Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 8 Oktober 2010

(SOLD) Used 5 months Canon EOS 550D for sale!

Jumaat, Oktober 08, 2010 0 Comments


Anyone interested please call/sms me @ (016) 2290.444 or


YM: deeb0207@yahoo.com



Item:




  • 1 unit Canon EOS 550D Body (no lense, please remember that!)

  • 1 unit Canon original battery charger

  • 1 unit Canon original battery

  • 1 unit Sandisk 8GB SDHC Card

  • 1 unit original Canon strap

  • Canon original cables

  • Set of Canon software CD's & box


Age: 5 months old only


Warranty: 1+1 year online. As at today, got another 1 year and 7 months warranty left.


Condition: Tip top 100% just like new (please meet me to see it yourself! :) )


Reason for selling: Upgrade to 1-Series gear


Terms: Cash on delivery


Meet-up place: Anywhere in Gombak/ Seri Gombak/ Taman Melawati/ Taman Melati/ Taman Setapak/ Taman Danau Kota



PRICE:


RM2000 (Not Negotiable)



The first booking this gear will get 1 unit Phottix handgrip from me worth Rm2++ and Canon Original Eyecup Extender worth RM2++ for FREE!!! :)



Isnin, 4 Oktober 2010

Progress Rumah Baru as at 25 September 2010

Isnin, Oktober 04, 2010 0 Comments

Hmmm... ade tak sesape antara korang yang beli umah kat Bukit Saujana Utama, Sungai Buloh ni? Kalau ada, marilah kite share info. Kali ni aku nak update gambar progressnya. Since launching bulan Julai 2010 haritu, baru ade sebaris la tiang yang naik kat situ. So aku sedikit musykil la sebab pemajunya, Glomac kata bulan Disember 2010 dah boleh siap. Hmmm... cam:mThinking: hmmm... kan? Tapi ramai plak yang kata kat aku toksah risau sebab Glomac ni selalu develope cepat. Kalau cepat-cepat pun binaan tak selamat risau gak la pulak lagi, hahahaaaa... macam-macam! So layan jelah gambarnya: -

Ni pemandangan dalam umah contoh. Selamba jekan ustad aku amek gambo. Padahal guard tu dah sound dah takleh amek, haha!

Ni dari luar. Dapat corner lot sedap ah tapi malangnya dah sold out. Huhuuu...


Besar kemungkinan di belakang-belakang inilah nanti umah aku, hmmm...


:minimo_37:

Aidilfitri 2010

Isnin, Oktober 04, 2010 0 Comments


Hehe... sungguh lamanya tak berupdatekan. Tersangatlah bizinya skang ni. Padan le aku tak ditakdirkan jadik Perdana Menteri ke hape. Baru keje camni pun dah takde masa, :mBerangan: hahaha...


Entahlah nak kate nape pun taktau tapi raya tahun ni rasa macam tak berapa best sangat la. Dahla adik-beradik pun tak dapat berkumpul sekali one time. Nak bergambar sama ramai-ramai of course la takde. :mSad: Tapi canerpun takperlah, janji dapat merasa lagi beraya ngan bonda dan dapat bergambar dengan dia pun cukuplah. Tahun depan-depan belum tentu lagi dapat beraya sama... huhu.... hmmmphh... blogger-emoticon.blogspot.com (tahan emo).


Kat umah mak mentua lagilah konpem tak dapat beraya cepat dan kalaupun dapat amek gamba tu kire memang bertuahla. Dah naseb pi kawen ngan anak bekas penghulu kampungkan so orang tak putus-putus la datang umah. Makanya kalau dapat beraya pun time maghrib. Yang dari tengahari datang tu cume sempat salam jelah pastu selang lengan baju siapkan hidangan dan layan tetamu, :pandaGeli_17: hehee...


Malam bile takde tetamu dah datang barulah budak-budak pun dapat main bunga api. Tahun ni disponsor oleh De dorang. Tahun depan sponsor lagi ye, :mHihi: ahaks! Itulah ceritaku di hari raya tahun ni. Bosankan? :mGelak: Hahaha... sape soh korang layan?



Selasa, 3 Ogos 2010

Film Review: Mantra

Selasa, Ogos 03, 2010 0 Comments
Gambar sumber dari Gua.com
REVIEW DARI GUA.COM

Filem:

Mantra

Dibintangi oleh:
Zul Suphiaan, Hasnul Rahmat, Ana Dahlia, Mas Muharni, Bob Lokman dan Hamdan Hj Ramli

Genre:
Seram Aksi

Tarikh Tayangan:
15 Julai 2010

Ulasan:
Perbuatan membalas dendam merupakan senjata syaitan untuk menghasut manusia ke jalan kehancuran. Apabila manusia bersekutu dengan syaitan, maka hancurlah sesebuah masyarakat.

