Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 29 Jun 2007

Home made cheese bread aku..

Jumaat, Jun 29, 2007 0 Comments
Dah lame dah aku direserved dek Ezie, colleague aku kat opis untuk buatkan cheese bread ni. So bila ade order bertindan2 harini, aku buat gak la untuk dia, pasal dia dah booked lame. Dia kate ayahnyer yang sakit kat Kelantan tu suka makan roti, so sementelah dia nak balik kampung habis kerja harini, dia nak bawak la sekali. Bagus betul... waktu hidup nilah kite nak balas balik budi dan penat lelah mak ayah kite membesarkan kite. Besok2 kalau dah takder, sedekah dan doa je yang bleh kasik.

Notes: Teringat kat arwah abah.. isk, isk..

Sabtu, 9 Jun 2007

3 Abdul Birthday & Father's Day Celebration

Sabtu, Jun 09, 2007 0 Comments
Hari yang bz. Heheh! Aku bangun pagi ni terus je masuk dapur kukus apam yang diorder untuk wedding gift. Lepas tu buatkan frosting untuk birthday muffin 3 Abdul (gelaran yang anak aku ngan sepupu2nya dapat sebab lahir bulan yg same!) Tahun ni temanya yelah Spiderman3. Maka jenuh la gak sbb ade 2 muke spiderman yang aku kene lukis! Kes naya tol.. tawon depan jangan la pulak kuar kembar spiderman kaler biru, merah, kuning ke.. teruk aku weh! Har! Har!

Lepas wat frosting, aku kuar lak jap g supermarket carik lauk nak masak. Balik tu baru sambung balik. Ade le dekat 3-4 jam gak aku melukis sebab selain dari wat muke spiderman, aku buat skali muffin yang aku nak hantar ke rumah anak yatim Nur Iman kat sini nanti. Yang tu aku pakai design rose je sebab nak cepat. Lagipun aku pakai whipped cream, so sebelum dia cair, baik aku pikirkan design yang cepat siap supaya aku boleh sumbat dalam peti ais dengan segera. Hehe.

Akhirnya dalam kol 2:00 pm barulah aku siapkan buat sumenyer. Masuk dapur masak mee sanggul pulak untuk bawak ke Klang nanti. Finally kol 5:00pm aku pun bertolak la. Takde ape pun yang aku nak cerita yang sebenarnya sebab aku tak ingat almost 90% apa yang berlaku.. inilah akibatnya kalau makan ubat sebelum g jalan! Skang aku dah rugi satu event! Hampehhhh.... Anyway, to 3 Abdul; 'Happy Birthday!!'

Jumaat, 8 Jun 2007

Cheese Bread Terbakar

Jumaat, Jun 08, 2007 0 Comments
Well.. inilah upenyer kalau kite telah membakar roti melebihi masa yang ditetapkan lebih2 lagi jika ianya adalah roti cheese. Hehee... Lame dah mak x bakar roti weh, sejak amik order wat muffin tu, nilah baru nak rase bakar roti balik. So aku pun dah lupe le pulak brape lame aku kena bakar.. udahnyer jadiklah Cheese Bread terbakar tu. Haha! Lawak tol. Sian kat CTZaharah yang order roti tu sampai aku x sampai hati lak rase nak jual.. Theehee.. Ekcelli dah lame dah dia order tapi pasal aku x berkesempatan nak g kedai jual cheese tu, tu yang agenda terbantut. Anyway, akhirnya lepas dah la satu amanah.. legaaaa.. to CTZaharah, sori le wei.. tapi sbb dah masak, suke x suke, habihkan gak! Har! Har!

Ahad, 3 Jun 2007

Huaaaa......!!!

