Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 10 Disember 2014

Cuti2 Malaysia: Wakaf Che Yeh- Siri IV: JJCM- Restoran Zaine

Rabu, Disember 10, 2014 4 Comments


Satu je wording yang sesuai untuk makanan kat kedai ni- 

MABELES & OWHSEM! 

Yelah, yelah........ dua!

Kedai ni berdekatan je dengan Restoren Istana Impian Catering yang saya cite kat sini tu. Kire macam selang beberapa buah kedai jelah. Tapi yang ni memang dah ngadap dengan pasar Wakaf Che Yeh tu betul-betul. Tukang masak dia orang Pakistan pior so masakan dia memang perghhh sedap!!! Bukan tu je, pakcik owner ni sangatlah friendly sampai dia sudah tertarik nak jadikan Rayyan menantu cucu dia! Ade canlah mak mentua makan sedap free hari-hari napok gayanye! Kihkih...


Kat sini menu dia cuma ada beriani kambing, beriana ayam, nan cheese dan kebab. So haritu kiteorang sume diet *jangan percaya sangat* so kiteorang order nan cheese dengan kebab. Repeat order 2 kali sebab punyelah sedap okeh so takde maknelah diet agaga... Ekcelli kedai ni bukan la kedai sangat tapi dia cuma satu sudut tepi jalan yang dia pasang banner dan boleh muat 2,3 meja aje. Tapi saya sangat respek & tabik spring kat foreigners ni sebab dengan hanya kedai yang tak macam kedai tu tapi siapa sangka makanannya sodap hingga menjilat kepala lutut! *okeh tipu disitu*
So sesapa nak carik, landmark paling senang yelah pasar Wakaf Che Yeh dan jugak McDonald's. Konpem kedai makan Zaine ni ada di sinun!


RATING
Servis: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar


Klik sini untuk baca kisah masa dalam perjalanan ke sini!

Sini plak cite pasal homestay yang kami stay masa kat sana!

Review pasal Restoran Istana Impian Catering kat sini: -

Signature

Selasa, 9 Disember 2014

Cuti2 Malaysia: Wakaf Che Yeh- Siri III: JJCM-Restoren Istana Impian Katering

Selasa, Disember 09, 2014 2 Comments


Kedai makan ni yelah kedai makan yang pertama kiteorang singgah bila dah sampai kat Wakaf Che Yeh. Ada banyak ekcelli kedai makan area ni tapi ntah nape kedai makan ni nampak ramai orang so macam tertarik plak nak cuba. Meh kite nengok best ke dok!

Kat menu bunyik cam menarik- Air Jagung Laici tapi hakikatnya rasa dia macam air jagung kordial yang jual kat paso malam tu dan 2 bijik laici diternak di dalamnya. Sebelahnya ialah air bandung laici yang sepatutnya mengandungi anak-anak laici tetapi tidak ditemui.

Nasi goreng ayam blackpepper. Not bad. Nasi goreng dia guna nasi yang agak lembik tapi saya tak sure lah kot kat sini memang orang masak nasi goreng guna nasi yang agak lembik macam tu.

Sup daging ni sedap. Rasanya memang specialty kat sini yelah sup sebab kat banner dia ade macam-macam jenis sup termasuk yang rare macam sup belut dan sup urat.

Untuk orang yang baru je datang kat Wakaf Che Yeh ni.. kedai makan ni agak quiet frustation la gak. Pertama sebab masa untuk serve air je pun amek masa sampai 30 minit. Tapi takleh nak salahkan kot sebab orang ramai. Cuma beza kat KL walaupun makanan sampai lambat tapi biasanya air amek masa less then 10 minutes je kot untuk sampai kat meja kastemer.

Secondly, saya rasa rege dia macam mahal sikit kot. Nasi goreng ayam blackpper, sup daging, nasi putih separuh 2 pinggan dengan telur dadar dan air jagung, air bandung, air milo dan air teh.. semuanya RM37/-. Kami penah makan lauk yang pelbagai dengan harga ni kat KL huhu... Untuk itu, saya bagi: -



RATING
Servis: star
Food: starstar



Klik sini untuk baca kisah masa dalam perjalanan ke sini!

Sini plak cite pasal homestay yang kami stay masa kat sana!

Signature

Isnin, 8 Disember 2014

Cuti2 Malaysia: Wakaf Che Yeh- Siri II: The Homestay

Isnin, Disember 08, 2014 6 Comments


Bertolak dari Sungai Buloh jam 12:30 tengahari ikut jalan Simpang Pulai- Cameron- Gua Musang... berhenti rehat sekali kat R&R Ipoh, sekali lagi kat Cameron dan sekali lagi kat R&R Gua Musang. Akhirnya sampai kat Wakaf Che Yeh jam 9:30 malam...

