (PERCUMA) tu? Kalau orang datang nak settlekan utang, for sure la percumakan? :pandaGeli_11: Ahaks? Keee... ade motip laennnnn neyyyy??? :puteh_16: Kui2... So kalau sesapa yang rasa nak bantu tuan Haji Rahazi ni (ntah betol ntah tidak namanya tu) silalah berbalas panggilan dengan beliau ye. :phonehappy: Maklumah dia betul-betul nak kite 'bantu dia untuk bantu orang yang memerlukan' tu! Ahaks! :mBerangan:


:puteh_12:
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Monday, December 6, 2010

Tribute: 17 tahun pemergian Allahyarham Mohd Yusof Ma'amor



Kalau arwah masih hidup, umurnya pada hari ini ialah 85 tahun. Beliau meninggal dunia pada usia 68 tahun, kira-kira sebulan lagi sebelum hari lahirnya yang ke-69. Aku sebenarnya tak diberitahu yang beliau telah menderita kesakitan akibat TB dan terlantar selama lebih sebulan. Masa itu aku bersekolah di Ipoh dan hanya telefonlah penyambung komunikasi diantara aku dan keluarga di Kuala Lumpur. Zaman itu tiada Wifi, tiada internet dan tiada komputer di asrama. Ibuku seorang yang bijak menyimpan rahsia. Meskipun sehari sebelum aku menduduki peperiksaan SPM, malam yang hujan lebat itu arwah telahpun nazak. Doktor juga sudah dipanggil dan mengesahkan tiada apa yang boleh dilakukannya melainkan disuruhnya adik-beradik membacakan Yassin buat arwah.

Arwah suka bermain bolasepak


Tetapi kuasa Allah Maha Hebat. Dia tidak meninggal malam itu. Ibu kata MUNGKIN dia menunggu aku pulang dari Ipoh dulu. Dia kembali terlantar menderita di depan ruang tamu seperti hari-hari lalunya. Tapi bagi aku, aku tau ada sesuatu yang ibu sorokkan bila aku menelefonnya pagi itu kerana malam sebelumnya itu aku telah bermimpi melihat gambaran adik-beradikku bersolat berjemaah tetapi yang menjadi imamnya adalah ibuku.

Arwah pernah berkhidmat secara sukarela untuk pasukan Malaya Police Force selama 3 tahun
2 minggu setelah aku menamatkan peperiksaan SPM, aku sempat bekerja di sebuah kilang batik berdekatan rumah. Suatu petang ketika aku pulang dari kerja, aku lihat sebuah van ambulan sudah mengangkut arwah dan membawanya pergi ke HKL. Arwah berada di hospital lebih kurang seminggu tetapi pada waktu itu beliau sudah kurang mengenali orang lagi. Beliau sudah mula kerap memberitahu sipolan itu dan sipolan ini (semuanya adalah saudara-maranya yang telah dulu pergi meninggalkan dunia) saban hari mengunjunginya di hospital apabila kami sudah pulang.
Beliau merupakan pelajar terbaik di College of Agriculture


Pada suatu malam, arwah memberitahu kami adik-beradik bahawa ada seorang lelaki berjubah putih memanggilnya sambil jarinya menuding dan matanya tidak berkedip-kedip memandang ke atas (meskipun yang kami lihat di atas itu cuma bumbung hospital). Sepupunya membacakan Syahadah ditelinganya dan alhamdulillah, dia bukan sahaja mengikutnya malah wajahnya kelihatan sungguh gembira.

Arwah adalah seorang yang ayah yang pendiam tetapi di dalam dirinya penuh dengan kelebihan yang tidak diketahui hatta anak-anaknya sehinggalah setahun pemergiannya. Itupun secara kebetulan semasa sedang mengemas barang-barang dalam almarinya untuk dibuang.



Pagi itu aku sedang bekerja di kilang batik apabila aku dipanggil oleh supervisor untuk menjawab telefon. Ya, itulah panggilan telefon dari abangku di hospital memaklumkan bahawa arwah telah pergi. Jenazah beliau telah dimandikan dan dikafankan bersama oleh abangku sebelum dibawa pulang dan dikebumikan selepas Asar 6 Disember 1993. Aku tau pengalamannya menemani arwah pada malam terakhir itu- melihat bagaimana arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan memandikan arwah itu jauh lebih meninggalkan kesan buat abang dari aku yang hanya melihat jenazahnya yang sudah terbaring kaku di rumah. Pun begitu, aku mengambil masa setahun juga untuk menerima hakikat bahawa dia telah tiada kerana semuanya pada aku bagaikan mimpi.

Begitulah tamatnya riwayat Allahyarham Mohd Yusof Bin Ma'amor. Beliau adalah seorang lelaki yang aku panggil ABAH tetapi dia pergi sebelum sempat aku membalas jasa-jasanya. Hari ini genap 17 tahun dia pergi meninggalkan kami tetapi janji aku kepadanya untuk menjaga ibu masih lagi kuat dan utuh dalam hatiku. Insyaallah, selagi Allah beri keizinan dan umurku masih panjang, aku akan terus berbakti kepada ibuku. Aku tak mahu lagi terlewat membalas jasa ibu sebagaimana aku telah terlepas melaksanakannya kepada arwah abah. Al-Fatihah.




Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

KITE KAWAN2!

 
Photobucket