Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 29 Februari 2008

Hari Sukan Sek Ren Danau Kota 2008

Jumaat, Februari 29, 2008 0 Comments
Hari ni wat kali ke-2nya aku tak dapat tengok anak aku si Maria masuk acara sukan kat sekolah dia. Tahun lepas aku termissed, sampai2 acara dia dah habis. Kecewa tol. Tahun ni dah bepantang lak. Tapi naseb baik la hubby aku cuti so dapat la dia g amek gambar dan video buat pengubat hati aku.

Khamis, 28 Februari 2008

Lauk pantang

Khamis, Februari 28, 2008 2 Comments

Nampak gayanyer dah x masuk citer pasal muffin & kek, aku citerlah pasal menu pantang aku ye. Minggu pertama ni, mak aku gunakan ikan haruan je sebagai main dishnyer. Dari bakar, terus ke sup dan masak asam. Sayur plak ulam2an jer macam ulam pegaga dan cekur manis. Sini aku kongsi sket cara mak aku masak: -

(1) HARUAN BAKAR
  • -Lumur aje lada hitam yang ditumbuk halus, halia dan lengkuas yang ditumbuk kat atas ikan tu. Pastu bakar ler.. heee...
(2) SUP HARUAN
  • Best nih.. makan panas2.. Aku cume guna sup ikan ADABi. Campur ngan serai dan halia & lada hitam, didih sampai kuah jadik naik itam.. fuhhh.. camno gaye le aku nak kecik nih? Hee...
(3) KARI ASAM REBUS HARUAN
  • Hiris halia & lengkuas, ketuk serai dan rebus dengan air yang ditambah dengan serbuk kari daging. Brand ape tu suke ati korang la nak gune ape. Pastu masuk je lah ikan tu. Dah pun siap.
(4) CEKUR MANIS
  • Sayur cekur tu digoreng tanpa minyak ngan halba campur. Kalau nak perasa sket masuk la garam. Rasa dia perghhh...

23hb FEBRUARI 2008 YANG BERSEJARAH

Khamis, Februari 28, 2008 8 Comments
PROFIL

Nama: DANISH RAYYAN BIN HASLONI
Tarikh Lahir: 23 FEBRUARI 2008
Waktu: 11:40 MINIT MALAM
Lokasi: GOMBAK MEDICAL CENTRE (GMC), PUSAT BANDAR SERI GOMBAK
Berat: 3.20 KILOGRAM
Panjang: 51.0 SENTIMETER
Ukurlilit Kepala: 33.0 SENTIMETER


Alhamdulillah penantian selama 8 bulan 23 hari... akhirnya baby ke-3ku selamat jua dilahirkan seadanya. Ekcelli ade lagi seminggu till due date tapi seperti biase, anak2 aku ni sumenye jenis suke kuar awal. So that's why aku pun dah bercuti kerja awal 2 minggu,,, just in case! Dan pada tengahari 23hb Februari 2008 tu, kira-kira jam 1.30 tengahari, ketuban aku pecah dan selepas solat Zohor, aku sefamili terus ke GMC di Pusat Bandar Seri Gombak. Lepas diperiksa sume, aku kene tahan masuk wad kira-kira jam 2:00 minit petang. Tapi macamanapun mase ni aku tak rasa sakit lansung. So bermulalah aktiviti boring aku seperti yang sudah2 yeitu menunggu masenyer aku sakit tapi x jugak2. Kedudukan budak pun tinggi lagi so aku just lepak dalam bilik sampai khatam 3 kali surah Maryam, 2 kali surah Taubah dan lain2 surah pendek tu. Akhirnya pada jam 11:00 minit malam, doktor masukkan drip dan 40 minit kemudian, lahirlah Danish Rayyan dengan selamat, alhamdulillah!
Kepada sume kengkawan, customer2ku dan mereka2 yang datang melawat aku di wad tempohari dan mengucapkan tahniah, terima kasih dari kami sekeluarga. Ingatan tulus ikhlas kalian akan aku kenang sampai akhir hayat, amin!

