Qurban Zulhijjah 1431
Salam, rasanya boleh lagi nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aildiadha' kat korang sume walaupun dah terlepas beberapa hari. Tahun ni raya korban kitaorang bermakna jugalah sebab encek ustad ada masukkan nama dia di Klang. Katanya erti 'berkemampuan' untuk melakukan ibadah korban tu bukannya diambil-kira dari keseluruhan kemampuan kita tapi sebenarnya bila akan tiba hari raya qurban itu, kita ada kelebihan wang selepas ditolak perbelanjaan untuk anak isteri, maka itulah yang ditafsirkan sebagai 'mampu' untuk ber'qurban'. Hehee... kalau ada lebih lagi, hulur-hulur la kat isterimu yang semedang tak mencukupi ni ye, ngeh3...
Makanya pada hari lembu akan dilapah tu, kononnya kami anak-beranak sume nak turun la Klang pi tengok lembu tu nak disembelih. Kalau tak silap ada 7 ekor sumenya tahun ni tapi encek ustad punya bahagian yang no. 5. Budak-budak kan main bersemangat lagi nak pergi. Kalau selalunya bangun kan main liat tapi ni laju je bangun terus pergi mandi dan siap-siap pulak tu! Tayah tunggu subwoofer speaker aku ni nak berbunyik dulu cam biasa, haha! Sungguh magik! Tapi tulah, dah namanya takde rezekikan, nak wat caner. Sampai-sampai jek lembu dah dilapah so tak dapat la nak tengok upenye dan mase disembelih. Huhuuu, sian budak-budak (ke bapak budak, ngeh3...) Udahnya habeskan masa kat umah atok jelah, main sampai tak hengat donia! Haha! Takper ni coti sekolah ummi kasik pelepasan okeh! Layan!