Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 16 Mei 2014

D.I.Y: Projek Hadiah Hari Guru 2014

Jumaat, Mei 16, 2014 10 Comments


Bersempena Hari Guru hari ni, saya nak ajor korang caner nak hasilkan DIY Cake in the Jar sebagai hadiah untuk guru. Sebelum tu, saya nak ucapkan 'Selamat Hari Guru' dan 'Terima Kasih' kerana tanpa guru, saya dan anak-anak saya malah semua orang tak akan menjadi 'apa yang adalah kita pada hari ini' jika tidak dengan pengorbanan guru-guru mengajar dan mendidik tanpa jemu. Saya TABIK di situ.

Memula kite tengok apa bahan yang kita perlukan okeh: -


  1. Balang/ cawan/ mug atau apa saja yang cantik. Saya dapat mug kawaii ni kat Hinode hehe...
  2. Base cake- Saya gunakan base kek sponge orange untuk ni bersaiz 10"x12".Resepi kek span asas tengok kat bawah nanti ye.

    3. Krim- saya gunakan krim keju leleh untuk projek ni. Resepi pun ada kat bawah.
   4. Buah-buahan/ kekacang- saya guna laici, strawberry dan walnut.
   5. Aksesories hiasan seperti reben, kertas doili dan sticker.


Sekarang kite lompat ke cara membuatnya: -
a) Gunakan pemotong untuk memotong kek mengikut bentuk cawan/ mug/ balang yang kite ada. Kat sini saya gunakan pemotong bersaiz diameter <2.5" dan dapat menghasilkan 20 bulatan. Setiap bekas kita akan gunakan 2 keping dasar kek jadi saya dapat 10 bijik 'Cake in the Jar' untuk adunan sebanyak ni.

b) Letakkan sekeping kek yang dah dipotong ke dalam bekas


c) Tuangkan krim sebanyak yang kite kehendaki. Tapiskan laici untuk asingkan airnya dan susun di atas krim tadi.


d) Tutup buah laici dengan sedikit krim lagi dan letakkan sekeping kek di atasnya.
e) Masukkan sedikit krim lagi dan susun kepingan walnut.

f) Tuang lagi krim sehingga memenuhi bekas dan akhiri dengan meletakkan seketui stoberi di atas.

Tadaaaaa... ops! Belum siap lagi. Sekarang masa untuk hiaskan mug comel ni.

a) Tutup bekas korang tu supaya senang nak deko. Masa memula nak carik bekas keep in mind bekas tu mesti kena ada penutup okeh.

b) Sediakan aksesori hiasan korang dan hias jelah! Ngeh, ngeh...

Haa ni barulah TADAAAAA!!! Dah siap! Boleh bagi kat cikgu dah sekarang!

Sebenarnya memang amek masa sikit la untuk buat hadiah sendiri tapi mungkin saya ni agak 'old fashion' kot sebab bagi saya hadiah mesti datang dari usaha, tenaga dan masa yang kite korban untuk jadikannya, baru ia jadi betul-betul 'bermakna'. Tapi opkoslah kan bagi yang bekerja memang payah nak buat. Kalau projek macam ni alamat kena wat siap-siap hari minggu. Apapun pilihan ditangan sendiri. 

Untuk semua guru-guru yang pernah mengajar saya di SRK Gombak Satu,
SMK Gombak Setia,
SM Teknik Ipoh
dan
EDI College
serta semua yang pernah dan sedang mengajar anak-anak saya di SK Danau Kota,
SK Seri Pristana,
Pra-Sekolah Sri Pristana
dan
SMK Saujana Utama...

TERIMA KASIH CIKGU!!!

*********************************************************************************

Resepi asas kek span: -

BAHAN A
4 biji telur gred A
100gm gula halus
1 sudu besar ovalette
2 sudu teh esen vanilla (saya tukar dengan orange paste)
25ml air

BAHAN B
120gm tepung naik sendiri
20gm tepung jagung

BAHAN C
75ml minyak jagung/ mentega cair

Caranya: -
Pukul Bahan A sehingga kembang dan masukkan Bahan B. Kacau sehingga gebu. Akhir sekali masukkan Bahan C. Kaup balik sampai sebati dan bakar selama 20 minit suhu 150 darjah celsius.