Jumaat, 1 Februari 2008

Kucing2ku...

Jumaat, Februari 01, 2008 3 Comments


Lama dah tak update blog ni... Sejak opis baru pindah ni, banyak lak keje nak settlekan. Pehtu budak2 lak masuk skolah, dok melayan tanggungjawab aku sebagai ibu mithali ni (heheh!) yang pepagi kene g anto Mirul skolah, pehtu settlekan keje opis, lari balik amek dia balik, pehtu siapkan makan minum Maria lak sambil watkan bekal. Peh2 hantar dia g skolah, lari balik opis, settlekan ape yang tak settle. Balik kang kene kuase turbo lak sebab nak g carik benda nak makan untuk dinner, terus g amik Maria balik skolah dan Mirul dari umah Wannyer. Phewwwhhh!!! Memang keje yang meletihkan lebih2 lagi sebab dok ngusung perut ni haa.. ikut hati memang nak berenti je dibuatnyer tapi green lite dok x dapat je ni, ape naseb? Thee...

Apapun... inilah pengubat penatku selain bebudak tu.. yeitu si Putey dan kroni2nyer si Tiger, Manja dan Cumi. Walaupun aku cume bleh tengok je dan berborak dengan dorang dari dalam sangkar tapi tu pun bleh la. Ade mase orang x nampak aku curik2 pegang gak depe ni. Heheee.. Inilah dilema pesakit asma sepertiku.. huhuuu...

Jumaat, 11 Januari 2008

Bon Voyage Ezie & Welcome New Office AZDE!

Jumaat, Januari 11, 2008 0 Comments
Harini secara rasminya opis baruku telah fully siap dan kiteorang mule keje cam biase (keje ke..? Heheh!) Dan hari ni jugak (sob, sob..) assistantku yang telah hampir setahun setia berkhidmat akan meletakkan jawatannya untuk menukar statusnya kepada Che'gu kat Kelantan. So, sehubungan ngan tu, satu majlis makan2 (kiteorang le yang bagi nama) sebagai tanda kesyukuran dan kesedihan (huh? hee..) telah dibuat time lunch ni atas permintaan BIG Boss. Memula ingat masing2 nak bawak aje masakan sorang satu tapi sume dilanda virus kemalasan so kiteorang order je nasi beriani ngan roti jala dari cafe kat bawah opis ni. Tapi dalam pada malas2 tu, ade gak la kiteorang bawak sket2 side dish (cewah!) Saje je wat menambah seri orang kate.. hee.. So inilah dia jamuan kiteorang haritu. Jemputlah menjamu mata ye! Thee...

Banana Muffin - Aku ler yang bawak ni.. hee!
Ini buah Midah yang beli...
Ni pun aku wat gak.. jeli laici nata de coco
Puding roti.. ehsan dari bondakuKuih Kaswi ni Midah wat...
Hini yelah kek choc moist, ehsan dari bonda Ajue