Total travel journey yelah 9 jam! Uffff!!!

Apelah. Tu pun tak bersyukur dapat sampai dengan selamat kan? Hishhh...



Nama homestay yang kiteorang dok ni yelah Homestay Anjung Desa di Jalan Pintu Geng. Yang sebeno-benonya citer, bukan homestay ni yang pak ustad dapat dari HR tapi Riverview Hotel. Masalahnya jarak dari sana ke opis tu jauh dan itu tidak menyumbang kepada kesenangan drebar yang kena anta dia gi keje pepagi iaitu, saya hehe... Oleh sebab itu, homestay ni lah jadi pilihan pak ustad sebab jaraknya ke sana cuma 5 minit perjalanan aje. Panjang tul eksplen, korang bace ke ni hoi! Ahaks..

Meh tengok caner suasana luar dan dalam homestay ni: -

Pandangan dari tepi kiri rumah dimana letaknya pintu sliding untuk masuk ke dalam. Dibalik tembok tu ada jalan kecik muat sebijik kereta kuar masuk jadi bila ade kereta lalu, dorang kena bagi hon panjang untuk bagitau pemandu yang kat the other side tu ada kereta sedang lalu. Rumah jiran tu ada banyak sangat ayam dan ayam dia akan bagi alarm walaupun baru pukul 4 pagi huhu... Ok dia soh bangun solat tahajud! Tu pun tak paham!
Ni ruang tamu yang sangat luas. Kalau nak bentang tilam tido kat luar ni boleh muat 15 orang saya estimated hehe...

Ni bilik tidur nombor 1. Ekceli ada satu katil queen tapi tilam queen bawah tu saya yang bentang sebab semua pakat tido dalam bilik ni har har! Nama je anak ustad tapi penakut. puiii...! Owh ye jangan risau pasal tilam. bantal, selimut sebab ada baaaaanyak sangat kat sini.

Ini bilik tidur nombor 2. Digunakan sebagai bilik solat sebab kat bilik nombor satu tadi dah penuh dengan manusia dan beg hehe...

Bilik nombor 3 ni kecik sikit dan terletak kat hujung belakang umah berhampiran dapur. Bilik ni attached sekali dengan satu tandas kecik.

Ni tandas yang attached dengan bilik di atas tadi tu... Sume complete kecuali water heater.

Ni plak tandas dalam bilik nombor 1 tadi. Bilik tandas ni lebih luas dan ada water heater.

Ruang makan dan tempat seterika. Pintu sebelah kiri tu untuk ke bilik nombor 3 tadi. Sebelah pintu tu ada washing machine.

Ruang dapur boleh guna untuk memasak sebab kuali, gas, periuk sume ada. Tapi dah nama pun cuti kan- Malas ah nak masak! Heheh...!

*********************************************************************************
The Verdict: -

YANG BEST!

  1. Sangat luas dan selesa. Overall saya rasa boleh muat 3-4 famili dengan saiz satu keluarga 6 orang. Err tapi cuma 15 orang je maximum limit dibenarkan stay kat sini dalam satu masa ye hehe... itu syarat tuan ghomah!
  2. Rumah ni terletak dalam kawasan kampung jadi kita betul-betul dapat merasai suasana berada didesa. Sepanjang 5 hari saya kat sana, selama tu jugak saya kena pakai stokin dan cardigan sebab sejuk. Mungkin sebab lokasi bersebelahan hutan dan hujan turun 3/5 hari masa saya kat sana.
  3. Senang giler nak carik makan. Tak kire la untuk bekpes ke, lunch, teatime, dinner ke hatta supper pun senang sebab orang jual makanan depan rumah dan tepi jalan, kedai makan dan restoran semuanya banyak! Siap pitih jah!
  4. Ade semua kemudahan macam Astro, aircond, water heater, mesin basuh, dapur dan paling penting- Wifi on 24 jam okeh! Ahaks! *penting tau untuk show off status kat FB hahaha...*
  5. Parking luas giler!

YANG TAK BERAPA BEST :(

  1. Mungkin sebab bersebelahan dengan hutan, maka ada banyak semut dan serangga masuk dalam rumah ni so silelah bawak spray okeh! Owh ye... semut, labah-labah, lipas, ulat gonggok dan cicak dia adalah size hutan ye iaitu size XL huhu...
  2. Air dia agak karat so untuk bancuh minum eloklah beli air mineral kat kedai dan masak. Ada pot untuk masak air kat dapo.
  3. Errr... tu je kot!


Cik Scotty...(jangan tanya kenapa bagi nama ni- Maria yang bagi!) Hari-hari dia mai teman kami hehe...