Itulah yang cuba dipaparkan dalam filem terbaru terbitan MiG Production Sdn Bhd berjudul ‘Mantra’. Filem ini turut membongkarkan sisi gelap pengamal ilmu hitam yang mendampingi syaitan untuk tujuan perubatan.

Kalau anda peminat setia kisah seram dan mistik, anda bolehlah menonton filem ini kerana GUA yakin anda akan suka dengan jalan cerita filem ini yang tidak terlalu berat.

Selain menggunakan sistem bunyi ‘Dolby Digital Surround’, ‘Mantra’ merupakan filem seram pertama menggunakan ‘cinemascope’ yang setaraf dengan filem-filem Hollywood. Ia sekaligus dapat memberi anda lebih kepuasan dan satu pengalaman yang berbeza apabila menonton filem Malaysia.

Dari segi pelakon, pemilihan Zul Suphiaan sebagai teraju utama filem ini memang tepat. Walaupun pertama kali memegang watak utama, ternyata Zul mampu membawa karakternya dengan berkesan.

Ketika melihat lakonan Zul sedang membaca mantera, nampak seolah-olah ada ‘benda’ lain yang menguasainya. GUA nasihatkan kepada yang menonton filem ini, supaya jangan sesekali cuba untuk menghafal mantera yang ditunjukkan, kerana mantera yang digunakan adalah mantera yang asli dari Jawa dan Siam.

Selain itu, apa yang menariknya tentang filem ini ialah anda dapat saksikan beberapa babak yang dirakamkan di lokasi yang penuh bersejarah iaitu Penjara Pudu yang telah dirobohkan baru-baru ini.

‘Mantra’ mengisahkan tentang Muzir yang dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya, Muzir telah dipenjarakan seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta khalimah Allah.

Pak Long, seorang warden penjara yang juga pakcik kepada Muzir terdesak untuk mengubati isterinya yang sedang sakit. Akibatnya, dia sanggup bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan khalimah ayat di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati ketika melahirkan anak sulung dengan menggunakan gigi.

Setelah ayat dan khalimah Allah berjaya dipadamkan, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara.

Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam Muzir terhadap Hasbi.

Bagaimanakah kesudahan cerita ini, jangan lupa saksikan ‘Mantra’ pada 15 Julai ini di pawagam berhampiran anda.

Info:
‘Mantra’ merupakan filem seram pertama dan terakhir menjalani penggambaran di Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun itu.

Ok... haritu aku dah gi tengok citer ni. Overall citer ni tak membosankan lansung dan penuh ngan scence terkujat. Seram? :mSmoking: Tak sangat la sebab antu dia cume dilomor ngan kaler itam pastu boh urai2 mende ntah, pastu extra ulat sampah. Well, aku penah tengok antu yang lebih seram kot. Hehe. Tapi canerpun, sepanjang 100% citer berjalan, aku rase yang aku betul-betul amati cuma 20% sebab selebihnya aku pandang dinding, pandang sebelah mata, pandang Maria, pandang Mirul dan tak lupa beg yang menghalang mata aku sebab aku letak depan muka untuk cover takut! Haha! blogger-emoticon.blogspot.com Suspen weh... kalau ade yang sakit jantung tu please la jangan tengok ok!

Aku rasa citer ni dia punya kekuatan yelah pada Zul yang sungguh berani mati itu. :mRambut: Sebelum ni aku tak tau pun dia berlakon (hehe!) tapi lakonan dia memang hebat. Hasnul Rahmat pun okla sebab selama ni aku penah tengok dia berlakon kat dalam drama je dan tak pernah plak tengok dia pegang watak pengamal sihir camtu. Tapi memula konpius gak la sebab aku ingatkan dia ni amal ilmu betul, upenye dia pun amal sihir gaks! blogger-emoticon.blogspot.com Cesss, hampes! Heroinnye aku rase muka baru kot sebab aku taknah lak kenal pompuan ni. Nama dia Ana Dahlia. Pemilihan dia sebagai bekas isteri Zul dan isteri Hasnul yang taat memang satu pemilihan yang tepat la. Sebab raut wajah dia memang satu bonus untuk dia dengan watak tu, memang sesuaiiii. Cume yang tak bestnya biaselah, baru first time berlakon filem dah kene dedah banyak. Tapi tak taulah salah sape sebab aku dengar kat Melodi haritu dia kate dia sampai nangis-nangis taknak berlakon scene dedah tu tapi pengarah pujuk soh wat gak. :mKorek: Hmmphh biaselahhh.. wanita kene eksploitasi, tu bukan perkara baru.