Khamis, 22 November 2007

Breeze Out Skejap @ Cameron Highlands

Khamis, November 22, 2007 2 Comments
Bertolak dari umah kol 11:00 am. Singgah sana-sini-sinun.. akhirnya sampai gak kami ke Cameron Highlands jam 3:00 pm gituh. Ekcelli bukan la nak g sangat, lebih2 perut aku yg dah semakin heavier ni tapi sebab hubby pick tempat ni, so kite g ajelah (orang kate x baik tolak rezeki & melawan kate suami! Har! Har!) Vacation ni pun x dirancang.. g gituh jer sebab aku dapat offer free 3 days 2 nights dari EZ Holidays.. mekasey!! First day sampai xde la g jln mane pun sebab jakun dok dalam bilik hotel tu kan (ha!ha!) Kena lak ade balkoni biliknyer, budak2 pun ape lagi, seronok la berlari dalam angin yang sejuk dan kuat. Ayahnyer melakukan aktiviti biasenyer.. tido!.. dan umminye merayap carik scenery & flower cantik untuk shoot! Thee...
Second day baru kami setat round2 kat sane. Antara tempat kiteorang g yelah Kea Farm. Bestnyer kat sini sebab banyak hasil tanaman cam sayur & buah2an yang tersangatlah freshnyer. Ade gak la benda lain dijual cam baju tapi aku lebih tertarik ngan sayur2annyer.. bayangkan jelah aku bleh beli 12 peket sayur pelba
gai jenis ngan harga RM10 jer! Kalau aku dok kat sini, sure hari2 aku masak saaaaaaayur aje! Hehe! Disebabkan hari ni hari Jumaat, so jalan pun skjap jelah sebab ayahnyer gi solat Jumaat kat masjid depan hotel tu. Pehtu konon nak continue ronda, skali wayar ape la plak putus kat kete tu. Dahler kiteorg ronda naik turun bukit malam lepas dinner tu, tetiba tengah drive, lampu, radio sume terpadam tetiba. Nasib baik enjin idup lagi! Ko x jenuh nak nolak weh!! Akhirnya balik jelah ke hotel balik. Huhuuu...
Besoknyer tu hari nak balik, baru la kiteorg pusing2. Tu pun tabek spring pada hubby yang begitu terer merepair ala mcgyver gituh. Tak sia2 aku dijodohkan ngan bekas foreman! Wuahaha!
So hari ni pegi la ke Kimanis Strawberry Farm, pakat beli strawberry yang murah gilerz, syrup yg best, homemade strawberry jam.. fuhhh..! Tapi yang paling unforgettable yelah aiskrim strawberrynyer! Sampai bila balik KL, aku terus mintak hubby belikan aiskrim vanilla. Syrup ngan strawberry dah ade.. projek baiknya! Habes licin aku bedal! Heheh! Ade gak la lepas tu g jalan kat Cactus Nursery, tapi x beli pun sebab bonet belakang dah penuh! Har! Har! Ni sume kes malam tadi la sempat gi pasar kat pekannyer borong baju! Well, what to say, dah ade org nak byrkan so i amek aje.. heee..! G la gak ke ladang Boh Tea Plantation tu tapi untuk snap shot menarik jelah sebab budak2 pun dah tertido dalam kete. Bila sampai atas tu sume malas nak bejalan. Mase balik tu ade tanah runtuh lak kat area Tapah tu so kami kene la pusing balik naik ke Brinchang balik untuk ikut Simpang Pulai. Peningnyer la hai kepala aku.. sempat la aku memanfaatkan plastik yg aku bawak kalau anak2 aku mabuk nanti. Kirenyer tak sia2 la aku bawak beg plastik tu.. walaupun akhirnya aku yang guna bukan budak2 tu! Har! Har!

Sabtu, 17 November 2007

Suatu Sabtu Yang Seronot! Thee..

Sabtu, November 17, 2007 1 Comments
Ada banyak 'terima kasih' dalam entry kali ni so first sekali aku mulakan ucapan terima kasih tu pada Puan Zaza dari Taman Melawati yang order 100 pieces apam harini. Temanya putih dan oren yang tak pernah lagi aku cuba dan thanks a lot sebab idea dari dia ni merupakan percubaan yang memang worth it! Cantik! Tapikan.. heee, ntah camner laa.. maybe sebab aku dok excited memasak tomyam untuk hubby yang nak balik dari Jakarta harini, makanya bila suami Puan Zaza dah balik dalam 5 minit, baru aku teringat yang aku lom lagi snap gambar tadi. Huahaha.. hampa tol!
Satu beg penuh kiriman dari Jakarta!
Okeh, secondly, aku nak ucapkan mekasehhhhhhhhhh bebanyak buat Ibu Yuli dari Jakarta yang bersusah-payah mengirim barang untuk aku. Barang kirimannya memang buat aku tersenyum lebar sampaikan dihati aku mula memikirkan patut atau tak patut aku gunakannya.. loh! Tamak la pulak! Har! Har! Arghhhhhh.. dilemma betul mak! (Tapi aku rase idea ibu supaya saya gunakan among family saja dan mintak balik bile dah guna boleh digunapakai kot untuk situasi kedekut aku skang nih! Hehe!..) Ni dia antara kirimannya: -


