Terlepas sudaaa... :(
Farah Deeb
Isnin, September 09, 2013
8 Comments
Selama ni kan, saya ingat kalau dok umah lagi senang nak pose enam di bulan Syawal tapi rupanya TIDAK!!!... Ini kalilah! First time tak dapat wat pose enam. Dah la ni jugak first time bersahur, berpose dan berbuka dirumah sendiri.. Nampak gayanya tahun depan saya kena wat schedule la camni, uhuks! Nawaitu tu memang dah pasang lepas raya lagi tapi lepas raya banyak la pulak umah nak pegi. Belum yang orang datang umah lagi, pastu order pulak mencurah-curah masuk. Kena plak kekanak masih coti sekolah, doploh-pat jam asek nak order makanan soh masak je...! Ate hengat iman mak ni idok ke tergugat asek mengadap masakan kat dapo kalau dah camtu? Huhuu...
Ok dah- Order pertama saya lepas raya ni bermula dengan permintaan dari tempat lama saya keroje dulu- AZDE untuk majlis open opis. Memang tiap-tiap tahun opis buat jamuan cuma tahun ni je saya dah takde bersama-sama ngan dorang huhu...
Order ni plak dari Nana (sejiran ngan Encik Izni tu hehe...) Dia mintak watkan kek nipis Red Velvet ni untuk jamuan hari raya kat Hospital Selayang.
Ni kek besday merangkap kek untuk Jamuan Raya kelas tahun 6 anak Cikgu Ros- cikgu kelas Rayyan! Thee...
Kebetulan saya ada wat kek nipis red Velvet lebih jadi saya sedekahkan untuk jamuan kelas Pra-Sekolah Rayyan haritu.
Roti jala ni permintaan dari jiran saya, Siti -100 pieces untuk jamuan raya kat umah dia.
Ni plak jiran, Eyta mintak wat sebab ada tetamu datang umah.
Kendian masuk order dari kastemer tetap saya yang memang setia, Kak Sal nak 20 packs Baked Macaroni Cheese dan 7 packs Hotpot Potatoes. Tapi saya rasa bersalah yang hamat sebab nak jadik cite masa saya baked makaroni dia tu, rombongan dari ex-colleague di AZDE datang beraya. So ko paham-paham jelah mak jemah ko ni kalau dah borak, WAJIB lupe benda masak kat dapo hahaha...! Haa hamek ngko sume OVERBAKED! Tapi alhamdulillah Kak Sal ni sudi terima kekurangan masakan saya kali ni huhu... *blush*
Currypuff (Ewah! Karipap je pun!) ni jiran belakang umah, Sarah mintak watkan sebab kat opis hubby dia ada wat jamuan sikit. Sile abaikan bahagian kelim tu haha...
Creampuff ni pun Sarah mintak dengan kuih Seri Muka tapi kuih tu tak sempat nak amek gambo sebab mak tak cukup masa! Hehe...
Brownies ni Eyta (jiran saya yang order Jap CheeseCake tadi tuh) mintak watkan untuk majlis kahwin anak sedare dia.
Ni pun Eyta order untuk majlis yang sama.
Yang ini pulak Cikgu Aspalela dari SK Sri Pristana mintak watkan untuk jamuan raya adik-beradik dia. Kalau korang nak tau, dia ni cikgu kelas kepada anak Cikgu Ros yang order untuk besday tu. Dek kerana rasa kek masa jamuan tulah terus dia order 2 bijik kek ni hehe... alhamdulillah :)
Yang ni order dari kastemer baru, Nurul dari Puncak Alam tapi dia kata dia selalu baca blog ni, hehe... *nampak tak i tengah tersipu-sipu ni ngee...*
Ni pun Nurul order untuk jamuan raya kat opis dia.
Huuuarghhh! Kejang otot jap. Korang tak penat ke wei dok tenung gambo makanan ni? Agaga... Okeh, sambung balik...
Order ni dari kastemer tetap dan setia haha, Kak Miza yeitu jiran taman bawah gak- kek nipis span pandan.
Ni pun Kak Miza yang request :)
.......selepas 2 hari........
Kak miza mintak watkan kek marble simple ni sebab ipar dia ngidam! Mujur sempat wat sebelum dia bawak terbang gi Indon!
Ni pun kek pengantin yang diorder oleh orang yang sama, Raihana kat Desa Coalfields. Pengantin ni amatlah polite, saya datang siap dijamu air bagai. Sepanjang saya baking since 2005 sampai skang, inilah kali pertama saya hantar kek, orang treat saya sebagai tetamu instead sebagai penghantar kek! Pengantin pulak tu yang hidang sume tu walhal dia tengah sibuk lagi beberapa jam nak akad nikah!
...last sekali...
Untuk kastemer baru, Mastura yang order untuk jamuan opis dia!
MEKASEH SUME!!!!
SO... kepada yang ada membuat percubaan untuk place order tapi saya terpaksa tolak, korang tengoklah sendirik berapa banyak order yang saya harus lunaskan masa tu dan sebab itulah saya tak berani nak amek order lain. Ada yang sanggup offer saya harga tinggi kalau saya sanggup hantar ke tengah-tengah bandaraya KL lagi tapi demi Allah saya wat ni sebab minat dan bukan sepenuh masa sebab priority saya ialah AMANAH saya kepada Allah yeitu menguruskan anak-anak. Harap tak ada yang amek hati ye. Lagipun, apalah sangat hasil masakan saya berbanding kedai-kedai kek yang sedia ada *tetiba karat har! Har!*
Okeh, kalau rasa-rasa entri kali ni tak cukup wat korang rasa nak gastrik, tunggu entri selepas ni okeh sebab ada lagi order yang masyuk! See ya! ;)