Rasanya dorang tiga nilah tunggak kekuatan citer ni. Tapi of course kalau takde watak Pak Long (lakonan Hamdan-exSenario) pun, citer ni tak lengkap gak. :girl_15: Sebabnya kehadiran Hamdan sikit sebanyak ade gak la sense of humor dalam citer tu. Tapi aku rase macam citer ni banyak kene cut la sebab dalam selingan aku tengok ade adegan Zul tarik pocong tapi scene kat kubur dengan pocong tu yang ade cume time Hamdan kena bukak ikatan pocong tu ngan gigi je. Pastu that's it. Hmmm.. nape la gamaknya dipotong ye? blogger-emoticon.blogspot.com

Ok, untuk korang yang belum gi tengok, pegilah. Aku rase tak rugi tengok pun. Tapi ingat, cam yang dipesan oleh gua.com tu, jangan cuba-cuba nak hafal mentera yang dibaca oleh Zul tu sebab tu memang mentera betul. Kang kalau tetiba ade lak menatang itam dok ikut korang atau lagi teruk tetiba korang tengok badan korang ter'bolen', maap la ye... haha! :pandaGeli_27:

Jumaat, 23 Julai 2010

KENANGAN RAMADHAN bersama Ben Ashaari

Jumaat, Julai 23, 2010 0 Comments


Owh jangan tak caya. Nape ntah tetiba rase nak join plak segmen dari Abang Ben Ashaari ni (pehh, abg tuwww! :mRambut:) Kalau korang nak masuk pun skeati ah. Hado ke mak kesah? :mWekk: Kalau ndak, haaa... caranya cenggini:
Sila buat entri ...

1 ) Header .. linkkan ke entri ini .. (Maap x reti la plak caner nak link kat header tu. Tak nampak la plak mana2 button untuk link. Ke mak yg dah rabun tahap cipan? Ngehhhh.... *Wink* Ajarlaaa...)

2) Ceritakan KENANGAN RAMADHAN anda... tiada had ... kalau ada gambar pon lagi best .. (Nak citer la ni...)

3) Dari mana anda tahu segmen ini .. (semestinya dari blog abang Mat Gebu yang sungguh gebu itewww!)

Okeh. Now kene cerita. Ko x tak cukup syarat! :pandaGeli_19:



KENANGAN #1:



Bagi yang penah jenguk kat blog aku yg bakal tinggal kenangan tu, aku pernah citer pasal kes ni. Link dia kat sini. Tapi ni kene la gak cite balik sebab kang main bagi link je kene marah lak ngan abang Ben, kan, kannnn.... :pandaGeli_05:

Alkisahnya bile nak raya je, peristiwa ni musti terbayang-bayang balik dalam pikiran. Memang hamlau betollah penyangak tu! blogger-emoticon.blogspot.com Aku masih ingat, mase tu lagi beberape hari nak raya dan haritu adalah hari last keje sebelum bercuti raya. Petang tu ujan lebat sangat diikuti dengan ribut petir bagai la. Aku kat opis ni seronok ah konon sebab ujan lebat, aku selamat dalam opis tak basah. blogger-emoticon.blogspot.com Pastu pose-pose ujan plak, pehhh... memang rasa nak pose sampai isya' lah jugak. Tapi sume tu terbantut bile lebih kurang kol 4:00 petang, jiran aku merangkap menantu tuan umah tepon soh balik sebab dia suspek umah aku kene rompak. Aku pun rase cam dalam drama pilihan minggu ini bab ade orang tepon pastu pelakon tu pun terlepas gagang tepon dan terduduk! Ok, aku tipu. :mBerangan: Aku takdela nak lepas gagang. Jiran aku tepon henpon okeh. Kalau aku lepas alamat bongok diri sendiri ah kalau dah bersepai kat lantai tu haa... Dah le kene rampok pastu kene beli henpon baru plak. Ishh tak kuase....

