Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 8 Oktober 2010

Jamuan Hari Raya opis 2010!

Jumaat, Oktober 08, 2010 0 Comments
Sekejap je rasenyekan, pejam celik pejam celik dah habes sebulan raya. Ganti pun tak sempat lagi abes apatah lagi nak pose 6! Huhuu..:mCry: tahun ni tak sempat la pulak nak pose 6 tu. Tulah coti keje lame sangat, masuk opis cadang nak pose sekali dah habes raya! Huahuahuaaa... Hmm, nampak gayanya tahun depan jelah pose 6 (itupun kalau panjang umur la kot, :mBerangan: hee...)


Tengokla... staff yg over mentekedaghah!!! Huahuahuaaa....


Acara yang paling ditunggu-tunggu oleh mak... oops! Anak-anak! Ngeee....

Sungguh mithali bossku kan, heheh!

Ini iron lady... encek Azmi yang punya!


Cubaan menggodam laptop aku okeh...






Layan tetamu sehingga ngantuk (walhal ngantuk sebab overdose makan nasik beriani!)

Ni client kiteorang yang jadik tetamu pertama! Terima kasih RMR Consult!


Orang yang paling penting, hehee... tanpanya sume sampah yang kiteorang wat sampai 10 tahun pun masih tersimpan dalam opis nih! Haha...


Pose istimewa dari BIG Boss heheee...




Runner yang sentiasa 'running'. Tapi bab makan dia bleh stay, ahaks!

Bertafakur sebelum makan (... atau mungkin sedang pilih yang mana nak makan dulu hehe...)

Tukang kutip utang brenti makan dulu. Lepas tu sambung kutip utang balik!

Anak buah AZDE yang paling kecik, Damia

Err... yg ni anak buah yang paling 'besar' kot, heheh!




Mase seminggu setat keje semula lepas sume orang cuti raya haritu kat opis ni wat jamuan sket la untuk client-clientnya yang banyak menyumbang tu kan, :pandaGeli_32:hehe... So cam biase gakla, bile ade jamuan, selain dari order dari katering, masing-masing pun contribute gak la sket2 bawak makanan sendirik untuk dijamu. Tahun ni tak berapa ramai la plak tetamu, agaknya sebab hujan ataupun ramai yang masih berpuasa 6 kot. Tapi kalau sebab pose 6, korang wajib bukak tauuu... :mWekk: Nabi dulu tengah dok pose enam bile orang jemput beraya je dia utamakan jemputan tu dari pose enamnya, hehee... Anyway, kepada sume yang sudi datang haritu mekaseh la aku ucapkan. :phonehappy: Insyaallah kalau Allah bagi rezeki lebih lagi tahun depan, kiteorang jemput lagi!











(SOLD) Used 5 months Canon EOS 550D for sale!

Jumaat, Oktober 08, 2010 0 Comments


Anyone interested please call/sms me @ (016) 2290.444 or


YM: deeb0207@yahoo.com



Item:




  • 1 unit Canon EOS 550D Body (no lense, please remember that!)

  • 1 unit Canon original battery charger

  • 1 unit Canon original battery

  • 1 unit Sandisk 8GB SDHC Card

  • 1 unit original Canon strap

  • Canon original cables

  • Set of Canon software CD's & box


Age: 5 months old only


Warranty: 1+1 year online. As at today, got another 1 year and 7 months warranty left.


Condition: Tip top 100% just like new (please meet me to see it yourself! :) )


Reason for selling: Upgrade to 1-Series gear


Terms: Cash on delivery


Meet-up place: Anywhere in Gombak/ Seri Gombak/ Taman Melawati/ Taman Melati/ Taman Setapak/ Taman Danau Kota



PRICE:


RM2000 (Not Negotiable)



The first booking this gear will get 1 unit Phottix handgrip from me worth Rm2++ and Canon Original Eyecup Extender worth RM2++ for FREE!!! :)



Isnin, 4 Oktober 2010

Progress Rumah Baru as at 25 September 2010

Isnin, Oktober 04, 2010 0 Comments

Hmmm... ade tak sesape antara korang yang beli umah kat Bukit Saujana Utama, Sungai Buloh ni? Kalau ada, marilah kite share info. Kali ni aku nak update gambar progressnya. Since launching bulan Julai 2010 haritu, baru ade sebaris la tiang yang naik kat situ. So aku sedikit musykil la sebab pemajunya, Glomac kata bulan Disember 2010 dah boleh siap. Hmmm... cam:mThinking: hmmm... kan? Tapi ramai plak yang kata kat aku toksah risau sebab Glomac ni selalu develope cepat. Kalau cepat-cepat pun binaan tak selamat risau gak la pulak lagi, hahahaaaa... macam-macam! So layan jelah gambarnya: -

Ni pemandangan dalam umah contoh. Selamba jekan ustad aku amek gambo. Padahal guard tu dah sound dah takleh amek, haha!