Ahad, Jun 03, 2007 0 Comments
Mak hai punye le berat... al-maklumlah, nilah kali pertame aku akan berpisah ngan puteri aku unt jangkamasa yang agak lame.. dulu penah gak dia g tido umah De dia tapi 2 hari je.. ni seminggu! Sob, sob.. sedihnyer aku. Tapi camne pun aku kena gak belaja melepaskan dia untuk berdikari. Mana la tau tetiba Allah bagi aku rezeki nanti, boleh aku hantar dia g ngaji kat Mesir, insyaallah. Dah le hubby g outstation dah dokek 2 minggu dah ni, Maria pun nak outstation gak ke umah atoknyer kat Klang! Hua, ha, ha... sian aku! Yang tinggal si Mirul sorang la kat umah ngan aku tapi itu hantu PS2 24 jam mengadap menatang tu, so.. mule le aku ni terpinga2 x reti nak wat per. Takde sape ke nak order ape2 weh! Har! Har!
So kol 2.30 pm td aku pun berangkat la g Klang. Aku rasa aku punye doa aku baca sepanjang perjalanan tu kalau dicompare dengan kalau aku bace Al-Quran, maybe dah khatam 7 kali rasanyer aku baca dari aku setat kete tu sampai le ke Klang. Tu la padahnyer kalau time hubby bawak kite tido kat belakang (theehee...!) Sampai sesat2 aku dibuatnyer.. hampeh tol! Nak dijadikan citer lak tu, time balik ujan punyer le lobek, banjir lagi..jem toksah citer laa.. kat Bangsar jalan lak pecah! Aku ni dah le main bedal je jalan, sampai 2 jam baru sampai umah! Wakaka! Terok tol! Farah.. ini dah pasti kali pertama anda drive sendiri ke Klang, tapi... untuk drive lagi sendiri lain kali... mungkin TIDAK!!! Har! Har! Tolonglahhhhhh aku tak sanggup wehhhhhh!!!....
Oklah, malas dah nak layan. Sebonanyer aku ni dah tahap rindu gaban ngan Maria. Tu yg ayat pun jadik cam org meroyan tuh. Padahal baru je beberape jam aku tinggalkan dia kat sane.. camne la aku nak survive lagi 6 hari ni weiiii!!!!.. Hee.. k stop! Baik aku citer yg ni. Tadi aku masak kek coklat ngan bihun sup bawak g sane. Sekian, mekasih.. Har! Har!...

Jumaat, 1 Jun 2007

Happy Belated Birthday Gals & Happy 5th Birthday 2 Mirul!

Jumaat, Jun 01, 2007 0 Comments
Harini kat opis aku wat makan2 untuk sambut belated birthday Ajue & Med. Cam biaselah bile ade sessi makan2 ni, tiap sorang akan bawak lauk. This time menunye ialah kari ikan tongkol, jelatah , (si besday gal Ajue yang bawak), sambal goreng, sambal tumis udang & sotong dan puding susu (besday gal: Med bawak), puding cocktail (Ezie bawak), tembikai (dibeli dengan susahpayahnya oleh Ieza.. wakaka! Kejam tol depa ni, tak dapat aku bayangkan ko ngusung tembikai tu naik opis tingkat 3 nih!) dan of course la kalau Kit tak bawak nasik, tak berertilah lauk2 yang di bawak itu tadi. Aku lak buatkan kek spiderman atas permintaan mereka2 itu (sabau jelah). Base aku gunakan spongy sponge cake (vanilla & coco), layered dengan satu lapisan chocolate ganache dan topped dengan chocolate cream. Alhamdulillah sume habis licin seperti biase. Har! Har!

To Ajue & Med: Happy Belated Birthday 2U Gals!..



Malam harinye pulak, aku sambut besday anak bongsu aku Said Amirul yang ke-5 tahun. Alaa.. sambut kat umah mak, makan sesame famili je sebab ayahnyer blom balik dari outstation lagi. Insyaallah bile dah cukup korum nanti akan ade sambutan 3 Abdul kat Klang nanti.. tungguuuuuuu!.. Bila aku tanye dia nak hadiah ape, dia kate dia cume nak kek spiderman yang aku buat aje sebab kek orang lain buat tak sedap (bleh pecaye ke ek?!.. ) So aku pun watkan la dia kek spiderman tu walaupun aku sebenarnyer tak larat sebab tak berapa sihat. Tapi demi anak, kaki ngan tangan aku ni dah sampai menggigil pun ku tetap teruskan jugak membuatkan dia sebijik kek spiderman. Memandangkan dia ni memang tak brape gemor makan ceklat dan atas permintaannya sendiri ndakkan jem strawberry so aku bubuh strawberry paste sebagai toppingnyer. Kek dia pun aku tak buat kek ceklat sebab dah tau dia misti tak suke nanti so aku buat vanilla sponge cake aje. Lotih gak la mak sebab balik je keje teruih g Mc'D.. pastu terkocoh2 balik umah & nak bersiap ke umah mak pulak. Lepas maghrib aku pun terus bergegas ke umah mak aku. Cadangnya aku nak wat dlm kol 9 mlm lepas isya' tapi si besday boy dah merengek2 lapar nak makan kek. So majlis pun dimulakan awal la. Takde sape pun tetamu yang datang melainkan anak2 aku, mak, anak sedare, abg aku, kakak ipar & anak2 dia. Small celebration je. Tapi best gak la.. Wan si Mirul pun tepon wish dia malam tu tapi besday boy ni sombong sket la mlm ni. Actually dia ngantuk tuuu.. Ummi understand.. hee..

