Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Selasa, 24 Disember 2013

D.A: Menu Lunch/ Dinner -7

Selasa, Disember 24, 2013 6 Comments


Haaa... menu kali ni saya dapat hasil sumbangan atkiners kat kelab FB gak. Memula cam tak caya sebab dia kata memang rasa macam nasi goreng. Secara logiks-nyer-lah-kan, takkanlah masak kobis boleh rasa nasik? Huk-a-loh... saya ni kan banyak tengok channel CI so saya pun teraiii... MEMANG BETUL TAK TIPU nyahhh- rasa dia memang macam nasi goreng! Jadi meh saya share resepi ni kat korang untuk diterai pulak eh. Resepi ini diberi nama Nasi Goreng Tipu hehe...

Bahan-bahannya: -
Bunga kobis dicuci bersih dan toskan (ikutla nak berapa banyak)
Sedikit udang geragau/ udang kering/ udang hidup/ ikan bilis (tengok dalam peti ais mana yang ada thee...)
Sebiji dua telur ayam
Sedikit cili kisar (ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
1-2 biji bawang merah dan bawang putih dihiris nipis
Garam & serbuk perasa
sedikit minyak untuk menumis


Caranya: -

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang. Bila dah layu masukkan udang dan masak sampai naik bau. Lepas tu masukkan cili dan tumis sampai garing.
  2. Kendian masukkan telur dan biarkan sampai dia separuh masak baru masukkan bunga kobis serta perasakan dengan garam atau serbuk perasa dan kacau rata. Tadaaa... siap dah nasi goreng tipu anda! Budak-budak pun tertipu okeh har,har, har...



Signature

Khamis, 19 Disember 2013

D.A: Menu bekpes -4

Khamis, Disember 19, 2013 2 Comments

 

Menu bekpes yang ni senang jek tapi sodap! In fact sebenarnya korang boleh je godam sikit je resepi biasa bertukar kepada sesuatu yang lebih sodap macam hini. Meh kaji bahannya: -

Bahan-bahannya: -
Telur sebijik
Lada sulah
Sedikit parutan cheese
2 ketui sosej (nak lebih skeatilah)
Tomato dan sayur salad

Caranya: -

  1. Goreng je telur tu dalam minyak yang sedikit. Kalihkan dan terus bubuh sedikit lada sulah dan parutan cheese ikut la berapa banyak korang suke ek. Pastu lipat dan angkat taruk atas pinggan.
  2. Sosej tu panggang je atas periuk pemanggang ajaib sampai masak. Dah siap masukkan dalam pinggan dan letakkan tomato yang dipotong dadu dengan sayur salad disebelah. Dah siap! Senangkan!



  Signature

Isnin, 16 Disember 2013

D.A: Menu Lunch/Dinner 6

Isnin, Disember 16, 2013 0 Comments


Sebelum korang baca sampai menitik-nitik airliur *haha* adalah penting untuk mak bagitau yang menu ni hanya sesuai untuk mereka yang dah dapat berat ideal cam saya dan makan sekali-sekala je *atau lebih tepat sebulan atau dua bulan sekali hiu hiu* tau... sebabnya menu ni mengandungi kandungan gula dalam rempah perapan so bagi yang baru-baru nak mulakan atkins tu- TOLONG JANGAN MAKAN INI! Thee...


Bahan-bahannya: -

Daging lembu/ kambing sukeatilah nak berapa banyak pun hehe...
Rempah Madu Kambing Istimewa Fiza (sile beli dengan tokeinya kat sini)
Bawang besar
Sayur salad
Timun jepun
Tomato dipotong dadu
Sedikit mayonis
Garam
Lada sulah
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang seadanya



Caranya: -

  1. Lembutkan daging menggunakan pressure cooker selama 30 minit dan toskan. Airnya toksah buang. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta perasakan dengan garam. Dah jadik sup hehe...
  2. Daging tu kendian korang perap selama 1 jam atau lebih lagi mantap rasanya. Bila tiba masa nak panggang, lumur lagi sikit rempah kasik lagi sedap hehe... Pastu gunakan periuk pemanggang ajaib untuk memanggang. Tayah guna minyak yang banyak kalau korang guna pemanggang ni sebab kalau korang tak boh minyak pun dia tak melekat dan dia masak sekata juga. Cuma kite bubuhkan seoles minyak zaitun supaya bagi garing dan lembab sket je ok.
  3. Bila dah nampak garing kedua-dua belah bolehlah diangkat dan hiris nipis-nipis. So korang akan dapat garing di luar dan lembut di dalam! Hee...
  4. Untuk salad pulak macam biasa, cuma campurkan kesemua ssayur tu dan gaulkan dengan sedikit mayonis dan garam serta lada sulah sampai korang rasa puas hati. Apa lagi? Makanlah! ;P


Signature

Selasa, 10 Disember 2013

D.A: Menu Lunch/Dinner -5

Selasa, Disember 10, 2013 4 Comments


Menu ni kita pakai fish fillet lagi tapi ingat ye, sebaiknya korang pilih fish fillet yang tak breaded sebab yang ber'breaded' camni masih tinggi kalorinya sebab ada kandungan roti di situ. Meh nengok caner nak wat: -

Bahan-bahannya: -
2 keping fish fillet (atau buat 4 terus sekali untuk dinner)
(Untuk sos tartar)
Beberapa sudu mayonis (ikut suke ati koranglah)
Sedikit cili jeruk (ikut kalau nak pedas boh la banyak)
Sedikit daun parsley dicincang halus
Sedikit bawang besar dipotong dadu
Garam
Minyak Olive
Sedikit perahan lemon


Caranya: -

  1. Fish filet tu dipanggang dalam kuali pemanggang ajaib sampai masak. Tak perlu minyak. kalau nak nampak garing sikit cuma percikkan sikit minyak olive je dah.
  2. Untuk sos tu, gaulkan aje sume bahan-bahannya dan akhir sekali perah sedikit jus lemon. Dah siap!
  3. Hidangkan dengan daun salad atau apa je sayur yang korang nak. Den punye sayur dah abes time ni har har...


