Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Sunday, April 19, 2020

Resepi: Simple Sardine Sandwich


 

Pertama sekali, post ni sama sekali takde niat nak mensavagekan orang yang beli roti sorang sampai sepuluh buku ye. Tapi kalau dah alang-alang beli banyak-banyak sampai orang lain tak dapat beli tu, boleh la cuba buat resepi ni supaya cepat abes sebab sandwich sardin ni memang menjadi kegemaran ramai.


BAHAN-BAHAN:
Roti sebuku
Sardin 1 tin
Bawang holland separuh
Bawang putih 2 biji
Sedikit air asam
Sedikit sos cili
Garam/gula
Mayonis
Butter/ margerin
Sayur-sayuran untuk hiasan dan kesihatan


CARANYA:

  1. Memula korang hancurkan sardin tu dalam mangkuk. Sos dia tu tuang sikit bagi tak kering.
  2. Pastu panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dengan bawang holland sampai wangi. Kendian masukkan sardin tadi dan kacau rata.
  3. Lepas tu masukkan cili sos ikut la kepedasan yang korang suka. Kalau nak pedas ultra, campak je cili padi dalam tu tapi since kastemer-kastemer dapo saya sejenis tak tahan pedas jadi saya lupakan hasrat tu.
  4. Pastu boleh masukkan air asam, garam dan gula sikit. Kacau-kacau sikit pastu biarkan sejuk.

Ini hajer tahap kepedasan yang melepasi piawaian budak-budak kat umah ni huhu...
Okeh, sementara tunggu sardin tu sejuk, korang boleh la sapu butter kat setiap lapisan roti. Buat atas bawah ye dan potong la tepi dia kalau tak suka. Lebihan tu boleh buat puding roti tapi kalau maleh, bedal aje kihkih...
Bila sardin tadi dah sejuk, korang campurkan sesudu mayonis atau lebih ikut suka ati korang keh. Gaul rata-rata pastu sapu kat roti tadi. Selit jugak apa saja sayuran yang korang suka.
TADAAAA...!!! Opppss..! Hat keras ni cop saya punya!!!  


  Signature

7 comments:

  1. Sedap sandwich sardin. Makan sandwich pun dah cukup kenyang dah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dapat sandwich nasik pun dah tak lalu hehe...

      Delete
  2. suka gak menu gini, menambah selera walaupun simple aje...sesekali da jemu makan nasi, boleh berbuka dengan menu ni nanti...

    ReplyDelete
  3. i don't really like sandwhich sardin sbb lagi suke makan sardin dgn nasi putih plus kicap.
    i prefer sandwhich telur more than sardine. hehe

    ReplyDelete
  4. uwaaaa sedapnyaaa. bulan2 puasa ni, tgk sandwich je pun dah rasa tempting. =D

    ReplyDelete

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .