Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Selasa, 8 April 2008

Lauk pantang lagi...

Selasa, April 08, 2008 0 Comments
Lame rasenyer x tulis. Bila dah balik umah sendiri, biaselah kan.. sure la tetiba jadik bizi! Theehee.. Kalau dok kat umah mak, sume mak uruskan. Kite tinggal tengok baby je. Bila dah balik umah, haa.. amek la.. haha!

So harini aku dah lepas pantang! Merdeka untuk diriku.Yak2 yeaa...! Barulah aku ade mase sket nak tulis ni haa. So citer aku xder per sgt pun cume aku nak tunjuk gambo makanan mase aku pantang haritu je. Sumenyer simple, kalau x bikin sup, kite bakar je. Sonang cito! Haa.. apo laie, jamulah mato. Sapo nak resepi bgtau eden yo!

Jumaat, 29 Februari 2008

Hari Sukan Sek Ren Danau Kota 2008

Jumaat, Februari 29, 2008 0 Comments
Hari ni wat kali ke-2nya aku tak dapat tengok anak aku si Maria masuk acara sukan kat sekolah dia. Tahun lepas aku termissed, sampai2 acara dia dah habis. Kecewa tol. Tahun ni dah bepantang lak. Tapi naseb baik la hubby aku cuti so dapat la dia g amek gambar dan video buat pengubat hati aku.

Khamis, 28 Februari 2008

Lauk pantang

Khamis, Februari 28, 2008 2 Comments

Nampak gayanyer dah x masuk citer pasal muffin & kek, aku citerlah pasal menu pantang aku ye. Minggu pertama ni, mak aku gunakan ikan haruan je sebagai main dishnyer. Dari bakar, terus ke sup dan masak asam. Sayur plak ulam2an jer macam ulam pegaga dan cekur manis. Sini aku kongsi sket cara mak aku masak: -

(1) HARUAN BAKAR
  • -Lumur aje lada hitam yang ditumbuk halus, halia dan lengkuas yang ditumbuk kat atas ikan tu. Pastu bakar ler.. heee...
(2) SUP HARUAN
  • Best nih.. makan panas2.. Aku cume guna sup ikan ADABi. Campur ngan serai dan halia & lada hitam, didih sampai kuah jadik naik itam.. fuhhh.. camno gaye le aku nak kecik nih? Hee...
(3) KARI ASAM REBUS HARUAN
  • Hiris halia & lengkuas, ketuk serai dan rebus dengan air yang ditambah dengan serbuk kari daging. Brand ape tu suke ati korang la nak gune ape. Pastu masuk je lah ikan tu. Dah pun siap.
(4) CEKUR MANIS
  • Sayur cekur tu digoreng tanpa minyak ngan halba campur. Kalau nak perasa sket masuk la garam. Rasa dia perghhh...

23hb FEBRUARI 2008 YANG BERSEJARAH

Khamis, Februari 28, 2008 8 Comments
PROFIL

Nama: DANISH RAYYAN BIN HASLONI
Tarikh Lahir: 23 FEBRUARI 2008
Waktu: 11:40 MINIT MALAM
Lokasi: GOMBAK MEDICAL CENTRE (GMC), PUSAT BANDAR SERI GOMBAK
Berat: 3.20 KILOGRAM
Panjang: 51.0 SENTIMETER
Ukurlilit Kepala: 33.0 SENTIMETER