BAHAN KRIM:
250gm cream cheese
125ml susu pekat
100ml whipped cream
1 sudu teh jus lemon

Caranya:
Putar saja kesemuanya sehingga gebu.


  Signature

Jumaat, 18 April 2014

Mari Belajar Deko Kek Cawan!

Jumaat, April 18, 2014 10 Comments


MARI GELAK-GULING BERJEMAAH.
Haritu kelas Rayyan belajar cara-cara nak mendeko kek cawan dan yang jadik cikgu tipunya sape lagi kalau tak mak jemah ni har har.. ok fine, gelak ar sebab masa balik tu saya cerita kat abangnya si budaktaiklalatepibibir tu yang hari ni ummi ngajar kelas adik. Dalam hati mesti dia kata;

"Wahhhh, terernya ummi...!" 

Tapi hakikatnya dia cuma kata;

"Lawaknya"




Krik..... krik.... 





Ok fine. Sambung cite.


Ni nak bagitau korang.. ngajo bebudak ni kan dia punye seronok lain macam tau nak citer. Setiap kali kite dapat tunjuk depa hasil kerastangan kite ni, depa punya tepok tangan siap pakej "WHOAAAA!!!" Hahaha, makin perasan le mak kunun terer hagaga...

Masing-masing tengah mennunggu giliran

Misi hantam sajalah bukan depa tau pun makcik ni klentong depa har har...

Sebelum masing-masing deko atas kek cawan memasing, makcik kena bagi latihan amali dulu, heh!

Hamek hang buat sendiri haha.. kat ghumah jangan harap Rayyan nak ku bagi deko mampuih kek orang kang kena reject hiu hiu...

Ni hasil keje depa.. budak-budak pra-sekolah berumur 6 tahun yang lansung takde basic melukih atas kek tapi telah berjaya dipesongkan pemikirannya jadik kreatip.... haa amacam? Rasa terhina tak agaga...


 HAPPY FACES! Ummi cayang korang! *tetiba!*
Ye, ye.. i know ramai yang tanya bile saya nak bukak kelas dewasa... Saya bukan tanak wat tapi cube korang kaji alasan ni okeh tak? : -

  1. Saya tak layak nak mengajar sebab saya menuntut pun dari hasil pemerhatian 'Chef Wan Dolly' aka mak saya dan selebihnya trial and error sampai penuh tong sampah baru berjaya hehe...
  2. Hangpa yang besor ni sume ketegaq ajor banyak kali pun tak paham-paham tak macam ngajo bebudak sekali tunjuk dah terer hahahaha.. ayat makan hati tak? Taklah sebenarnya dah banyak dah kelas untuk dewasa ni so korang pilih je lah nak pi yang mana. Janji siap ongkosnya ngeh, ngeh...
  3. M.A.L.A.S. hahahahaha...




JUMPA LAGI SAYANG-SAYANG UMMI SEMUAAAAA..!!! Besor besok jangan lupe kat makcik yang ajor korang lukih atas kek ni tau.. hagaga *kesat hinguih + ayormate*



Signature

Rabu, 16 April 2014

Resepi: Nasi Goreng Baked Cheese

Rabu, April 16, 2014 6 Comments


Ni lah jadiknya kalau budak-budak dah bosan dengan nasi goreng style sedia ada. Lebih-lebih kalau korang mempunyai anak yang bertaik lalat ditepi bibir seperti saya, maka adalah KEWAJIBAN untuk rajin mencipta resepi sebelum beliau me'laser' dengan ayat-ayat seperti;

"Ni je ummi masak?"  ... atau..
"Laaa ummi ni dah tak tau masak ke?" ... ye sedikit sadis di situ tapi lebih baik dari yang ini --->
"Eeeiiiiii ummi masak apa tuuuu??? Tanaklah makan!" .. sob, sob (kisah benar)


So harini saya nak perturunkan resepi yang sonang yang hamat tapi boleh tipu minda kekanak sebab pabila masak nasi ini berasa seperti pizza. Jadi bolehlah klentong budak-budak yang ni pizza versi nasi ye! Ekcelli nasi gorengnya boleh belasah je ikut ske korang tapi untuk yang gambar ni saya wat cenggini: -

