Thursday, February 26, 2009

3 Cerita Dalam 1


Harini pada mulanya saya punya assignment cume untuk menyiapkan muffin untuk hantaran Cik Shikin & Adiey di Genting Klang tapi last minute ade plak order dari sahabat yang memang pakar dalam bab last minute ni (hahaha.. jangan mara haaa..) Itupun saya dah injakkan ordernya sehari tapi Aiman tak kesahhhh... so bley la proceed. Tak disangka la plak, upenyer nak dapat rezeki lain- hadiah besday untuk Rayyan dari Aunty Wawa! Hehee.. mekaseh Wa! Kalau korang nak tau, besday anak k/org 2 ni memang xkan lupenye la pasal kami sama2 ngandung tarikh yg same, cume saya bersalin awal 2 hari dari dia. Kalau same haritu, sure cam kembar! Untuk Nezzard, Ummi x sempat nak belikan hadiah so sooorriiii yeee... Tapi camnerpun Hepi 1st Birthday to you!...

Petang plak saya terus ke lokasi asal assignment ke Jalan Usahawan. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke kawasan flat/apartment (?) kat sana (maka paham2 sajalah, sesat tu sudah pasti! Hehee..), hujan plak tu renyai2, bertambah hebat bile Rayyan meragam plak... Makanya saya x dapat la kuar kete dan bercerita panjang ngan bakal pengantin, siShikin tu. Tapi camnerpun mekaseh sebab memahami dan mengorder. Siap jemput lagi ke majlis besoknya, mekasehhhh...


TELATAH SI JEPUN DAPAT HADIAH

Memula cuak nak bukak... ke x reti nak bukak, entahlah...

Siap jeling bile dah tau apa hadiahnya...

Tadaaa... mekaseh Aunty Wawa!

Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Monday, February 23, 2009

Setahun rupanya sudah berlalu...

Sekejap sungguh rasanya masa berlalu. Baru je rasanya doktor memangku anak saya yang masih berlumuran darah dan mendengar suara tangisannya bila dibersihkan, rupanya hari ini sudah genap dia berumur 1 tahun! Itulah dia Danish Rayyan namanya yang maksudnya sempurna, cantik & berkepimpinan; moga Allah kabulkan maksudnya dengan sifatnya, Amin. Saya sebenarnya tersangatlah sibuknya tapi saya telah berjanji yang malam ini saya akan memberi ruang untuknya menyambut harilahirnya bersama2 (walaupun dia bukannya tau pun! Kakak & abangnye yang over excited!). Maka merasalah sibesday boy merasa kek buat pertama kalinya sepanjang 12 bulan hidup di dunia ni ( tapi bukan saya buat sebab saya dah flat berapa hari tak rehat, huhuuuu...!) Lepas bacaan doa selamat dari ayahandanya, maka bermulalah acara tiup lilin dan bukak hadiah cam biase. Skema tol kan.. xperlah.. anak-beranak je punn.. Mekaseh Wan Dolly & kakak Sarahnyer yang bagi hadiah dan juge sahabat2 yang wished him! Rayyan cakap, "meacehhhhh..."


Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Monday, February 16, 2009

Perginya seorang yang kukagumi...

Gambar terakhir bersama arwah diambil pada 27 Dec 2008 pada Majlis Doa Selamat selepas beliau pulih dari serangan strok yang pertama.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (QS. 21:35)

Hari ini tanggal 21 Safar 1430 @ 16hb Februari 2009 bersamaan hari Isnin, aku telah kehilangan seorang insan yang aku kagumi atas sifatnya yang sangat penyabar, taat pada perintah Allah dan suami serta menjadi ikon contoh muslimah solehah yang pernah aku kenali. Dia ialah maklongku iaitu satu2nya kekanda kepada bondaku; Allahyarhamah Hajjah Halimah Kamaruddin @ Nelly Sir Wilfred Stokes.

Kronologi: -
  1. Awal December 2008- Dimasukkan ke wad atas serangan strok sebelah kanan badan.
  2. Pertengan Dec 2008 - Pulih dari serangan strok (Maha Besar Allah yang memberi peluang untuk menghapuskan dosa2 dan hutang sesame manusia disamping bertaubat kepada-Nya)
  3. 27 Dec 2008 - Majlis Doa Selamat dan Ulangtahun perkahwinan ke-50 berlansung di Gunung Rapat, Ipoh, Perak.
  4. 13 Feb 2009 - Dimasukkan ke wad selepas rebah jam 2:00 am di rumahnya sebelum sempat mengejutkan paklongku untuk ke tandas. Doktor mengesahkan beliau diserang strok sebelah kiri yang melibatkan jantung.
  5. 15 Feb 2009 - Aku & keluarga sempat menziarahi arwah yang sedang tenat dan menyedekahkan bacaan Yassin & al-Quran di Hospital Besar Ipoh. Pada waktu ini arwah hanya mampu membuka mata dan menggenggam tangan saja apabila dipanggil.
  6. 16 Feb 2009 - Arwah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 10:00 am di Hospital Besar Ipoh dan dikebumikan selepas Asar.
Al-Fatihah


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

KITE KAWAN2!

 
Photobucket