Friday, September 23, 2016

Gotong-Royong Perdana SKSP 2016 happening!!!



Inilah akibatnya bila hidup giler bizi. Sampai Nuffnang oper job baru perasan manyak entri lama terperam agaga... jangan mara haaaa Mr. Nuffnang 46


Well, gotong-royong perdana ni sebenarnya masa bulan Mei 2016 dulu (hehe... lama giler peram, kan?) 3 Ni kiranya kali kedua Sekolah Kebangsaan Seri Pristana buat majlis Gotong-Royong Perdana tapi kali ni opkoslah lebih happening sebab kiteorang wakil KSIB (Kumpulan Sokongan Ibubapa) & PIBG berkolaborasi dengan cikgu-cikgi hehe...


Motip utama gotong-royong kali ni yelah untuk 'mentransformer'kan sume kelas menjadik kelas abad ke-21. Dasyat gitu huhuuu... Meh kite tengok happening tak happening!

Sesi Pendaftaran diawal pagi. Yang tangan kemahin depang tu kita punya NYDP PIBG. Dia memang suka bagi-bagi arahan nih. Harhar!
Pemeriksaan kesihatan percuma dari KOSPEN! Okehhhh, cek ngan depa baru ku tau dirik ini udah menghampiri obesiti! Nyampahssss! Hagaga!

Ni grup dari Unit Promosi Kesihatan Negeri Selangor mencegah denggi.

Tengok! Nyamuk aedes sikit punye beso! Sekali geget bengkak satu badan huhuuu...!

Ni pun dari unit yang sama tapi sediakan perkhidmatan pemeriksaan pap smear percuma. 

Okeh, pengantin nak mai dahhhh...!

Ketibaan orang-orang kuat. Saya tak kuat jadik kena jadik tukang amek gambo hajer huhu...

Belanje satu pose. Penat tau main kompang sambut VIP tadi hehe...

Upacara perasmian tumbangkan pokok hehe...

Peralatan ni sume ditaja oleh MPP khas untuk gotong-royong nih. Kelas gituh!

Okeh hat ni baru perasmian nak mula gotong-royong huhu...

GB SKSP yang sporting. Seb bek depa tak suruh saya yang dok dalam tu. Mau pelingkup tunggin kebelakang semua hagagaga...

Acara mentransformasi kelas bermula! Bersemangat sungguh nampaknya, siap bawak tukang ukur dan tukang hulur tools huhu...

Baru start dah haus. Toksah risau... ayor free ada hehe...

Ibubapa & anak-anak sedang berusaha gigih!

Cikgu-cikgu pun gotong-royong gak. Ingat depa goyang kaki ka? Thee...

Abam askar betuikan kosi yang rosak. Terharu! Lepaih ni boleh buat tajuk drama ganti 'Abang Bomba, I Love You!' tu!

Nilah barisan TUDM & Bomba yang sedia berkhidmat. Baguih kan depa? Rasanya dah cukup happening ke blom? Blom lagikkkkk.....!!!

Hat ni barulah HAPPENING!!!!!!
(Silalah klik untuk gambar tumbesaran sihat ye!)


Untuk gambar-gambar yang lebih banyak, jemputlah singgah ke SINI!

Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Tuesday, September 20, 2016

JJCM: Hyderbadi Charchoal DUM Briyani, Gombak




Tahukah engkorang bahawasanya di Gombak sekarang dah ada 'The World Famous Hyderbadi Dhum Biryani'

Apa bendakah itu? 
Hoho.. beriani ni guna resepi tok moyang zaman dulu kala. Dari nasi membawak ke lauknya, semuanya dimasak guna periuk tanah guna dapur arang okeh. Oleh sebab itu, rasa dia memang sangat SEDAP GILER la wei!

Ni ialah set nasi beriani ayam. Nasik dia kalau takde lauk, makan saje pun sodap! Kadang-kadang dapat sekali telur sebijik, kadang-kadang dapat papadom dan kadang-kadang pulak, ada ubi rebus sekali! Mungkin tengok stok hape yang hado kot hehe... dan portion dia adalah serius banyak. Saya selalunya kena kongsi dengan budak-budak sekali. Tapi ekhem... err tak taulah kot kantung perut saya comel! *perasan* 65

Nin dia ayam rose dia! Ayam dia sangat besar, juicy dan sedap giler!

Selain dari ayam, kambing pun ada juga tapi saya tak pernah lagi cuba jadik takleh la nak review. Tapi kalau dah ayam sedap, rasanya kambin ni konpemlah sedap gak! 3

Bila dah makan nasi berempah cenggitu kan, pe lagi... pekena jus mangga depalah! Pekat okeh!

Ada jugak menu lauk yang lain korang boleh pilih dan ada pakej mengikut bilangan yang nak makan. Deliberi pun boleh tau! Bestnyaaaaa... seb bek dok jauh kalau tak hari-hari kot order haha!
So sesapa yang belum cuba, tolonglah percaya- korang memang rugi ahaks! Kedai dia betul-betul berhadapan BP Petrol Station dan berada dibangunan Plaza Idaman. Owh ye, kedai ni cuma ada satu meja makan yang kecik jadi better la korang beli dan tapau je ye! Sesapa nak usha Facebook dorang, silalah sediakan tisu wat kesat ayorliur pastu baru gi link SINI.

OOpppss! Berapakah ratingnya??? Tadaaaa...

RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar

*Gambo yang tiada remarks kredit to official FB Hyderbadi Charcoal DUM Briyani

Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Monday, September 5, 2016

Resepi: Daging Salai Masak Lomak Cili Api





Punyalah bersawangnya blog ni kan? Hagaga... jadi mari kita penuhkan dengan resepi ye anak-anak!

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan utama :
1 kg daging salai
15 biji belimbing buluh (saya hiris nipis sebab tak tahan masam makan sejibik hehe...)
4 batang serai dititik
Semangkuk santan segar
3 keping asam gelugor

Bahan-bahan kisar :
4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi kampung (saya tak kisar sebab budak-budak tak tahan podeh!)
1 inci belacan (saya tak bubuh)
1 inci halia
2 inci kunyit hidup (takde pulak kat dapo jadi saya ganti dengan kunyit serbuk aje!)


Cara Penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip.
  2. Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau
  3. Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka.
  4. Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut.


Dah siap, ape tunggu lagi! Jom makan!





Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

KITE KAWAN2!

 
Photobucket