Bahan-bahan:

  • sedikit bawang besar potong dadu/ cincang
  • sebijik bawang putih
  • sedikit butter untuk menumis
  • nasi putih 2-3 pot
  • apa-apa daging/ ayam/ seafood. Di sini saya guna sotong dan daging kisar.
  • apa-apa sayur yang ada dalam esbok. Saya guna kacang panjang dan daun sup.
  • cili masak yang dipotong halus atau guna cili kisar pun boleh
  • sedikit garam
  • sedikit lada sulah
  • serbuk perasa/ cukup rasa/ kiub ayam
  • sedikit daun basil/ oregano/ thymes dan sewaktu dengannya
  • sedikit cheese parut

Cara-caranya: -
  1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang besar sama bawang putih. Bila dah naik bau, masukkan daging kisar. Gaul sekejap sampai daging masak.
  2. Masukkan sayur dan cili diikuti nasi. Kemudian campak pi lada sulah, garam, serbuk perasa dan kacau rata. Last sekali masukkan sotong dan tutup api bila nampak sotong dah masak.
  3. Masukkan nasi goreng ke dalam bekas tahan mikrowave dan tabur parutan cheese. Akhirkan dengan menabur daun thymes, basil, oregano sume tu. Takde pun takpe.
  4. Masukkan dalam ketuhar dan set api atas aje pada suhu 200 darjah Celsius. Masak dalam 10-20 minit atau sampai nampak cheese dah kekuningan dan mula mencair.
  5. Wallah! Dah siap!


Signature

Khamis, 13 Februari 2014

Pi IKEA??? Sekarang tak perlu lagi!

Khamis, Februari 13, 2014 12 Comments


Dulu kan zaman keroje, pantang IKEA ada sale je mulelah saya tak senang duduk. Kena-kena pulak ade sekor syaiton besor dok hasut ajak tuang keje pi soping sana akaka..
*Wei Aju ko jangan terasa tau hiu hiu...*
Tapi la ni semenjak dua menjak jadik dapur opiser bertarap donia nih, ate maleh no nak gi sana.

Takde duit saje le bagi alasan maleh. Kah, kah...



Tapi rak ni memang saya carik dah lama dah since dari baru pindah umah ni sebabnya saya dah beli sebelum ni... tapi tak cukup le pulak. Barang melebihi muatan cenggitulah jadiknya. Merata la saya carik tapi idok jumpe jugak rak yang sama macam yang kat IKEA tu. Boleh je beli yang lain design tapi tercabar la kewibawaan i sebagai bekas pelajar senireka kejuruteraan ni kannn.. (tanak kalah tu, ihiks!)

Di satu hari yang tenang... (kononnya)

Godek punye godek sekali terjumpak la dengan page Small Palace kat pesbuk. Dia ni juai barang-barang dari IKEA secara online. Amatlah sesuai untuk

kaki pemalas, 
kaki jimat, 
kaki malas nak beratur, 
malas nak carik parking 
dan
malas nak ayat toklaki ajak gi soping macam saya hehee.... 

Opkos la korang kena bayar sket untuk postage tapi same gak kan, korang gi sana bayar parking, bayar duit minyak bla, bla... kalau order ngan dia ni korang boleh beli barang dengan satu jari je sambil nguyah kopok dan ditemani secawan kopi panas lagi! Dijamin tangan dan kuku korang bersih dan tumit tak pecah berdiri lama!


So akhirnya dapatlah saya memiliki rak idaman saya tu hehe... Orang kata dah alang-alang beli tu kan, saya beli lah sekali clip plastik makanan ni. Haishh... tulah masalahnya- nak beli satu, pi beli dua. Tu blom masuk supermarket lagi. Nak beli limau sebiji je.. tapi ubat jerawat, kopiko, ceklat kat display rack sume pun saya hangkut. Udahnya janji tadi gi paso nak belanja bawah dua hengget akhirnya jadik lapan puloh dua hengget lima posen, haishhh!