Sugar Flower

Toy Candy


Banana Nut Muffin Mix Wilton Nozzles



Paper Cupcakes

Cupcake Tray

And lastly (patut ni lah first! Hee.. jangan mara haa..) terima kasih yang teramat sangat buat hubby yang bersusah payah gak berurusan dengan Ibu Yuli semasa di sana, seterusnya membawa balik barang kiriman tu sampai tak cukup tangan. Bawak pulak lagi balik souvenir untuk famili.. and of course, thank you so much for the sweater (kononnya untuk pakai g bercuti nilah!.. kemana? tunggu....)

Well.. what to say? Sabtu ni yelah Sabtu yang de best! Thanks everyone who had made it real! Cayangggg sume.. muahhhzz!!

Jumaat, 26 Oktober 2007

Jamuan Hari Raya 2007 AZDE Group of Companies

Jumaat, Oktober 26, 2007 0 Comments
Barisan rezeki yang sedang menanti untuk dibedal

Harini ada majlis jamuan hari raya kat opis aku so banyakla makanan, jemputan, makanan, jemputan.. hehe. Menu khas company terdiri dari nasi tomato (yang ni x sempat nak snap gambo sebab dah kelaparan), ayam goreng rempah, udang galah masak merah, dalca, jelatah, kambing bakar (ni pun x sempat nak snap.. belasah sampai tak ingat nak amek gambo.. haha!) lemang dengan serunding & sate.






Selain dari tu, kiteorang su me sama2 la gak buat menu tambahan. Zaharah buatkan agar-agar sampai 3 jenis: Agar-agar 2 in 1, agar-agar rose ngan puding koktel.





Untuk pengetahuan korang sume, nama sume jenis agar-agar ni aku hantam sajalah sebab aku tak tau namenyer.. haha! Sorila ye Zaharah!


Medah bawak rendang ayam dengan puding kesukaan ramainyer, puding laici.




Kak Wan bawak sandwich, Ezie bawak nasi himpit, Aju bawak bihun goreng, Dee bawak keropok goreng (lupe la nak snap gambo.. hehe..) dan aku, hee.. bawak biskut raye sket & buat apam ngan muffin buttermilk topped ngan blueberry je ler.



Ekcelli aku nak sponsor muffin jer, tapi
memandangkan pagi ni jugak aku ade terima order dari Puan Syarifah nak 100 pieces, so aku wat lebih sket dan bawak ke opis.

Kepada sume yang telah sama2 sudi contribute effort dan wang ringgit tu, bagi pihak company (cewah!) aku ucapkan mekasih. Dan juge tak lupe pada semua jemputan yang sudi datang ke majlis yang tak seberapenyer tu.. (kononnyer lah.. hehe!) Kite jumpe lagi Syawal tahun depan ye! (kalau dimurahkan rezeki dan dipanjang umur)


Isnin, 22 Oktober 2007

Windunyerrrr Nak Tulishhhhh... Heee....