Notakaki Saiz Tujuh:
Jangan risau pasal kalori. Saya dah cek sos ni kandungan carbo dia cuma 1gm aje untuk satu serving!


Signature

Isnin, 9 Disember 2013

D.A: Menu Lunch/Dinner -4

Isnin, Disember 09, 2013 4 Comments


Menu yang ini tak berapa sesuai untuk peng'diet atkins' tegar ye. 

Sebabnya untuk ayam ni saya perap dengan Rempah Ayam Madu so ada kandungan gula yang tinggi di situ. Kalau ikut info pakcik gugel, katanya kadar carb dalam madu saja ialah 84.4 gram huhu... Tapi kalau korang peng'diet' suam-suam kuku cam saya ni boleh aje. Yang penting jangan makan dengan nasi dan jangan amal selalu, okeh!


Bahan-bahannya: -
2 ketul ayam (4 ketul untuk makan malam sekali kalau malas hiu hiu...)
Sedikit rempah ayam madu (saya beli ngan Fiza. Sapa nak beli boleh direct kat dia)
Daun salad
Daun Kubis
Tomato dipotong dadu
Satu sudu besar mayonis
Garam


Caranya: -

  1. Perap ayam dengan rempah ayam madu selama sejam dan panggang sehingga masak.
  2. Sayuran digaulkan dengan garam dan sesudu besar mayonis. Siap dan boleh dihidangkan dengan ayam madu panggang tadi!



Signature

D.A: Menu Lunch/Dinner -3

Isnin, Disember 09, 2013 0 Comments


Resepi ni saya bagi nama 'Fish Fillet & Salad'. Untuk yang 'newbies' atau yang betul-betul perlu jaga kadar kandungan carb dalam makanan dorang, saya kena bagitau yang 'breaded fish fillet' macam ni adalah tidak boleh ye anak-anak. Disebabkan ade roti di situ maka kandungan carb dia agak tinggi so susahlah kalau korang betul-betul nak turun berat badan dengan cepat. Sebaiknya korang carik fish fillet yang kosong tanpa breaded atau nak fresh lagi, beli je ikan sekor dan belah buat fillet (kalau rajin ler hehe...).

Untuk menu ni saya cuba guna gravy sos hijau dari blogger Ummisalsabila sebab saya suka sangat sos fillet caribbean kat Secret Recipe tu. Cuma saya terpaksa skip krim masakan tu so resultnya taklah sesedap sos kat SR dan rupanya pun memang lain la dari resepi dari blogger ni huhu... takpe Farah, kate nak kurusss... Meh tengok bahannya: -

Bahan-bahannya: -
Sekeping dua fillet ikan (bergantung kepada berapa banyak korang nak bedal)
Daun salad
Daun kobis
Tomato dipotong dadu
Garam
Minyak olive

(Untuk sos hijau)
1 sudu butter
3 ulas bawang putih
Satu genggam daun parsley segar
1 kotak kecil krim masakan (skipped yang ini kalau nak kurus! Har har!)
Sedikit herba dill (saya takde nih)
Garam
Black pepper
Limau nipis atau lemon

Caranya: -
  1. Fish fillet tu dipanggang guna minyak olive yang sedikit saja dalam kuali pemanggang ajaib. Boleh guna kuali biasa tapi kena guna minyak banyak so itu tak berapa elok untuk kesihatan pun kan?
  2. Untuk salad: Gaulkan kesemua sayuran dengan minyak olive dan garam
  3. Untuk sos hijau: Panaskan kuali bersama satu sudu butter.Masukkan 3 ulas bawang putih yang dicincang, segenggam daun parsley yang dikisar halus, masukkan krim masakan, sedikit herba dill (jika ada), garam, black pepper dan sedikit perahan limau atau lemon.Masak sehingga mendidih.Siap!


Signature

D.A: Menu Lunch/Dinner -2

Isnin, Disember 09, 2013 2 Comments


Macam biasa, menu untuk lunch biasanya boleh dibuat sebagai menu dinner jugak. Cuma korang mungkin boleh ubah 'salad'nya ataupun 'gravy'nya. Menu yang ini pun ekcelli menu yang paling simple dan selalu kite buat yeitu- Telur dadar hehe... cume kite ubahsuai sikit dari biasa je. Meh tengok bahannya: -

Bahan-bahannya: -
2 biji telur
sedikit bawang besar
sedikit serbuk lada putih
sedikit cheese parut
garam
daun salad disiat kecil-kecil
kubis dihiris nipis
tomato dipotong dadu
satu sudu mayonis
minyak olive

Caranya: -

  1. Panaskan minyak. Sementara tu pukul telur dengan bawang besar, serbuk lada putih dan garam sampai berbuih. Kemudian tuangkan ke dalam kuali.
  2. Bila hampir masak, taburkan cheese parut ke atas telur tadi dan balikkan sekejap terus angkat.
  3. Untuk saladnya: Campurkan kesemua sayuran dan digaulkan dengan garam dan sesudu besar mayonis. Senangkan? 


Signature
Follow Me at flickr! .