Ni dari luar. Dapat corner lot sedap ah tapi malangnya dah sold out. Huhuuu...


Besar kemungkinan di belakang-belakang inilah nanti umah aku, hmmm...


:minimo_37:

Aidilfitri 2010

Isnin, Oktober 04, 2010 0 Comments


Hehe... sungguh lamanya tak berupdatekan. Tersangatlah bizinya skang ni. Padan le aku tak ditakdirkan jadik Perdana Menteri ke hape. Baru keje camni pun dah takde masa, :mBerangan: hahaha...


Entahlah nak kate nape pun taktau tapi raya tahun ni rasa macam tak berapa best sangat la. Dahla adik-beradik pun tak dapat berkumpul sekali one time. Nak bergambar sama ramai-ramai of course la takde. :mSad: Tapi canerpun takperlah, janji dapat merasa lagi beraya ngan bonda dan dapat bergambar dengan dia pun cukuplah. Tahun depan-depan belum tentu lagi dapat beraya sama... huhu.... hmmmphh... blogger-emoticon.blogspot.com (tahan emo).


Kat umah mak mentua lagilah konpem tak dapat beraya cepat dan kalaupun dapat amek gamba tu kire memang bertuahla. Dah naseb pi kawen ngan anak bekas penghulu kampungkan so orang tak putus-putus la datang umah. Makanya kalau dapat beraya pun time maghrib. Yang dari tengahari datang tu cume sempat salam jelah pastu selang lengan baju siapkan hidangan dan layan tetamu, :pandaGeli_17: hehee...


Malam bile takde tetamu dah datang barulah budak-budak pun dapat main bunga api. Tahun ni disponsor oleh De dorang. Tahun depan sponsor lagi ye, :mHihi: ahaks! Itulah ceritaku di hari raya tahun ni. Bosankan? :mGelak: Hahaha... sape soh korang layan?



Selasa, 3 Ogos 2010

Film Review: Mantra

Selasa, Ogos 03, 2010 0 Comments
Gambar sumber dari Gua.com
REVIEW DARI GUA.COM

Filem:

Mantra

Dibintangi oleh:
Zul Suphiaan, Hasnul Rahmat, Ana Dahlia, Mas Muharni, Bob Lokman dan Hamdan Hj Ramli

Genre:
Seram Aksi

Tarikh Tayangan:
15 Julai 2010

Ulasan:
Perbuatan membalas dendam merupakan senjata syaitan untuk menghasut manusia ke jalan kehancuran. Apabila manusia bersekutu dengan syaitan, maka hancurlah sesebuah masyarakat.

Itulah yang cuba dipaparkan dalam filem terbaru terbitan MiG Production Sdn Bhd berjudul ‘Mantra’. Filem ini turut membongkarkan sisi gelap pengamal ilmu hitam yang mendampingi syaitan untuk tujuan perubatan.

Kalau anda peminat setia kisah seram dan mistik, anda bolehlah menonton filem ini kerana GUA yakin anda akan suka dengan jalan cerita filem ini yang tidak terlalu berat.

Selain menggunakan sistem bunyi ‘Dolby Digital Surround’, ‘Mantra’ merupakan filem seram pertama menggunakan ‘cinemascope’ yang setaraf dengan filem-filem Hollywood. Ia sekaligus dapat memberi anda lebih kepuasan dan satu pengalaman yang berbeza apabila menonton filem Malaysia.

Dari segi pelakon, pemilihan Zul Suphiaan sebagai teraju utama filem ini memang tepat. Walaupun pertama kali memegang watak utama, ternyata Zul mampu membawa karakternya dengan berkesan.

Ketika melihat lakonan Zul sedang membaca mantera, nampak seolah-olah ada ‘benda’ lain yang menguasainya. GUA nasihatkan kepada yang menonton filem ini, supaya jangan sesekali cuba untuk menghafal mantera yang ditunjukkan, kerana mantera yang digunakan adalah mantera yang asli dari Jawa dan Siam.