So kalau korang gi Kota Bharu dan mencarik homestay yang berdekatan dengan Wakaf Che Yeh, di sinilah tempatnya! Rege sehari semalam cuma RM180 tapi kami dok sana pree aje. Opis pak ustad yang bayo hehe.. *jangan jeles eh...* Kalau korang nak dapatkan info lebih lanjut bolehlah layari blog dia kat http://homestayselesa.blogspot.com atau kalau nak terus tempah, boleh kol Cikgu Ashida (013-9867364 atau 018-9009104) atau Cikgu Aminuddin (013-9207364)!

By the way, kak Ashida ni sangat friendly dan baik hati oghenya tau! Dok cayo cubo tera! *Wink*


Klik sini untuk baca kisah masa dalam perjalanan ke sini!

Signature

Jumaat, 5 Disember 2014

Cuti2 Malaysia: Wakaf Che Yeh- SIRI I: The Journey

Jumaat, Disember 05, 2014 4 Comments


Ok terus-terang cakap. Kiteorang satu famili ni memang keturunan suke memerap dalam ghumah dari merayap taim cuti. Tapi kan haritu pak ustad tetiba plak oper ugut ikut teman dia keje kat Wakaf Che Yeh. Memandangkan sejak dok umah ni dah 2 tahun taknah travel camni dan kebetulan cuti sekolah... maka ajak-ajakan ayam cenggini memang mendapat respons yang pantas. So.... KAMI IKUT!!!

Kiteorang hangguk je bila pak ustad kata dia nak ikut jalan Simpang Pulai- Cameron- Gua Musang kononnya cepat sikit sampai. Kalau ikut estimate encik gugel sepatutnya boleh sampai dalam masa 6 jam... kalau tak brenti untuk shi shi, solat, rehat dan sewaktu dengannya lah. Jadi consider jek yang 6 jam tu angan-angan je ye!

Tapi nak bagitaulah ye, jalan dari Simpang Pulai-Cameron tu macam ular sikit tau. Ok tipu... banyak! Sakit otak di situ... tapi tabahkan ati ye sebab nak cepat sampai katenya. Oleh sebab itu, sampai je puncak Cameron, pak ustad stop kejap sebab takut makin pening. Kat situ ada kedai stoberi, sayur dan ceklat. Saya tak pergi buang duit kat stoberi atau sayur sebab saya akan duduk kat Kelantan dalam 5 hari. So beli semua tu macam wasted je kang balik sini dah tak elokkan? Bijaknya...

Maka tempat yang paling sesuai labur duit yelah kat sini- Avant Chocolate! Kedai ni cantik sangat! Ala-ala deko English gitu. Ada banyak benda yang dia jual sebenarnya instead of cekelat macam jem, serbuk teh, serbuk kopi, kek. Yang best tu sebab cekelat, teh, kopi tu sume ada 4-5 jenis perasa macam stoberi, durian, peach, lavender... dan paling penting rege dia murah hokeh!

Sebotol jem blueberry, 3 kotak coklat stoberi yang yummy dan 3 kotak coklat durian percaya tak harga dia cuma RM28.90!

Okeh, lepas ni saya nak citer pasal homestay yang saya tinggal selama 5 hari tu!
Tunggu.......

P/S: Berenti sebab taknak peninglah sangat kannn??? Jalan balik baru sepuluh minit Rayyan pun muntah! Kahkah...

Signature

Jumaat, 21 November 2014

JJCM: Bara Cafe, Saujana Utama Sg Buloh

Jumaat, November 21, 2014 0 Comments


Kalau korang peminat masakan pure Siam kan, haaaaaa..... kat sinilah tempatnya! Restoran ni ekcelli baru je bukak minggu lepas tapi gossip mengenai menunya dah melata dalam sejana nih haa... Mungkin sebab baru bukak jugak, menu dia tak banyak tapi yang tiga ni wajib korang cuba: -

NASI AYAM KHAW MOK
Nasi dia lain dari nasi ayam biasa sebab berempah. Siap dengan sup dan sambal cili. Sodap gak.

LAKSA SIAM
Beza dengan laksa kita dia pakai kuah lemak. Yang ni i ske! Bagi yang takut dengan words 'lemak' di situ, laksa penang pun ada hehe...

ROTI BUKIT API
Haaaaaaa.. yang ni tak tau apa rasa tapi rupe dia memang macam meanggil-manggil hagaga... haritu gi benda alah ni blom ada jadi belom boleh bagi rating yek hehe..
(Pict kredit to Bara Cafe)

So sesape yang rasa-rasa tak penah makan tiga benda alah ni, meh le datang Saujana Utama. Saya ebelebel je untuk dibelanja! Ahaks!


UPDATED 2015Sekarang ni kedai ni dah tak wujud kat sini lagik. Tak tau dia pi mana. Huhuuu.. rindu kat laksa sedap tu sob, sob...

Signature
Follow Me at flickr! .