Alhamdulillah penantian selama 8 bulan 23 hari... akhirnya baby ke-3ku selamat jua dilahirkan seadanya. Ekcelli ade lagi seminggu till due date tapi seperti biase, anak2 aku ni sumenye jenis suke kuar awal. So that's why aku pun dah bercuti kerja awal 2 minggu,,, just in case! Dan pada tengahari 23hb Februari 2008 tu, kira-kira jam 1.30 tengahari, ketuban aku pecah dan selepas solat Zohor, aku sefamili terus ke GMC di Pusat Bandar Seri Gombak. Lepas diperiksa sume, aku kene tahan masuk wad kira-kira jam 2:00 minit petang. Tapi macamanapun mase ni aku tak rasa sakit lansung. So bermulalah aktiviti boring aku seperti yang sudah2 yeitu menunggu masenyer aku sakit tapi x jugak2. Kedudukan budak pun tinggi lagi so aku just lepak dalam bilik sampai khatam 3 kali surah Maryam, 2 kali surah Taubah dan lain2 surah pendek tu. Akhirnya pada jam 11:00 minit malam, doktor masukkan drip dan 40 minit kemudian, lahirlah Danish Rayyan dengan selamat, alhamdulillah!
Kepada sume kengkawan, customer2ku dan mereka2 yang datang melawat aku di wad tempohari dan mengucapkan tahniah, terima kasih dari kami sekeluarga. Ingatan tulus ikhlas kalian akan aku kenang sampai akhir hayat, amin!

Jumaat, 1 Februari 2008

Kucing2ku...

Jumaat, Februari 01, 2008 3 Comments


Lama dah tak update blog ni... Sejak opis baru pindah ni, banyak lak keje nak settlekan. Pehtu budak2 lak masuk skolah, dok melayan tanggungjawab aku sebagai ibu mithali ni (heheh!) yang pepagi kene g anto Mirul skolah, pehtu settlekan keje opis, lari balik amek dia balik, pehtu siapkan makan minum Maria lak sambil watkan bekal. Peh2 hantar dia g skolah, lari balik opis, settlekan ape yang tak settle. Balik kang kene kuase turbo lak sebab nak g carik benda nak makan untuk dinner, terus g amik Maria balik skolah dan Mirul dari umah Wannyer. Phewwwhhh!!! Memang keje yang meletihkan lebih2 lagi sebab dok ngusung perut ni haa.. ikut hati memang nak berenti je dibuatnyer tapi green lite dok x dapat je ni, ape naseb? Thee...

Apapun... inilah pengubat penatku selain bebudak tu.. yeitu si Putey dan kroni2nyer si Tiger, Manja dan Cumi. Walaupun aku cume bleh tengok je dan berborak dengan dorang dari dalam sangkar tapi tu pun bleh la. Ade mase orang x nampak aku curik2 pegang gak depe ni. Heheee.. Inilah dilema pesakit asma sepertiku.. huhuuu...

Jumaat, 11 Januari 2008

Bon Voyage Ezie & Welcome New Office AZDE!

Jumaat, Januari 11, 2008 0 Comments
Harini secara rasminya opis baruku telah fully siap dan kiteorang mule keje cam biase (keje ke..? Heheh!) Dan hari ni jugak (sob, sob..) assistantku yang telah hampir setahun setia berkhidmat akan meletakkan jawatannya untuk menukar statusnya kepada Che'gu kat Kelantan. So, sehubungan ngan tu, satu majlis makan2 (kiteorang le yang bagi nama) sebagai tanda kesyukuran dan kesedihan (huh? hee..) telah dibuat time lunch ni atas permintaan BIG Boss. Memula ingat masing2 nak bawak aje masakan sorang satu tapi sume dilanda virus kemalasan so kiteorang order je nasi beriani ngan roti jala dari cafe kat bawah opis ni. Tapi dalam pada malas2 tu, ade gak la kiteorang bawak sket2 side dish (cewah!) Saje je wat menambah seri orang kate.. hee.. So inilah dia jamuan kiteorang haritu. Jemputlah menjamu mata ye! Thee...

Banana Muffin - Aku ler yang bawak ni.. hee!
Ini buah Midah yang beli...
Ni pun aku wat gak.. jeli laici nata de coco
Puding roti.. ehsan dari bondakuKuih Kaswi ni Midah wat...
Hini yelah kek choc moist, ehsan dari bonda Ajue

Follow Me at flickr! .