Wednesday, October 28, 2015

Resepi: Baklava



Pernah dengar manisan dari negara Turki ni tak? Saya pun sebenarnya tak pernah tau pun kewujudan benda sedap ni. Ntah cemana haritu semasa sessi menggugel tetiba tersampai ke satu page resepi dia. Nampak cam sedap so saya terailah hee...


Bahan-bahan dia tak banyak dan nak buat dia pun senang yang hamat. Meh saya tunjukkan follow dari resepi ChefGunaWanMalaysia: -


Bahan-bahan untuk filling baklava :
  • 2 cawan walnut + pistachio + almond dikisar medium fine ( separuh halus tau..nak kasar pun boleh juge.. ) *Saya malas jadi saya guna cocktail mixed nuts macam gambo di atas ni je hehe...
  • 8 sudu besar gula pasir 
  • 1/2 cawan air Bunga Mawar, kalau tak ade boleh guna sedikit essen rose.... *saya guna serbuk kayu maneh
  • 1 packet fillo pastry *saya guna kulit popiah segera je
  • 250 gm melted unsalted butter/ margerine ( kalau tak ade jugak boleh guna minyak masak atau minyak zaitun ) 

Cara membuat baklava:
  1. Sapukan unsulted butter pada loyang ( bie guna guna 12 x 12 " , ikut suke korang nak kecil atau nak lagi lebar..)
  2. Letak satu / sehelai lapisan fillo ke atas loyang .
  3. Kemudian sapukan fillo 1 dgn melted butter/ marjerin
  4. Lepas tu, Lapiskan lagi fillo pastry no.2 ke atas lapisan fillo no.1 yg telah siap disapu butter tadi..
  5. Korang perlu lah mengulang langkah ini sampai lebih kurang 18-20 helai.amacam penat tak?iskh benda baik dan sedap..kena lah sabar membuatnye..okay..
  6. Part ni agak penting, tuangkan adunan kacang td di atas fillo pastry yang telah hampir 20 helai disapu butter, ratakan adunan kacang..kasi cun tau..padat sikit..baru besh..
  7. Ulang balik langkah melapis fillo pastry, jangan lupa sapukan butter sampai fillo habis...
  8. Potong baklava straight / serong / atau ikut suke korang...
  9. Bakar 180C lebih kurang 30- 45 min.

Setelah dibakar & potong, masak gula 1/2 cawan bersama air 1/2 cawan + sedikit air rose @ esen rose masak hingga bubble... jangan sampai jadi karamel. Kemudian..gunakan stener atau sudu.. tuangkan atas baklava yg telah dibakar dan dipotong..pastikan meresap...

Credit: Resepigunawanmalaysia.blogspot.my

Notakaki Saiz Tujuh:
Hee sori chef! Kena guna gambo chef sebab lepas masak makan tak hengat. Dah licin baru terperasan tak amek gambo lagi hagaga...!


Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Monday, October 26, 2015

Lapar kalu, jangan tengok! (。•̀ᴗ-)✧



Muahahaha... lagi entri yang dah basi comin' up!
Masa besday mak yang ke-79 haritu kan, kiteorang adik-badik berkumpul sesambil berpotluck. Biase le kannn... aktiviti potluck tu wajib sebab kiteorang memang suke makan harhar 。゚(TヮT)゚。 Meh nengok apa kiteorang bawak!

Sayur goreng campur ni besday gal yang request saya buat. Bangga, bangga hagaga...!

Takkan lew nak makan sayur je kannnn... jadik saya buat ayam goreng rempah ni jugak!

Ini ayam bakar kakak saya yang bawak.

Kari telur ni pun di'request' oleh besday gal. Tapi kakak saya yang kena masak thee...

Hat sambal belacan ni pun besday gal yang ndak tapi macamana daa boleh lupa nak bawak ulam kahkah.. teruk betul tahap ingatan la ni!

Yang ni kami tak bawak. Besday gal yang sediakan sebab dia nak kami kuruih makan buah aja. Mana aci... .·´¯`(>▂<)´¯`·.

Dimsum blackpepper beef dengan chicken sodap ni abang den yang bawak! Dia masak kat pasar tani, haha!

Tahun ni punye kek ada spesel sikit ecehhhh... bangga Wan Dolly ek bila cucu yang keje kat SR tu belanja kek idaman sejibik. Sodappppp!!!! 5 minit licin! Bukan besday gal yang habiskan tapi kiteorang! Hahaha.. lepaih ni mesti mak sorok kek kannn??? Dah boleh baca firasat tu heh!

HAPPY BIRTHDAY MOMMMMMM!!!!!
CAYANG MAK 18 JUTA KALI! ( ˘ ³˘)♥



Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Saturday, October 24, 2015

Meriahnya Hari Potensi & Bijak Prasekolah Daerah Kuala Selangor 2015!



Mari kita meng'update' cerita-cerita yang dah lama basi ye. Hehe....
Cerita ni memang dah berbulan yang lepaih. Tapi sungguh la tak sempat nak post. Kalau nak senaraikan alasangnya kena buat dua, tiga entry jadi redha ajelah muahaha... Masa ni saya dipanggil untuk tumpang sekaki amek gambar budak-budak PraSekolah SK Seri Pristana sempena Hari Potensi dan Bijak Prasekolah Daerah Kuala Selangor 2015. Semua sekolah yang dalam Kuala Selangor ni terlibat so umat adalah ramai dan meriah pada hari itu hehe... Jom layan gambar!

Beginilah keadaan dikaunter pendaftaran- SIBUK!


Cikgu-cikgi yang bertukar propesen sekejap hehe...

Backdrop ni bertemakan alam fantasi kanak-kanak. Tantek tak?