Isnin, Oktober 22, 2007 0 Comments
First of all.. SELAMAT HARI RAYE sume. Rasenyer sume masih dalam mood raye nih.. misti g keje pun dok teringat ketupat, lemang, rendang... rumah terbuka pun dok ade sana-sini. Biaselah tu.. posekan sebulan, raye pun sebulan ler! Heheh! Aku biase jelah, tak berape raye sebab bulan pose tawon ni yelah pertame kalinye aku berpose agak nazak sket sepanjang hidup aku setakat ni. Dolu2 mase kecik, aku ingat time tulah waktu paling azab sekali nak berpose, tapi upenyer Ramadhan kali ni yang paling hebat la dugaan-Nya. Minggu pertame tu ok lagi tapi bile masuk minggu kedua hari2 lak kene attack asma, setiap 2 jam lak tu. Bayangkan jelah lepas sahur tu dah xleh sedut inhaler.. so menahan la aku dari umah bawak ke tempat keje sampai le ke waktu berbuka. Terawih sume pun tak dapat nak buat, syukur la ade suami, bleh gak menumpang pahala dia (kehkeh.. insyaallah). Sampai la ke lagi 3 hari nak sambut raye, keje aku lepas berbuka lain takder melainkan terbaring je kat kosi. Mujurlah ade anak2.. itulah anugerah Allah yang paling tak ternilai. Walaupun depa tu kecik2 lagi, tapi alhamdulillah dah mengerti yang umminyer sakit. Depa la yang bagikan air, bantal, minyak dan sbgnya tanpa disuruh. Terima kasih juge la aku kat hubby sebab dialah yang ambik-alih uruskan rumahtangga sampai le hari raya. Apa nak buat, nama nak bangun sapu lantai pun tak mampu so dialah yang takeover kemaskan rumah segala. Terharu lak aku!
Alhamdulillah, dengan kebesaran Allah, pada malam ke-27 umat Islam berpuasa, aku ditemukan dengan doktor pakar, Doktor Syamsul Azri yang dengan izin Allah telah membantu aku menyambut raye di rumah dan bukan di katil hospital seperti yang aku sepatutnya! Terima kasih aku pada dia atas usaha dia dan alhamdulillah, mungkin dengan berkat doa aku tiap2 malam yang taknak beraye kat spital, Allah tunjukkan aku jalan dan doa aku makbul supaya at least nak dapat beraye pada pagi raye je pun jadilah.. maka alhamdulillah aku dapat la beraye sampai raye ke-4 sebelum aku kena balik (Allah bagi advance lagi 2 hari lagi tu.. syukur!). Inilah kebesaran Allah yang aku saksikan sendiri dimana sepanjang 3 hari berhari-raya aku lansung tak rase macam orang sakit. Syukur alhamdulillah. Tapi camnerpun, skang ni ok dah sket sebab aku dah boleh amek ubat bila2 mase aje. So xla seteruk mase bulan pose haritu. Lagipun doktor kate bile pregnant memang asma kite akan teruk dari biase, so it's a normal caselah.

Ok, now aku citer pasal ape yang happenned during bulan pose. Maklumlah, nak update time tu, kesihatan tak mengizinkan so inilah masenyer untuk revenge!! Thee..! Pada 07hb Oktober 2007 besday bonda aku yang tersayang, Bonda Aminah@Dorothy Sir Wilfred Stokes yang ke-70 tahun. Ekcelli dia taktau pun yang aku nak celebrate gak besday dia ni coz dia dah bgtau awal2 takyah la wat ape2 since besday dia dalam bulan pose. Tapi aku beli gak la kek ngan sate & jemput famili abang aku potong kek kat umahnyer. Terkezut gak la dia sebab kami datang pun lepas Isya' so dia misti dah ingat takde sape teringat nak belikan kek unt dia. Hehee...Jahatkan aku! :P



Lepas tu, pada 22hb Oktober 2007 lak, besday anak sulung aku, Mariatul Qibtiyah yang ke-7 tahun. Aku cume belikan kek & pizza jer sebab haritu dia masih dalam exam week so xleh la nak celebrate kat luar. Hadiah pun ayah & umminya bawak dia g beli malam tu jugak (teruk tolkan?! Hee..) Syukurlah yang penting dia hepi. Memang seronok sangat la dia sebab akhirnya dia dapat bukak hadiah2 dari mak2 sedare dia yang dia dah dapat 2 hari sebelumnya. Mana taknyer, ko tak tu asek pandang je hadiah tu, nak bukak kene tunggu malam besday lak.. tensen gamaknyer dia..hehe! Anyway, lepas potong kek n bukak hadiah, it's back to study time!

Ni kek yang aku sempat buat untuk sambutan besday Maria, Wan Dolly & Wan Rahimah dia kat Seremban 2 hari sebelumnya. Ekcelli dia nak kek Barbie tapi ediblenyer dah habis plak. Maka bertukarlah kek Barbie jadik Powerpuff Girls. Sian dia..

Follow Me at flickr! .