Monday, February 16, 2009

Home » , , , » Perginya seorang yang kukagumi...

Perginya seorang yang kukagumi...

Gambar terakhir bersama arwah diambil pada 27 Dec 2008 pada Majlis Doa Selamat selepas beliau pulih dari serangan strok yang pertama.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (QS. 21:35)

Hari ini tanggal 21 Safar 1430 @ 16hb Februari 2009 bersamaan hari Isnin, aku telah kehilangan seorang insan yang aku kagumi atas sifatnya yang sangat penyabar, taat pada perintah Allah dan suami serta menjadi ikon contoh muslimah solehah yang pernah aku kenali. Dia ialah maklongku iaitu satu2nya kekanda kepada bondaku; Allahyarhamah Hajjah Halimah Kamaruddin @ Nelly Sir Wilfred Stokes.

Kronologi: -
  1. Awal December 2008- Dimasukkan ke wad atas serangan strok sebelah kanan badan.
  2. Pertengan Dec 2008 - Pulih dari serangan strok (Maha Besar Allah yang memberi peluang untuk menghapuskan dosa2 dan hutang sesame manusia disamping bertaubat kepada-Nya)
  3. 27 Dec 2008 - Majlis Doa Selamat dan Ulangtahun perkahwinan ke-50 berlansung di Gunung Rapat, Ipoh, Perak.
  4. 13 Feb 2009 - Dimasukkan ke wad selepas rebah jam 2:00 am di rumahnya sebelum sempat mengejutkan paklongku untuk ke tandas. Doktor mengesahkan beliau diserang strok sebelah kiri yang melibatkan jantung.
  5. 15 Feb 2009 - Aku & keluarga sempat menziarahi arwah yang sedang tenat dan menyedekahkan bacaan Yassin & al-Quran di Hospital Besar Ipoh. Pada waktu ini arwah hanya mampu membuka mata dan menggenggam tangan saja apabila dipanggil.
  6. 16 Feb 2009 - Arwah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 10:00 am di Hospital Besar Ipoh dan dikebumikan selepas Asar.
Al-Fatihah


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

1 comment

February 23, 2009 at 5:31 PM

salam takziah..akum kak leh bagi emel ker atau aper yang leh contact tak??

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket