Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 12 Jun 2008

Bila ummi menyebuk... Thee (Wink!)

Khamis, Jun 12, 2008 0 Comments
Inilah pensil yang terpanjang di dunia dengan ukuran 19.7 kilometer berada di sebelah kilang Faber Castell Malaysia. Dasat tuhh.. taraf dunia!

Ni hari kite citer pasal lawatan tadika Mirul ke kilang Faber Castell ngan Pusat Sains Negara. Korang misti heran kan kenapa lak aku nak citer dan camner lak aku bleh citer kan... sebabnyer yelahhhhhhh... aku pun ikut join sekali gak menyebuk seperti biasa!!! Har! Har!...

Citernyer bermula bile bas sampai kat tadika kira2 jam 8.30 a.m waktu Malaysia. Perjalanan ke kilang tu aku rase sepatutnya dalam sejam bleh sampai kot tapi biaselah sape soh masuk KL time peak hour! Haaa, amek! 1.5 jam baru sampai. Tu sekali la ngan drebar tu sesat 2 kali (aku hingat aku sowang je yg kaki sesat jalan.. ade gak member! Kui!)

Sampai je kat sane, kiteorang sume di bawa ke dalam dewan untuk dengar sejarah pasal kemunculan Faber Castell ni. Upenyer dia dah wujud di Eropah since 1761 lagi dan hanya dikilangkan dia Malaysia 2 tahun selepas kelahiran aku ke dunia yeitu pada tahun 1978, huhuuu...! Selepas bagi taklimat, kanak2 ni tadi diberi peluang mewarna gambar dengan menggunakan pensil warna dorang. Maka bersungguh2 la bebudak ni mengaler gaya cam nak masuk pertandingan.

Aktiviti seterusnya yelah melawat ke dalam kilang dan melihat pekerja2 derang membuat pen, pensil, pemadam dsbg.nya. Malangnya tiada kamera yang dibenarkan masuk hatta kamera phone sekalipun so xde lah gambo yang dpt ku tunjukkan kat sini. Maybe derang takut radiasi kamera kepada pekerja ataupun takut dorang hilang tumpuan dengan cahaya kamera ke, aku pun x dapat la nak diagnose! Akhirnya setelah terpinga2 sendiri sebab tak berapa dengar penjelasan jurucakap dorang akibat bunyik mesin yang lebih kuat, kiteorang pun dibawa ke kantin untuk sarapan pagi yeitu roti krim bai roti ngan milo panas. Bolehlaa... Kenyang gak!

Para deligasi bergambar di hadapan kilang Faber Castell sebelum bertolak pulang

Selepas tu, kami semua gi makan lunch kat McDonald's Subang. Mintak maapla x sempat amek gambo. Dia bile masuk bab makanan ni, kite misti tumpukan perhatian pada hidangan dan lupakan soal yang lain2, betul tak? :P Lepas je makan, kami bergerak lak ke Pusat Sains Negara. Waktu sampai tu ada budak2 Sekolah Teknik KL yang dah ada kat sane so tempat tu jadik a little crowded la sket. Aku bab crowded ni mmg le maleh nak menanganinyer... so aku pun bwk la Mirul jalan ngan aku je dalam tu. Pada pendapat aku, bahan2 kat sini memang menarik la dan sangat sesuai kalau bawak budak2 yang tengah nak mule mengenal alam tu cuma satu yang aku rasa x best sebab kebanyakan bahan yang disediakan tu dah rosak (aku assume budak2 yang mencubanyer telah berusaha keras sampai patah atau jahanam dsb.nya - ini hasil pemerhatian aku pada budak2 yang menggunakan bahan2 tu!). Satu lagi, aku rase lebih baik kalau anak2 datang dengan ibubapa sendiri berbanding datang ramai2 sebab budak2 ni suka menyoal apa yang dorang dah cuba kat sini. So, kalau kite datang berkeluarga, ibubapa boleh bagi penerangan terperinci dan sekaligus yang hat adik2 lain pun boleh dapat ilmu same, x gituh? Hehee.. tu cume pandangan aku jelahhh... oopss! Terlebih sudah!.. Theee...

