Ini cerita ibu saya
Farah Deeb
Rabu, Mei 21, 2014
10 Comments
Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada salahnya mengadakan sambutan Hari Ibu, atau hari2 lain selagi tidak bercanggah dengan syarak:
- Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
- Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
- Sebaik2 sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
- Muhasabah diri para ibu ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
- Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
- Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
- Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.
Yang pentingnya nawaitu. Takkanlah belanja mak makan pun haram kot, kan?
Sekian.
Wah tajuk macam karangan budak sekolah tahun satu je kah kah. Bukan nak havoc sangat pun tapi haritu masa saya post cite pasal ibu saya kat FB, berduyun pulak wartawan cuba interbiu i so senang citer baik je buat karangan kat sini. Nak reply PM satu-satu macam rajin sangatkan? Thee...
Ak-ah mak saya memang anak orang British. Zaman tu kan British sebok bertapak kat Tanah Melayu ni so nak jadik citer terpikat plak atok saya ni kat nenek saya agaga... maka kawenlah depa dan dorang dapat 2 orang anak hasil perkahwinan tu, yeitu arwah maklong saya dan mak saya. Tapi lepas tu malaun Jepun datang plak jadik habes dikejornya orang British nih. Agak siamang betul di situ. Mak kata dorang baru 6,7 tahun kawen kot masa tu so boleh bayangkan tak suami isteri yang saling sayang-menyayangi terpaksa berpisah untuk selama-lamanya dek tentera sepet itu? I hate them. Sekian.
Mak saya berumur antara 4-5 tahun sewaktu ayahnya pergi tinggalkan dia, kakak dan maknya tu tapi dia masih ingat malam dia nak pergi tu, dia sempat cium pipi dua beradik ni dan bagitau yang dia kena pergi jauh...
Dan itulah kali terakhir dia memiliki seorang lelaki yang bernama ayah dalam hidupnya.
Dia tidak pulang lagi selepas itu.
Ibu saya teruskan kehidupan sehingga dewasa dan beranak-pinak tapi tak tau apa cerita ayah dia. Ekcelli ada macam-macam versi yang kiteorang dengar tapi semuanya tak beserta bukti kukuh jadi kiteorang redha ajelah sebagaimana mak saya yang memang dah lama redha dengan kehilangannya.
Lebih kurang 70 tahun kemudian (dari kehidupan mak saya) saya terima email dari seorang peguam yang juga seorang penulis NSTP bagitau ada sorang mengaku anak saudara datuk saya mintak pertolongan cari keturunan bapak sedaranya tu (datuk sayalah). Mase tu macam nak runtuh jugaklah jantung, mak saya menangis bila dapat tau yang akhirnya dia akan dapat tau gak ape yang jadi pada ayah dia selama 70 tahun ni. Akhirnya setelah beberapa komunikasi, barulah misteri terungkai akhirnya...
Rupanya pemergian datuk saya dulu tu sebab dia melapor diri dengan 'Federated Malay States Volunteer Force' mewakili batalion Perak menentang tentera Jepun. Malangnya dia dijadikan tebusan perang dan meninggal dunia pada 6 Ogos 1944. Ada kemungkinan diseksa dengan kejam kerana tarikh dia dimasukkan menjadi tawanan ialah pada bulan April dan meninggal pada bulan Ogos tahun yang sama. Yang kiteorang ralat bagi sebab kuburnya sampai sekarang pun tak dapat dikesan. Sob, sob...
Picture credit to Wikipedia |
Ini gambar kakak atok saya dan moyang saya. |
Itulah citer dia. Saya tak tau macamana mak saya begitu tabah menghadapi hari tanpa seorang 'bapak' dari kecik sampai sekarang sedangkan saya yang arwah abah 'pergi' diusia saya 18 tahun pun saya rasa tak kuat nak hadapinya bagaimana pula mak. Dia bukan saja hilang seorang ayah, ibunya pergi semasa saya berumur setahun dan diikuti satu-satunya kakak kandung beberapa tahun lepas selepas mengidap stroke. Sebab itu bagi saya, kalaulah ade pingat bagi ibu yang paling tabah di dunia, saya akan hadiahkan pada dia sebab dialah wanita paling tabah yang saya pernah jumpa dan hidup bersamanya.
Aunty Laura Selfe- anak saudara atok saya yang sekarang dok kat Australia dengan encek sominya. Dialah yang berusaha carik waris pak sedare dia aka atok saya sampai jumpa huhuu... |
Mak,
'SELAMAT HARI IBU'
Saya tau mak tak baca blog ni tapi saya nak sume orang tau wanita hebat itu ialah ibu saya dan saya sayang dia. Sekian.