Saturday, April 14, 2007

Hepi Besday Daniel!

Allah selamatkan kamu..
Harini sebenarnya dari pagi aku keluar p carik barang untuk coming wedding projek ni. Tapi bila teringat kata2 anak sedare aku mintak buatkan muffin chocolate untuk besday dia so aku pun wat gak la. Nak wat camno, dah cam anak sendiri je pun. Tapi sepanjang experience aku baking muffin la kan, kali ni plak la yang tetiba aku bernasib malang. Entah nape la gamaknya. Bermula dari malam harinya mase aku mem'bakar', sampai le ke harini yeitu proses membuat topping.. sumenye asek tak kena.. haaa... nape laa..
Citenyer, dari siang harinya aku kena sakit perut. Walhal org lain yang makan benda yang sama aku makan tak pulak sakit. Nasibbb.. pas2 time bakar lak, tetiba muffin aku melimpah kena besi masak tu, dah ler bau hangit satu umah. Hee.. malu gak. Pas2 muffin tu taknak masak2 pulak, berapa kali la aku sambung bakar tak jugak masak. Akhirnya bile masak, aku terpaksa la pulak potong bawahnya sebab dah melekat dengan papercup tu, minyak lak serap papercup tu so aku terpaksa salin papercup baru. Dah tu kena buang lak bahagian yang melimpah tadi. Sian tengok muffin aku upe gituh.. Huwaaa... anyway, ingat dah abes la. Skali pagi td mase nak guna choc tu unt tulis, dia keras pulak dalam piping, tp bila aku keluarkan cair pulak. Dugaan, dugaan.. Tapi akhirnya aku berjaya la jugak menyiapkannya on time.. legaaa...
Bila aku pikir2kan balik.. rasenye jadik gitu sebab aku lupe la.. heee, lupa baca Bismillah dari mule tadi. Theehee...
Moral of d story: Camno sebok pun eko jangan lupo nyobut nama Allah.
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Tuesday, April 10, 2007

Syukran..

Alhamdulillah.. syukur aku panjatkan pada Ilahi kerana pada saat aku menulis blog ni, kesihatan aku dah semakin pulih; walaupun belum pulih sepenuhnya (dan aku rasa akan mengambil masa yang agak lama untuk fully recovered. Itupun xtau sampai bila Allah nak bagi nikmat ni...) At least, aku dah nampak perubahan dan aku amik kesempatan ni untuk mengucapkan terima kasih kepada ustaz dan ustazah di Darus-Syifa Bangi & Rawang yang telah membantu aku, bondaku yang siang malam tak jemu berdoa untuk aku, suamiku yang sentiasa berusaha mengubati aku (w/pun dia sendiripun sakit), bonda, ayahanda & keluarga mentuaku yang sentiasa mengambil berat sehingga sanggup datang dari jauh bila saja terima khabar yang tak berapa menggembirakan mengenai kesihatan aku & suami, kawan-kawan yang supportive dan sama-sama berkongsi penderitaan aku.. sesungguhnya budi baik semua yang terbabit ni hanya Allah saja yang berhak membalasnya, amin..

Kerana itu, last weekend aku pun masuk la dapoq walaupun minggu ni takder order nak aku buat. Tapi tulah kan, kalau dah biasa lecah dapoq, bile tgk dapoq tu bersih, tangan tu dok gataiii je nak wat something. So, aku pun buat la muffin orange untuk disedekahkan untuk adik2 yang tak bernasib baik di Asrama Penyayang di Taman Setapak. Memandangkan mereka2 yang aku nak jamu ni terdiri daripada budak2... soooo.. aku pun wat topping untuk muffin ni guna Chocolate Ganache. Mak aiii.. anak aku sendiri sebat sampai 4 ketul! Bayangkan ajelah bile muffin orange (dan ade bytes dry orange dan poppy seeds dalamnyer) kena ngan chocolate layer kat luarnyer.. mak datuk.. SEDAP GILER BABAS!.. Theehee..

Actually nilah kali pertama aku wat topping pakai Chocolate Ganache ni atas muffin. Alhamdulillah la dapat diterima dan disukai ramai. Kesian aku tengok anak2 yatim di asrama tu berebut nak amik kotak yang aku hulur. So, kalau korang ada berhajat nak bersedekah atau ada masa lapang, marilah melawat anak2 yatim ni. Sekali seumur hidup pun jadiklah orang kate. Tapi kalau dapat selalu, alhamdulillah. Akhir kata, aku cuma berpesan kepada diri aku sendiri dan kite semua, walaumacamana pun dugaan yang kite terima dalam hidup ini, jgn mudah putus asa kerana semuanya adalah ujian dan tersemat hikmah yang sangat ternilai disebaliknya. Untuk mereka yang telah melakukan kesilapan, mintalah taubat dari Allah SWT. Sesungguhnya dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah:

"Barangsiapa yang menjadikan syaitan pelindung selain Allah, maka sesungguhnya dia menderita kerugian yang nyata" An-Nisa' :199


Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

KITE KAWAN2!

 
Photobucket