Akhirnya selepas kira2 1.5 jam kami dibenarkan merayap2 dalam Pusat Sains Negara ni, tibalah mase untuk pulang. Kiteorang sampai kira2 jam 3:00 pm kat depan tadika balik dengan penatnyer. Sekian saja laporan lawatan kali ini. Thee..

Kan main ceria lagi dapat duduk ngan awek kelas sebelah dalam bas!

Sabtu, 31 Mei 2008

Trip to Ipoh!

Sabtu, Mei 31, 2008 0 Comments

Hehe.. lamenyer dah x jalan rasenyer. Yelahkan, dulu pregnant memang dah x larat pun nak g holiday ke hape, pehtu berpantang lak, then time masuk keje balik, balik umah wat muffin plak... xde mase lansung untuk diri sendiri. Tetiba datang lak jemputan dari urusetia Persatuan Bekas Pelajar SMTI ni nak wat reunuion dinner kat Ipoh, so aku pun attend la, apetah lagi si Big Boss merangkap drebar (hehe!) pun telah memberikan green lightnyer yang terang-benderang.. Yuhuuuu!!!! Windunyer kat SMTI!!!!

Ok, perjalanan aku bermula kol 2 lebih gituh. Al-maklumlah menunggu dari yang si kecik sampai le ke yang terbesar bersiap punyelah lame, ade je postponenyer. Udahnyer bertolak la lambat sket. Perjalanan lancar alhamdulilah walaupun ade ujan gak mase kat Tapah tapi masuk je Simpang Pulai, bermulalah episod jem di jalanraya. Perghhhh! Bosannyer! Ingat kat KL jerk! Akhirnya aku sampai ke Grand View Hotel kol 5:00 pm tepat.

Untuk sesape yang nak datang Ipoh, aku recommend hotel ni sebab walaupun dia cute- mute tapi aku boleh bagi 4 star lah. Everything's complete & bersih. Cume fridge dengan swimming pool je yang xde which buat budak2 bosan.. hehe! Nasib baik si Mirul awal2 dah packing PS2nyer dlm beg, so itulah je keje dia sepanjang hari. Si Maria lak angkut buku2 ulangkajinya, alhamdulillah.. sejuk perut aku! Hehee... Si Jebab lak?? Hmmm.. dia jadik good boy sebab sepanjang kat sane dia tido dan baik jer. Lega hati aku dia x meragam. Ko tak mau bengkak bijik mate gamaknyer disbbkan mengantuk + keletihan.

Malamnyer hubby terus hantar aku dan Maria ke SMTI yang dah 15 tahun ku tinggalkan! Humang aii, lain tol dah perubahan persekitaran, well developed la, alhamdulillah! Mulelah aku terkenang zaman2 sekolah kat situ dulu.. huhuuuu... pilunyer! Hati aku berdebar2 carik kengkawan lame yang datang... akhirnya! Arghhh, sedihnyer tapi seronok giler dapat jumpe ngan kengkawan lame! Walaupun batch aku cume 9 orang je yang datang (Campur Maria cukup la semeja tu 10 orang! Ahaks!) tapi meja kiteorang la yang paling riuh sekali! Har! Har! Mungkin sebab kiteorang batch yang kire latest2 edition gak la berbanding yang lain starting dari batch tahun 1973! Tapi apepun, pedulik hape kan.. bukan selalu jumpe!

So majlis setat kol 9:00 bile Menteri Besar Perak yang juge bekas pelajar SMTI tu datang dan merasmikan majlis. Selepas tu adelah nyanyian lagu sekolah (haha.. rase cam kat perhimpunan plak!) pastu dia tunjuk slide gambar guru dan pelajar dari tahun 1973 hinggalah sekarang! Fuhhh, syahdu betul. tapi yang paling best aku rase yelah bile bekas guru yang pernah mengajar Menteri Besar Perak tu naik ke pentas dan menceritakan pengalamannya mengajar beliau. Habis tu kami pun setat makan sambil diiringi persembahan dari bebudak SMTI skang ni yang nyanyi lagu nasyid. Lepas makan tu aku pun terpakse mintak diri sebab hubby aku dah pun sampai nak culik aku. Berat tol mase tu nak tinggalkan depa tapi what 2 do la omputeh katekan. So kesimpulannya, majlis ni memang best walaupun ade la bab x bestnyer dari segi management, tapi camnerpun yang penting aku jumpe ngan kengkawan lame balik! Mekasih SMTI!!!!!! MUAHHHH!!!!