Pastu aku pun balik dengan gigil-gigil kepala lutut terus stay umah mak aku (aku ni kan pompuan yang lemah semangat! Tak sanggup la nak tengok barang-barang umah aku diselongkar. Penat aku kemas tauu...:puteh_7:) So pak ustad la yang balik umah dan kemas ape yg patut dulu pastu kira berape kerugian. Lepas tu terus pi wat repot. Yang paling aku dendam sampai harini sebab dia culik kamera kesayangan aku tu. Pastu anak-anak pakat takot sampaikan tiap kali nak gi dapur mesti dorang berpaut-paut kat baju aku cam kelawar sebab dok bayangkan si penyamun tu dok ade lagi kat belakang pintu umah yang dah terkopak tuh! Siannn... Okeh! Cukup ke kenangan tuh? :mKanta: Tak? Okeh.. aku sambung lagi...


KENANGAN #2
Mase budak-budak dulu, bile tibe time bulan pose nilah yang paling banyak kenangan. Maklumlah adik-beradik agak ramai- 6 orang jadik macam-macamlah ragamnya. Kalau aku nak citer memangla panjang. Nanti sure korang termuntah-muntah la plak jadi aku summarizekan la ye. Antaranya: -
  • Rutin harian kiteorang adik-beradik time berbuka pose yelah lawan sape dapat habiskan nasik dulu. Bukan dapat hadiah pun tapi saje offer diri bagi rosak taliperut. blogger-emoticon.blogspot.com Biasenye juara berturut-turut kakak akulah. Kalau dia makan macam tak kunyah! Kiteorang taknahnyer menang.
  • Bile dah dekat-dekat time berbuka, masing-masing mulala main acara berebut makanan! Mulalah tuduh orang ni amek lauk lebih, orang ni dapat lauk besarlah... hishhh... burok tol perangai! :mCry: Seb baik since aku yang the youngest (alah bongsulah!) so bile aku tak dapat je cam dorang aku pun mula la sebik barang sekali dua pastu raung ngadu kat mak. Haaa.. pastu mak aku sure kasik aku menangnye, heheh! :pandaGeli_35: Tapi tu depan mak la, belakang mak dorang belasah aku!
  • Disebabkan adik-beradik aku ade 3 orang pompuan so mak aku assign setiap sorang wat 3 jenis kuih raya. Bila campur ngan mak akunyer bahagian maka cukuplah 12 balang- 1 set!!! Haha. Biasenya kakak-kakak aku akan wat kuih yang simple dan tradisional aje. Aku sorang je yang selalu cuba resepi berlainan tiap tahun. Maka dengan itu, selalunya kuih aku la yang tak sedap sokmo! Ahaks!:pandaGeli_17:
  • Jambul depan aku ni penah kontot dek kena api mase main bunga api. Apelagi, gonjeng ah sekejap. Seb baik mase tu lom sekolah. Takdelah saham jatuh, wakaka!
  • Aku pernah telan air mase mandi sebab tak tahan sangat dahaga balik sekolah blogger-emoticon.blogspot.com (aku menapak sebatu jaraknya balik umah ok! Mau tak dahaga! Kena lak hari panas! Pehhhh!) Tapi itu mase darjah satu. Diulangi ye, darjah satu! Kalau dah tua bangke ni nak wat gak memang carik nahaslah tu!
  • blogger-emoticon.blogspot.comBila dah masuk round-up malam 27 likur, akulah 'chief' yang diassign untuk pasang lampu panjut. Yang tak best bile hari hujanlah. Tengok ajelah tak dapat nak pasang.
  • Bile dah lagi 2,3 hari nak raya, biasenya arwah abah akan belikan sekotak air bergas dalam botol. Mase tu yang top air Fanta merah. Selain untuk jamu orang datang beraya nanti, air tu jugak untuk kiteorang adik-beradik bila tamat puasa nanti. Berapa banyak botol sorang dapat tu bergantung kepada penuh tak penuh puase kiteorang. So hari-hari keje aku asek usha air botol tu ajelahhh... mulalah rase lamanya nak raya! Abang aku plak bijak. Biasanya dia simpan air yg dia dapat sampai kiteorang punye bahagian dah habes. Pastu baru dia bukak dia punye. So kiteorang pun mulalah meleleh-leleh air liur tengok dia minum. Mintak sah-sah tak bagi! :mKorek:
Tapi tu sume dululah. Skang ni sume dah berkeluarga dan dok umah sendiri. Sume kenangan tu dah takdelah dah, lebih-lebih arwah abah pun dah takde (ok-ooo aku dah nak feelin!:mHihi: ) Aku rasa cukup-cukuplah aku abaikan kerja aku untuk tulis artikel ni okeh! *STOP*


Follow Me at flickr! .