Anyway, theehee.. of course laa.. part yang paling best skali dalam besday party mistilah acara membuka hadiahkan. Eventhough kite ni cume pemerhati tapi bile tengok riak muke si besday boy mase bukak hadiah dari kite tu.. adalah sesuatu yang sangat bermakna.. especially for a mommy like me. It was one of the precious moment. Said Amirul.. Ummi tau adik dah lama ndakkan suit Cicak Man tu.. and today, SURPRISE!.. Ummi seronok tengok adik seronok... at least i have something that could take my sorrow away... I Love You, Mirul! ... and Happy Birthday! Moga hidupmu sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT, diberi nikmat yang cukup di dunia dan di akhirat kelak serta menjadi anak yang soleh, yang sentiasa beriman pada Allah, mendoakan Ummi dan Ayah dan menjaga kakakmu.

Ahad, 27 Mei 2007

Aduhaiiiii laaa anak Ummi..!

Ahad, Mei 27, 2007 0 Comments
Actually harini aku dah plan untuk bersenang-lenang sepanjang hari disamping menggodam website aku sendiri (dah takde keje la tu namanyer kan..) Memandangkan harini hari Ahad, cuti skolah plak tu, ayah budak2 ni g outstation... so aku ingat memang aku akan cuba menghabiskan mase aku dengan sesuka hatinyer.. wakaka! Make sepanjang hari aku pun bermalasannnn jelah..
Dalam pada tu, anak sulung aku si Maria tu dok la berulang kali tanye aku bila
nak buat muffin atau kek lagi. Dia tanye harini takde order ke sebab dia rase tak sabar nak makan kek aku lagi. Aku pun malas la nak layan dia sebab aku baru je nak berehat harini selepas menyiapkan order yang alhamdulillah tak putus jugakla sepanjang bulan ni. Tetiba tengah aku mem'bege'2 website aku, Maria muncul belakang aku sambil cakap dengan nada slownyer; "Umi ni kalau org lain order, Umi buat je kek atau muffin, tapi kalau kakak yang mintak, Umi taknak buat.." Aku pun terus la tersentak cam kena petir dengar kata2 dia.. terus aku bangun g dapur & buat kek sponge. Bila dah masak, aku nak g panggey dia, skali tengok dia dah tertido kat kosi panjang menunggu nak makan kek aku.. Huaaa.. siannya anak Ummi! Sorila sangat sayang!
Akhirnya bila dia bangun, dia terus tanye aku nak makan kek. Lega hati aku dapat tengok dia makan sepuas2nyer.. maafkan Ummi ye sayang..

Moral of the story: Jangan sesekali abaikan anak.. nak godam tunggu depa tido, ok! Theehee...

Sabtu, 26 Mei 2007

Back 2 School..! Pergh..!

Sabtu, Mei 26, 2007 0 Comments
Haha! I could'nt believe myself- Farah is going to baking lesson?? Har! Har! But that's a fact! Bukan aku taknak pegi pun selama ni, tapi tau jelah banyak benda nak diutamakan kat umah bila hari cuti tu kan. Tapi bila ada kekosongan camni, dapat la aku pegi. Harini kelas macamana nak memperalatkan coklat dalam hidangan manisan, disampaikan oleh Chef Pak Ahmad di bawa khas dari seberang nun. Banyak no ceklat sampai aku tak larat nak makan. But one thing yang best aku learn from attending class yelah aku dapat kawan baru yang sama meniaga bakery so banyak gak la ilmu dapat aku korek dan kongsi! Hee...