Selain itu, apa yang menariknya tentang filem ini ialah anda dapat saksikan beberapa babak yang dirakamkan di lokasi yang penuh bersejarah iaitu Penjara Pudu yang telah dirobohkan baru-baru ini.

‘Mantra’ mengisahkan tentang Muzir yang dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya, Muzir telah dipenjarakan seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta khalimah Allah.

Pak Long, seorang warden penjara yang juga pakcik kepada Muzir terdesak untuk mengubati isterinya yang sedang sakit. Akibatnya, dia sanggup bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan khalimah ayat di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati ketika melahirkan anak sulung dengan menggunakan gigi.

Setelah ayat dan khalimah Allah berjaya dipadamkan, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara.

Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam Muzir terhadap Hasbi.

Bagaimanakah kesudahan cerita ini, jangan lupa saksikan ‘Mantra’ pada 15 Julai ini di pawagam berhampiran anda.

Info:
‘Mantra’ merupakan filem seram pertama dan terakhir menjalani penggambaran di Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun itu.

Ok... haritu aku dah gi tengok citer ni. Overall citer ni tak membosankan lansung dan penuh ngan scence terkujat. Seram? :mSmoking: Tak sangat la sebab antu dia cume dilomor ngan kaler itam pastu boh urai2 mende ntah, pastu extra ulat sampah. Well, aku penah tengok antu yang lebih seram kot. Hehe. Tapi canerpun, sepanjang 100% citer berjalan, aku rase yang aku betul-betul amati cuma 20% sebab selebihnya aku pandang dinding, pandang sebelah mata, pandang Maria, pandang Mirul dan tak lupa beg yang menghalang mata aku sebab aku letak depan muka untuk cover takut! Haha! blogger-emoticon.blogspot.com Suspen weh... kalau ade yang sakit jantung tu please la jangan tengok ok!

Aku rasa citer ni dia punya kekuatan yelah pada Zul yang sungguh berani mati itu. :mRambut: Sebelum ni aku tak tau pun dia berlakon (hehe!) tapi lakonan dia memang hebat. Hasnul Rahmat pun okla sebab selama ni aku penah tengok dia berlakon kat dalam drama je dan tak pernah plak tengok dia pegang watak pengamal sihir camtu. Tapi memula konpius gak la sebab aku ingatkan dia ni amal ilmu betul, upenye dia pun amal sihir gaks! blogger-emoticon.blogspot.com Cesss, hampes! Heroinnye aku rase muka baru kot sebab aku taknah lak kenal pompuan ni. Nama dia Ana Dahlia. Pemilihan dia sebagai bekas isteri Zul dan isteri Hasnul yang taat memang satu pemilihan yang tepat la. Sebab raut wajah dia memang satu bonus untuk dia dengan watak tu, memang sesuaiiii. Cume yang tak bestnya biaselah, baru first time berlakon filem dah kene dedah banyak. Tapi tak taulah salah sape sebab aku dengar kat Melodi haritu dia kate dia sampai nangis-nangis taknak berlakon scene dedah tu tapi pengarah pujuk soh wat gak. :mKorek: Hmmphh biaselahhh.. wanita kene eksploitasi, tu bukan perkara baru.

Rasanya dorang tiga nilah tunggak kekuatan citer ni. Tapi of course kalau takde watak Pak Long (lakonan Hamdan-exSenario) pun, citer ni tak lengkap gak. :girl_15: Sebabnya kehadiran Hamdan sikit sebanyak ade gak la sense of humor dalam citer tu. Tapi aku rase macam citer ni banyak kene cut la sebab dalam selingan aku tengok ade adegan Zul tarik pocong tapi scene kat kubur dengan pocong tu yang ade cume time Hamdan kena bukak ikatan pocong tu ngan gigi je. Pastu that's it. Hmmm.. nape la gamaknya dipotong ye? blogger-emoticon.blogspot.com

Ok, untuk korang yang belum gi tengok, pegilah. Aku rase tak rugi tengok pun. Tapi ingat, cam yang dipesan oleh gua.com tu, jangan cuba-cuba nak hafal mentera yang dibaca oleh Zul tu sebab tu memang mentera betul. Kang kalau tetiba ade lak menatang itam dok ikut korang atau lagi teruk tetiba korang tengok badan korang ter'bolen', maap la ye... haha! :pandaGeli_27:

Follow Me at flickr! .