Jumaat, 30 Mei 2008

Hepi Besday Amirul & Daniali

Jumaat, Mei 30, 2008 0 Comments

JUMAAT, 31hb May 2008- Lepas aje keje petang ni, aku mulelah bz dgn agendaku carik kek & makanan untuk majlis harijadi anak ke-2ku, Said Amirul yang dah berusia 6 tahun dan sepupunya Ammar Daniali yang berusia 14 tahun harini. Sebenarnyer si Mirulnyer besday hari Ahad tapi xperlah buat sekali dah alang2 sume orang pun ade kat sini. Yang aku nyampahnyer; tiap kali aku nak cepat time tulah misti jalan jem kat Highway Karak tu, tensen mak!!! Ate udahnyer perjalanan yang biasenyer 10 minit jer dah ler jadik 1/2 jam nak sampai ke umah.. hampeh tol!

Akhirnya dah settle membeli-belah sume persiapan, kol 7 lebih barulah dapat mulakan majlis. Alaa, wat kecil2an je.. cume kami2 je yang sambut. Bukan jemput sesape pun. Akupun x sempat nak masak ape2 so aku just beli KFC & kek aje. Pastu kakak aku watkan kek coklat versi leper dia & mak aku wat bihun ngan kuih seri muka. Majlis selesai dalam kol 8 gituh, aku pun angkut la budak2 balik umah dengan perut yang dah macam ular sawa baru telan sereban ayam! Huhuuu...

To Said Amirul & Ammar Daniali- Wish both of you the best of life dunia & akhirat, insyaallah!

Sabtu, 10 Mei 2008

Hepi Mother's Day

Sabtu, Mei 10, 2008 0 Comments
'Hepi Mother's Day' buat bondaku, Puan Aminah @ Dorothy Wilfred Stokes... Segala perit-jerihmu membesarkan kami sekeluarga terlalu besar. Hingga kini aku belum temui lagi sesuatu yang sama nilai untuk membalasnya...

Allrite.. back to bisnez now. Harini aku dapat satu order dari return customer yeitu Cik Diana dari UPM yang nak bagikan surprise cuppies untuk mama dia sempena hari ibu esok ni. Lame dah aku x pegang tepung, haha.. rase kekok la plak. Tapi alhamdulillah jadik! Kalaulah x jadik, nayaaa....

Berbalik pasal citer hari ibu ni, aku ade la citer yang pilu sket nak kongsikan. Hehe.. Hmm, nak jadik citer ntah nape la plak tetiba sehari sebel
um nak hari ibu ni, aku ter'ambik' ati plak dengan teguran mak aku kat anak aku yang liat nak g skolah tu. So aku pun kononnya nak tido umah dia malam ni la untuk celebrate tapi disbbkan aku dah kene sampuk hangin, aku terus packing balik barang2 aku anak beranak dan balik terus umah aku tanpa inform mak aku tu dulu. Sampai malam aku senyap je dan biarkan mak aku tertanya2 sendiri yang aku ni dah hilang kemana siang tadi, pastu jadik ke tidak tido umah dia mlm tu. Sampai la anak sedare aku sms baru la aku bgtau yg aku x jadik tido sane. Ok, habis citer psl tu. Hari Isnin mase aku hantar budak2 kat umah mak aku sebelum g keje, ade 2 jambak bunga atas meja. Upenyer bunga2 tu hadiah dari anak2 aku untuk aku sempena hari ibu semalam. Tapi yang pilunyer sebab upenyer anak aku bagi duit kat mak aku soh belikan bunga untuk aku hari yang aku merajuk tu.. dan sedihnyer, mak aku pun g la belikan bunga untuk aku walhal mase tu aku kat umah tengah marahkan dia!
Ntahlakan.. dalam hidup kite nikan.. kengkadang ade je benda bodoh yang kite nak wat kan.. dan yang tak bestnyer sebab ia melibatkan orang lain. Aku harap korang jangan la jadik cam aku.. suke ngat wat benda bodoh! Huhuuuu...

