Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 15 Jun 2015

Siapa kata Hari Guru tak best? Meriah uols!

Isnin, Jun 15, 2015 2 Comments



Macamana saya boleh terbabit?Ni semua Wid punye pasal lah!
Dia yang pi up nama saya kat Kumpulan Sokongan Ibubapa PIBG SKSP! Harhar...!
#Tugasan: URUSETIA FOTOGRAFI & VIDEO.
Dah! Jom layan!


Memula biar saya perkenalkan siapa dorang-dorang ni ye. Semua pinky di atas ni yelah ibubapa dari Kumpulan Sokongan Ibubapa PIBG SK Seri Pristana. Mereka-mereka ini sungguh berdedikasi dan komited untuk menjayakan sambutan Hari Guru SKSP 2015 sampai sanggup amek cuti, beli MC (ehh, tak! Acah je!) dan abaikan dapur (macam saya hehe...) Ekceli kami sume baru je berkenalan haritu tapi satulah nak kabo... walaupun baru kenai tapi kami punya sembanggg... pehh, macam jumpa balik kawan sekolah lama!

Ni majlis perasmian baru nak mula. Siap ada dayang, hulubalang segala bawak watikah perasmian kepada puan GB. Sekolah korang hader? Harhar... Lupe lak nak bagitau. Tema Hari Guru tahun ni ialah tradisional. Tu pasallah semua pakai cenggitu.
Peribahasa baru- Teacher borek, student rintik!

Pembuka tirai mejelis- tarian asmaradana. Budak-budak ni dibawa oleh Dato' Ajla - SKSP punye tokei kantin.

Pisang-pisang ni ditaja oleh FAMA. Ni dorang tengah susun untuk agihkan kepada pelajar nanti.

Bacaan ikrar Hari Guru.

Tengok! Bebudak begitu teruja okeh!

Err, cikgu-cikgu pun teruja gak hehe... Dorang dengan penuh semangat nyanyikan lagu Hari Guru... korang mampu? Harhar...

Okeh, mari saya perkenalkan barisan juri ye. Mereka-mereka ni wakil dari Majalah Asuh.

Okehhhh.. persembahan dah mula! Ni persembahan tarian 1Malaysia dari guru-guru dan pembantu murid Pra-Sekolah.

Persembahan drama sekaligus persembahan yang paling panjang pada hari tu dari guru-guru Tahun Lima.

Ini namanya boria dari guru-guru Tahun Enam.

Yang ni sungguh tacing. Persembahan guru-guru dan murid-murid PPKI (pelajar kurang upaya). I dah cuba untuk tidak keluarkan air di idung tapi tidak berjaya! Sigh!

Heiii... GB sekolah korang sporting tak macam GB sekolah ni? Join menari dengan Dato' lagi untuk murid-murid, okeh!

Tadi tu selingan je. Sambung balik dengan persembahan. Yang ni persembahan drama musikal Gembala Kambing Upin Ipin dari guru-guru Tahun Satu.

Nope! Dorang bukan tengah bersilat tu... ini persembahan dikir 'Sakitnya tuh di sini' oleh guru-guru Tahun Dua.

Ni lagi satu persembahan boria dari guru-guru Tahun Tiga. Yang ni spesel sket sebab takde muzik latar. Depa nyanyi sendiri live okeh... L-I-V-E! Dan suara cikgu itu merdu!

Persembahan drama musikal inspired by *ewah* babak dari 'Malam Pesta Muda-Mudi' filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee oleh guru-guru Tahun Empat. Yang ni memang make my day betui lah! Har har... pak meon! (sambung gelak!) Har, har...!

JUARA OF THE DAY!- persembahan drama musikal dari filem 'Labu-labi' oleh Pentadbir Sekolah! Percaya tak hangpa.. diantara hantu-hantu ni ada gurubesar, guru penolong kanan dan orang-orang kuat sekolah? Cayalah!

Sementara guru-guru tengah berpeluh buat persembahan kat ataih pentas tu kan, bebudak ni dengan cikgu amek bahagian dalam pertandingan menghias kek.

Persembahan selingan dari tokei kantin sekolah- Dato' Ajla & team. Kelas tak kelassss....

Ni persembahan ad-hoc namanya dari pelajar Tahun 3. Dorang ni wakil sekolah untuk pertandingan 'Action Song' dan jadik juara peringkat negeri pada tahun ni. Syabas kiddos!

Kek-kek yang dah siap dihias! Cantik depa hias kek tu, kan? Tak sia-sia daku berbahang muka dua hari dok depan oven membako kek-kek ini! Hehe...

Pertandingan menghias kek ni yang jadik jurinya ialah YH Dato Nazipah Jamaluddin dari FAMA, Puan Shima dari Majalah Asuh dan GB sendiri.
Ekhemmm!!! Nak bagitau gak *tak kira! Haha..* Ini kek yang saya buat untuk guru-guru SKSP sumbangan Kumpulan Sokongan Ibubapa PIBG yang owhsem tu!
Sebelum budak-budak balik, kiteorang bagi goodies dulu kat depa. Kalau korang sume nak tau, pembikinan goodies ni bermula seawal dua minggu sebelum event ni lagi. Memang terbaeklah KSIB PIBG SKSP nih!

