Friday, October 21, 2016

Home » , , » JJCM: Warung Wan Zainab, Klang

JJCM: Warung Wan Zainab, Klang

Picture credit to FB page

 

Yang sebenonye kan, kiteorang bukannya nak pi makan kat kedai ni. SiMaria dah lama tingin nak repeat makan kat Ya Hanana Cafe tu tapi ape da punye nasib, punyelah jauh travel, last-last tengok restoren tu gelap gulita huhuu.. tutup rupanya haritu! 91Pasal perut dah berkaraoke, jadi kiteorang usha ajelah mana-mana kedai yang berhampiran lalu terjumpalah Warung Wan Zainab ni. Lokasi dia dekat je dari Ya Hanana Cafe iaitu kat Jalan Pinang.

Decoration dalam kedai ni meriah sesangat sampai saya tak tau nak namakan tema apa. Ada miniature kapal, barang-barang pemburuan macam kepala haiwan, barang kraftangan dan macam-macam lagilah! Tapi yang paling tak bley lupa yelah miniature labah-labah beso yang ada hampir kat sekeliling kedai huhuuu....

 Konsep kedai makan ni pulak yelah macam warung. Pasal tulah nama dia Warung Wan Zainab kot kan hee... Kat sekeliling dalam kedai ni ada lot-lot warung yang berlainan jenih makanan contohnya macam ataih ni, warung minuman. Belakang saya duduk ialah warung sup so ada bermacam jenih menu sup kat situ.

Belah kanan saya ni warung kuih-kuih tempatan melayu dan menu pantai timur. Haaaa... nampak tak ada sekor labah-labah beso tergantung kat situ haha! *Lap peluh kat dahi* 134Satu yang saya respek sangat kan... inilah satu-satunya kedai makan yang saya pernah masuk yang pekerjanya totally 'muslimah'. Means, mereka bukan tutup kepala tapi tutup aurat. Baju pun mostly semuanya berjubah dan yang tak berjubah, attirenya loose dan very the muslimah. Tabik spring disitu.

Ye, ada sekor lagi labah-labah kat situ hahaha... 35 Sebenarnya motip sebab nak tunjuk korang warung 'semuanya PERCUMA' tu. Bagus tuan kedai ni, even dia bisnes, tapi dia masih tak lupa untuk bersedekah. Tu pasal hagaknya ramai betui umat datang makan kat sini malam tu. Masa kiteorang pi haritu, menu percuma ialah bubur kacang, dan beberapa jenis air yang saya tak kaji sebab tak berani nak gi kat warung tu dek kerana adanya kewujudan labah-labah beso itu hagaga 157 Okeh sekarang jom kite review makanan pulak hehe...

Set nasi kambing bakar kepunyaan Pak Ustad yang mabeles. Kenapalah kan.. kalau menu yang dia order selalu yang menu win. Bencik sangat. Tapi seb bek selalu sebelum makan, dia suap dulu binik dia yang terkebil-kebil tengok makanan dia tu jadi tak la terliur sangat haha!

Ni saya punya mee celup. Okeh first time makan bihup sup yang kuah dia ada kacang. Tapi... yang ni sedap! Bihun tu kalau tanak, boleh je nak tukar mee kuning, kueytiaw atau nak campur.

Nasi goreng pattaya ni sedap gak. Purposedly mintak yang takde sos cili sebab budak itu takut pedaih.

Kuetiaw goreng ni bolehla tapi macam ada yang kurang sikit. Kuetiaw pun macam over cooked, lembik sangat. Tapi okey sebab Maria punya. Budak-budak semuanya kata sedap! Hagaga...
Macamanapun saya nak bagitau jugak, tokei dan tukang masaknya adalah friendly. Order pun sampai tak cepat dan tak lambat memandangkan haritu ramai pengunjung. Overall, saya bagi kedai ni


RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstar

Jomlah try!


  Signature Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket