Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan

Isnin, 17 Januari 2022

Cuti-Cuti Malaysia: Husin Fauzi Farm, Kuala Selangor.

Isnin, Januari 17, 2022 4 Comments

 

Ingat tak entri lepas saya ada sebut tentang Husin Fauzi Farm? Okay, so kali ni saya nak sambung cerita apa yang ada kat sana. Tapi sebelum tu nak bagitau awal-awal, entri ni giler banyak spam gambar tau hiuhiu...


Terletak di Jalan Batu 45, Teluk Penyamun, Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor, lokasi Husin Fauzi Farm ni agak mudah benonya nak carik sebab ada bunting dan signboard yang korang akan jumpa sebelum sampai ke lokasi. Kalau guna waze atau google maps, search je Husin Fauzi Farm konpem dapat!

Berbeza dengan kedatangan saya kali pertama haritu (hari Rabu which is hari off day depa), kali kedua saya tiba ialah pada hari cuti hujung minggu jadi pengunjungnya agak ramai. Tapi kan walaupun ramai, alhamdulillah parkingnya luas dan ada seseorang di sana yang akan setia guide korang sampai jumpa parking spot hehe...

Ni gerai jual nasi ayam berempah yang yummeh!

Pertama sekali yang korang akan jumpa dipintu masuk ialah kaunter tiket. Kat luar tu ada gerai-gerai cenderahati dan gerai kuih-muih jugak. Tiket cuma berharga RM12 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak tapi kalau korang bawak anak-anak kecik berusia bawah dua tahun maka korang tak perlu bayar untuk anak itu ye. By the way untuk info, setiap RM2 dari hasil tiket disalurkan ke Maahad Tahfiz Dar As'-Thaqofah so sesambil korang bawa anak-anak beriadah tu dapat jugak la menabung saham akhirat gittuww...


Sebelum sampai ke pintu masuk dimana terletaknya segala haiwan-haiwan yang comel tu, korang akan melalui gerai-gerai makanan dan minuman yang dikendalikan oleh para pelajar tahfiz. Nasi ayam berempah depa is a must try okay... bau je dah yum yummm... (diet Farah diet...) 


Di situ juga ada tandas dan sinki untuk membasuh tangan so tayah susah-susah nak fikir masalah negara. Disebelah kanan pula ada disediakan tempat untuk makan ataupun sekadar berehat melepaskan lelah. Maklonglah lepas banyak berborak dengan haiwan-haiwan comel dalam tu memang korang akan jadik cepat letih nanti harhar...

Pintu utama masuk ke bahagian satu.

Penempatan haiwan-haiwan ni terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama (tempat yang mula-mula korang akan jumpa) yang menempatkan haiwan-haiwan seperti ular, arnab (boleh dibeli dengan harga RM35 seekor), ikan, pelbagai jenis ular dan biawak serta lain-lain. 
Inilah penyambut tetamu di pintu masuk utama! Tengoklah dia punya posing tu ahaks!
Nyomei, nyomei...! Dia ni yang paling beso sekali kat situ. Tu pasal gamaknya dia tak berapa takut dengan hooman!

Silakan sesapa nak bawak balik makhluk comel, pilih je yang mana berkenan dihati!

Gedik tak saya?

Taktaulah caner taknah mandi pun boleh comel!

He won my heart!
Kaler dia cantik!

Pura-pura tak nampak hooman amek gambar dia lol.

Yang ni nampak kamera terus posing!

Sekor lagi pantang nampak kamera, ahaks...

Taktaulah ni apa tapi tolong tanak jumpa dia kat luar huhu...

Halaaah tulunnn huhu...

Rasanya semua biawak kat sini memang suka hooman amek gambar! Kihkih...

Kalau nak bergambar sambil pegang dia pun boleh tapi errr... no tengs! LOL!

Seriously dari belakang ingatkan ni kucing, rupenya bukan! Taktaulah haiwan apa ni hehe... Sapa tau komen plishhh!

Cik Hamster bermata merah yang dok sorang-sorang. Cian dia.

Kalau jual beliau ni kayo pakcik wo, hehe!

Cian meerkat ni sowang-sowang je kat situ!

Cer teka ni apa?

Jawapannya yelahhh... Skinny Guinea Pig! First time tengok jadik jakun sedikit hehe...

Kena duri dia sakit wo, hoho...

Bahagian kedua pula menempatkan beberapa jenis burung dan ayam sebelum ke bahagian ketiga yang lebih luas dan panjang dimana letaknya haiwan-haiwan yang lebih besar seperti kuda, lembu, kambing, unta dan lain-lain.
Nak tayang ekor ke tewwww... ngeh, ngeh...

Sejenis merak gak ni tapi kaler putih.

Grup membawang ayam serama.

Selain dapat melihat haiwan-haiwan comel secara live ni, dibahagian ketiga juga ada menyediakan kuda pony untuk kanak-kanak yang berminat untuk menunggang kuda. 
Ruang berjalan yang luas

Korang jugak boleh bagi mereka-mereka tu makan dengan sayur-sayuran yang dah dipotong berharga RM2.00 secawan. Seronok wo bagi depa makan ni, rasa macam kita tuan depa lak kuikui... tapi hati-hati tau jangan sampai tersuap jari. Kang ilang satu jari turun lak saham kihkih..

Mmmm dap nyeee kata beliau.

Ni tempat beli makanan untuk haiwan-haiwan comel. Jangan la larik abam tahfiz, orang nak beli makanan ni huhu...

Mementang awek yang suap makan, kemain senyum sampai telinga eh, Encik Kam!


Boleh bagi makan kat Encik Kura-kura jugak!

Intai sapa tu oiiii...

Tolong jangan mendekati saya ahaks!

Beliau ini sangat besar okeyyy...

Tengok dia ni rasa macam kat New Zealand lak hehe...

Bawak bertendang... raya korban lambat lagi huhu...


Makcik-makcik ni hobi mereka buat bising dari depan sampai ke belakang haha...

Ni hotel kambin. Dijemput naik kalau berhajat nak ziarah mereka.

Aktiviti lain yang boleh korang cuba ialah menangkap anak ikan dalam tong. Dengan bayaran RM3.00 korang boleh cuba untuk menangkap anak ikan yang disediakan di dalam tong untuk tempoh waktu yang diberikan dan lebih menariknya ikan-ikan tu nanti korang boleh bawak balik tau!
Selain daripada tu, kalu korang rasa aktiviti tu semua masih belum cukup, korang boleh la cuba skill memanah dihujung bahagian ketiga pulak. Jangan risau kalau baru pertama kali nak cuba sebab korang akan diberi tunjuk ajar asas oleh guru di sana. Sebelum balik, jangan lupa tau naik keretapi ATV mengelilingi kampung!
 
Ya Habibi Ya Maulana, kenapa banyak itu taik unta? Kui, kui...

Kalau tak salah ni namanya Gegel hehe...

Tamo la cedih Rainbow! Nanti kiteorang datang lagi!


Acah je ni hiu, hiu...

So, macamana gais... teruja tak? Jemputlah ke Husin Fauzi farm bila ada cuti terluang nanti tau! Konpem seronok!


  Signature

Follow Me at flickr! .