Ok nak cite lagi satu benda. Hari yang sama dapat parcel SmallPalace ni, dapat jugak barang yang saya hoder dari hakak Shilla ni. Suke sangat weh! Pernah baca blog orang tu dia pernah beli seketui je benda alah ni RM80/- tapi ngan hakak Shilla, dua bijik camni tujuh poloh hengget je untung tak untung wehhhh! (tumbuh tanduk)


Ni versi dah diisi dengan cereal pek 150gm. Boh yang kotak kecik dulu wehhh demi untuk testing hehe...

|
|
|
|
V

Amacam? Cantik tak? Cantik tak?....


Signature

Selasa, 4 Februari 2014

D.I.Y: Projek Wall Sticker ;)

Selasa, Februari 04, 2014 8 Comments


 
Haritu saje je jalan-jalan blog orang tengok jeles caner dorang deko umah memasing maka tersinggahlah ke blog Rencah Kehidupanku ni. Bila tengok dia pasang wallsticker rasa cam teringin le plak tapi usaha meng'usha' big bosh tak berapa berjaya sebab dia sonyapppp jo, huhuu... maka saya dah lupekanlah aje hasrat murni buang duit itu... Tetiba selang seminggu, dua lepas tu dia bagi duit suruh gi beli mana yang saya berkenan. Wahhhh...Teruja mak!!! Well, nak kata apekannn... isteri mithali le katekan... tak push bebel pun dapat. *Riak dahhhh!* Agaga...


Sebelum tu memang saya dah lama berkenan ngan design dari Wall Sticker Paper Deco Malaysia ni. Harga RM50 satu roll oklah tu sebab saya cuma nak pasang kat tabletop aje. Saya pilih kaler dan corak ni sebab nak transform tabletop saya jadik ala-ala English style gituh *ecehhhhh...*


Okeh adik-adik, memula sekali korang kenalah bersihkan dulu tempat yang nak ditampal nanti tu ye. Ambik kain bersih dan lap sampai korang pasti kawasan tu dah bebas dari habuk dan sebarang bendasing yang mengganggu ye.

Cermin-cermin yang ade kat dinding tu kena cabut dulu ok.

Kendian, sediakan wallpaper sticker, gunting, pensil, pembaris dan kalau ada pita ukur pun okeh.


...CAMNER NAK MULA...
  1. Ukur dulu berapa panjang dan lebar tempat kite nak tampal tu kemudian tandakan ukuran tu pada belakang wallpaper sticker tadi.
  2. Lepas gunting, kopek sikit bahagian hujung sticker tu dan buka terus sampai lebih kurang 4 inci dan kemaskan bahagian belakang sticker yang tak bergam tu supaya tak mengganggu time nak menampal kang.
  3. Acu kat tempat nak tampal tu kiri kanan. Kalau dah puas ati, baru lekapkan bahagian 4 inci tadi tu kemudian tarik melurut perlahan-lahan baki sticker tadi tu ke bawah. Sepatutnya dengan cara ni sticker tu akan lekap dengan cantik (takde bubble-bubble dah) tapi kalau ade boleh je bukak balik dan cuba lagi sekali, dua kali, sepuloh kali, seratus kali... ikut sukelah. Tapi kalau dah seratus kali bukak dah tak rupa sticker jangan plak gi marah tukang jual wallpaper tu yek! Ahaks!
  4. Tips: Untuk jimatkan sticker, pastikan korang ukur betul-betul supaya tak banyak sticker yang tak guna dikendian hari. Lagi satu, jangan risau kalau nak tampal sini sikit sana sikit sebab bile dah tampal memang tak nampak dah kesan menampal tu. Nampak even aje *kalau korang pro cam saya lah haha, konon!*


Hasilnya....

Ada lebih lagi saya tampal kat tepi tangga ----->

Lampu ni memang datang sekali dengan sticker pokok dan burung tu. Saya beli dengan Almari Nora dah lama dah tapi nampak cam tergantung sebab tapaknya tak jejak tanah haha... so dengan adanya brick sticker tu barulah nampak cam dia ade tapak berdiri sketkan. Tapi sekarang ada masalah barulah pulak! Nampak macam tapak dinding dia tak habis tapi.... sticker dah yillek so buat-buat tak nampak je sudah! :P


  Signature
Follow Me at flickr! .