Dah habes persembahan, tunggu ape lagik? Kasik belanja satu gambo la kannn? Cikgu-cikgu SKSP ni memang terbaek!

Owh ye, wajib gak dikenang.. mereka-mereka ni wakil dari FAMA & Majalah Asuh yang sudi menaja dan jadik juri of the day! Terbaek!

and last but not least....




Untuk info:
Sambutan Hari Guru SKSP 2015 ni merupakan yang pertama seadanya dari semua sekolah di Malaysia ini, yang mana kesemua pengurusan aturcara majlis termasuk dana adalah hasil usaha dan dilaksanakan oleh Kumpulan Sokongan Ibubapa PIBG SK Seri Pristana sendiri. 
HEBAK DOK? 



Signature

Rabu, 13 Mei 2015

Jom camping!

Rabu, Mei 13, 2015 4 Comments


Siyesli spiking...
I is tak ske masuk hutan.
Tak ske serangga yang tah hapa-hapa spesis lebih-lebih lagi yang bangsa keje asek nak menggigit semedang.
Tak ske baju basah.
Tak ske baju basah.. eh tertulis dua kali!

Tapikan, i kan gigih nak rebut takhta isteri mithali jadik i kenalah support apa yang encek syuben suka buat, walaupun kena terima hakikat kulit gebu i akan kena gigit, baju melekit dan yang sewaktu dengannya. So haritu pak ostad bawak kiteorang gi camping kat Sg. Tua kat batukep (heh, dekat je pun!) Ekcelli hari sebelum tu, kiteorang gamble gi Hulu Langat konon nak camping. Tapi apela punye naseb ramei sungguh orang dari Sg Congkak sampai le ke Sg Gabai. Dah ler jem dalam 20 minit sebab ada eksiden. Akhirnya dari pukul 11:00 pagi sampai pukul 6:00 petang haritu, kiteorang cuma bawak makanan, khemah dan segala eksesori tu berjalan-jalan je dengan kete kompeni haha... sadis!

Sebenarnya Sg. Tua ni pun kiteorang main gamble aje sebab balik umah hari sebelum tu Rayyan dah merajuk sendu sebab tak jadik camping. So hari tu memang tekad ajelah. Lagipun makanan pun dah berapa lama nak simpan perap dok kluar masuk esbok tu daaa...

Mari sediakan tempat lepak dulu ye. Ummi takleh wat keje nanti sakit pinggang jadi ummi amek gambo hajer hehe...
Nama tempat yang kiteorang pegi ni Hutan Lipur I. Lokasi dia kat tepi jalan je melalui Jalan Ulu Yam lama. Kalau korang ke depan sikit nanti jumpa satu lagi spot namanya Hutan Lipur II tapi haritu kiteorang tak gamak nak masuk situ sebab penuh!

Yang macam pondok kaler merah tu tempat nak memasak tapi rasanya itu untuk orang yang sewa resort kat dalam tu kot. Tapi nama resort tu tak tau sebab tak nampak pulak signboard. Kat belah sana jugak banyak pondok untuk orang yang duduk kat resort tu. Outsiders yang datang macam kiteorang ni kena pilih tapak batu jelah bentang khemah huhu...

Dia punye environment boleh kata lebih kurang macam Sg Chiling kat Batang Kali. Air dia DEFINITELY lah sejuk! Cuma i is tetap tak ske serangga yang berlompatan di atas permukaan air yang asek sebok nak datang dekat, huhu! Kenapalah mereka itu sangat besar!!!! Huaaaa...! Mencik!!!

Percubaan guna setting blur tapi macam kena tambah lagi jek, kan? Okeh failed!

Bab masak & makan memang ditunggu-tunggu! Yeszzz!!! Ngee...

Pestaim masak dalam bekas ni tauuu... bangga uols mak dapat masak nasi tak mentah! Harhar!

Cik minah ni hobi dia tiap lima minit gi basuh kaki sebab kaki kena pasir, huhu...! Mari kite abadikan gambonye sebagai bukti. Besok-besok nanti cucu tanya bolehlah tunjuk, haa ni lah gaya mak hang masuk hutan huhu...

Heaven btol bila daging & ayam dipanggang atas arang. Nampak jek macam hangit tapi ekcelli okeh. Mungkin sebab effect madu ke atas pembakaran kot hehe! Nak masak kat umah pakai arang memang tak lah. Adekah daku harus mengikut pak ostad lagi bercamping? Owh tidakkk!!!

Semua itu untuk dia sorang. Apekahhh???
Tak taulah ape ke nama spesis encek ni. Dia ada banyak kat pokok tempat parking.

Beware of budak-budak merah ni. Sekali kena geget, seminggu pun blom tentu ilang gatal dia tau huhu...
NOTAKAKI SAIZ TUJUH: 
Silalah abaikan tarikh kat gambar tu ye. Nampak nau dah lama tak guna kamerakan? Sampai date dia pun dah larik setting harhar..


Signature
Follow Me at flickr! .