Isnin, 28 April 2008

Aqiqah & Besday

Isnin, April 28, 2008 0 Comments
Hubby aku begitu excited sain perjanjian sambil diperhatikan kambing2

Harini seperti yang dirancangkan, kami sedekahkan daging kambing buat aqiqah anak ketiga aku, Danish Rayyan yang dah berusia 2 bulan ni. 3 hari sebelum ni kami dah gi tengok dan pilih kambing kat Ladang Ternakan Haji Ismail yang letaknya kat Batu 5, Gombak.
Time Maria & Amirul dulu tak beli kat sini tapi entah nape kali ni hubby yang nak pilih tempat ni so aku ngikut je, almaklumlah.. dia tukang membayor! Thee..! Tapi kali ni cuma wat sekor je kambing pasal budget tak berape mengizinkan daa.. so tak la dapat banyak bahagian untuk diagihkan, cuma dapat 26 bungkus aje. Tapi itupun alhamdulillah la sebab takde la yang tak dapat merasa lansung.
Bonda aku pun join same gak menyumbang dengan membuat pulut kuning ngan bunga telur. Aku cuma tambah muffin ceklat je, tu pun sesimple yang mungkin sebab ade budak kecik ni susah la sket nak gerak.

Tengahari ni aku adalah masak sket sebab keluarga mentua aku sume nak datang singgah, tak tahan rindu kat Rayyan depa kate, hehe.. hebat tol penangan si Rayyan ni nampaknye, kalah kakak n abang dia. Aku masak ayam lemak cili api, sambal tumis udang makan ngan ulam cicah sambal belacan je. Dessert jamu agar2 laici. Sekali depa datang bawak lak kerabu mangga, rendang ayam, kek & puding. Alhamdulillah la kan, banyak lak rezeki hari ni.

Petang lepas sessi delivery kepada jiran tetangga, ade plak upacara sambut harilahir anak sedare aku, Siti Khadijah yang ke-10 tahun dan umminya yeitu kakak aku, Salina yang ke-39 tahun. Aku tak la wat keknya sebab kakak aku si besday girl tu mengofferkan dirinya sendiri untuk wat kek. Tengoklah tu, hebat gak hasil kerjatangan dia ngan 2 orang anak2 daranya tu haa.. hehe! Anyway, hepi besday!!!

Ahad, 13 April 2008

Happy Birthday Dayana & Daniel!

Ahad, April 13, 2008 0 Comments
Yak yak yeaaa... akhirnya aku dapat balik masuk dapur buat kek! Har! Har! Entah nape rindu bangat la plak lame tak pegang tepung... perghhh.. best giler! Ni kire 1st job aku la selepas beberapa bulan brenti since Jan 2008 haritu lagi. Ni pun sebenarnye bukan la sesape order pun tapi aku yg teringin nak watkan moist choc cake untuk 2 orang besday boy & girl ni: Daniel & Dayana, anak2 sedare aku.. Tapi jangan tertipu ye, kek yg butter tu kek beli kat kedai, bukan aku yang wat! Har! Har! Cantik giler tu.. x mungkin akunyer hasil keras tangan de... ntah bile le aku ni nak pandai ntah.. !
Antara menu lain yang ade kat majlis harijadi depa tu hari yelah laksa, sandwich, hairstring carbonara (haa.. yg ni pun aku wat ni, jgn mara haa.. ), puding jagung, serimuka, pulut kuning, rendang dan ade lagilah yang aku pun dah lupe sebab gambo x sempat nak snap. Hehe.. so enjoy gambarnyer!
Follow Me at flickr! .