Sabtu, 19 Mei 2007

Happy Belated Birthday Cu & Welcome Baby Aina!

Sabtu, Mei 19, 2007 0 Comments
Selalu sangat buat muffin dan cupcakes untuk orang, harini aku wat untuk famili pulak. Harini aku nak balik Klang untuk 3 event- Pertama: Nak tengok orang baru, baby Nur Aina yang lahir kat Klinik Damo kol 4.10 petang tadi; kedua: Nak sambut besday adik ipar aku, Iya yang study kat MMU dannnnn yang ketiga: Nak tengok Final AF5 ramai2 kat umah mentua aku! Har! Har!
Harini aku wat macam2 jenis muffin & cupcakes..ada spongy sponge cupcakes, oldies butter cupcakes, chocolate, bluberry & vanilla muffin. Actually bukanlah sebab rajin buat macam2 jenis tu tapi sebab kebetulan ade lebihan bancuhan yang org order dan ada pulak orang nak sample senin nanti. So alang2 nak bakarkan, aku pikir baik buat sekali harung je. Topping pun pakai yang lebih2 tu je.
Projek aku bermula seawal 8.30 pagi. Habis wat topping je, aku pun memulakan la masakan lain yang bakal aku bawak kang. Bila makan reramai kang, barulah best!
Hehe.. Menu aku harini cume spaghetti je dengan paiti. Tapi aku cakap betul la, ni lah kali pertama dan terakhir aku akan buat kulit paiti tu, TENSION weiiii!! Sampai naik kematu kaki tapi yang jadik cume berapa jerk! Dah ler tuh, yang jadik pun upenyer cam shrek, menggerutu. Rasa nak nangis tol nengok. Sapo ade jual kulit dia yang dah ready made tolongla jual kat aku wehhhh! Theehee..
Anyway, kol 6.30 petang aku sampai kat Klinik Damo.. Sronot sangat tengok baby.. bestnyer kalau aku ade baby lagi. Hehee.. slalu gak berangan dapat baby girl lagi, bertambah orang yang bleh tolong aku kat dapur selain Maria, har! Har! Tapi wat mase ni, selagi aku x sembuh and get my normal life back, tayah la nak berangan apa2 Farah oiii... hmmm...
Ok, so balik pada citer. Malam tu kami sume pakat berkumpul la depan tv nengok Final AF5. Bersemangat tol! Hidup Mila.. u deserved it! Sampai umah pagi tu kol 1.30 pagi rasenyer.. bahana AF. Terok tol! Thee..

Jumaat, 18 Mei 2007

Happy Teacher's Day!

Jumaat, Mei 18, 2007 0 Comments
Yes.. to all teachers out there, especially to teacher Zailani, Ustaz Saiful Azli, Ustazah Aisah, teacher Zaleza & teacher Ani for being really responsible and hardwork teaching my lovely daughter, Mariatul Qibtiyah at Sekolah Danau Kota, i wish them a very2 Happy Teacher's Day and thank you soooooooooooooo much for your kindness and love that you share with her. Muahhhhhhh!
Sebagai tanda penghormatan aku ke atas jasa2 mereka ni, aku hadiahkan Spongy Sponge Cupcakes dengan frosting peppermint (putih), strawberry (merah) dan blueberry (ungu). Hope all of you will enjoy it eventhough i knew that these is not enough to pay off your kindness. Thank you again.

Sabtu, 12 Mei 2007

Lotihnye mak..

Sabtu, Mei 12, 2007 0 Comments
Ni pagi aku cadang nak g wat rwtn ulangan kat Bangi so dari malam tadi aku pun struggle la menyiapkan muffin yang diorder Kak Wan untuk bagi bakal mak mentua. Gituhla nak ambek hatikan.. hehe. Dah siap sume, skali si Mirul pulak sakit perut. Sampai ke tengahari dok la menahan sakit so aku pun cancel la nak g. Sementelah si Aju pun nak dtg amik kosi sofa aku harini, so aku pun kemaih la umah sampai malam. Lotihnyer la mak hai, tu baru kemaih bhg tgh umah tu ha! Thehee..
Follow Me at flickr! .