Okeh, pertandingan dah mula. Ni pertandingan menulis ayat mudah. Guru akan bagi ayat, murid-murid akan cuba tulis. Bunyik macam senang tapi untuk budak-budak pra aka baru nak mengenal huruf, benda itu adalah sangat mencabar hokeh! Siap ada yang menangis sebab tak ingat! Mihmih...

Yang ini pertandingan perbahasan. Dasat budak-budak ni berbahas!

Gaya adik ni memang hebat. Dapat no. 3!

Inilah juara pertandingan bercerita dalam Bahasa Inggeris. Terkedu jap dengar dia cakap omputeh haha!
Dayang-dayang Snow White dan The Seven Dwarf

Salah sorang puteri Snow White tengah menunggu Snow White nak bangkit untuk majlis perasmian hehe...

Tu diah orang penting sudah mari...

Sambung lagi. Ni juara acara nyanyian lagu patriotik sempena bulan kemerdekaan. Haaa... dapat hint tak bila sebenarnya hari potensi ni? Hahahaha, punyelah lama kan den nak hapdet! Teruk!

Walaupun adik ni tak menang, tapi i is sangat adore gaun kembang dia huhu...

Yang ni pulak pertandingan mencipta rekabentuk dari barangan terbuang
Kemain gaya bila nak amek gambo agaga...
 

GB sedang berucap

Jemputan khas pulak berucap

Okeh sekarang baru perasmian!

Persembahan dari kanak-kanak Prasekolah SK Seri Pristana. Dorang ni wakil sekolah tau. Hebat kan?

Haaaa inilah hasil rekabentuk dari bahan buangan tadi tu. Kreatif gak kan? Kalau saya konpem semua bahan terbuang dibuang ke dalam cik tong haha...

Selesai sudey mejelis dan sampai ke acara penyampaian hadiah. Tahniah semua adik-adik dan sekolah yang menang!
Nak tau sapa yang sebulan tak tido lena nak pastikan hari potensi ni berjaya? Haaa.. meet the iron ladies! Barisan cikgu-cikgi PraSekolah SK Seri Pristana! EKHEM... backdrop ala pelamin tu kiteorang buat eh haha *nak jugak!*
Ini adalah sehari sebelum kejadian di mana kiteorang mak-mak ni datang untuk tolong cikgu pasang pelamin. Dorang ni sporting kan? Lebih-lebih yang tudung pink tu ahaks!

Nak tengok lagi gambar, silalah ke album mukabuku saya di SINI!


Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Friday, October 23, 2015

JJCM: Ya Hanana Cafe, Klang



 

RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar

( ‘́⌣’̀)/♫•*¨*•.¸¸♪ 'Yahananaaaaaaa, yahananaaaaa,
yahananaaaaa, yahananaaaaa...' (๑´▿`๑)♫•*¨*•.¸¸♪✧

Meh nak share satu tempat makan yang best kat area Klang ni. Nama cafe ni yelah Ya Hanana Cafe. Lokasinya di Jalan Shapadu betui-betui opposite dengan stesen minyak Shell. Menu kat sini ialah certain masakan arab dan western food. 


Kami pi dua kali dah selang tiga hari aje dari kali pertama pergi sebab suka service dia yang cepat dan makanan yang sedap dengan harga yang boleh tahan murah gak! Meh nengok apa yang kiteorang dah terai kat situ: -

Hehe... bawak bertendang. Sebelum tengok makanan dia, meh tengok environment dia cemana. Selesa. Ada meja couple dan ada meja untuk famili.
Kalau datang dengan famili besar macam kiteorang (。•̀ᴗ-)✧ *perasan* dan nak merasa kelainan tanak duduk macam kat restoran biasa, korang boleh pilih untuk makan dalam pondok ni.

Ni namanya teh arab. Rasa dia berempah sebab pak ustad kata dia bubuh kayu maneh. Ok gak tapi i kan darah matsaleh (。•̀ᴗ-)✧ jadik rasa rempah ni macam mendatangkan migrain la sikit harhar *tak sedo dirik*
Ini plak ayaq oren juice kami order sejag. Maklumlah nak makan kambin, kenalah lawan ngan benda masam kan. Sodap!


Ini set Nasi Arab dihidang dalam talam. Sedap sangat! Tapi please take note yang dorang tak masak nasi arab ni kat dalam kedai ni tapi diimport dari tempat lain.
Disebabkan kiteorang pi haritu dah kurang satu jam dia nak tutup kedai, maka nasik arab yang supposed untuk 5 orang tak cukup. Depa cuma ada untuk 2 orang makan aje jadik kiteorang order Fish Grilled ni untuk memenuhkan perut-perut yang masih bergetar hehe... Rasa dia? Sangat sedap!

Akibat perebutan fries dalam set Fish Grilled tu maka pak ustad order side dish ni plak ngee...

Ini yelah Chicken Shawarma yang kami tapau untuk makan sahur pasei esok tu Awal Muharram. Okeylah not bad cuma rasa kering sikit berbanding yang saya pernah makan sebelum ni kat tempat lain.
Overall tempat ni memang cozy, mesra famili dan makanan sedap. Yang penting order tak sampai 10 minit dah siap okeh! Haa sesapa yang berhajat tu, taip je Yahanana Cafe kat Google Maps/Here/Waze. Konpem jumpa!

Sambung balik haha,
( ‘́⌣’̀)/♫•*¨*•.¸¸♪ 'Yahananaaaaaaa, yahananaaaaa,
yahananaaaaa, yahananaaaaa...' (๑´▿`๑)♫•*¨*•.¸¸♪✧

  Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

KITE KAWAN2!

 
Photobucket